Jom Masuk U 2011

Karvinal Jom Masuk U 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Jom Masuk U ini merupakakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 turut menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.

Karvinal Jom Masuk U 2011 ini disertai 20 IPTA, 100 IPT swasta terpilih, agensi di bawah kementerian dan Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U di 11 zon lokasi tahun ini berbanding 10 tahun lepas.

Lokasi Jom Masuk U 2011

Karvinal Jom Masuk U 2011 akan berlangsung adalah seperti berikut;

Tarikh Lokasi
14 – 15 Januari Terengganu Trade Centre, Terengganu
22 – 23 Januari Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
29 – 30 Januari Penang International Sports Arena (PISA), Pulau Pinang
12 –13 Februari Kelantan Trade Centre
Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
19 – 20 Februari Dewan 2020, Perlis
26 – 27 Februari Suria Sabah, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
5 –6 Mac Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah
12 – 13 Mac PERSADA, Johor Bahru, Johor
19 – 20 Mac Permata Exhibition Centre, Kuching, Sarawak
26 – 27 Mac Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
2 – 3 April MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan

Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival JOM MASUK U 2011 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. Telefon : 03-8883 5801/5802 Faks : 03-8889 4260 Emel : upu@mohe.gov.my

57 thoughts on “Jom Masuk U 2011

  1. Anda digalakkan mengunjungi karnival ini kerana di sana nanti, anda boleh menyemak kursus apa yang anda layak atau kursus apa yg anda mempunyai peluang yang lebih cerah berdasarkan keputusan peperiksann anda

  2. adi putra abd rahman says:

    dari kul berapa sampai kul berapa nih?

  3. Untuk kemasukan KPLSPM adakah?

  4. […] Sumber: Jom Masuk U 2011 | ePutra […]

  5. mne slangor?

  6. Novice Teacher says:

    salam,

    kernival ni utk lepasan SPM saja ker? saya nak sangat2 sambung master in education di UMS. tp xtau bila ada pengambilan.

    • Kumpulan sasaran adalah lepasan SPM, Diploma, STPM, Matrik dan STAM. Namun anda tetap boleh bertanya kepada wakil IPTA yang berkenaan mengenai program Pasca siswazah yang dimaksudkan

  7. alamak..dkt selangor bln april..kalo x silap tarikh tutup utk register ipta bln april..sempat ke ni?

  8. sy nak tnya..sy dh apply upu.. then sy dah pos sgala dokumen.. boleh kah sy kemaskini permohonan saya wlapun saya dh pos permohonan ke ipta pilihan? harap dapat mmbantu persoalan saya

  9. pukul berapa karnival nie start..

  10. saya pernah dapat twaran belajar di uitm, saya dh terima tawaran tapi last2 xpergi…adakah nm saya akan diblacklist dari upu??

  11. kat kelantan xda ke?

  12. xsabar nk gi yg dkt perlis pnya………

    • Rizal Copperhill says:

      fye_dye,,,awk org utara ka??~sama la kita nak tnya ni..karnival kat perlis 2 kat dewan wawasan kan??kat na 2??

  13. lah, npe xde maklumat yg lbih brgna utk lepasan stpm. spt tarik kmasukan ke ipta, syrat kemasukan dan pelbagai yang boleh membantu lepasan stpm spt kmy nie. tq

  14. pukul BERAPA??????????????

  15. results spm kuar bla ye?

  16. nak masuk maktab,smpt ke X aek?sy lahir pd 31 mei 1991…bukan syarat kemasukan maktab,umur tidak lebih 20thun pd tarikh tutup permohonan??kuciwanya lau xdpt msuk,dahla tu cite2 sjak kecil,nk jdik pendidik “like mother like daughter”.pmohonan msuk maktab ade skali x mse karnival tu nty???

  17. lepasan asasi U bleh lompat universiti tak untuk smbung degree?? TQ

  18. insyaallah 14 march 2011

  19. Permata Exhibition Hall, Kuching tu kat mana?

    Adakah dlm bgnan Taman Kereta?

    TQ.

  20. agak2 bilakah keputusan SPM 2010 akan keluar? Any hints anyone

  21. kalau saya gunakan sijil komuniti boleh ker sy apply upu? sy btl2 berminat nak sambung study 🙁

  22. mohamad ashraf says:

    i’m leaving to MINES this april…yay

  23. saya lepasan stpm 2010 now i nak isi borg upu x boleh

    mcm mane eh?sistem kate rekod sy tiada..n nama sy ade dlm

    lepasan diploma pulak..so0o how??????? tarikh dah nak tutup

    • Ini tentu ada masalah sebab lepasan STPM 2010 bukan di bawah kategori lepasan Diploma… cuba call UPU untuk dptkan bantuan

  24. kt pwtc x buat eh???

  25. xsbrnya nk pg yg kl punya~~!;DD

  26. dah pegi dah dgn skolah, kat kuantan..
    hari ni ada dekat mines, lagi dekat dgn rumah..
    nak pg lagi 🙂

  27. x sempat nak pegi la coz time diorg buat karnival kat kuching tu sy last sem kat poli… 🙁
    y dont buat kat daerah2 sarawak..coz sarawak besar…from mukah to kuching takes about 10 hours klu guna bas…lagi pun kita kena buka minda penduduk luar bandar terutama nya untuk menghantar anak mereka ke ipt…

  28. bile pjj ade bke erk?

  29. jdual krnvl jom msuk u tok 2012 xde lg ke?

  30. permata exhibition hall tu kat mne sbndrnye? bleh bg exact adress tak?

  31. kat segamat x de ker??

  32. […] tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.