Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 2014

Para pelajar UPSR 2013 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2014 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini 10 Disember 2013.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

Keputusan Permohonan SBP

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

e-Rayuan

  • Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2014 boleh dibuat di laman web yang sama di atas.
  • Rayuan ke Tingkatan 1 SBP 2014 boleh dibuat sekarang sehingga 24 Disember 2013.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

85 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 2014

  1. tak tahulah nak tunding siapa.Anak saya 3 orang dapat 5A tapi jawapan sbp hampa.Yang terbaru anak ketiga 5A dalam UPSR penolong ketua pengawas,selalu dapat no 1…PSRA mumtaz.Memang pandai dari kecil .Tak dapat juga.Kalau benar bukan hak anak sy ada murid lebih layak di malaysia sy redha…tapi kalau anak sy sebenarnya berhak dan haknya diambil sy tuntut di akhirat nanti!!!.

    • Ianya bergantung kepada kualiti result upsr tu dan pilihan sbpnya. Kalau SBP tu mendapat permintaan dari lebih ramai pelajar2 yang resultnya lebih baik dari anak puan, maka anak puan tidak dapat ditawarkan. Pilihan sbp tu juga amat penting.

    • buat e-rayuan.. masih ada harapan.

    • tak palah puan. Kawan n saya yang anaknya 5a dulu juga tidak ke sbp dan hanya bersekolah di sekolah harian biasa…tp sekarang anknya berada di perancis untuk menyambung pelajaran…alhamdulillah sekolah bukan penentu masa depan…usaha yang berterusan itu yang penting. Ank saya juga tidak berjaya ke sbp walaupun 5A dan A dalam koku …mungkin bukan rezeki dia.

    • pada saya, yg penting sangka baik je. anak saya pun dapat 5A. saya tak pakai cable pun. alhamdulillah dapat KRK & MRSM sekali. mungkin rezeki anak saya. anak saya pengawas biasa di sekolah. tambahan lagi, pelajar aktif di sekolah. aktif dengan sukan & semua kem2 yg dianjurkan oleh pihak sekolah & peringkat negeri. tapi anak saya yg no 1 yg juga cemerlang, tak dapat offer dari mana2 pun. pada saya, ketentuan Allah semua tu. Dia lebih tau mana yg terbaik utk insan. Wallahualam

    • SAYA PUN RASA SESUATU PERLU DIAMBIK TINDAKAN

      NAK TANYA …ADA RESULT UPSR YG 5A YG BERBEZA BEZA..JGN NK MENIPU SANGAT.YG AKU HAIRAN..ANAK CG YG DAPAT 5A..SELALUNYA BOLEH Lh..nk bukti..berlambak

      • Ala…tak payah risau sangat la..kalau anak x dapat sbp mungkin dia dapat mrsm…slalunya pelajar cuma boleh dapat stu ja antara mrsm atau sbp..maksudnya kalau x dapat sbp mungkin dia boleh dpt mrsm..tu pon kalau isi borang mrsm la..diorang tahu la macam mana nak buat pemilihan tu..kalau x dapat sbp atau mrsm time form 1 tunggu ja la time form4..same je smua skolah..blaja benda yg sama jugak..yg pnting sama ada anak tu nk blaja atau x ja..ada ja budak yg masuk mrsm dari form 1 tp bila spm fail sampai 5subject(realiti)

      • maaf tuan sy x faham apa maksud CG.

    • SK SEKSYEN 13 says:

      Puan,saya juga setuju dengan pendapat puan.Adakah anak puan telah memohon unntuk ke mrsm.
      MRSM ialah sekolah lebih baik daripada SBP.SBP mempunyai ramai murid yang nakal.

  2. Salam puan,
    Sabar…Allah itu maha memberi. Mungkin belum tiba lagi rezeki anak puan. Puan jgn usah putus asa, masih bnyk lagi jln dan usaha yg ada. Hantar rayuan, mohon mrsm, tunggu pula jawapan KRK, Sekolah Kawalan dsb. Panjang lg ikthiar tu. Pelajar yg dpt 5A terlalu ramai dibandingkan dgn penawaran tempat ke sbp, mrsm dsbnya. KPM bukan shj menilai pelajar dr segi akademik, tapi perlu ada kekuatan kokurikulum, aktif & bukan sekadar ahli biasa shj dlm mana2 persatuan. Yg penting, mrk akan tempatkan pelajar yg memperoleh markah A (beza ya A:90% dgn A:80%) di sbp yg terpilih. Itu yg sukar utk tentukan kedudukan anak kita dlm ranking sbb ia adalah sulit. Hanya Lembaga Peperiksaan & KPM shj yg ada akses utk itu. Insya Allah, klu dh tertulis rezki anak puan, tiada siapa yg dpt mengubahnya kecuali Allah s.w.t.

    • Salam Cikguiman,

      Memang benar, klu dh tertulis rezki anak ini, tiada siapa yg dpt mengubahnya kecuali Allah s.wt. Tetapi Cikguiman juga harus ingat, Allah juga tidak akan merubah nasib seseorang, jika seseorang itu tidak mahu merubah sikapnya. Adakah kita akan biarkan penipuan demi penipuan terus berleluasa. Pihak Lembaga Peperiksaan & KPM seharusnya menunjukkan ketelusan dengan menyiarkan keputusan terperinci pelajar untuk tatapan ibubapa agar tiada penyelewangan. Kita tidak mahu lagi kroni-kroni atau tangan2 ajaib menguasai kemasukan anak-anak ke SBP mahupun MRSM. Hanya pelajar-pelajar terbaik dan yg betul2 layak saja ke SBP/MRSM.

  3. Hamba Allah says:

    Renung-renungkanlah.
    Sudah terlalu sempurnakah sistem pendidikan di Malaysia ini?Dari pemilihan pelajar ke SBP,MARA,Tingkatan 6 , seterusnya ke IPTA dan akhirnya menjadi bos dan pemimpin dihormati..adakah sudah mengikut flow yang telus tanpa sedikit pun campurtangan manusia yang tak layak dan berkepentingan?.Hidup di dunia adalah ujian..
    Bak kata shakespeare All the world's a stage, And all the men and women merely players; They have their exits and their entrances –

    Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA)

    SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA GAGAL?

