Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.

Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.

Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.

Penentuan Aliran

Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

Aliran Sains

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

Aliran Sastera

  • Bahasa Malaysia
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

Pengiraan Merit

  1. Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
  2. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.
  3. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
    • 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
    • 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

  1. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
    1. Matematik
    2. Matematik Tambahan
    3. Fizik
    4. Kimia
    5. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
  2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;

  1. Bahasa Melayu A+
  2. Bahasa Inggeris A+
  3. Pendidikan Islam A+
  4. Sejarah A+
  5. Matematik A+
  6. Matematik Tambahan A
  7. Fizik A-
  8. Kimia A
  9. Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

  1. Matematik A+ = 18
  2. Matematik Tambahan A = 16
  3. Fizik A- = 14
  4. Kimia A = 16
  5. Biologi A- = 14
    JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

  1. Bahasa Melayu A+ = 18
  2. Bahasa Inggeris A+ = 18
  3. Pendidikan Islam A+ = 18
    JUMLAH 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= 81

Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :

  1. 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
    1. Bahasa Melayu
    2. Matematik
    3. Sains
    4. Sejarah
    5. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
  2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran;

  1. Bahasa Melayu A+
  2. Bahasa Inggeris A+
  3. Pengetahuan Moral B+
  4. Sejarah C+
  5. Matematik B
  6. Sains B
  7. Perdagangan C+
  8. Ekonomi Asas C
  9. Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)

  1. Bahasa Melayu A+ = 18
  2. Matematik B = 10
  3. Sains B = 10
  4. Sejarah C+ = 8
  5. Pengetahuan Moral B+ = 12
    JUMLAH 58

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera)

  1. Bahasa Inggeris A+ = 18
  2. Ekonomi Rumah Tangga A = 16
  3. Sejarah C+ = 8
    JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90
= 60.9

Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

  1. Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
    1. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
    2. Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
    3. Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
    4. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;
  2. Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
  3. Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).

Maklumat

Maklumat di atas diperolehi daripada Kenyataan Akhbar oleh YBhg. Prof. Dato’ IR. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan kaedah pengiraan markah merit pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf selaras dengan pengredan baru SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai sesi akademik 2010/2011.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 hendaklah diajukan kepada; Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya atau hubungi Hotline : 03-8883 5858, Helpline : 03-8883 5848, Talian Am : 03-8883 5801/5802, Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my.

22 thoughts on “Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

  1. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by bambang: RT @eputra Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 http://bit.ly/2qoCST

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Bambang Mualip, Adi Wira, Shaz Nilam, Pendita Nilam, Amir Qasrun and others. Amir Qasrun said: RT @eputra Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 http://bit.ly/2qoCST […]

  3. kalau lepasan diploma.mcmane pengiraan ye?

  4. Dieenee,
    Kalau tak silap saya berasaskan 90% akademik dan 10% kokurikulum juga. Pemohon perlulah memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas yang ditetapkan untuk memohon sesuatu program pengajian tersebut.

  5. […] Bagi mengetahui cara pengiraan merit sila lihat di Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011. […]

  6. apa peratus markah untuk capai keputusan lulus???????

  7. Eboooy,
    Bagi pengiraan merit ini tiada istilah keputusan lulus, cuma lagi tinggi markah merit tersebut bertambah cerah peluang pemohon mendapat tawaran ke IPTA.

  8. SIRIL AISHAH says:

    pengiraan markah kokurikulum apabila dicampur dengan markah jumlah mata dimerit macammana?

  9. Siril Aishah,
    Markah akademik (90%) + Markah kokurikulum (10%) = Merit (100%)

  10. adakah pihak jpa dan mara turut mengutamakan pelajar yang mendapat merit yang lebih tinggi, walaupun perbezaan merit antara pelajar2 sangat kecil? berapa peratuskah markah semasa temuduga jpa dan mara?

  11. Thy,
    Sekarang saingan sangat sengit, sudah tentu mereka yang mempunyai merit yang lebih baik akan mempunyai peluang yang lebih besar. Kelebihan sedikit pun akan diambil kira.
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenai peratus markah semasa temuduga JPA dan MARA.

  12. saya merupakan pelajar aliran arab di sekolah menengah agama.macam mana saya nak mengira markah merit sedangkan pihak sekolah tidak menyediakan semua itu.adakah peluang keIPTA untuk saya sangat tipis kerana saya tidak terlibat dalam kokurikulum??

  13. assalamualaikum…em,saya nak tau untuk kredit,kita nak kena capai bape marks????saya confiuss

  14. assalamualaikum…saya nak tanya,bape markah lulus untuk mencapai kredit?????saya confiussssss

  15. assalamualaikum..saya,murid sekolah agama,boleh tak,kalau saya amek stam lepastu,apply maktab??????

  16. salam,
    untuk pengiraan merit aliran sains:
    boleh tak saya ambil 3 daripada mana2 mata pelajaran terbaik saya untuk “3 mata pelajaran terbaik yg lain”

    seperti contoh di atas: subjek bahasa melayu,bahasa inggeris,pend. islam.
    saya tukar dengan: pend. al-quran as-sunah,sejarah,bahasa arab tinngi,syari’ah islamiah dll.

    untuk pengiraan merit aliran sastera:
    boleh saja tukar mata pelajaran utama atau salah satu daripada mata pelajaran utama untuk “pengiraan mata pelajaran utama”

    contohnya: sains,
    saya tukar dengan: fizik,lukisan kejuruteraan atau kimia.

  17. askum..sy nk tanya..
    jika markah peratus akdmk hanyalah average 50%-60%
    dpatkh sy memsuki ipta…sy sgt risau kerana keptusn spm sy hanya ckup2x mkn..
    dan msih peng memkirkn course ap yg ingn sy ambil…
    t.you.. =(

  18. kalau saya memohon program sastera tetapi saya merupakan pelajar aliran sains bagaimana pula???

  19. kalau markah kokurikulum form 2 dan 3 hilang?adakah keseluruhan markah koko dari form1-5 kosong sbb tidak lengkap?

  20. klau markah merit cume 40.74,layak ke masuk ipta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.