Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

TERKINI : Semakan Rayuan PILN 2009
Semakan untuk rayuan PILN 2009 boleh dibuat mulai 1 Jun 2009 sehingga 4 Jun 2009 di laman web Semakan Keputusan PILN 2009.

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Luar Negara (PILN) akan boleh mula disemak mulai hari ini, 8 Mei 2009 sehingga 12 Mei 2009.

Semakan Keputusan PILN

Semakan keputusan biasiswa PILN ini boleh dibuat di portal JPA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my/. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan biasiswa PILN ini boleh menghubungi talian 03 8885 3892.

Menurut JPA, seramai 8,363 orang calon telah ditemuduga, daripada 15,084 calon yang memohon biasiswa itu dari 31 Mac sehingga 3 April lepas. Hanya 2,000 orang pelajar yang layak akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang-bidang pengajian yang telah ditetapkan kerajaan.

Berikutan tempat terhad di luar negara terutama dalam bidang kritikal, JPA turut menyediakan 2,000 biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam negara.

Calon-calon yang tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei hingga 15 Mei 2009.

Tempoh Tajaan

Mereka yang berjaya menerima tawaran Biasiswa Persekutuan JPA akan mendapat tajaan bermula dari peringkat persediaan sehingga tamat pengajian di peringkat Ijazah Pertama jika mematuhi segala syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Syarat Penajaan / Perjanjian.

Surat Tawaran

Surat tawaran penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan dihantar mulai 16 Mei 2009 melalui pos laju kepada calon-calon yang berjaya secara berperingkat selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu sebelum tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan.

Surat tawaran tersebut ada menyatakan negara pengajian dan tarikh pendaftaran di pusat persediaan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) akan dinyatakan IPTS yang ditawarkan dan tarikh pendaftaran bagi program persediaan.

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan bagi calon-calon yang telah menerima tawaran biasiswa adalah seperti berikut:-

  1. Program Ijazah Luar Negara (PILN) : 23 Jun 2009 hingga 14 Julai 2009
  2. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) :
    • Asasi di IPTA – 23 Mei 2009 dan 28 Jun 2009
    • IPTS – 30 Mei 2009 hingga 10 Ogos 2009

Taklimat mengenai penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan diadakan selepas calon-calon mendaftar di pusat-pusat persediaan.

150 thoughts on “Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

  1. keputusan ney untuk pelajar uder tajaan jpa ngan mara ke jpa sahaje?????

  2. liz bubu says:

    um…i did get jpa scholarship….but get local 1….actually what is it?berkembar or…..confused…..gv me some ideas….thx=)

  3. sy dpat piln tp confuse laa,
    rsult ni untuk bantuan biasiswa or program pengajian?
    sy bru je nk g mtrix, so nilam ley x bg respond smada sy ptut g piln (boitek) or matrix (sains hayat)?????

  4. Anis,
    Untuk JPA sahaja, MARA dijangka pada 15 Mei ini.

    Liz Bubu,
    Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN untuk ke luar negara mungkin akan mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.
    Pihak JPA akan menghubungi anda berkenaan maklumat tersebut atau anda boleh juga telefon 03-8885 3892 untuk mendapatkan penjelasan.

    Zetty,
    Susah sikit saya nak bantu. Walau apa pun pilihan anda pastikan ia dapat membantu mencapai cita-cita dan merupakan sesuatu yang anda minat.

  5. kawan saya dapat Matrikulasi dan kini dapat pula biasiswa ke luar negara. Adakah dia erlu daftar Matrikulasi hari ini dahulu? Kalau dia tak daftar Matrix, adakah apa-apa masalah mungkin timbul kelak pada offer JPA itu? Aoa kawan lain yang dapat call dari JPA suruh daftar Matrix ( dia dapatoffer JPA untuk study dalam negara). Please help.

  6. Pgs,
    Mereka yang mendapat tawaran ke luar negara biasanya perlu membuat A-Level dan seumpamanya di Malaysia dahulu sebelum ke universiti luar negara untuk program ijazah. Mereka ini biasanya juga akan ditempatkan di satu kolej khas.

    Manakala mereka yang mendapat tawaran biasiswa dalam negara pula akan diserapkan di IPTA/IPTS tempatan pada peringkat ijazah selepas tamat samada Matrikulasi, Asasi atau apa-apa program pra-universiti yang ditentukan.

    Berdasarkan ini saya berpendapat mereka yang mendapat tawaran ke luar negara tidak perlu mendaftar ke Matrikulasi hari ini. Mereka yang mendapat tawaran dalam negara pula perlu mendaftar.

  7. nilam,
    sy sdh bank in yuran pengajian ke matrikulasi pd mnggu lps, nmun sy mndpt twrn ke luar ngra di bwh tjaan jpa..
    adakah sy blh ‘klim’ duit yg tlh sy bank in tsbut?

  8. 1 more question,
    nilam, npe ada bbrape kwn sy yg mndpat thu kptsn twrn piln jpa ni mlalui tlfon?
    jpa mnghbungi mreka..ksemua mreka adlh pljar bidang kjuruteraan ke jpun dn usa.

  9. liz bubu says:

    thank u so much nilam….
    how r u now?as a student?haha!!get a lot of information about it…anyway,thks!!!n 1more question,i still hv2prepare some money4any else?or jpa will sponsor all n i nidnt worry anymore?cz my family condition not well…

  10. aku masih menanti keputusan dari MARA, amat menyeksakan, everything dah clear , except mara offer letter jer….kalau settle hari ni gak aku pi mara ambik surat dan buat visa….

  11. luvaddmathgurlz says:

    assalamualaikum….
    sy rse entri kali nih x kne mengene ngan soklan sy….
    boleh x terangkan pd sy ttg
    Program Ijazah Dlm Negara (PIDN)……
    lepasan spm layak ke utk memohon……

  12. liz bubu says:

    any one pls help me….headache….

