49 Comments

priyaNo Gravatar Said,
March 19th, 2008 @1:26 pm  

Salam sejahtera saya ucapkan.Di sini saya ingin mengetahui sesuatu.Adakah pelajar yang mendapat keputusan 5A1,2B4,1C5 dan 1C6 akan mendapat tawaran biasiswa JPA.Pendapatan keluarga juga bawah RM500.Sekian.

nilamNo Gravatar Said,
March 19th, 2008 @2:05 pm  

priya,
Mungkin agak susah sikit tetapi untuk kepastian cuba telefon 03-88853412 atau hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Latihan, JPA sempena Program JPA Bersama Pelanggan pada setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan bertempat di Lobi, Blok C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

violetNo Gravatar Said,
March 24th, 2008 @11:40 am  

Salam sejahtera.
Saya ingin bertanya. Bolehkah pelajar yang mendapat 3A1, 1A2, 2B3 dan 4B4
mendapat biasiswa.

nilamNo Gravatar Said,
March 24th, 2008 @2:00 pm  

violet,
Mungkin agar sukar untuk memperolehi biasiswa tetapi boleh telefon 03-88853412 untuk kepastian. Walaupun begitu cuba dapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran terlebih dahulu dan berusaha mencari sumber pembiayaannya.

zackNo Gravatar Said,
March 29th, 2008 @8:28 pm  

a’kum. saya naktanye knp mase saye apply biasiswa jpa dulu x de ruangan utk pilih kursus? saye tlh pilih tajaan ‘mara’ semasa dia suruh saye pilih sama asa nak mara atau jpa.

dilenkumarNo Gravatar Said,
March 30th, 2008 @12:46 pm  

I got JPA interview this Thursday, 3rd April. Do you have any tips for me…PLZ HELP ME…I am clueless here…

nilamNo Gravatar Said,
March 31st, 2008 @10:08 am  

zack,
Wsm, maaf saya tidak melihat borang permohonan tersebut. Cuba telefon 03-2691 5219 (MARA Bahagian Pengajian Tinggi) atau 03-8885 3412 (JPA).

dilenkumar,
Tahniah kerana dipanggil untuk temudua. Anda mungkin boleh membaca pengalaman mereka yang pernah menghadiri temuduga ini oleh Chong dan Elaine.

needinfoNo Gravatar Said,
April 3rd, 2008 @1:46 pm  

temuduga saya akan diadakan pd a april..saya tertanya-tanya apakah persediaan yg sesuai utk menghadapi temuduga ini dari konteks komunikasi dan interaksi.rakan-rakan sy ada mengatakan bhw terdapat forum pengetahuan am diladakan dlm BM mahupun BI.apakah pandangan anda?

nilamNo Gravatar Said,
April 3rd, 2008 @6:43 pm  

needinfo,
Tahniah kerana telah dipanggil untuk temuduga. Secara asasnya semasa sesi forum pengetahuan am itu penemuduga ingin melihat tahap keyakinan dan kebolehan anda memberi pendapat dan berbincang.

Oleh itu pastikan anda bersuara semasa sesi tersebut tetapi tidak medominasinya. Di samping itu dapatkan juga maklumat tentang isu-isu semasa kerana sesi forum ini akan memberi tajuk berkaitannya untuk dibincangkan.

All the best!!

JoeyNo Gravatar Said,
April 4th, 2008 @2:07 pm  

Salam sejahtera.
Bolehkah saya tanya apakah syarat untuk mendapat tawaran biasiswa JPA? Adakah saya mesti mendapat semua A1 dlm SPM? Atau A2 pun boleh? Apakah syarat minimum untuk mendapat tawaran tersebut? Saya ingin tahu supaya dapat membuat persediaan awal. Terima kasih kerana sudi membaca pertanyaan saya. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Akhir sekali, saya b’harap pertanyaan saya mendapat jawapan dengan secepat mungkin. Ribuan terima kasih diucapkan.

jar_put06No Gravatar Said,
April 6th, 2008 @8:50 am  

Selamat pagi,

Saya telah dijemput untuk menghadiri temuduga JPA tetapi, saya tidak tahu bahawa saya telah layak untuk temuduga kerana di rumah saya tidak terdapat kemudahan ineternet. Selain itu, saya juga telah pergi ke upacara kematian datuk saya dua hari sebelum tarikh temuduga. Saya hanya balik satu hari selepas temuduga. Jadi adakah saya akan dipanggil semula jika minta rayuan?

