Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2010

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang layak dengan mendapat kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik, aktif dalam kegiatan kokurikulum serta berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Kategori

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat di peringkat pengajian berikut:

  1. Biasiswa Persediaan Luar Negara
  2. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
  3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bidang Pengajian

Yayasan TM hanya membuat penajaan dalam bidang-bidang pengajian UTAMA seperti berikut:-

  • Bidang Kejuruteraan seperti Elektronik, Elektrik, Perhubungan, Perisian, Teknologi Maklumat,
  • Bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer
  • Bidang Pengurusan seperti Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perundangan, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan.
  • Bidang Multimedia

Kelayakan Memohon

  1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2009 sahaja.
    • Calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 8 A dalam keputusan peperiksaan SPM 2009 termasuk 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  2. Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2009 yang ingin mengikuti pengajian di MMU.
    • Memperoleh keputusan SPM 2009 sekurang-kurangnya 4A- 1B dalam mana-mana 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2009 atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di MMU.
    • Memperoleh keputusan SPM 2009 sekurang-kurangnya B dalam semua matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon atau PNGK/CGPA 3.00
  4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alfa (Asas) MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.
    • Memperoleh minima PNGK/CGPA 3.30. Lulusan STPM juga mesti memperoleh Gred A dalam subjek Pengajian Am.
    • Berumur tidak melebihi 22 tahun bagi lulusan Diploma/STPM dan 20 tahun bagi lulusan matrikulasi atau Alfa MMU.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (Perhubungan/Elektronik/Elektrikal/Telekomunikasi/ Perisian/Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi/Pemasaran/Kewangan/Perakauna)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara – IPTA

(Program peringkat Ijazah Pertama di IPTA)

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
Program Pengajian Dalam Negara – IPTS

(Peringkat Ijazah Pertama)

  • Universiti Multimedia (MMU) (Peringkat Diploma)
  • Kolej Multimedia (MMC)
Pengajian Luar Negara

Intitusi pengajian tajaan Yayasan TM adalah 10 Universiti utama bagi setiap negara. Di antara contoh institusi yang mendapat tajaan Yayasan TM ialah seperti di bawah:

  • University of Cambridge, UK
  • University of Oxford, UK
  • Harvard University, US
  • London School of Economics, UK
  • Massachussets Institute of Technology, US
  • University of California, Berkeley
  • Imperial College London, UK
  • Stanford University
  • University College London, UK
  • Yale University US
  • Columbia University
  • IE Business School, Spain
  • IMD Switzerland
  • Insead France/Singapore
  • King College London, UK
  • Princeton University, US
  • HEC Paris, France
  • California Institute of Technology, US
  • ESADE Business School, Spain
  • IESE Spain
  • London Business School, UK
  • University of Chicago, US
  • University of Edinburgh
  • University of Lanchester, UK
  • University of Manchester, UK
  • University of Michigan
  • University of Warwick. UK

Lokasi tajaan adalah bergantung kepada polisi penajaan semasa.

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web TM di alamat http://ytm.tm.com.my
  • Calon lepasan SPM/STPM 2009 hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan.
  • Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Proses Pemilihan

  • Semua permohonan yang diterima akan dimaklumkan secara ‘online’ dan dapat di semak melalui laman web Yayasan TM.
  • Semua permohonan secara ‘online’ akan diproses mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan. Hanya borang yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan.
  • Pemilihan awal mengambilkira syarat-syarat asas permohonan, pencapaian akademik, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tanggunggan ibubapa.
  • Bagi pemilihan PLN, pelajar-pelajar yang dikenalpasti akan dipanggil untuk menduduki ujian kecekapan Bahasa Inggeris serta kecekapan minda melalui ujian bertulis seperti TOIEC, MENSA(IQ), Ujian Analisa Personaliti dan ujian Bahasa Inggeris . Hanya mereka yang melepasi tahap minimum yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Temuduga

  • Mereka yang tersenarai di dalam Senarai Pendek akan dipanggil temuduga bermula pada minggu ke empat selepas tarikh permohonan ditutup.
  • Pelajar dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan semasa sesi temuduga berkenaan. Bagi pelajar yang memohon secara ‘online’ dan juga pelajar yang terpilih untuk PLN, mereka dikehendaki membawa salinan dokumen yang disahkan dan dokumen-dokumen asal untuk penyemakan.
  • Temuduga diadakan bagi menilai kemampuan calon dari segi personaliti, pengetahuan , kepimpinan serta kecekapan berkomunikasi. Pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris adalah dianggap sebagai satu kelebihan.
  • Tempat temuduga akan di maklumkan kepada pelajar dan biasanya ia dilakukan di dalam kampus atau kawasan sekitarnya.

Ikatan Perjanjian

  • Semua pemegang Biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM/Anak Syarikat/Badan-Badan Berkanun untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
  • Tempoh ikatan kontrak adalah bergantung kepada tahun tajaan dan juga jenis program. Sekiranya program di IPTA dan IPTS , ikatan mereka adalah selama 2 kali tahun penajaan dan bagi PLN, kontrak mereka adalah selama 3 kali tahun penajaan.
  • Sekiranya selepas enam bulan dari tarikh tamat pengajian, pelajar tidak ditawarkan untuk berkhidmat samada di TM/Anak Syarikat/Badan Berkanun , tertakluk kepada persetujuan Yayasan TM mereka adalah bebas daripada mematuhi tempoh perkhidmatan wajib sebagaimana yang ditetapkan.
  • Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana dinyatakan didalam perjanjian termasuk enggan menerima jawatan atau meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh kontrak dan sebagainya, mereka dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 23 Mac 2010.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Yayasan TM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan permohonan online.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia, Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur atau telefon 03 2240 1582.

12 thoughts on “Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2010

  1. first hehe.. nilam saya nak tanya yg biasiswa ijazah pertama di mmu dan ipta tu untuk lepasan diploma ke spm thanks

  2. yg biasiswa persediaan luar negara ni kena dah ditawarkan oleh university luar negara dah untuk pengajian di situ baru boleh mintak untuk biasiswa ni ke?

  3. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by Sintok: Spotted Blog – Biasiswa Yayasan TM 2010 | ePutra: … Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Putra Malay… http://bit.ly/bB9rfI

  4. Halo,adakah yayasan tm menawar biasiswa untuk pelajar spm 2009?bagaimanakah cara utk memohon? terima kasih.

  5. sim szyuin says:

    when can i know whether i m shortlisted 4 interview/? tq

  6. hye..
    biasiswa telekom untuk sesi kemasukan 2011/2012 untuk lepasan diploma, bila akan dikeluarkan?..tq..:D

  7. 30 Mac yg lalu

  8. ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT BIASISWA YAYASAN TM…

    SAYA HARAP DAPAT KEKALKAN PRESTASI AKADEMIK SAYA….

  9. […] terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini sila […]

  10. […] terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini sila […]

  11. biasiswa untuk sesi 2012/2013 bila akan dikeluarkan..??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.