  13. Saya masih risau tentang keselamatan JPA application. Ada kawan saya yang dah menerima offer JPA tetapi esoknya mereka dapati status offer itu di tukar jadi “Menolak” oleh seseorang yang tiada berhati perut.

    Ingin tahu apakah langkah yang di ambil untuk menolong calon-calon yang keputusan penerimaan meraka dah di tukar oleh orang lain tu. Mungkin ada antara mereka yang tak sedar/ tak periksa balik status penerimaan selepas mereka click “Terima”. Bukan semua orang ada pc / internet kat rumah. Kesian mereka.

    Kenapa JPA tak gunapakai password untuk akses borang penerimaan? Kan itu lebih selamat. IC number seseorang colon tu, ramai jugak yang tahu.Manalah selamat?
    Boleh tahu langkah keselamatan yang diambil JPA untuk betulkan keadaan?

  14. Zetty,
    Setahu saya anda boleh tuntut semula RM60.00 yuran peperiksaan MUET tetapi yang selebihnya saya tidak pasti.

    Saya juga ada mendengar cerita ini, mereka ini ada yang dapat panggilan sehari sebelum pengumuman rasmi di buat. Saya tidak pasti pula kenapa, mungkin ada kaitan dengan pengurusan mereka ke Jepun dan USA.

    Liz Bubu,
    Sama-sama… Saya tidak pasti bila pihak JPA akan mula memberi biasiswa berkenaan. Cuma saya pernah dengar, mereka yang benar-benar tidak mampu boleh memohon pendahuluan bagi meringan beban semasa hendak mendaftar.

    Luvaddmathgurlz,
    Salam… PIDN untuk mereka yang telah mendapat tawaran mengikuti program pengajian diploma dan ijazah sarjana muda serta mereka yang berada dalam tahun dua di IPTA dan IPTS terpilih.
    Maklumat lanjut sila rujuk Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008.

    Pgs,
    Diharap pihak JPA akan melakukan sesuatu bagi meningkat tahap keselamatan maklumat tawaran. Semasa proses permohonan melalui UPU dahulu ada laporan polis dibuat oleh pemohon kerana lapan kursus pilihan mereka telah ditukar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kepada kursus yang langsung tidak ada kaitan dengan kelulusan mereka.

  15. okay, thanks nilam…
    1 lg soalan, btol ke lps hbs dgree di oversea, jpa akn myadiakan pkerjaan bg student2 PILN ni???
    sy risau takut2 jd mnganggur lps hbis blajar…
    p/s: sy dtwrkan ke program BIOTECHNOLOGY…

  16. liz bubu says:

    nilam…do u noe when can i receive my offer letter for start study?
    nw still hv2wait 4how long time?
    thx=)

  17. Zetty,
    Sama-sama…. Memang benar pihak JPA akan menepatkan lulusan PILN kerana ada ikatan kontrak untuk bekerja dengan kerajaan selama 3 atau 5 tahun.

    Liz Bubu,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya tetapi sepatutnya dalam bulan ini atau awal bulan depan.

  18. salam nilam…
    blh sy tnya, mybe nilam xde infrmtion sgt psl ni…
    sy nk taw, klu bt foundtion untuk piln ni brpa taon?
    sy dtmpatkan di ipta or kolej untk bt foundtion?
    n bpe taon kte brda d ovrsea untk dgree?
    lps hbs kontrak dgn jpa, sy blh smbung kontrak lg x or sy kne cri keje laen?
    sory too mny questions…thanks nilam… =)

  19. liz bubu says:

    now im anxious,excited,confused,waiting for my letter to come….still hvnt come…curious,dunno where i hv2go….

  20. liz bubu says:

    many excellent ppl din get jpa too…reli hard 2 say so how a way student can gt tis scholarship…reli cant deny,sumtimes thing is dependin on luck….do u thk so???=)

  21. Zetty,
    Salam…
    Saya pun tidak berapa pasti tetapi berdasarkan apa yang diketahui biasanya antara 1 – 1.5 tahun di kolej khas untuk mereka yang akan ke luar negara. Tempoh masa di luar negara bergantung kepada kursus yang diambil, secara amnya antara 3 – 6 tahun. Selepas habis kontrak biasanya anda tidak perlu sambung kontrak tetapi akan terus bekerja dengan sektor kerajaan sehingga anda memohon untuk berhenti atau bersara.

    Liz Bubu,
    Memang benar kerana terlalu ramai yang memohon, hanya mereka yang bertuah dan ada rezeki dapat tawaran ini.

  22. thanks nilam for giving me too many information…
    may ALLAH bless u… =)

  23. Ak dpt twaran biasiawa dlm ngara ..kos medic..kat ipts…
    ap cntoh ipts yg jpa akn antr nnt??
    offer lettr pun ntah bla nk smpi???
    rse2..bla kna regstr??

  24. liz bubu says:

    hey,jz nw i saw tv news…a latest news,said government cabinet will gt involved jpa scholarship’s structure,n y a lot excellent students cant get it!!!!haha,they now wan2analyse n investigate it….dunno wat results will be coming soon…hope so they notice my name….i reli hope so gotta2overseas…although l keep telling myself dont think much of it,but i reli hope so much….much….haiz,more hoping,more disappointing then….all the best yo all,n me too

  25. Nilam, bilakah agaknya surat tawaran JPA akan di hantar kepada calon calon yang berjaya untuk PILN?

  26. is dat true liz bubu?u make me worried..
    i didnt have the chance 2 go 2 anywhre else coz my nme gt blcklisted in mtriculation since i didnt go thre 2 rgster last mnday.
    plus, i dont want 2 go 2 uitm coz i was offerd in diploma.
    so if i cant get the schlrship, whre should i go?
    does the qualfcation 4 gettin’ the schlrship bcome higher than bfore?
    waaaaaa…….. sooooo worried!!! =<

  27. liz bubu says:

    dunb too worry,zetty!!!cz l jz saw it…u gt the scholarship ad,rite?no pblm leh!cz it jz4those who gagal….u confirm gt it so i thk its not related wf us…hehe,sry,scared u:p

  28. liz bubu says:

    every1…i ad gt jpa scholarship…although its nt go overse,but i gt it…can i dp rayuan anymore??i reli hope so i can go oversea,so much so much….but if i do it,am i ‘tamak’??i dunno…if i rayu,wat should i be going to do?write a surat rayuan??sent to???cz i gt 11a1,1a2,1b3….i reli hope so i can gt oversea scholarship…haiz….more hoping,more disappointing….

