Biasiswa Putrajaya Perdana 2009

Putrajaya Perdana Berhad merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ingin menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi awan dan swasta.

Syarat Biasiswa

  1. Sehingga RM 4,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Diploma.
  2. Sehingga RM 7,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Ijazah.
  3. Terbuka kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  4. Terbuka kepada pelajar universiti awam, universiti swasta, kolej dan politeknik.
  5. Penerima biasiswa perlu bekerja dengan Putrajaya Perdana Berhad atau mana-mana anak syarikatnya selama sekurang-kurangnya dua tahun (tertakluk kepada kekosongan) selepas tamat dan lulus pengajian yang diikuti.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja adalah program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah;

  • Civil/Structural Engineering
  • Mechanical/Electrical Engineering
  • Quantity Surveying

Kelayakan Memohon

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar Sepenuhmasa
  • Telah diterima masuk ke IPTA atau IPTS
  • Mempunyai keputusan SPM atau STPM yang cemerlang
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi

Cara Memohon

  • Muat turun borang permohonan di sini dan email kepada thean@p-perdana.com, atau
  • Memohon secara online di sini, atau
  • Mengambil dan menghantar borang permohonan di alamat berikut;
    • Corporate Communications Department
      PUTRAJAYA PERDANA BERHAD
      3rd Floor, No. 5 Jalan P16,
      Precinct 16,
      62150 Putrajaya
      Tel: 03-88868888
      Faks: 03-88895668

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan yang telah lengkap berserta semua dokumen yang berkaitan perlu dihantar pada atau sebelum 15 Julai 2009.
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.

Sila kunjungi laman web biasiswa Putrajaya Perdana Berhad atau hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03-88868830 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Related posts:

  1. Biasiswa Yayasan Hong Leong 2009
  2. Biasiswa Kumpulan Karangkraf 2009
  3. Biasiswa Yayasan TM 2009
  4. Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2009/2010
  5. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

7 Comments

  1. idamaria says:

    macamana nak kemaskini ppermohonan biasiswa putrajaya perdana?

  2. tina says:

    knp r smpai kat ruangan utk isi referee…bl dh siap isi smua nye, jak g nk continue xblh??
    pe r kslhn yg sy bt??? grm nye

  3. nilam says:

    Idamaria dan Tina,
    Sila hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03 8886 8830 untuk mendapatkan bantuan.

  4. fara says:

    bila bleh tau result permohonan biasiswa ni??

  5. nilam says:

    Fara,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut, sila hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03 8886 8830 untuk mengetahuinya.

  6. wornie says:

    scholarship for electrical engineering only ??
    what about MICROELECTRONIC engineering ??
    any scholarship for microelectronic engineering??

  7. SARAH91 says:

    AERONAUTICAL BLEH X?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives