Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2011

Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2011/2012 sudah boleh dilakukan mulai 15 September 2011.

Keputusan e-Rayuan UPU

Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan diwaktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

  • Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di salah satu saluran berikut:

Surat Tawaran

  • Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA berkaitan seperti di atas mulai 17 September 2011.

Dasar Pemilihan Rayuan

  • Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 September 2011, maka rayuan dianggap gagal.

Peringatan

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua universiti yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767 atau Helpline 03 8870 6777 atau talian am 03 8870 6755 / 6766 atau faks 03 8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke universiti yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

4 thoughts on “Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2011

  1. Argh x dpt rayuan..dh dua thun try apply upu x jg dpt2…x da rezeki ke atau apa ni kalau dh 2 thun berturut2 x dpt..nsib dh msuk uni private..

    pemilihan upu ni msh mengikut kuota atau secara meritokrasi?

  2. Adui….. cmne nie……? x dpt2 agy ke…..?

  3. saya merupakan pelajar yang membuat foundation di ipts
    adakah saya berkebolehan untuk memohon belajar di ipta
    nama saya menaga
    harap saya boleh diberi maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.