  29. Zetty,
    Sama-sama, insyaAllah.

    Envo29,
    Pihak JPA akan menghubungi anda dalam masa terdekat ini berkenaan tawaran tersebut. Di antara IPTS yang mungkin terlibat adalah AIMST University serta kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia seperti University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology.

    Liz Bubu dan Zetty,
    Bagi mereka yang tidak mengetahuinya boleh membaca berita tersebut di PSD scholarship review. Ini tidak memberi sebarang kesan kepada mereka yang telah mendapat tawaran.

    Pada pendapat saya mereka yang cuma dapat tawaran biasiswa dalam negara mungkin boleh merayu untuk tawaran ke luar negara jika ada kekosongan (mungkin ada yang tolak tawaran atas sebab2 tertentu). Cuba hubungi JPA di talian 03-8885 3892 untuk mendapatkan penjelasan.

    Pgs dan Envo29,
    Secara tepatnya saya tidak tahu tetapi sepatutnya sebelum pertengahan bulan Jun nanti.

  30. fuh…ALHAMDULILLAH…hehe
    since i gt 1 b3 in my spm rsult, of course im worried coz i didnt gt too excellent rsult…
    anyway, thanks 2 both of u, NILAM n LIZ BUBU…
    im gettin’ confdent 2 gt the offr ltter which wll cme soon…
    => (dis is a smile 4 NILAM n LIZ BUBU)

  31. klaw lpasan matrik still boleh apply tok PILN en
    lpasan asasi,,
    tak boley da eh ??

  32. liz bubu says:

    haha…nvm la,zetty!!both of us jz worry…anyway,congrats to u,can go oversea,enjoy it.haha,gv u back a smile too=)
    all the best!!wat course u take?i take medicine….so later after abt 7years,called me doctor bubu!!!haha,its jz my nickname during skol time,so funny izzit?i oso 4gt how i gt tis name ad…

  33. liz bubu says:

    jpa official so difficlt to call in…many too many ppl call it,busy,jams…

  34. juz wanna knw…c0z i gt sch0lar dlm ngara..
    d0 i hav chance 2 g0 2 0versea IF i gt XCELLENT rslt 4 my foundati0n ???
    damn reli wanna go 2 0vesea!!!pls3!!

  35. liz bubu says:

    envo29…i same situation lk u….hope so to go oversea,so much so much….haiz,but u thk its less hope la,bcz reli too many ppl compete for it!!!anyway,jz try lo!!i wan2ask,but jpa diffcult to call in…

  36. i give back ur smile, DR. BUBU =)
    congr8 2 u 2 DR. BUBU…
    i’ll take 4 BIOTECHNOLOGY, dreaming 2 be a specialist 4 orthopedic, bt im not too excllent lke u DR. BUBU coz i gt b3 4 physc. hehe
    anyway thanks 2 God 4 givng me a chance 2 fther my stdy 2 ovrsea…
    another thing 4 DR. BUBU, juz wait coz u’ll go there 4 PHd…rite?
    INSYAALLAH…

  37. anywhre nice nme LIZ BUBU…
    do u wanna b a specialist?
    i’ll go 2 ur clnic 4 a free treatment…cn i???
    hehehehehehehehehehehe

  38. slam nilam…boleh sy taw ape beza foundtion and a-level..
    4 piln ni, sy akn dtmpatkan ke foundtion or a-level??

  39. Zetty,
    Sama-sama. Tentang perbezaan antara Foundation dan A-Level secara ringkasnya begini…

    Program Foundation sama seperti Program Asasi di mana satu program persediaan yang dijalankan oleh kolej atau universiti untuk para pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat ijazah di kolej atau universiti yang sama.

    Ada Program Foundation khusus untuk program ijazah tertentu. Sebagai contoh Universiti Islam Antarabangsa menawarkan 15 program asasi yang berbeza khusus untuk bidang yang berbeza. Di samping itu ada juga program yang bersifat lebih umum seperti asasi sains.

    Program A-Level pula sebenarnya adalah General Certificate Of Education (Advanced Level). Di Malaysia ia bersamaan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Program A-Level ini merupakan salah satu kelayakan yang paling diterima sebagai syarat kemasukan ke banyak universiti di dunia. Program A-Level ini menawarkan beberapa kombinasi matapelajaran yang menentukan bidang yang boleh diambil di universiti.

    Di Malaysia terdapat dua badan yang menguruskan peperiksaan A-Level iaitu Cambridge International Examination (CIE) and Edexcel International.

    Berkenaan di mana anda akan ditempatkan, saya rasa itu bergantung kepada bidang dan universiti luar negara yang anda akan masuk. All the best!!

    Eika,
    Biasiswa PILN ini hanya untuk lepasan SPM tahun semasa sahaja.

    Liz Bubu,
    All the best to you too.

    Envo29,
    Pada pendapat saya mereka yang cuma dapat tawaran biasiswa dalam negara mungkin boleh merayu untuk tawaran ke luar negara jika ada kekosongan (mungkin ada yang tolak tawaran atas sebab2 tertentu). Cuba hubungi JPA di talian 03-8885 3892 untuk mendapatkan penjelasan.