nilamNo Gravatar Said,
April 8th, 2008 @1:13 pm  

Joey,
Syarat minimumnya adalah sekurang2nya 2A untuk 5 @ 6 matapelajaran tertentu bergantung kepada bidang dan negara yang dipohon. Maklumat lanjut sila rujuk Syarat2 Permohonan Biasiswa JPA.

jar_put06,
Anda patut segera telefon bahagian biasiswa di 03-8885 3412. Pada masa yang sama buat surat rayuan dan lampirkan sijil kematian datuk anda, emel surat ini kepada esila@jpa.gov.my dan faks juga kepada mereka.

Jika berkesempatan datang sendiri ke Bahagian Latihan JPA di Blok C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya untuk membuat rayuan dan menghantar surat tersebut.

matNo Gravatar Said,
April 11th, 2008 @12:40 am  

salam.. saya nak tahu,bla tarikh akhir seseorang itu bleh tahu dia layak menerima biasiswa.Supaya dapat tahu saya masih bleh brharap yg saya mnkin di terima. Lagi 1, ada tak biasiswa untk ke IPTA dlm negara?

nilamNo Gravatar Said,
April 14th, 2008 @9:43 am  

mat,
Salam… Pengumuman mengenainya akan dimaklumkan di portal eSILA.
Memang ada beberapa organisasi yang menawarkan biasiswa ke IPTA antaranya Petronas, Telekom Malaysia, Bank Negara, ASTRO, Shell, Khazanah, UEM dan banyak lagi.

lyraNo Gravatar Said,
April 17th, 2008 @12:34 am  

assalamualaikum,saya ingin bertanya.jika saya ingin melanjutkan pelajaran bahasa perancis saya,bagaimana saya hendak memohon tajaan jpa memandangkan di dalam syarat2 yang ditetapkan,tidak ada yang mengenai bahasa ini.dan dengan keputusan saya iaitu 5A,2B dan 3C,adakah saya layak untuk memohonnya?harap maaf kalau soalan ini kurang difahami.

nilamNo Gravatar Said,
April 18th, 2008 @10:36 am  

lyra,
Waalaikumsalam, setahu saya buat masa ini Bahasa Perancis tidak ada dalam program tajaan JPA tapi bidang kejuruteraan ada di universiti negara Perancis. Syarat minimum adalah 2A untuk 5 @ 6 matapelajaran bergantung kepada bidang & negara yang dipilih.

farahNo Gravatar Said,
April 18th, 2008 @11:44 am  

saya ingin membuat surat rayuan permohonan diploma kejuteraan ke jepun.

xieyNo Gravatar Said,
April 21st, 2008 @3:44 pm  

salam..
klu sy lepasan mtrik,bleh mntk biasiswa jpa x?..

SALLYANo Gravatar Said,
April 27th, 2008 @2:25 pm  

Salam sejahtera. Saya telah memohon untuk biasiswa JPA tetapi tidak berjaya walaupun saya telah mematuhi syarat permohonan. Saya telah mendapat 5 1A, 4 2A dan 1 3B dalam keputusan SPM 2007. Bolehkah saya membuat rayuan pada masa sekarang? Terima kasih.

izzahNo Gravatar Said,
May 4th, 2008 @10:29 am  

saya lepasan spm 2007.saya telah mendapat 7a 3b3 dan 1b4…saya nak apply untuk biasiswa jpa ataupun mara dalam negara.bilakah saya dapat mengapplynya???

nilamNo Gravatar Said,
May 4th, 2008 @11:00 am  

xiey,
Biasiswa JPA ini khusus untuk lepasan SPM manakala lepasan matrik boleh memohon biasiswa ke luar negara melalui sekim lain yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, badan berkanun dan syarikat swasta. Walaupun begitu jika anda telah berjaya mendapat tempat di universiti, JPA ada menawarkan biasiswa. Iklan untuk biasiswa ini dijangka akan disiarkan dalam bulan Jun nanti.

saalya,
Tempoh buat rayuan sudah tamat tetapi untuk kepastian cuba hubungi 03-88853412.

izzah,
Permohonan Biasiswa JPA tahun ini telah pun ditutup.

