Keputusan Peperiksaan STAM 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada hari Rabu 30 Januari 2013. Seramai 8,822 orang calon telah menduduki STAM pada tahun 2012 yang terdiri daripada 3,999 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 681 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta. Pada tahun 2011 seramai 8,499 orang yang mengambil STAM.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM

Mereka yang menduduki STAM 2012 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Januari 2013.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Semakan Secara SMS

Semakan keputusan STAM boleh juga dibuat melalui mySMS 15888. Format yang ditetapkan adalah;

  • STAM <angka giliran> dan hantar sms ke 15888

Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS hanya boleh dugunakan mulai pukul 10:00 pagi 30 Januari 2013 sehingga 11.59 malam 5 Februari 2013.

Permohonan Ke IPT Untuk Lepasan STAM

Selepas menerima keputusan STAM mereka boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA. Maklumat lanjut boleh diperolehi di;

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Mesir, Jordon atau Maghribi boleh membuat permohonan melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Maklumat lanjut boleh diperolehi di;

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan peperiksaan STAM ini sila hubungi JPN yang terdekat atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03 8884 3787 atau faks 03 8884 3783.

2 thoughts on “Keputusan Peperiksaan STAM 2012

  1. Tahniah kepada Warga pelajar STAM yang berjaya.

    PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) AMBILAN FEBRUARI 2013 DIBUKA SEKARANG

    PROMOSI KEMASUKKAN PELAJAR KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) AMBILAN FEBRUARI 2013 DIBUKA SEKARANG

    Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran
    Belajar dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, "Master" dan "PhD" secara sepenuh masa atau separuh masa di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
    diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi EN AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

    untuk maklumat lanjut kemasukan ke MEDIU sila lihat kat http://mediuintake.blogspot.com/2012/12/promosi-k

  2. […] Keputusan STAM 2012 telah diumumkan lebih awal iaitu pada 30 Januari 2013 yang lalu. Manakala keputusan peperiksaan SPM 2012 pula dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan atau minggu terakhir bulan Mac. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.