  40. okay, thanks a lot NILAM… =)

  41. umi_maria says:

    kenapa sukaaaa sgt nak belajar o/sea ya
    dah tau ke negara mana, negeri mana
    kena2 tmpt yg kita tak suka camne..
    Skrg ni JPA bnyk antar India, Indonesia
    hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri
    baik lagi negeri sendiri
    ini kan pula hujan emas negeri sendiri
    kalu dah dpt JPA local sama tak mcm hujan emas negeri sendiri?
    perlu tak buat rayuan?
    tolong
    kongsi sikit pandangan

  42. umi_maria…
    tp klu da rzeki Tuhan nk bg, kat mane2 pun blh, xkire la kt indon ke, india ke…
    or ada hujan emas ke, hujan batu ke, klu Tuhan 2 nk bg hujan emas kt ngeri orang kte nk wt cne…btol x???
    HANYA TUHAN YG TAHU…it’s all dpend on luck…

  43. nureiyla_heartbroken says:

    assalamualakum…
    nilam…
    saye mohon utk piln…
    tp x dpt…
    dpt local jew…
    tp alhmdulillah la…. rzeki kat ctue…
    saye x ksah sgt…
    y peng skrunk…
    saye dpt gak uitm asasi engineerg…
    dftar 23 mei nie….
    huh!!
    ipts y sye xtau pape n uitm…
    susah la nk plih…
    kalo plih ipts..
    4 sure tlpas uitm…
    kalo plih uitm wastg my mother mney…
    bukan org sng…
    cam ne erk nlam…
    hope sgt bntuan…
    agy stu…
    ipts tue…
    nilm ade kate 5 ipts btraf antrabgsa kn…
    memg tue sje or ade agy but u didnt mention it….

  44. liz bubu says:

    huh??nurei,u received the letter frm jpa ord??woo…i hvn get le!!!i same as u,gt local oli….

  45. nureiyla_heartbroken says:

    x dpt agy bubu…
    klo da dpt da ley wat dcsion…
    dilema gla…
    n juz called me eiyla…
    upu dpt mne???

  46. perlukah saya pergi ke tingkatan 6 sementara menunggu surat tawaran JPA? saya mendapat tawaran dalam negara dalam jurusan perubatan. bolehkah saya tahu agak bila baru saya boleh menerima surat tawaran tersebut?

    sekian.

  47. Zety,
    Sama2.

    Umi_Maria,
    Sememangnya ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Mereka yang memohon ini ada dengan niat semata-mata untuk ke luar negara tanpa mengira kursus atau negara yang ditawarkan, ada juga yang akan menimbangkannya dahulu sebelum menerima tawaran yang diberi malah mungkin akan menolak tawaran tersebut jika tidak selari dengan cita-cita dan minat.

    Nureiyla_Heartbroken,
    Salam… Sebenarnya dalam membuat pilihan ini bergantung kepada apa yang menjadi keutamaan anda. Di antaranya samada minat, cita-cita, universiti, lokasi atau pembiayaan. Sebagai contoh jika isu pembiayaan menjadi keutamaan mungkin anda patut pilih tajaan JPA.
    Mengenai IPTS sila rujuk jawapan komen saya kepada Envo29 di atas.

    Anya,
    Tidak perlu. Surat tawaran sudah mula dihantar oleh JPA secara berperingkat dan anda akan menerimanya dalam masa yang terdekat ini.

  48. hyee…im curios to know, kte boleyh x mnx tka tempat persediaan kte or negara yang mgkn bakal kte dapat.. cz i dapat spc mara. Tempat persediaan kat msu…
    what i know, selalunye bdk2 yg dianta kat situ akn further studies kat india….
    kalau boleh i prefer negare laen…
    kedua, adakah sebenarnya penempatan pelajar di universiti luar negare bergantung pada pointer mase program persediaan???
    dan lass skali knape ader yang kne wat ib, a-level and foundation????
    berdasarkan kriteria ape mara/jpa tentukan bende neyh????huhu..
    hope nilam or anybody can answer my questions…
    thank u very much!!!

  49. nilam, mse bt foundation, adkah exam akn dijlnkan untk mnapis lg stdent yg akn dhntar ke ovrsea???

  50. nureiyla_heartbroken says:

    nilam thx…

  51. nureiyla_heartbroken says:

    nilam
    one more qquestion…
    bley mohon tukar ipts x???
    tue je
    thx

  52. Anis dan Nureiyla_Heartbroken,
    Biasanya anda tidak boleh menukar kolej persediaan yang disebut dalam surat tawaran. Memang benar penempatan universiti bergantung kepada gred/ pointer, malah jika gred anda tidak mencukupi ada kemungkinan anda tidak dapat ke luar negara.
    Berkenaan jenis persediaan yang ditawarkan biasanya bergantung kepada kursus, universiti dan negara yang akan ditempatkan nanti.

    Zetty,
    Tidak, cuma anda kena pastikan keputusan peperiksaan anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA dan universiti berkenaan.

  53. bolehkah saya tahu bahawa adakah anda salah seorang pegawai JPA? harap anda jangan tersinggung kerana saya ingin memastikan bahawa maklumat yang terdapat di sini adalah benar.

  54. nilam, btol ke sape yg dpt ipts, jpa akan call nnti?
    camne nilam tau?

  55. Freezo,
    Saya bukan seorang pegawai JPA. Maklumat di sini diperolehi daripada pelbagai sumber di internet seperti laman web agensi yang berkenaan (MARA, UPU, JPA dll), forum, blog dan laporan berita di akhbar.

    Enigma,
    Menghubungi tidak semestinya melalui telefon. Pihak JPA akan menghantar surat tawaran yang akan menjelaskan lebih lanjut mengenai pembiayaan ini termasuklah IPTS dan tarikh anda perlu mendaftar. Sebenarnya surat tawaran telah pun mula dihantar secara berperingkat.