LCNo Gravatar Said,
May 5th, 2008 @4:16 pm  

Selamat sejahtera tuan. Tuan, saya ingin tahu bila tarikh permohonan JPA akan dikeluarkan bagi sesi 2008/09? Saya mendapat 12A1 dan memohon kursus kritikal. Apakah peluang saya untuk mendapat tajaan ini? Saya tidak mendapat tawaran matrikulasi dan IPTA!!! Sekian terima kasih.

izzahNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @10:55 am  

biasiswa dalam negara d ditutup??? bukankah iklan ttg biasiswa dalam negara akan disiarkan dalam akhbar pd bulan jun????setahu saya permohonan biasiswa dalam negara sahaja yang telah ditutup…huhu

izzahNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @10:56 am  

maaf..tersilap…setahu saya permohonan biasiswa luar negara sahaja yang telah ditutup..

nilamNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @12:41 pm  

LC,
Salam sejahtera… Biasiswa JPA untuk ke luar negara untuk lulusan SPM hanya dikeluarkan setahun sekali selepas keputusan SPM diumumkan. Bagi biasiswa dalam negara iklannya akan disiarkan dalam bulan Jun nanti. Anda juga boleh cuba mendapatkan tajaan badan berkanun dan syarikat swasta selepas berjaya mendapat tempat di ipta @ ipts.
Anda mendapat 12A1 sepatut tidak ada masalah untuk mendapatkan penajaan JPA seperti kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bahawa semua pelajar SPM 2007 yang mendapat 9A ke atas akan ditaja oleh JPA.

izzah,
Ya betul hanya biasiswa JPA ke luar negara yang telah ditutup, maaf.
Biasiswa untuk pengajian dalam negara hanya akan diiklan dalam bulan Jun nanti. Biasiswa ini ditawarkan kepada mereka yang telah mendapat tempat di ipta @ ipts yang disenaraikan.
Bagi lepasan SPM perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam 7 mata pelajaran untuk layak memohon.

mashiNo Gravatar Said,
May 8th, 2008 @11:00 pm  

i just want to ask..
i got 7a for my spm..
so can i apply for the scholarship to further my study in malaysia
do we need to attend any interview for it?
i got offer from uitm already..when can i apply for it..
thank you

nilamNo Gravatar Said,
May 9th, 2008 @8:23 am  

mashi,
Tahniah kerana berjaya mendapat tempat di UiTM. Ya anda layak untuk memohon biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajaran ke UiTM. Permohonan boleh dibuat selepas iklan mengenainya disiarkan dalam bulan Jun @ Julai nanti.

Kelayakan minimum untuk peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di IPT Awam Dan 3 IPT Swasta (UTP, MMU Dan UNITEN) bagi lulusan SPM adalah mendapat gred 2A dalam 7 mata pelajaran.

Bagi peringkat Diploma Di Politeknik, lulusan SPM perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Melayu dan 4B dalam 6 mata pelajaran lain.

nabilaNo Gravatar Said,
May 12th, 2008 @7:33 pm  

saya mendapat tempat di pusat asasi sains hayat di um..
adakah saya layak untuk memohon biasiswa jpa untuk dalam negara kerana saya tidak mendapat biasiswa ke luar negara tajaan jpa.
saya mendapt 7a1 dan 2a2

nilamNo Gravatar Said,
May 13th, 2008 @8:49 am  

nabila,

Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi, asasi sains, pra-universiti, alpha, dan foundation tidak layak untuk memohon biasiswa JPA dalam negara.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Penajaan Biasiswa Program Ijazah & Diploma Dalam Negara.

filzaNo Gravatar Said,
May 16th, 2008 @4:55 pm  

saya lepasan diploma binaan.
mendapat pointer 3.41.
sya ingin samung belaja di ipta..
adakah saya layak untuk menerima biasiswa jpa..
sekian,terima kasih..

nilamNo Gravatar Said,
May 16th, 2008 @5:44 pm  

filza,

Bagi mereka yang berkelulusan diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30 dan telah diterima masuk ke IPT sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda adalah layak untuk memohon biasiswa JPA pengajian dalam negeri.

