Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2009/2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2008 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Luar Negara tahun 2009/2010.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:-

  • Ijazah Pengajian Islam
  • Ijazah Perubatan

Syarat Asas

  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan)

Syarat Akademik

  • Terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) 2008 yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Perubatan di universiti luar negara (Timur Tengah) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Memenuhi syarat kelulusan minimum bagi salah satu peringkat pengajian seperti berikut:-
    • Calon-calon berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM ) telah memperolehi sekurang-kurangnya 5 mumtaz dan 5 jayyid jiddan.
    • Lulus peperiksaan SPM sekurang-kurangnya mendapat Gred A2 dalam mana-mana 6 mata pelajaran yang berkaitan khususnya bagi bidang Perubatan.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  • Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin

Permohonan

  • Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
  • Borang boleh juga diambil sendiri di Bahagian Baitulmal MAIWP Tingkat 5, Unit Biasiswa IPT Baitulmal (Insentif Khas Pelajar Cemerlang) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke :
    • Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
      Unit Biasiswa IPT (Insentif Khas Pelajar Cemerlang),
      Tingkat 5, Bangunan Daruzzakah,
      Lorong Haji Hussien 2,
      Off Jalan Raja Muda,
      50300 Kuala Lumpur.
  • Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup

  • Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 27hb Mac 2009

Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi talian 03-26175222 sambungan 205/206 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan biasisiwa ini.

9 thoughts on “Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2009/2010

  1. mohamad azwan says:

    bolehkah pelajar lepasan STAM tahun 2007 memohon skim biasiswa Baitulmal MAIWP untuk tahun hadapan?

  2. Mohamad Azwan,
    Biasiswa ini adalah untuk pelajar tahun semasa sahaja. Ini bermakna tahun hadapan cuma mereka yang menduduki peperiksaan tahun 2009 sahaja boleh memohon. Walaupun begitu saya syorkan anda menghubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

  3. ali mohamad says:

    salam, boleh kah pelajar lepasan diploma sesebuah jabatan/agensi memohon skim biasiswa ini untuk lanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama?

  4. suraya*al hafizah says:

    saya anak negeri perak n pernah tinggal di kuala lumpur suatu ketika dahulu lebih dari satu tahun,jd, mcm mana saya nak dptkan perakuan bermukim saya itu skrg?

  5. boleh x plajar spm 09 mmhon?

  6. nak tanya….saya pelajar spm 2011…bolehkah saya memohon biasiswa ini untuk keluar negara????saya pelajar sekolah assrama penuh….bagaimana saya boleh memohon biasiswa ini????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.