  56. salam
    nilam…sy x dpt piln2009
    tp sy pelik la ape qualification yg die nk
    sy aply 4 law
    tp x dpt
    while ada org yg dpt 6a je dpt lak

  57. salam nilam..

    sy mmohon biasiswa jpa luar ngra
    tp cme mendpt twran dlm ngra
    utk buat foundation di ipts
    jd sy nk tanya
    ada hrpn ke utk sy dpt lnjutkn pgjian ke luar ngra?
    mgkn slps sy tamat foundation di ipts tersebut..
    atau sy kne buat rayuan?mcm mna?
    adakah dah terlalu lmbt utk sy buat rayuan?
    tq

  58. family law says:

    Assalamualaikum,
    saya dpt jpa nya sc piln n dpt tawaran ke uia asasi…tapi risau la sebab surat
    twaran jpa x sampai2 lagi..ntah bila nak sampai takut2 nanti bila tak sampai terlepas dua-dua plak..lagi satu bila call jpa slalu ja busy..jpa ni cam nak tak nak ja nak bagi biasiswa..buat orang penin ada la..aduih..anta la cpat skit..kta pakai pos laju..tolong komen skit nilam…jpa jangan la pulak kecik hati aaaaa..

  59. i get tawaran dalam negara. do we need 2 go 4 a medical check- up before we enter the college that they choose 4 us? or is it only compulsory 4 those luar negara? is it going 2 affect us if we din go 4 de check-up since now there are cases of A(h1N1) in m’syia?

  60. hi,, sy dpt piln, luar negara,,
    tp surat lmbat sgt la,, tension tunggu,,dh tunggu spm,,tunggu kputusan piln,,, tunggu surat dia pulak,,,

    ada kwn sy dh pergi intec uitm, sh alm,,jpa call dia suruh dftr,, dia ambik tech engineering korea,,
    dia kata ader bbudak lain skali,, bbdk medic mesir n jrdan dan engineering rusia,,

    sy cnfused,,jpa kata yg berjaya piln dpt surat pos laju,,tp ni ader yg kena call nih kenape,,,buat sy risau je,,,

  61. Farid,
    Salam…. Mungkin kombinasi matapelajaran yang mendapat A dan jurusan yang dipohon itu mempengaruhi keputusan permohonan.

    Nur,
    Salam… Saya tidak pasti samada anda boleh membuat rayuan. Ada beberapa pembaca di sini yang juga hanya mendapat biasiswa dalam negara telah cuba menghubungi pihak JPA mengenainya tetapi belum diketahui hasilnya.

    Family Law dan Freak,
    Salam… Surat tawaran telah mula dihantar secara berperingkat. Surat tawaran ini dijangka akan diterima oleh anda selewat-lewatnya satu minggu sebelum tarikh pendaftaran ke pusat persediaan. Sila rujuk Tarikh Pendaftaran di atas.
    Mereka yang mendapat panggilan telefon itu mungkin surat tawaran mereka dijangka sampai lewat.

    Joanie,
    Maklumat mengenai perkara itu biasanya akan dinyatakan dalam surat tawaran.

  62. salam..

    saye cume nk tanye, ade kawan saye dah dapat tawara PILN tapi JPA yg telefon die..die sekarang ni tengah belajar dkt U tempatan. tp saya pelik sbb kawan saye kata die belajar dalam negara 3 bulan je sebelum pergi Russia belajar bidang perubatan.

    soalan saye,
    kawan saye tu x payah wat A level ke? ke die tersilap info?
    setahu saye, semua kena wat A level dulu kan(yg dpt PILN)?

  63. liz bubu says:

    hey guys~long time i din leave comment here…im the one who gt piln=)but…local ipts lol…i gt call jpa b4,but fail to call in,mayb bcz it is too blocking…then i try to send them a email,hoorey!!i successfully did it!!then they apply me,ask me to wait,till result comes out on 1june…bit 1 more strange thing,they said letter will be sent since 29may if confirm accepting the applying!!i’m strange of it much…wat does ot mean??result comes out on 1june,but letter be sent since 29may…cant understand it well,nw wat can do jz wait wait wait…

    hope so i gt it…overseas…

  64. family law says:

    ok..thanks nilam..pendapat saya tentang yang ada jpa call ni la kan..saya rasa jpa buat pendaftaran ikut kursus yang dipilih, sbb diaorang tak nak serabutkan keadaan..dan mungkin juga ada yang hanya kena buat perrsediaan 3 bulan saja sebab faktor kursus yang dipilih dan negara yang diaorang pilih dan dapat..dan juga mungkin kelayakan akademik pelajar itu sendiri..sebab jpa sendiri ada wat kuota untuk pelajar yang betul2 score dalam spm..jadi mungkinlah diaorang ni didahulukan berbanding student yang tak termasuk dalam kuota 2…tapi apakan daya kita ni hanya mampu menanti dan menanti sekeping surat dan sepanggilan panggilan telefon..k ah.

  65. liz bubu
    btul ke sape yg dpt ipts boleh wat rayuan? bile awak emel jpa? smpat lg x nak wat rayuan?

  66. referring to family law,

    tapi kalau nak kate ikut kelayakan SPM, die cume dapat 7a1 3a2, tak tahulah kalau JPA tengok koko die macam mane..habis kalau 3 bulan je, die x buat A level lah kan?

    saye dapat perubatan veterinar tapi surat x dapat lagi. biase lah tu. hitam putih semua x tau lagi sebab suratnye x dapat lagi..harapkan internet jelah

  67. saye nak tanye ib tu ape?heheh,
    apa beza dengan foundation?

  68. Ulliaz,
    Salam…. Mereka yang mendapat PILN memang perlu mengikuti program persediaan antaranya Foundation, A-Level dan IB. Mungkin untuk ke Russia program persediaannya cuma 3 bulan di sini dan disambung di sana.
    Harap ada pembaca lain yang boleh mengesahkannya.

    IB adalah singkatan kepada International Baccalaureate Diploma Programme. IB ini merupakan program kemasukan ke universiti yang diterima pakai secara meluas di seluruh dunia. Pelajar yang mengikuti program IB ini perlu mengambil 6 matapelajaran, satu daripada setiap kategori. Kategori tersebut adalah Bahasa Pertama, Bahasa Kedua, Individu dan Kemasyarakatan, Sains, Matematik dan Kesenian dan Elektif.