    Sistem Pendidikan Malaysia Gagal. Hmm Betul ke? Mungkin itulah hakikat yang terpaksa kita terima setelah keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) diumumkan dimana negara kita berada di tangga keempat dibelakang Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

    Apa Itu PISA

    PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar berusia 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

    Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

    http://giaoduc.net.vn/Uploaded/thuhoe/2012_04_01/
    PISA
    Sebab Gagal

    Sebagai respon kepada kegagalan ini, Kementerian Pendidikan (KP) telah menggariskan 3 faktor berikut:

    1. Pelajar Malaysia tidak serius menghadapi peperiksaan ini, kerana menganggap ianya tidak penting.
    2. Format peperiksaan yang berlainan yang mana PISA lebih mengutamakan pemahaman terhadap sesuatu perkara serta implikasi kepada kehidupan realiti berbanding dengan sistem peperiksaan kita yang lebih ringkas serta mengutamakan penghafalan.
    3. Kebanyakan guru gagal menerapkan konsep pemahaman tentang sukatan pelajaran. Mereka lebih berminat untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk membolehkan pelajar menghafal tanpa fahami konsep sebenar.

    SEBENARNYA NAK PILIH PELAJAR YANG LAYAK TAK SUKAR DENGAN ADANYA SISTEM PERKOMPUTERAN…YANG MENYUKARKANNYA ADALAH TANGAN2 DIBELAKANG.LOGIKKAH ADA KUOTA PENGETUA/DEKAN DAN SEBAGAINYA.MELALUI PERKOMPUTERAN KITA DAH NAMPAK IN ORDER SIAPA YANG LAYAK MENGIKUT MARKAH A YG TERTINGGI …SBP PUN ADA GRED A,B DAN C.PILIHLAH MENGIKUT SUSUNAN TERPANDAI.BARULAH SBP GRED A TU MEMANG BETUL2 POWER PUNYA PEMILIHAN…!!

    • pemilihan mestilah jujur & telus kn…menghampakn bila cmpur tngan org dlm..siapa yg ada cable bsr cerahlh pluang mreka

    • salam…ya benar sy setuju…sy juga merupakn seorg guru, ank sy dpt upsr 5a, psra mumtaz, sbp x dpt, mrsm x dpt..maka jgnlh kata ada koata bg ank guru…ank sy juga aktif dlm koku, wakil sek n sbgnya…semua subjektif…sy juga hampa tp ble diingatkn ini semua kehendak Allah, sy redha..sy buat juga rayuan mohon agar dpt juga ank sy peluang n berdoa pd yg Maha Kuasa….tp sy sendiri merasakn ada ketidak telusan juga dlm pemilihan ini…sbb wujudnya koata pengetua, org2 yg menidakkn hak org lain dgn memasang 'kabel'. apapun sy doakn juka ank2 kita x berjaya dpt msuk ke sbp or mrsm akan berjaya akhirnya…kerana Allah tu Maha Adil, ada rezeki ank2 kita di lain waktu n kesempatan…

  4. Bila permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti 2014 akan dibuka? Mohon maklum segera. terima kasih.

  5. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.

    saya kurang jelas maksud di atas….adakah maksudnya, jika pemohon dtawarkan ke SBP/SBPI tetapi pemohon membuat pilihan TIDAK SETUJU, pemohon tetap tidak akan dtawarkan ke MRSM?
    Boleh phk tuan berikan pencerahan ttg status di atas?

    • Ya, kerana hanya senarai nama pelajar yang tidak mendapat tawaran sbp/sbpi sahaja yang akan dilepaskan ke MARA.

    • Salam inasani. Yup…mana-mana pelajar yg sudah ditawarkan ke SBP (walaupun menolak tawaran SBP), automatik tidak akan ditawarkan ke mana-mana MRSM.

      Maklumat ini telah disahkan oleh Penolong Kanan Pengetua MRSM kuantan semasa saya menghantar anak ke ujian UKKM di MRSM kuantan tempohari.

  6. Assalamualaikum wbt. Anak saya gagal ditempatkan di sbp w/pun mdpt keputusan cmerlang didalam UPSR iaitu 5A dan UPSRA iaitu 7A. Anak saya juga telah menghadiri Ujian Kecenderungan di MRSM Kuala Kubu Bharu pd 9/12/13. Saya sebagai ibu khuatir sekiranya anak saya masih juga gagal ditempatkan di MRSM, adakah saluran lain yg membolehkan anak saya ditempatkan di sekolah berasrama penuh atau integrasi. Mohon respon berkenaan hal ini. Terimakasih.

    • SBP ada beberapa intake. Begitu juga dgn MRSM. Jikalau keputusan SBP pada mulanya gagal nanti.. buat e-rayuan. MRSM pula akan simpan nama2 yang tidak dapat tempat pada 1st intake. Bila ada tempat.. dia akan buat tawaran. Boleh cuba mohon sekolah Teknik kalau nak.

  7. Sistem pendidikan dewasa kini melahirkan ribuan pelajar 5A @ 7A.Namun pihak berwajib perlu adil. Meskipun anak pertama dan kedua mendapat 5A dalam upsr dan upkk 8A serta mendapat straight mumtaz Namun persaingan amat getir. Yang diambil kira ko kurikulum lah…Namun bagai mana dengan upkk tidak diambil kira ke? Yang pasti kouta guru besar yang diguna pakai dikebanyakan sbp perlu dimansuhkan agar adil kepada pelajar yang memohon. Pihak berwajib sila pantau..

  8. Sy tak fhm..td ada sebut jika terpilih masuk ke SBP..maka utk mrsm tdk terplih…tetapi kenapa ada segelintir pkajar sudah mdpt tawarn ke SBP tetapi masih bole layak utk MRSM…malah x adil murid mdpt 4A ada terselit utk mgahadiri interview..ada ke d sbbkam cable…sdgkan kawan anak sy pn mdpt 4A tetapi pihak mara tidak memberikan kata laluam di sbbkan skadar 4A…kemapa bole berlaku…sy amat berharap agar anak sy ada tempat d mrsm..in shaa Allah…

    • Assalamualaikum,

      Anak saya mendapat 4A 1B dlm upsr baru2 ini. Mmg di ibupejabat MARA mereka tidak mengeluarkan pin utk pendaftaran ke ujian kecemerlangan tp apabila saya menelefon pej MARA daerah dan tlh diberitahu saya masih boleh mendapatkan pin tersebut. Anak saya telah menghadiri ujian IGCSE pada 9 Dis yg lalu di Kuala Klawang. Xde cable yg digunakan.