Jadi jika anda telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPT, anda boleh memohon bila iklannya dikeluarkan dalam bulan Jun/Julai nanti.

anneNo Gravatar Said,
May 19th, 2008 @9:43 pm  

assalamualaikum..saya lepasan matrikulasi dan boleh tak bagi sedikit information berkenaan ’skim pelajar cemerlang’?bagaimana saya boleh apply dan bila?selain itu,saya juga ingin bertanya tentang tajaan jpa ke luar negara.adakah tajaan tersebut boleh dimohon?dan bila?boleh saya tahu tajaan/biasiswa lain kepada lepasan matrikulasi?didahulukan dgn ribuan terima kasih.

nilamNo Gravatar Said,
May 22nd, 2008 @12:23 pm  

anne,

Waalaikumsalam, Skim Pelajar Cemerlang (SPC) adalah kemudahan pembiayaan untuk pengajian dan latihan dalam bidang-bidang pilihan tertentu di Institusi-Institusi Pengajian atau Latihan Terkemuka di luar negara.

Pemilihan calon-calonnya adalah di kalangan pelajar-pelajar berprestasi tinggi dengan mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 atau 3.75 mengikut bidang pengajian yang ingin diikuti.

Iklan tawaran skim ini akan disiarkan di akhbar dan laman web MARA. Untuk maklumat lanjut cuba hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111.

Biasiswa JPA ke luar negara ini khusus untuk lepasan SPM manakala lepasan matrik boleh memohon biasiswa ke luar negara melalui sekim lain yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, badan berkanun dan syarikat swasta. Walaupun begitu jika anda telah berjaya mendapat tempat di universiti, JPA ada menawarkan biasiswa. Iklan untuk biasiswa ini dijangka akan disiarkan dalam bulan Jun nanti.

fatinNo Gravatar Said,
May 27th, 2008 @4:35 pm  

salam..
saya nak tahu, mara taja x budak2 lepasan matrik ke program ijazah luar negara?
sekiranya ditaja, apakah minimum requirement yg yg mara nak?
camne nak apply scholar ni dan bilakah biasanya tawaran ini akan dibuka?
anyway, thnx a lot! (^_^)

farhanaNo Gravatar Said,
May 29th, 2008 @1:26 am  

saya merupakan lepasan matrikulasi dan keputusan baru sahaja diumumkan seminggu yang lepas. saya ingin tahu bolehkah saya meminta mana-mana biasiswa? ini kerana kebanyakan biasiawa manekankan kepada lepasan spm dan stpm dan kebanyakannya telah melepasi tarikh tutup. jika boleh bagaimana caranya untuk saya apply bisiswa tersebut?

nilamNo Gravatar Said,
May 29th, 2008 @8:53 am  

fatin,
Setahu saya tiada biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan matrikulasi untuk program ijazah luar negara.

Walaupun begitu jika anda telah berjaya mendapat tempat atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka luar negara anda boleh memohon Skim Pelajar Cemerlang.

Pemilihan calon-calonnya adalah di kalangan pelajar-pelajar berprestasi tinggi dengan mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 atau 3.75 mengikut bidang pengajian yang ingin diikuti.

Iklan tawaran skim ini biasanya akan disiarkan di akhbar dan laman web MARA dalam bulan Oktober. Untuk maklumat lanjut cuba hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111.

farhana,
Untuk lepasan matrikulasi anda masih boleh memohon biasiswa dengan syarat anda mendapat tempat di institut pengajian tinggi. Iklan tawaran biasiswa ini akan dikeluarkan dalam bulan Jun/Julai nanti.

damhaNo Gravatar Said,
May 29th, 2008 @4:55 pm  

ermmm.. bagaimana pula kalau student tu lepasan matrikulasi bawah mara, cnthnye kolej mara kulim, kolej mara kuala nerang, adakah kami diberikan keistimewaan dalam program penajaan pengajian luar negara?

nilamNo Gravatar Said,
May 30th, 2008 @10:26 pm  

damha,

Saya tak pasti tapi kalau tak silap semua pelajar Kolej MARA sudah ada penaja.

AimanNo Gravatar Said,
June 1st, 2008 @12:48 am  

salam,

saya mendpt tawaran program asasi sains UiTM,
adakah lepasan asasi sains juga layak memohon
Skim Pelajar Cemerlang seperti lepasan matrikulasi?

nilamNo Gravatar Said,
June 3rd, 2008 @9:44 am  

Aiman,

Salam… tahniah kerana telah berjaya mendapat tawaran program asasi sains UiTM.

Skim Pelajar Cemerlang ini sebenarnya mempunyai pelbagai kategori, bagi lepasan matrikulasi, asasi sains dan STPM yang berjaya masuk ke universiti dikategorikan sebagai ijazah pertama.