    Di samping itu pelajar IB juga perlu menyiap satu karangan lanjutan sepanjang 4,000 patah perkataan dan satu karangan teori pengetahuan sepanjang 1,600 patah perkataan yang perlu dibentangkan dalam kelas. Pelajar IB juga perlu terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum (kreatif, kesukanan dan khidmat masyarakat) sekurang-kurangnya 150 jam.

    Penjelasan ringkas tentang Foundation ada di atas.

    Liz Bubu,
    Mungkin pengumuman rasmi akan dibuat pada 1 Jun tetapi surat akan dipos pada 29 Mei supaya anda tidak lama menunggu.
    Semoga anda berjaya ke luar negara.

    Family Law,
    Betul juga tu… thanks.

    Enigma,
    Apa kata anda cuba sahaja emel (piln2009@jpa.gov.my) JPA membuat rayuan.

  69. terima kasih

  70. liz bubu says:

    thank u so much nilam…hope so gt it !!!

  71. Ulliaz dan Liz Bubu,
    Sama-sama.

  72. family law says:

    back to ulliaz,
    apa yang dimaksudkan dengan kelayakan akademik mungkin begini..kita hanya mendapat result spm dalam bentuk a1 ataupun a2 dan tidak mendapat markah yang sebenar kita peroleh dalam bentuk peratusan..pihak jpa mempunyai senarai markah secara peratusan bagi setiap pelajar..boleh dikatakan jpa akan memilih pelajar yang mendapat markah A yang betul2 ‘solid’..contohnya walaupun kita dapat a1 tp mungkin A itu berada di paras minimum untuk mendapat A1..jadi A yang betul2 solid ialah bila kita dapat markah yang hampir kepada 100%..ini hanya pendapat yang saya ketengahkan berdasarkan maklumat yang diperoleh..k ah.

  73. Family Law,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.

  74. metallica says:

    nilam,

    saya mendapat surat untuk menjalani program latihan khidmat negara. tapi saya sedang menunggu surat tawaran JPA kerana saya mendapat tawaran dalam negara. perlukah saya melaporkan diri di kem latihan saya pada bulan depan? ataupun saya boleh dikecualikan daripada program tersebut?

  75. family law says:

    Sama-sama..

  76. hi..
    nk tnye de sape2 x kwn dye dpt g ucsi university under mara?

  77. hi sume..
    juz nk tnye…srat jpa y dpt ke ipts bru nk dipos 29 mei nie kew??
    kte 16 mei da pos….or 29 mei nie utk luar negra je??
    nape srat x smpi2…
    rsau btol lew…
    huhu..

  78. Metallica,
    Anda tidak boleh dikecualikan daripada mengikuti PLKN jika sudah terpilih tetapi boleh memohon untuk menangguhkannya. Anda memerlukan surat tawaran ke IPTA/IPTS dan pengesahan bayaran yuran sebagai bukti semasa membuat permohonan penangguhan.

    Konpius,
    Surat tawaran daripada JPA telah mula dihantar mulai 16 Mei 2009 kepada calon-calon yang berjaya mendapat biasiswa ke luar negara atau dalam negara secara berperingkat-peringkat. Surat tawaran ini dijangka akan tiba selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu sebelum tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan.

  79. hye konpius..

    raseny sy ptut share info nieh..
    mgkn mmg btul
    spt yg liz bubu ckp,
    kwn sy pn ade try bg emel 2 jpa
    n luckily jpa replied it!
    so jpa ckp,offer letter tuk yg dpt ipts akn mule dipos 29 may
    n d intake wil b at d end of june..

    btw,wat course did u get?

  80. Doakan sy dapat rayuan JPA. Penat belajar smpai sparuh mati tp tidak ada rezeki dlm spm. Namun saya layak untuk PILN, Social science. Harap ada hikmah. Doakan saya dapat rayuan dlm kptusan 1 jun ini.. Harap ke luar negara. T. kasih…

  81. owhh hye nur…

    thnx so much 4 da info yaa..
    lega sket r dpt taw mnde nie…
    nway, sy dpt cos medic ipts..
    how bout u??..
    thnx 2 nilam too….=)

  82. Nur,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

    Rajin,
    InsyaAllah anda akan berjaya.

    Konpius,
    Sama-sama.

  83. liz bubu says:

    nur,ur friend lk me too??i did gt medicine course…but imnt very understand.its mentioned results4rayuan come out on1june,n lettrt will be sent 29may??!!
    means wat is the letter???ipts letter or overseas????impossible i gt2letter,,,both ipts n oversea….dunno…jz wait lo!!!anyway,thhs 4ur information too!!at least i noe there are some ppl same condition lk me =)

  84. Liz Bubu,
    Nampak sekarang hanya perlu menunggu keputusan pada minggu depan.

  85. konpius:
    owh u dpt medic
    sy dpt biotech ipts

    liz bubu:
    my friend did gt the ipts,but he didnt make the rayuan 2 get overseas
    the 29may is 4 the ipts..im nt sure bout the rayuan
    but i tink,s u being informed,
    myb the results 4 rayuan wil come out on 1june
    so u hv 2 check at the jpa website
    if u want more info bout it, jz call jpa lo..
    try tis one..0388853892
    or jz send email to jpa
    =)

    nilam:
    sama2 nilam..
    nilam,sy ada lg 1 soalan
    ade kmungkinan ke mereka yg mndpt ipts akn dihntr ke overseas pd tahun akhir?
    sy mmg nk sgt overseas tp dlu sy try call jpa,x jwb n emel pn x reply..
    tau2 rupeny rayuan tlah ditutup pd 18may lpas

  86. Nur,
    Saya tidak pasti tetapi apa yang penting dapatkan keputusan yang cemerlang semasa dalam program pra universiti nanti. Andaikata pihak JPA ada cadangan untuk menghantar pelajar tajaannya di IPTS ke luar negara, sudah tentu program yang anda ikuti serta keputusan peperiksaan akan mempengaruhi keputusan mereka.