  9. Pada sy pemimpin yang bertanggungjawab perlu kritis dan telus dalam pemilihan ke sbp dan mrsm.Kena pikir betul2 kerana melibatkan hak pelajar yang betul2 layak.SBP zaman dahulu tahun2 80an ke bawah masyarakat lebih pandang tinggi berbanding sekarang.Kementerian Pendidikan membuat tawaran kepada pelajar.Katakanlah kalau SBP yang satu ini sudah penuh dia akan cari SBP yg lain.Semuanya kementerian uruskan.Bukan seperti sekarang kena pilih SBP lepas tu bila SBP tu dah penuh automatik pelajar itu tak layak terus !.Lagi satu sekarang kelakar pula rasanya,kena mohon ke SBP dan MRSM guna keputusan percubaan.Macam PMR keputusan sebenar belum keluar MRSM dah tarikh tutup.
    Wahai penggubal dasar saya paham now syarat ke SBP kelayakan pelajar bandar 30% dan luar bandar 70% ke SBP.Bukankah lebih bagus jika diwujudkan sebuah SBP khas untuk pelajar luar bandar yg dapat 4A 1B dan 3A 2B,Janganlah kacau SBP untuk pelajar yang dapat 5A .Kalau yang betul2 pedalaman seperti pedalaman Sabah,Serawak,Ulu Tembeling dan sebagainya bolehlah dipertimbangkan untuk masuk SBP yang syaratnya utk pelajar 5A.
    Bukan sng sebenarnya nak kategorikan sekolah luar bandar dan bandar ini melainkan yang betul2 di bandar dan pedalaman memang nampak ketara dan boleh cam.Tapi adakalanya nama sekolah bermula dari kampung tapi dekat sangat dgn bandar ramai pelajarnya ditawar ke SBP tapi ada sekolah di Taman jauh sedikit dari bandar berbanding sekolah yg bermula dgn nama kg tersebut susahnya pelajarnya nak dapat tawaran ke SBP.
    Lagi satu cth 30 pelajar sekolah luar bandar dpt 5A dan dikategorikan antara sekolah terbaik di negeri itu…Ramainya..mesti ada kelebihan di sekolah tu seperti bantuan kerajaan,guru2 yg bagus & sebagainya berbanding sekolah di Taman cuma 8 orang dpt 5A tapi susah nak dpt tawaran sbb konon kategori bandar..ye bandar tapi bandar kecil apalah sangat!.
    SBP sekarang bdk second intake lagi pandai dari first intake.Ada kes ibubapanya terpaksa buat rayuan beberapa kali melalui srt,pergi putrajaya, bila dapat masuk SBP anak dia selalu dapat kedudukan pertama keseluruhan batch di sekolah SBP first grade di Malaysia itu..
    Jadi wahai penggubal dasar bersungguh2lah jlnkan amanah kita tak mahu di Malaysia satu hari nanti yang layak jadi pemimpin @ bos jadi bawahan dan yang sebenarnya jadi bawahan dapat jadi bos..Betullah seperti penilaian PISA salah satu Sistem Malaysia gagal sebab2 ketidak telusan inilah!

  10. Anak saya akan brd di tingkatan 1 thn depan. Macammana cara nak batalkn e-rayuan anak saya, sbb anak saya sudah membuat pilihan utk sekolah lain?

  11. Alhamdulillah anak saya telah berjaya ke SBP setelah mendapat 5A dalam UPSR baru2 ini. Anak saya juga telah mengikuti ujian kecendurungan kemasukan ke MRSM di Kuala Kubu. Ikutkan pilihan anak memanglah dia nak masuk ke MRSM tapi saya takut tiada tempat untuknya di MRSM memandangkan keputusan kemasukan agak lewat diumumkan oleh MARA. Jadi saya telah mengambil jalan selamat dengan bersetuju ke SBP. Untuk pengetahuan anak saya bersekolah di luar bandar dan pencapaian markah dalam UPSR kebanyakan mata pelajaran diambilnya mencecah 100%. Bagi saya, 70% pencapaian murid itu datang dari pelajar itu sendiri dan bakinya dari persekitarannya. Tidak heranlah kalau pelajar dari sekolah harian biasa ada yang berjaya dalam akedemik disebabkan pelajar itu sendiri tergolong dari mereka yang berkualiti. Kita sebagai ibu/bapa kepada pelajar usahalah bagi yang terbaik kepada anak2 kita dan memanjangkan doa kepadaNYA agar dipermudahkan usaha kita itu. INGAT jangan salahkan NYA kira itu adalah ketentuan Qada dan Qadar…wasallam.

  12. Alhamdulillah anak saya telah berjaya ke SBP setelah mendapat 5A dalam UPSR baru2 ini. Anak saya juga telah mengikuti ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM di Kuala Kubu. Ikutkan pilihan anak memanglah dia nak masuk ke MRSM tapi saya takut tiada tempat untuknya di MRSM memandangkan keputusan kemasukan agak lewat diumumkan oleh MARA. Jadi saya telah mengambil jalan selamat dengan bersetuju ke SBP. Untuk pengetahuan anak saya bersekolah di luar bandar dan pencapaian markah dalam UPSR kebanyakan mata pelajaran diambilnya mencecah 100%. Bagi saya, 70% pencapaian murid itu datang dari pelajar itu sendiri dan bakinya dari persekitarannya. Tidak heranlah kalau pelajar dari sekolah harian biasa ada yang berjaya dalam akedemik disebabkan pelajar itu sendiri tergolong dari mereka yang berkualiti. Kita sebagai ibu/bapa kepada pelajar usahalah bagi yang terbaik kepada anak2 kita dan memanjangkan doa kepadaNYA agar dipermudahkan usaha kita itu. INGAT jangan salahkan NYA kira itu adalah ketentuan Qada dan Qadar…wasallam.

