Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar Politeknik sudah boleh disemak mulai 1 September 2009 sehingga 13 September 2009.

Semakan keputusan permohonan Biasiswa Persekutuan Politeknik ini boleh dibuat di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Program Biasiswa Persekutuan Politeknik 2009.

Semakan juga boleh dibuat melalui sms, caranya taip JPA POLI No.KP (Contoh: JPA POLI 900701085984) dan hantar kepada 15888.

Tahniah kepada mereka yang berjaya.

5 thoughts on “Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

  1. […] Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009 […]

  2. masih ade lagi biasiswa nih..dulu bro pun dpat merasa biasiswa nih..takyah bayar tp dapat le keje dgn gomen dgn cepatnyer…

  3. sy nak tahu tarikh sebenar biasiswa jpa julai 2009..sbb kwn ada kwan sy y dah dpt duit 2..

  4. salam…..
    bleh x bgtau mcm mana nk mohon biasiswa JPA tk second sem d politeknik?
    saya pun pernah jgk mintak,tp mungkin saya x de rzki lagi.

  5. Akuchey,
    Alhamdullilah…

    Sharifah,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut, sila hubungi pihak JPA untuk kepastian.

    Aina,
    Salam… Memang benar setakat yang diketahui hanya pelajar baru sahaja boleh memohon. Difahamkan pelajar politeknik boleh memohon pinjaman atau biasiswa daripada beberapa agensi.

    Pelajar peirngkat sijil boleh memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain. Manakala pelajar peringkat diploma layak memohon bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan juga penaja-penaja lain.

    Anda boleh berhubung terus dengan badan-badan yang berkenaan atau kolej politeknik anda sendiri untuk mendapatkan maklumat cara permohonan boleh dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.