  87. owh..
    tq nilam
    inyaallah i’ll try my best..

  88. saya dapat piln dalam kursus farmasi. tapi saya ada satu soalan untuk ditanya. program ijazah tahun pertama maksudnya ape? adakah pihak jpa hanya akan beri biasiswa sehingga tahun pertama ijazah sahaja? macam mane pula dengan tahun seterusnya? confused!

  89. Bagi yg dpt ipts tu.. tlg jawab ini.. dekat semakan internet, mcm mana nk tahu mereka dpt IPTS/oversea??? pelik. kalau bahagian negara, jpa tulis ‘TIADA’ tp status berjaya, apakah masudnya?? dpt piln oversea ke ipts? tq!

  90. muff,
    kalo jpa tulis status berjaya n ngre plak tiada,
    means dpt oversea..
    kalo dpt ipts,jpa tulis berjaya ipts n ngre m’sia..

  91. Ika,
    Maksudnya ijazah pertama yang anda ambil selepas program persediaan. Pihak JPA akan memberi biasiswa sehingga anda tamat program pengajian ijazah pertama tersebut. Walaupun begitu semak perjanjian yang anda tangani untuk kepastian.

    Muff,
    Harap komen Nur telah menjelaskannya.

    Nur,
    Terima kasih

  92. sy da dpt srt JPA tp plik la…
    ngara y sy dpt xde dlm snarai ngara spatutnya JPA hntr untuk bioteknologi…
    yg tsenarai septtnya JPA hntar adlh Kanada, UK, USA, tp knpa sy dpt Australia?
    konfius!!!

  93. family law says:

    refer to zetty,
    eh…bla dapat surat aaa..pagi tadi ke smalam..

  94. family law says:

    lupe plak nak tanya..diaorang anta pakai pos laju ke?

  95. Zetty,
    Saya rasa anda perlu menghubungi JPA untuk penjelasan. Mungkin ada pembaca lain yang mempunyai pengalaman yang sama boleh berkongsi di sini.

  96. liz bubu says:

    tau tak bila keputusan rayuan jpa ni kluar????ada yg kt hari ni,1jun…tp sy tgk,tak apa-apa pun…

  97. entahla, JPA bagi tahu, 1 jun..
    semak la byk2 kali… selalunya mcm biasa lambat masuk sistem..
    semak kat esila ke??

  98. family law says:

    sya baru dapat surat jpa tadi..sya amik law pastu kna buat persediaan kat HELP university..ada tak sapa2 yang dapat cam sya gak..tapi betullah..susah btul nak masuk portal esila tuh.

  99. dh dpt ke semak rayuan PILN???? Siapa dpt tlg share..

  100. Semakan untuk rayuan PILN 2009 memang boleh dibuat mulai 1 Jun 2009 sehingga 4 Jun 2009 tetapi laman web esila JPA agak sukar untuk dilayari buat masa ini.

  101. saya telah dapat jpa piln tapi negara tak di beritahu. saya akan di hantar ke imu di KL selepas kursus persediaan.ADAKAH MAKSUDNYA SAYA TAK DAPAT JPA LUAR NEGARA? dan apakah maksud farmasi berkembar? harap jawab.

  102. ade sape2 yg dh dpt surat jpa ipts????

  103. liz bubu says:

    entah….oo,mostly of u all gt letter ad…i hvnt receive…i gt medic ipts!!any1 same as me jz share wf me,let me know there is sum1same as me lo…then can lessen my anxious…thkx=)

  104. liz bubu says:

    FAMILY LAW…want to ask u,wat type of course u take?wat i gt jz ipts in local here,n u??sum said wat i gt is twinning programmes,but i thk its jz local ipts…so jz ask u,izzit wat u take is oversea programe??thkx4sharing ahh….

  105. salam….
    sume y dpt ipts x dpt srat ag ek??..
    to liz bubu…
    i got medic ipts too..
    tp srat x smpi2…huhu

  106. family law says:

    ya..btul..saya amek course law n dpt buat kat uk..ape yg awk dpt tu mungkin gak twinning programmes sbb kan jpa slalunya bgi ipts overseas yang ade branches di malaysia..e.g..taylors college..k..thank for asking..

  107. Pika,
    Saya sendiri kurang arif berkenaan perkara ini, anda perlu berhubung dengan JPA untuk kepastian. Ada kemungkinan ada mendapat tawaran ke IPTS dalam negara.

    Secara amnya program berkembar ini adalah program pengajian yang dijalankan oleh sesuatu institusi dengan kebenaran dan kerjasama universiti berkenaan. Sebagai contoh Kolej IKIP ada menawarkan Diploma Perakaunan program usahasama dengan UiTM, oleh itu pelajar yang tamat belajar di Kolej IKIP Diploma Perakaunan akan mendapat sijil Diploma Perakaunan daripada UiTM.

  108. liz bubu says:

    to pa10…hey,we mayb cantbe studymates later…haha,if fate allows…hehe,anyway,jz share wf me when u gt letter!!=)

  109. liz bubu says:

    woo!!!share wf u all…i hv a friend,applying4social science…b4 he fail to gt it…then he did rayuan,then nw he successfully gt it!!!is an overseas course,even!!!wow….better then me…in short,means b4 he fail to gt it,but he successfully gt rayuan n…go overseas…yooo,so admire him,lol….

  110. Liz Bubu,
    Itulah rezeki namanya. Apa yang penting tidak berputus asa dan terus berusaha.

  111. ichigo melaka says:

    hai, saya gak dpt ipts,
    utk medic tpi msih x dpt surat lgi,
    bile le gaknya surat tu nk smpai…

  112. Ichigo Melaka,
    Bergantung kepada IPTS mana, yang terakhir akan diterima ialah pada penghujung bulan Julai.

  113. Saya pelajar lepasan matrikulasi 2008/2009..
    Soalan saya,adakah pihak JPA menawarkan biasiswa ke luar negara bagi lepasan Matrikulasi?