  13. Tahniah En.Jimmy…
    Anak Encik dpt SBP mana?
    Bagaimana encik tahu markah mata pelajaran dalam UPSR mencecah 100% sbb ianya sulit hanya orang kementerian saja yang tahu?

  14. bile keputusan e rayuan?

  15. salam kpd semua…saya pun ingin kongsi cerita gembira kerana anak saya telah ditawarkan ke sbp. masa yang sama gak anak saya dapat tawaran ke mrsm dan dah pun dibuat interview..tp saya mengambil jalan selamat dengan menerima tawaran ke sbp..apa yang saya nak kongsi di sini adalah berkenaan dengan usaha yang berterusan daripada ibubapa disamping usaha anak-anak itu sendiri..jadi sebagai orang islam usaha kita sebagai ibubapa adalah doa..Allah itu maha adil dan Allah juga tidak akan menghampakan doa hambanya..jadi kita sentiasalah berdoa kepadaNya dan carilah masa2 yang telah paling sesuai untuk kita berdoa iaitu 2/3 malam…dengan izinya insyallah kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat…

    • Mohon pencerahan… apa maksud '.. dapat tawaran ke mrsm dan dah pun dibuat interview..'?

      • pangilan interview mrsm keluar secara automatik selepas permohonan dibuat berdasarkan no pin yang diambil. Jadi adalah tidak adil jika pelajar yang ditawarkan SBP tetapi juga mengambil ujian kecenderungan MRSM tersebut. Bagilah peluang kepada orang lain. Sekian, terima kasih

    • saya rasa ada yang x kena dgn permohonan tuan kerana mengikut yang saya faham apabila sesaorang pelajar itu ditawarkan sbp pada masa yg sama namanya digugurkan untuk tawaran ke mrsm. maklumat ini saya dapat dari pejabat mara sendiri, jadi saya x tau bagaimana anak tuan boleh menerima kedua-dua tawaran tersebut serentak. Seperkara lagi nampaknya ibu bapa dan pelajar sendiri saya rasa janganlah berharap sangat dengan sbp dan mrsm kalau x betul2 menepati syarat atau ada 'cable' yang kukuh , walaupun mempunyai anak yang mendapat keputusan cemerlang dari aspek akademik dan kurikulum.

  16. jadi boleh hantar tusyen untuk lebih faham. kalau di sbp takut ketinggalan sebab pelajar disana semuanya pandai-pandai.

  17. apa nak di kira kampung ke bandar? peratusan anak tu yg patut di ambil kira! tak main kuota kuota sepatutnya, anak tu dah buat terbaik, tapi tak dapat tempat…tak patut la

  18. Senyap dan sunyi berita MRSM. Ada any news from anyone?

  19. Sabar…kalau rezeki tak ke mana ……kata org MARA…..tak kena batang idung bleh le.sembang….utk Zam….try access esok 09.01…katanya lah…kalu tada…dia akan ulang ayat yang sama….sabarrrrr….

  20. salam semua..portal rasmi mara tak sebut apa2 pun utk semakan status tingktn 1. saya tak faham macam mana ada parent yg anaknya dah dapat sbp boleh dpt tawaran pulak dari mrsm siap interview lagi..apa maknanya tu?..yg saya faham nama yg dah dpt tawaran sbp automatik akan disingkirkan dari mara sbb kalau boleh nak bagi semua yg dpt 5A dpt peluang yg sama belajar di sekolah berasrama penuh..mungkin encik yg berkenaan tu ada cable yg power dan besar,,cable kecik2 tak main laa…

  21. rozila bte omar says:

    Mcmana pemilihan ke sbp…anak sya aktif bersukan….peringkat daerah bola jaring dan olahraga….lompat tinggi pula tempat ke tiga peringkat daerah….upkk 7a1b….masih gagal terpilih….sek luar bandar lagi..apa lagi yg kurang….

  22. NamakuJalud says:

    Keputusan kemasukan MRSM tingkatan 1 sesi tahun 2014 akan dimaklumkan secara rasmi pada 15 Januari 2014. Pendaftaran pelajar baharu pada 20 Januari 2014. t.q..

  23. Hamba Allah says:

    Redha jela dapat ke tak.. kalau dah tak dapat tu tak da rezeki la..mungkin ada yg lebih baik lagi Tuhan dah aturkan.. ni anak-anak tak dapat sbp pun nak marah-marah salah kan pihak tu..tunding kat pihak ni.. pelik betul.. meluat pulak haaaiaiiaiaiai

    • Hamba Allah says:

      Mungkin Encik tak nampak jelas benda ni sebab x kena diri sendiri.Walau bagaimanapun kita kena berbalik sebab musabab Allah menghidupkan manusia di dunia ini.Ada baik..ada jahat..ada amanah..ada x amanah.Yang kita marah orang2 yang x amanah.Sebab itulah ada syurga dan neraka.Mungkin ujian belum kena kat diri Encik yang mana Encik merasakan semua perkara itu remeh.Dan adakah En, tahu sama ada orang yang menyuarakan ketidak puas hati ini tak disertai Redha kemudiannya.Mereka Redha dengan takdir Allah..tapi yang tidak mereka redhai ialah mereka yang melaksanakan sesuatu tanpa integriti seperti yang dituntut oleh agama! dan perkara ini berlanjutan sekian lama.Sistem pengambilan dahulu lagi telus dan berintegriti!.
      Bukan saja pasal pendidikan tapi perkara2 lain yg melibatkan kehidupan.Jika takdirnya terkena perkara ini kpd encik satu hari nanti…jangan sesekali En. tunding sesiapa..Allah jadi saksi!

      • Saya lebih meluat melihat orang yg asyik menyokong kerja-kerja orang yg tak amanah seperti tuan. Redha itu ada dua makna yg berbeza. Kita redha ketentuan Allah, tapi kita tidak akan redha orang yg melaksanakan tanggung jawab dgn tidak amanah.

