Keputusan Permohonan IPTA & Politeknik Premier UPU 2013 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2013/2014 telah boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 17 Mei 2013 yang lalu.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

  • Menghubungi talian 03 8870 6767/ 03 8870 6777/ 03 8870 6755/ 03 8870 6766.
  • Di lima saluran berikut:

    Keputusan Permohonan UPU

  • Secara SMS dengan menaip UPU RESULT [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Pemilihan UPU

Secara ringkasnya pemilihan oleh UPU dan menentukan seseorang calon untuk berjaya atau tidak mendapat tawaran adalah;

  • Pilihan program pengajian yang dipohon (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
  • Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA/Politeknik bagi program berkenaan;
  • Persaingan dari segi markah merit. Pemohon yang mendapat markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.

Politeknik Konvensional/METrO & ILKA

Keputusan Permohonan ke Program Pengajian SIJIL/DIPLOMA Politeknik Konvensional/METrO & ILKA akan diumumkan pada 24 Mei 2013.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA/ Politeknik dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 24 Mei 2013.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA/ Politeknik yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.

Surat Tawaran

  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 18 Mei 2013. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.

Pendaftaran

Mereka yang menerima tawaran perlu hadir ke pendaftaran pelajar baru di IPTA dan Politeknik Premier pada tarikh yang telah tetapkan. Kegagalan hadir pada tarikh tersebut akan dianggap telah menolak tawaran.

Bantuan Kewangan

Rayuan UPU

  • Permohonan e-Rayuan hanya akan dibuka mulai 24 Mei 2013.
  • e-Rayuan boleh dibuat di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 2 Jun 2013.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/ Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Maklumat

  • Sila rujuk laman Facebook UPU.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

6 thoughts on “Keputusan Permohonan IPTA & Politeknik Premier UPU 2013 Lepasan SPM

  1. Adik saya dpt alam bina um. Blh tak mintak tangguh register sebab ada hal yg xdpt dielakkan.

  2. Azilah adin says:

    mlm.. saya harap sya dibgi pluang untk meneruskn pelajarn sya disni .

  3. Azilah adin says:

    slmat mlm.. sya harap sya dibgi pluang untk meneruskn pelajarn sya disni , bgi bidang pendidikn awal knak knak ..

    prtimbangkn lh permhonan sya nh.

  4. biskut marie says:

    wat lex da r

  5. slmat pagi…sya terlepas nak isi borang permohonan…ad lgi x untuk kmsukan yang akan datang?

  6. Mcam mne nk msuk ikbn nii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.