Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.

Kategori Permohonan Biasiswa BNM

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;

Bank Negara Malaysia

  1. Biasiswa Pra-Universiti 
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Biasiswa Pra-Universiti

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Peringkat Pengajian
  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2012

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 29 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik

Lokasi Pengajian

  • Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
  • South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.

           DAN

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2012
  • Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Biasiswa Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Bidang Pengajian

    • Economics, Econometrics, Monetary Economics, International Economics, Banking and Finance, International Finance, Quantitative Finance, Law, Banking and Finance Law, International Law, Shariah, Risk Management dan Forensic Accounting

Lokasi Pengajian

  • Universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara
  • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2012
  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
  • BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my
  • Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia.

7 thoughts on “Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

  1. Sy mrpakan lpasan stpm 2011 dan bru shja mnerima Kptusan pda 7 mac. Sy blm mdpt tmpt d Uni tmpatan, kptsan pnempatan univrsti akan d maklumkan skitar bln june dan julai.adakah sy lyak memohon biasiswa ini?

  2. nurfatehah says:

    saya bru menamatkn pengajian peringkat diploma sy bulan march haritu.. bulan 9 sy masok degree. adakah sy layak memohon?? dan bgaimanakah cara utk sy memohon?

  3. Asma Fatimah Binti Zubir says:

    saya pelajar yang akan menduduki spm 2012. bagaimana nk mohon biasiswa utk tahun depan. untuk maklumat saya pelajar mrsm tun ghafar baba di melaka

  4. saya merupakan pelajar tahun akhir di universiti al-azhar,tapi saya sudah tidak mendapat apa2 tajaan dr mana2 pihak..boleh saya tahu adakah saya layak untuk memohon??

  5. […] untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini terbahagi kepada tiga kategori […]

  6. […] untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini terbahagi kepada tiga kategori […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.