        Ibarat rumah kita di masuk pencuri. Kita redha akan ketentuan Allah, mungkin disebabkan kelalaian kita untuk mengunci rumah, rumah kita dimasuki pencuri. Tapi kita tidak redha diatas perbuatan orang yang mencuri itu kerana ianya menyusahkan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yg suka mengambil hak orang lain.

    • Saya lebih meluat melihat orang yg asyik menyokong orang yang tak amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab. Manusia tetap redha akan ketentuan Allah tetapi manusia juga tidak akan redha atas perbuatan orang yg tidak amanah. Redha ada dua maksud yg berbeza disini. Kita redha jika sekiranya pemilihan dijalankan dengan telus, jujur dan amanah. Jika pemilihan dilakukan dengan menggunakan talian hayat YB2, kuota Pengetua/Pegawai KPM/MRSM, anak-anak polis/tentera/felda, anak-anak bekas pelajar Alumni/Ansara dll. ini tidak boleh diterima sama sekali kerana anak-anak yang berusaha dan berjaya. Lalu mereka amat berhak mendapat tempat dgn adil dan saksama tanpa ada sekatan ataupun kuota.

      Sebagai ibubapa kita sentiasa mendoakan dan mengharapkan anak-anak kita berjaya didalam pelajaran dan mendapat tempat di SBP mahupun MRSM. Semua ibubapa berharap kepada Pegawai di KPM mahupun di MRSM supaya lebih telus, jujur dan amanah didalam melaksanakan tanggungjawab keatas pemilihan tersebut dengan penuh iman dan takwa.

      Bagi mengelakkan pilih kasih, saya syorkan agar semua keputusan UPSR, PMR mahupun SPM hendaklah disiarkan di laman web supaya semua ibubapa dapat melihat keputusan % dan gred dari yg tertinggi hingga ke terendah. Hanya mereka yang mendapat tempat teratas layak ditempatkan ke SBP mahupun MRSM tanpa ada menggunakan apa-apa talian hayat kerana mereka adalah yang terbaik. Kita telah lebih setengah abad Merdeka, tak ada lagi kuota luar bandar mahupun bandar. Pemilihan hendaklah sama rata. Malah ada kemudahan luar bandar lebih canggih dari di bandar. Melainkan di pendalaman seperti di Ulu Tembeling mahupun di Sabah dan Sarawak yg tiada kemudahan jalanraya.

      Dengan ini diharap ibubapa yang mengetahui kedudukan anak-anak mereka lebih bersikap terbuka, kerana mereka mengetahui ada anak-anak orang lain yang lebih berhak mendapat tempat ke SBP mahupun MRSM. Kita tidak mahu lagi dengar ada yg menggunakan talian hayat dan ada yg tak mengikut syarat mendapat tempat berbanding yg lebih berhak.

      Banyak-banyakkanlah berdoa semoga mendapat berkat dan permohonan anak-anak kita semua berjaya pada esok hari.

      Sekian was-salam

  24. Sabar semua….banyakkan doa….sedikit hari lagi pasti result MRSM keluar……

  25. sedih tengok ibubapa sekarang. bila anak dapat dikatakan anak hebat dan cemerlang , bila tak dapat dikatakan orang yg dapat guna kabel besar dan bantuan. Ibubapa dulu masa membesar dan dan menyekolahkan kita …. agak2 perangai macam kita tak ?. sebab itu anak2 jadii lembek dan tak berkembang potensi mereka, cerdik tak semestinya berkualiti sebab tu anak2 sekarang macam ayam daging semuanya nak disumbat … semuanya ibubapa nak campurtangan .. berpada2lah . sangka baiklah kpd mereka yg membuat keputusan dan atur kerja yg dsusun Allah swt.

  26. Salam. pada pendapat sy, tiada satu pun saluran, sekolah atau institusi pendidikan tinggi pun yg mampu menjamin kerjaya atau masa depan anak2. percaya & yakin pada kemampuan mrsm atau sbp bg mendidik anak2 mmg bagus tapi rezeki anak2 belajar di mana pun bergantung padaNYA. bagi saya, yg penting kemahuan anak2 tu sendiri utk berjaya selain doa mak bapak. contohnya sy sendiri. semasa sekolah rendah, sy pernah bersekolah di kaw luar bandar di mana jumlah murid kesemuanya cuma 11 org. rezeki sy utk mendapat ppdl 5A tetapi tidak dapat sambung kemana2 sbp atau mrsm pun kerana kekangan kewangan keluarga. so, sy sambung belajar di sekolah menengah biasa dan selepas spm sy ditawarkan belajar di leeds, uk. selepas beberapa tahun belajar, sy sambung MBA di UTM. skrg, sy bekerja in managerial team dlm salah sebuah sykt glc tempatan. so, pd hemah dan pendapat sy, kemahuan anak2 tu yg penting dan kena positif jika xde rezeki utk sambung buat masa ni. kita sebgi ibu bapa beri semgt utk diorg berjaya tanpa mengira di mana pun diorg belajar, TANPA PERLU MENUNJUKKAN KERISAUAN MENGAPA TIDAK DIPILIH MASUK KE MRSM, SBP, SMKA DLL. just my 10 cents advice…

  27. Sama la. Dulu mak ayah tak pernah dengar ttg SBP atau tahu menahu ttg MRSM. Anak orang miskin dapat 5A. Mak ayah sgt bangga. Dapat sekolah biasa tapi mampu meraih kejayaan demi kejayaan sampai dah kerja baguih2. Tapi la ni bila dah ada kemudahan untuk anak2 dapat SBP/MRSM, memang itulah yang dihajatkan. Jika ada rezki, tak ke mana. InsyaAllah. Doakan je la yang terbaik untuk anak2 kita.

