Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2008

Seramai 10,080 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan dan 5,909 calon mendapat 8A.

Mengumumkan keputusan SPM 2008 di sini pagi ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom, berkata daripada 442,936 calon yang menduduki peperiksaan itu, 347,443 lulus dan mendapat sijil, berbanding berbanding 347,032 pada 2007.

Beliau berkata, aripada jumlah itu, 181,416 calon lulus semua mata pelajaran berbanding hanya 175,452 calon pada tahun sebelumnya.

Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu, seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.

“Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007, manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan ituberbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdondari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripadajumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce andIndustry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association ofChartered Certified Accountants (ACCA) England.

Sumber : Bernama

8 thoughts on “Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2008

  1. sathiavijay says:

    I am looking for analysis on EST and Pendidikan Moral results.

    Where can I find them?

    Sathia

  2. Sathiavijay,
    Anda boleh cuba mendapatkannya melalui Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berdekatan.

  3. i just want to ask, what type of advance that i get if i get and LCCI for spm 2008,
    is that i can just go to study the accounting or an others advandtage???

  4. Shahrul,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya, mungkin ada pembaca lain yang boleh membantu.

  5. saya perlukan analisis result utk bahasa inggeris upsr, pmr n spm. blh cadangkan mana2 laman sesawang utk saya..

  6. Atiqah,
    Di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia ada statistik tetapi yang terbaru setakat 2007/2008 sahaja.

  7. Minta kebenaran mengeluarkan balik data untuk analisa maklumat tentang keputusan spm 2006-2010.
    Harap diberi kebenaran. Terima kasih.

  8. Assalam .bagaimana nak nak cek results 2008 dgn 2017??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.