  114. Sky,
    Saya difahamkan pihak MARA/JPA ada menghubungi terus pelajar Matrikulasi tertentu yang cemerlang untuk ditawarkan biasiswa ke luar negara.

  115. family law says:

    Salam,
    Nilam sya nak tanya la..sya dapat piln course law pastu wat a-level kat help kolej.
    Tapi sya konpius la sbb nanti kat help kolej subjek ape yang sya kna blajar..sbb dlm student handbook kata kalu amek law mesti amek subjek law and any other subject..pastu kenapa plak ada combination of 3-4 subject..adakah maksudnya saya boleh amek 3 suject saja..tolong r sya..k..tq.

  116. huh! lastly i found the site that may answered my question whirled so long in my mind….sooo blessing
    NILAM,i got lcally(IPTS) jpa sponsorship in mdic cos,tp surat still doesn spring up in my letter box,fo ur info,i’ve sent the emails million timez n unfrtunately my mcg are undeliverable cos jpa’s mail inbox are full n couldnt receive any mcg…can u clarify?? anyone here got the same poblem,hope im not the only one here..lol

  117. hope to hear from u sooner NILAM,hopefully..huhu

  118. hi saya dapat piln ke luar negara under rayuan ..tapi saya ingin tahu bila surat tawaran akan hantar ke rumah kami??

  119. Jpa kate akan hantarv surat untuk intake june first and for intake july surat akan dhantar maybe akhir june or awal july.And 4 sesiapa yang still tak dapat info dapat mana can check kat talian jpa. Just cakap nak check PILN .

  120. I’m also waiting for the letter.

  121. nano,u also still waitim for da letter? wat course u got?thought only me doesnt get the letter,huhu….jz be waiting

  122. james,u r damn lucky person in the world,u should be blessed with it..cngrats!!

  123. to zenvo:thankz…
    yea i will not let those tax payers down..
    i am veri frust shud i continue going F6 or just wait at home…

  124. Family Law,
    Untuk A-Level anda cuma perlu ambil 3 atau maksimum 4 mata pelajaran sahaja. Kombinasi mata pelajaran bergantung kepada ijazah yang anda akan ambil dan apa yang ditawarkan di Kolej HELP.

    Zenvo dan James,
    Surat tawaran patut diterima selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke pusat persediaan. Tarikh akhir pendaftaran bagi program luar negara adalah 14 Julai, program dalam negara di IPTA 28 Jun dan di IPTS 10 Ogos.
    Seperti komen Nano, surat tawaran akan dihantar berperingkat-peringkat bermula dengan mereka yang perlu mendaftar pada bulan Jun.
    Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi JPA di talian 03 8885 3892.

    Nano,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat di sini.

  125. zenvo, same cos with u.medic

  126. trima kasih NILAM,u’d done me a favour..

  127. thankzz.. for the info

  128. Zenvo dan James,
    Sama-sama

  129. nano..,
    u dpat ipts kn?
    dh tau ke dpt ipts mane?

  130. to nano;bleh bgtau sy kalau2 u’d got the letter(if only u will) through mail\ym??here my address,-ahmadafiq32@yahoo.com

  131. salam…
    nilam,sy student IPTA yg bakal masuk thun 2 Julai ni..
    blh x sy apply biasiswa JPA untuk tahun 2 di IPTA?
    kalo blh bile sye blh apply n website ape sy kene g utk apply online?

  132. nureiyla_heartbroken says:

    x de kew y amik engineerg???
    cam sowg2 jew…
    ade x y apply engineerg da dpt surt….
    local eh…
    ipts…

  133. Aina,
    Salam… Boleh dan permohonan dijangka akan dibuka pada penghujung bulan ini. Sila rujuk maklumat mengenainya di Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 (ini untuk tahun 2008, untuk tahun 2009 belum keluar lagi).

  134. nur,
    dah . dapat cyberjaya university (cucms).

  135. nano:
    owh jpa pn ade anta kt cucms ek..
    tp surat x dpt lg kn
    kalo dh dpat,bgtaw eik

  136. nano: dh dpt srat ke blum??? how come u know u got cucms??? did jpa told u???

  137. family law says:

    thanks r nilam..

  138. nur,
    I have got the letter last friday..
    zenvo,
    act, dah tahu before dapat letter lagi… cause boleh check kat talian jpa..just try to call them and give your i/c number..
    try jer banyak2 kali cause sometimes line busy..

  139. Family law,
    Your welcome…

  140. ade x sape2 dpat monash university?cos biotech..
    sape2 yg dpt pls email me,
    wanee_kimmy13@yahoo.com
    tq.

  141. ada x siapa2 yg dpt law kat taylor subang?

  142. family law says:

    ayoo green apasal lak dpat law tapi kat taylor subang..sya dpat law gak tp kat kolej help..ada sapa-sapa yang sama reply r..

  143. family law dh mdftr x?

  144. family law says:

    blum g, 6hb ni bru masuk.

  145. sape lg dpat curtin university of technology, sarawak campus??

  146. berapakah yuran pengajian ke universiti di indonesia jika saya mengambil bidang pergigian atau kedoktoran?

  147. saya ingin tahu..saya pelajar lepasan spm 2008. bolehkah saya memohon piln2010? atau ada twrn lain yang boleh saya mohon? terima kasih..

  148. Since most you have so many doubts about these two scholarships, why not consult JPA for further details.That will make you have a picture of piln and pidn

  149. Agak2 IMU, PMC ngan MMMC, yg mana lagi mahal dan yang mana paling murah?

  150. nak tanya.ank saudara sya baru saja menghabiskan matrikulasi dengan CGPA 3.9. boleh ke dia memohon utk belajar ke luar negara dengan keputusan matrikulasi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.