  28. Anak saya lagi pada mulanya dapat 4A 1B, atas saranan gurunya kami membuat semakan semula di Lembaga Peperiksaan. Syukur alhamdulillah anak saya akhirnya mendapat 5A. Tetapi semasa mendapat keputusan daripada Lembaga Peperiksaan. Permohonan online dah tutup. Saya rasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana peluang untuk anak saya masuk ke SBP tipis. Alhamdulillah MRSM panggil untuk temuduga. Anak saya cemerlang dalam akademik dan koku malah mendapat sijil pencapaian antararabangsa. Kami terpaksa merayu ke bahagian SBP, kalau ada rezeki anak saya inshaAllah.
    Untuk makluman keputusan MRSM dalam online 14 Januari dan pendaftaran pada 3 Februari

  29. Sepatutnya Kementerian Pendidikan ambil kes silap bagi keputusan ini sebagai kes "special'.Bila dah buat silap kenalah bertanggungjawab.Hish..hish agaknya ada lagi pelajar kat Malaysia ini yang jadi mangsa.Ini UPSR bagaimana dengan SPM misalnya?.Kebanyakannya pula tak terfikir utk semak semula …Bayarannya untuk kesilapan ini amat mahal..air mata dan keyakinan diri.Walau apa pun setiap kejadian ada hikmahnya.Selain dapat pahala ada ganjaran yang menanti.In sha Allah.
    Kepada yang buat silap itu kalau dia sedar tetapi demi maruah dia tutup diam2 ada juga ganjarannya nanti kerana telah membabitkan masa hadapan orang lain!.

    lagi satu keputusan MRSM dikeluarkan esok.Dipinda dari 14/01/14 ke 15/1/14.Mungkin dia orang dah tersedar 14/01 cuti kot! Kepada yang berjaya tahniah dan yang kurang berjaya banyakkan berdoa semoga dipermudahkan jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat!.

  30. anak ke empat saya x dapat kesbp kerana kesilapan pemeriksa ,walaupun dia dapat 5A selepas semak semula ,permohonan ke sbp dah tutup,saya redha dia dapat sek.kawalan saja tapi dia sentiasa cemerlang dalam ujian dan Alhamdulillah dapat 10A+ dalam SPM berbanding abang dan kakaknya yg. belajar di sbp dan MRSM yg hanya mendapat 6A saja.Ran x ezeki ada di mana2 ,x hairan dan x terkejut pun anak yg ke enam ni x dapat sbp kerana bukan rezeki dia ,saya dapat tahu dia x layak kerana faktor pendapatan ibubapa pula….

  31. Salam. Anak saya pd th 2013 mendapat keputusan 5A dlm setiap peperiksaan yang ada disekolahnya dan setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya. Nasib tidak berapa baik kerana pd peperiksaan UPSR sebenar hanya mendapat 4A 1B walaupun semakan telah dibuat. Kami membuat permohonan ke SBP dan MRSM tetapi hingga sekarang tidak ada apa2 keputusan. Kasihan anak saya krn begitu berharap utk masuk ke sekolah berasrama. Saya baru call Mara utk bertanya keputusan kemasukan tapi jawapan yg diberikan sisterm tergendala, perlu semak dari masa ke semasa….sabar je laaa, alhamdulilllah!!!!

  32. Sebelum ni heboh mengatakan kalau murid tidak aktif koko atau persatuan sukar untuk mendapat tempat di SBP or MRSM. Maka saya pun galakkan anak saya sentiasa aktif disamping tidak tinggal pelajaran. Anak saya boleh dikatakan sangat aktif ….mewakili daerah dlm sukan elit, kapten pasukan bolasepak sekolah, wakil olahraga, sepaktakraw. Dapat 5A dlm UPSR…alhamdulillah. Mohon ke SBP tidak berjaya. Baru pagi tadi semak ke MRSM (sebelum server down) pun tak berjaya. Sedih dia. Lebih sedih bila dia lihat rakan2nya yang kurang aktif dan result ujian disekolah pun selalunya kurang drpd dia & mak bapak pun kaya dapat masuk ke SBP (top SBP pulak tu) dan MRSM…….puas memujuk dia….takpa lah mungkin rezeki dia bukan disitu.

  33. Sebelum ini heboh diperkatakan murid2 kena aktif dlm ko-korikulum atau persatuan jika ingin mudah memasuki SBP. Saya pun galakkan anak saya aktif disekolah seiring dengan pelajarannya. Dia mewakili daerah dlm sukan elit, ketua pasukan boasepak sekolah, wakil olahraga. Alhamdulillah …dia juga berjaya mendapat 5A dlm UPSR. Mohon SBP dan MRSM……dua2 tidak berjaya. Sedih dia….lebih sedih bila lihat rakan2nya yang kurang dari segi koko dan ujian (mak bapak pun kaya) tapi berjaya memasuki SBP atau MRSM. Mungkin rezeki dia bukan di situ……

  34. kalau nk dikatakan upsr ada markah A 80 dn A 90..bagi lah result dlm kategori itu..jgn nk menipu ,ada laluan ke lembaga lah..lebih kokorikulum lah..aku boleh bagi bukti semua tu salah..nk tak..

    korang ada percaya ke nasib anak cg kesemua bernasib baik boleh ke SBP ,MRSM dn semua bording school…kalau nk ada kreteria..apa yg di susah susahkan/habiskan masa budak budak apply SBP..? kemudian bagi alasan ,hairan aku malaysia ni..dah lah salah tp berlagak mcm x bersalah..

    • Betul Cik Wan, saja setuju.. Itu fakta

    • hormatcikgusaya says:

      Salam. Anak en x dpt tawaran ke? Habis semua cikgu-cikgi dipersalahkan. Dari komen en ni sya dh boleh agak encik jenis org yg selalu backing anak kat sek. Cikgu suma salah, encik jer yg betul. Allah byr cash jer kat dunia ni. Ibu bapa no 1 kita perlu hormat, pastu cikgu. Bak kata org tua, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang x jadi…klu x usaha cikgu, tak adenya anak en tu dpt keputusan cemerlang bagai…

  35. Anak saya sama nasib. Lagi menyedihkan hadir utk temuduga sekolah sains tp tak dat. mrsm kena puji dgn cikgu yg temuduga. Tp result tak dpt juga. Tp saya buat rayuan kedua- dua insyallah harap2 dpt mana2 satu. Ibu yang mengharsp

  36. Sedih sungguh bila result MRSM keluar anak saya gagal.Masuk ni sahlah ketiga-ketiga anak saya dari anak pertama dan anak ketiga gagal masuk ke MRSM.Dengar cerita dari anak saya beberapa kawan2nya dapat tawaran ke MRSM…dan kesemuanya anak cikgu.Kalau ikutkan anak saya sentiasa dapat no 1 dan terpilih sebagai Tokoh Akademik dan Penolong ketua pengawas.Mereka yang terpilih ini ada yang bukan top 5 dan seorang pun tidak pernah dalam rekod persekolahan dari darjah 1 hingga 6 berjaya menandingi pencapaian akademik anak saya.Ya sudah rezeki mereka …
    Berbaik sangka, MARA telah bertungkus lumus membuat penilaian.Terima kasih saya ucapkan.
    Kepada Allah saya berserah dan Allahlah sebaik2 perancang!.amin…

  37. ciptaan allah says:

    sesungguhnya allah tahu yang mana yang terbaik untuk kita.