Oleh itu bila anda telah tamat asasi sains UiTM nanti dan diterima mengikuti pengajian peringkat ijazah anda boleh momohon jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Bagi lepasan matrikulasi atau asasi sains salah satu syaratnya ialah mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.50.

June 5th, 2008 @2:11 pm  

Saya pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen pelajar luar bandar ingin bertanya jika saya memperolehi keputusan SPM 2008 ini 8A1 2A2 adakah saya berpeluang memperolehi biasiswa tersebut?

nilamNo Gravatar Said,
June 6th, 2008 @8:48 am  

Audrey Dennis,

Pemilihan calon untuk menerima biasiswa JPA adalah berdasarkan 4 faktor iaitu;
a) Pencapaian akademik (70%)
b) Temuduga (10%)
c) Latarbelakang keluarga (10%)
d) Kegiatan ko-kurikulum (10%)

Anda memang layak untuk memohon jika tetapi peluang anda akan lebih baik jika mendapat semua A1.

Untuk makluman dalam tahun 2006, 5,685 pelajar mendapat A1 @ A2 dalam semua matapelajaran. Tahun ini pula 6,247 pelajar dan daripada jumlah ini 1,704 pelajar mendapat A1 dalam semua matapelajaran.

Tahun ini 2,000 biasiswa ke luar negara dikeluarkan. Biasiswa dalam negara belum diumumkan tetapi tahun lepas 7,855 biasiswa diberi.

xanxanNo Gravatar Said,
June 7th, 2008 @3:46 pm  

saya merupakan calon spm bagi tahun ini.saya ingin bertanya beberapa soalan.
1.sekiranya saya mendapat keputusan spm 10a1 tetapi kurang aktif dalam bidang kokurikulum adakah saya layak utk memohon biasiswa ini?
2.adakah biasiswa ini hanya dikhaskan utk pelajar bukan bumiputera sahaja?
3.adakah pelajar yang tinggal di luar bandar mempunyai peluang untuk memohon?

nilamNo Gravatar Said,
June 9th, 2008 @8:51 am  

xanxan,

1. Anda layak untuk memohon.
2. Biasiswa ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia.
3. Sesiapa sahaja boleh memohon tidak kira di mana anda tinggal.

lanaNo Gravatar Said,
June 13th, 2008 @9:37 pm  

sy lepasan diploma kejuruteraan elektrik dan sdang tgu keputusan upu utk ke ipta. sy nk aply biasiswa jpa. dah advertise ke blom ek. sy da cek jpa website, cume ade ad utk students lepasan spm jek.. plz help.. thanx

nilamNo Gravatar Said,
June 14th, 2008 @2:36 am  

Lana,
Tawaran biasiswa JPA untuk pengajian dalam negara bagi lepasan STPM, Diploma dan Ijazah dijangka akan diiklankan dalam bulan Jun/Julai ini. Setakat hari ini belum diiklankan lagi. Sila kerap merujuk kepada laman web JPA untuk maklumat terkini.

studentNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @12:50 pm  

saya dpt memasuki politeknik dalam bidang diploma kejuruteraan mekanikal dan keputusa spm sya 1a1 2a2 1b3 1b4 1c5 n 1c6….adakh sya layak mnrima bntuan bisiswa jpa????ayah sya adlh pesara kerajaan

nilamNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @4:04 pm  

student,
Syarat utama permohonan biasiswa JPA untuk pelajar politeknik adalah;
(i)Warganegara Malaysia
(ii)berumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh tawaran
(iii)memperolehi sekurang-kurang 4A dalam peperiksaan SPM/SPMV
(iv)telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di Politeknik.

Pihak politeknik tidak menyediakan bantuan kewangan/pembiayaan
sepanjang pengajian di Politeknik. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi ada menawarkan pinjaman pelajaran dibawah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran (TPPP) bagi pelajar Politeknik peringkat Sijil. Manakala PTPTN menawarkan pinjaman peringkat Diploma.

Disamping itu, pihak penaja seperti JPA, Yayasan Negeri dan lain-lain badan korporat ada menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Politeknik yang berkelayakan.

Anda boleh berhubung dengan pihak pengurusan politeknik anda untuk mengetahui bila tawaran dibuka dan permohonan boleh dibuat.

Pingback & Trackback

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved