Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh diperolehi mulai 18 June 2008.

Berikut adalah beberapa cara untuk menyemak keputusan kemasukan ke IPTA iaitu;

  1. Menghubungi talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848.
  2. Semak melalui laman web MOHE atau Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA.
  3. Melalui sms UPU<jarak>No. Mykad ke 32020, 33310 atau 32300

Seramai 40,184 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran dalam program ijazah pertama di 20 IPTA bagi sesi akademik 2008/2009.

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 19 Jun 2008. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh 7 hari iaitu pada atau sebelum 25 Jun 2008. Pengesahan penerimaan tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui Laman web IPTA yang berkenaan.

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan memohon rayuan melalui Aplikasi e-rayuan berpusat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui laman web http://www.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 28 Jun 2008.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian dan IPTA selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 31 Julai 2008 selepas tarikh pendaftaran, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

Mulai Sesi Akademik 2007/2008 markah kokurikulum 10% diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandangkan penganjuran, pemantauan, penilaian dan penglibatan pelajar adalah di bawah kawalan kementerian berkaitan.

Justeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima markah kokurikulum 10% dari KPM untuk dipadankan dengan markah akademik 90% yang diterima dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) untuk digabung bagi menghasilkan markah merit calon yang diguna pakai bagi pemilihan kemasukan ke IPTA.

Dalam pengiraan markah merit ini, nilai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) disetarakan dengan pemarkahan berasaskan kepada markah maksimum 90. Sebagai contoh seseorang calon yang mempunyai PNGK 4.00 akan mempunyai markah penuh akademik 90, manakala calon yang mempunyai PNGK 3.00 akan memperoleh markah akademik sebanyak 67.5 dengan menggunakan pengiraan (3.00 x 0.25 x 90).

Dengan ini sekiranya seseorang calon mempunyai PNGK 3.00 dan markah kokurikulumnya 7.5, maka nilai merit calon ialah 67.5+7.5 = 75.

Dalam beberapa kes terdapat calon yang mempunyai nilai PNGK 4.00 tetapi markah kokurikulum mereka rendah maka kedudukan mereka dalam merit adalah lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai nilai PNGK yang rendah sedikit tetapi markah kokurikulum lebih tinggi. Bagi kes sebegini terdapat calon yang mempunyai PNGK 4.00 dengan markah kokurikulum yang rendah tidak memperoleh pilihan pertama mereka.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit, pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang dipohon. Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular mungkin akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Kementerian Pengajian Tinggi amat prihatin dengan calon yang memperoleh merit yang tinggi dengan menawarkan program pengajian di luar pilihan calon yang mirip dengan pilihan mereka di IPTA yang terdapat kekosongan jika ada menyatakan persetujuan untuk menerima pilihan di luar lapan (8) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan.

Seramai 67,143 calon Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi telah memohon untuk Program Ijazah Pertama, dan dari bilangan ini seramai 53,504 telah mencapai kelayakan minimum, iaitu nilai PNGK 2.00 ke atas serta memenuhi syarat am permohonan kemasukan ke IPTA.

Bilangan tempat yang berjaya ditawarkan adalah seramai 40,184 iaitu sejumlah 75.10% daripada calon yang layak telah ditawarkan tempat.

Seramai 24,989 (62.19%) calon dari kalangan Bumiputra, 12,445 (30.97%) calon dari kalangan Cina dan 2,750 (6.84%) calon dari kalangan India telah berjaya di dalam pemilihan yang berasaskan kepada merit untuk kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 ini.

Dari jumlah di atas seramai 24,862 (61.87%) adalah calon Sains dan 15,322 (38.13%) adalah calon Sastera.

Peratusan calon yang berjaya berdasarkan bilangan permohonan mengikut kaum adalah seperti berikut:-

Bil.

Kaum

Pohon

Tawar

Peratus

1

Bumiputera

44,263

24,989

56.5%

2

Cina

17,959

12,445

69.3%

3

India

4,921

2,750

55.9%

JUMLAH

67,143

40,184

59.8%

Bilangan calon yang berjaya di dalam beberapa Program Pengajian Kompetitif adalah seperti berikut:-

Bil

Bidang

Bumi

Cina

India

Jumlah

1

Perubatan

491

52.80%

359

38.60%

80

8.60%

930

2

Pergigian

119

58.05%

79

38.54%

7

3.41%

205

3

Farmasi

145

50.00%

140

48.28%

5

1.72%

290

4

Kejuruteraan

Elektronik

570

56.32%

389

38.44%

53

5.24%

1,012

5

Kejuruteraan

Kimia

501

61.93%

272

33.62%

36

4.45%

809

6

Kejuruteraan

Mekanikal

839

67.44%

360

28.94%

45

3.62%

1,244

7

Undang-

Undang

203

58.67%

116

33.53%

27

7.80%

346

8

Perakaunan

386

39.59%

543

55.69%

46

4.72%

975

8 thoughts on “Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf

  1. […] keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh diperoleh mulai 18 Jun […]

  2. […] keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh diperoleh mulai 18 June […]

  3. […] Education Department director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi who announced the results for the 2008/2009 intake into public universities said that 40,184 STPM and equivalent candidates, out of the 67,143 who […]

  4. […] mengenai Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin […]

  5. bila nak keluar kptusa rayuan ke ipta..

  6. Insan,
    Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan di minggu ketiga bulan Julai.

  7. InsanRayuan says:

    Tak silap saya 16 Julai, insan, kamu rayu juga ke? jurusan apa?

  8. Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2008/2009 bagi lepasan SPM , STPM dan setaraf sudah boleh disemak mulai 14 Julai 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.