  38. Leen Mohd Anuar says:

    Assalam..nasib anak saya juga sama seperti anak Puan Elia…gagal ke MRSM juga gagal ke SBP cuma dpt KRK je..ALHAMDULILLAH…walau hati terguris yg amat sgt tp saya redha Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita yg penting jgn lupa usaha yg berterusan itulah yg sebaik2nya…jgn berputus asa….semuanya tidak semudah yg kita sangkakan…sabar dan terus berdoa yg terbaik buat anak-anak kita..

  39. Bersyukurlah dgn apa yg ada. Saya seorang guru anak dpt 5A. Sentiasa score 5A. UPKK 8A. Sbp x dpt. Mrsm pun x dpt. Bukan semua anak guru d terima. Jgnlah berburuk sangka pd seorang cikgu. Siapalah kita tanpa cikgu. Skrg sekolah biasa shj. Redho…insyaallah walau d ,mana anak kita belajar yg penting kita sentiasa menyokong dan sama2 membantu. Yakinlah Allah telah menentukan yg terbaik buat anak kita. Insyaallah.

    • Kalau semua anak cikgu dapat ketara sangatlah. Dunia ini terlampau banyak politik. Mestilah cover line. Kalau tak nanti dikatakan SBP/MRSM anak cikgu punya. Ha! Ha! Ha!.. Puan sebagai cikgu pun boleh pikir. Tak caya.. kita cakap berdasar fakta… Cuba ingat dalam borang permohonan.. Kenapa perlu tanya ibubapa kerja apa? Salah satu Pilihan jawapan – Guru… kat situ boleh nampak.. Malaslah nak citer – sebab ramai dah tahu tapi sebab nak jaga hati cikgu diam-diam sajalah. Kan puan pun dah kata siapalah kita tanpa cikgu… Ha.. Ha… Ha. Nak tahu citer benar… anak kawan saya, tiap tiap tahun sapu hampir semua mata pelajaran terbaik selain no 1, apa cikgu zaman sekarang komen. Asyik-asyik muka awak tak bagi can orang lain ke… Dia pun tak dapat SBP dan MRSM…. Ada ke patut. Moralnya cikgu adalah manusia biasa juga tidak sempurna. Allah saja sebaik2 penilai….Dunia hanya sementara!!!!!!!!!!

    • hormatcikgusaya says:

      Salam cikgu. Mohon cikgu bersabar dan berusaha lg. Pedulikan dgn ckp2 org yg x pernah nak bersyukur tu. Anak bijak dikatanya usaha mrk sendiri. Anak x dpt tawaran ke sbp/mrsm dibilangnya anak2 cikgu yg pukul habis peluang tu. Anak org lain dpt , dia pulak rasa heran knp anak dia x terpilih,ckp pula org tu pakai cable besar btg balak. Pendek kata anak mrk jela yg sgt cemerlang, anak org lain tu x pyh nk usaha lebih tapi still tetap dpt twaran. Tu yg x puas ati tu. Saya x memihak mana2 tapi sya hormat cikgu2 saya. Sedih bila cikgu2 dijadikan sbg salah satu faktor penyebab darah daging sendiri x dpt sbp/mrsm. X berterima kasih langsung!!!

      • hormatdoktor saya says:

        My Dear,
        Why are you so emotional.I read all the comments here.May be it is because the criteria choice of the parent jobs status in the application. Why they want to segregate?. Why must they put teacher,police.army and etc. To be fair why can't they put goverment servant only.What behind this scenario?.Can you explain the reason behind it?????.
        Teacher also a normal human being.My Father and my sibling also a teacher.I understand NOT ALL the teachers kid get the oppurtunity to go to SBP/MRSM.But statistic shows the above job listing in the application who is the highest succesful candidate compare to other
        jobs.
        Admin TQ for your effort to create this blog.
        We want an intelectual discussion not emo.We really appreciate it!!.

      • Hamba Allah. says:

        Awak tak pernah dengar ke ada anak berjaya kerana susah pyh ibu bapanya lebih?.Sorry bro cikgu bukan maksum.Ramai anak cikgu yg x dpt 5A dan x berjaya ke U now.Walau pun ada cikgu yang mengajar tahun 6.Ini realiti bukan auta.Jangan terlalu mengagungkan cikgu.Mereka pun ada yg malu bila diagungkan sedemikian.Dalam paper pun ada cerita psl cikgu.Normal..ada cikgu cemerlang kejiwaan dan cita2nya memang nak mendidik anak bangsa.Kita salute guru sebegini.Tapi ada yg selepas tiada kerja lain yg dpt digapainya cikgu jadi pilihan terakhir.Zaman sekarang x sama cikgu zmn dulu .Fikir dengan rasional Bro!

      • Hamba Allah says:

        Tolong jgn taksub mengagung guru…sampai anak pekerja lain terasa hati.Kami pun byr cukai juga.Tapi persoalannya kenapa MARA letak pilihan guru untuk ditick dlm borang permohonan kalau tidak ada kelebihan point utk cikgu.Anak kwn saya tiga orang dpt SBP first class yg sama.Umur pun dekat2.Kalau awak tak memihak pada sesiapa tolong fight tak ketelusan ini bukan menyokong membabi buta!.Lumrah ada anak cikgu x dpt…Tapi kalau dibariskan seribu anak cg dengan seribu anak pekerjaan lain2… peratus mereka LEBIH!!!!.Bukan peratus mereka 100% dapat!!!

  40. Anak saya mendpt 5A utk upsr 2013…skg sdg bersekolah di SMK DATO ONN (sek kawalan)….br ni anak sy telah berjaya mendpt tempat bljar di MRSM GERIK. Adakah patut anak sy beralih angin….Buntu…

  41. anak saya dapat 5A…..saya dan isteri guru…..tak pernah ajar anak di rumah….. anak usaha sendiri …….dengan bantuan guru-guru di sekolah…. tq cikgu-cikgu…… tak dapat SBP….MRSM pun tak dapat…..tak ada rezeki…..anak cikgu memang susah nak dapat…. terimalah kenyataan…… belajar lah kat mana-mana sama aja….yang penting….anak nak belajar……tapi anak terpaksa ditukar ke sekolah lain …..tak dapat sambung kelas KAA…masalah pengankutan…..asrama harian penuh…….minggu depan akan ke smk harian biasa………terimalah kenyataan…..ALHAMDULILLAH……dapat juga belajar…….

  42. TC......128 says:

    Saya seorang guru…. Alhamdulillah anak saya diterima masuk ke MRSM… Sebenarnya bkn mudah bagi anak seorang guru masuk ke mrsm tingkatan 1……..Ini disebabkan oleh markah Sosioekonomi yg telah ditetapkan oleh pihak MARA….. Jnganlah memberi sudut pandangan negatif kpd pemilihan anak seorang guru… Anak saya terpilih kerana pencapaian kokurikulum iaitu menjadi pelapis negeri sejak berusia 8 tahun. Sepanjang penglibatan dlm sukan, latihan terpaksa diikuti blh dikatakan setiap hari, 3-4 jam di bawah pengendalian jurulatih Rusia. Hasil penat jerih dan mengalami beberapa kali kecederaan di samping mengimbangkan masa dgn pelajaran, akhirnya anak saya memperoleh rezeki…… kita hanya berupaya berusaha dan terus berusaha……

    • Tahniah atas kejayaan anak anda kerana tak menggunakan kabel. Tapi apa yg menyedihkan ada yg tak layak pun boleh di terima. Itu yg masalahnya sekarang. Yg tak ada koku pun boleh dapat. Ada yg adik-beradik gi sekolah yg sama pulak tu. Ada pulak sekolah yg minta surat sokongan ahli politik bila buat rayuan. Dan macam-macam lagi. Jgn pdg remeh pada masalah ini!! Anak-anak inilah bakal jadi pemimpin. Jika sistem pemilihan ini tak diubah sampai bilapun masalah ini tak akan berakhir. Sistem pendidikan di Malaysia ini telah lama kacau bilau kerana kita mendapat pemimpin yg hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat kerja. Tak percaya rujuk pada Kajian PISA….

  43. TC.......128 says:

    Saya seorang guru…. Alhamdulillah anak saya diterima masuk ke mrsm mungkin kerana markah kokurikulumnya…. Bkn mudah bagi anak seorang guru masuk kerana pihak mara telah menetapkan markah sosioekonomi…… anak saya menjadi pelapis sukan negeri sejak berumur 8 tahun…. Sepanjang penglibatan, blh dikatakan hampir setiap hari anak saya perlu menjalani latihan selama 3-4 jam. Kdg2 kalau dh hampir hari pertandingan, terpaksalah berlatih secara intensif di bawah kendalian jurulatih Rusia yg begitu tegas selama 6-8 jam. Setelah berpenat jerih dlm sukan dan mengalami beberapa kali kecederaan, tambahan pula selepas usai latihan terpaksa berjaga malam utk siapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran akhirnya cita-cita yg dihajati barulah dpt digapai….

  44. hamba Allah says:

    Admin tolong publish komen saya.Kalau tak sy dapat detect admin adalah cg.Sia2 sy buang masa.Ini blog cg yang x telus.Yang menyokong ketidakadilan!!!.

  45. Salam..segala-galanya kepunyaan Allah..,Dia Maha Mengetahui..siapa yang amanah dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab tak kira utk keluarga, masyarakat dan agama akan ditanya di alam kubur nanti..jika benar ada tangan2 yg mengambil hak anak org lain,,berjawablah dgn Yang Maha Besar…utk yg nak komen ttg redha ke tak redha parents yg anak x dpt masuk sbp tu…jgn komen melulu..
    Saya percaya sebenarnya mereka redha dgn apa juga kptusan cuma mereka tak setuju serta musykil jika tiada ketelusan …itu saja…
    kalau betul pemilihannya telus bagus dan Alhamdulillah…tak semua anak ckgu dapat dan tak semua jugak anak cikgu yg tak dapat….
    wallahualam..

  46. bile result e rayuan

  47. sokongcikgu says:

    macamlah anak kita je yg pandai, yg dpt 5A, yg aktif…..dah kita pun mulut macam sampah…camna anak nak dapat….nak bsyukur hidup kat Msia jauh sekali….tak puas hati, bole3h belah lah….habis segala cikgu, peg kerajaan kena hentam….macam-macam jenis manusia….Allah uji sikit je……dah bertemp[ik macam org sasau….

  48. saya nk tanye bile keputusan e rayuan tingakatan 1 keluar…thanks

    • Anak saya mendapat 5A UPSR dan Mumtaz di dalam PSRA… Namun tidak mendapat tawaran SBP… hanya mendapat tawaran KAA sahaja. pada awalnya memang saya sangat kecewa dan sedih…… Anak saya sangat aktif di dalam bidang ko kurikulum… Penolong Ketua Pengawas , dan jawatan lain di sekolah… Saya pun seorang guru…. akhirnya saya redha… saya bagi kata semangat dan nasihat kepada anak saya….ini bukan rezeki dia…. Sekarang dia tak dapat…..Allah janjikan kemudian hari… Apa yang penting… dia belajar bersungguh-sungguh….. moga menjadi anak yang Soleh. berjaya dunia akhirat… Kegagalan mendapat ke sbp bukanlah kegagalan baginya untuk terus cemerlang hingga ke menaragading…..

      Setahu saya, awal febuari ni… keputusan e rayuan sbp ke ting 1.

  49. […] memasuki Tingkatan 1 di SBP Kementerian Pendidikan Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Disember dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.