Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2013

Keputusan Permohonan Kemasukan & Rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2013

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 16 Januari 2013. Terima kasih kepada Nor Akmar yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4

Keputusan Permohonan SBP

Surat Tawaran

  • Surat tawaran dan lampiran yang disediakan mestilah dicetak dari laman web di atas.
  • Surat tawaran dan lampiran ini perlu dibawa semasa datang mendaftar nanti.

e-Rayuan

  • Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2013 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2013.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan dan rayuan ke SBP ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

44 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2013

  1. Natasya_Minho says:

    macam mane nak rayu sebab bila kte bukak link e-Rayuan tu lepastu dah isi kad pngenalan dgn angka giliran. then dia suruh log in e-Rayuan kene isi balik kad pngenalan dgn angka giliran. asyik ulang-ulang benda sama jew. macam mane ni?

  2. abang_prihatin says:

    kecian adik gagal ke sbp walaupun berjaya dapat 8A. Dulu pun masa dapat 5A UPSR pun gagal jugak masuk sbp/mrsm. nak kata ko kepimpinan adik saya pengawas sekolah..aktif…kami dari keluarga miskin. ayah dengan mak pun dah tak kerja..mengharapkan adik dapat masuk asrama supaya kurang beban ayah dan mak. mungkin bukan ditakdirkan adik utk ke sbp..adik pun dah pasrah utk teruskan belajar di sekolah lama luar bandar.dan laa jarak ke sekolah jauh..cian adik.apa leh buat..saya rasa bersalah kepada dia memberi harapan jika dapat 8A dapat masuk sekolah budak2 bijak sperti sbp dan bila dapat 8A harapan tinggal harapan..just buat rayuan jer utk cukupkan syarat. mintak sekolah sekolah faris petra..harapan yang tinggal hanya mrsm..tu pun tipis kerana kami hanya rakyat marhaen yang tidak ada sp privilege

    • Tak pelah, mungkin ada hikmah di sebliknya…Anak saya pun tak dapat sbp gak walaupun dapat 8A, dulu UPSR dpt 5A pun gagal dpt sbp…dah tak ada rezeki..tapi saya reda, itu semua ketentuan Ilahi…Saya yakin kejayaan itu boleh dicipta walau di mana dia bersekolah… Saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya kuat berusaha dan kuat berdoa…InsyaAllah, Allah maha adil lagi maha mendengar…sebenarnya Dia yang memberi kejayaan kepada seseorang…mungkin rezekinya lebih cerah pada masa akan datang..Aminn….

    • Hafizzah_Kudus says:

      kesian nya, , mungkin rezeki adek hang kat tempat laen,

    • tamingsari says:

      sabarlah.. apa yg Allah rancangkan sbnrnya jauh lebih baik drpd apa yg kita rncang.. Allah lebih mengetahui.. berusahalah melihat kondisi adik awk secara lebih positif dan fahamkan pd dia agar dia juga menjd positif.. pd sy sbnrnya Allah bg peluang utk adik awk mghargai masa yg tinggal utk bersama parent.. lps ni sy pasti adik awk cemerlang spm n akan ke uni.. time tu adik awk tak byk masa dah duk kat rmh.. mak ayah awk dah tak bekerja bermakna mereka jua sudah tua.. sbnrnya kejayaan tu bkn mengira sekolah.. sy jua bekas pelajar sbp,tp sy berazam supaya anak2 sy kelak tetap belajar dekat2 n kalau boleh biarlah mereka stay di rmuah ngan sy till masuk uni.. sy dah melalui pengalaman berjauhan dr ibubapa since upsr,masuk sbp n terus ke u,jd through pengalaman sy,mmg byk masa yg sy miss utk bersama family.. berada di rumah mencipta kejayaan dgn dpt melihat muka ayah ibu itu lebih baik dr mencipta kejayaan ditemani kwn di sekolah..

  3. kalau sudah buat rayuan tetapi bila keluar result mrsm, dapat pulak. adakah terbatal rayuan itu?

  4. Saya mohon Aliran Sains Tulen Agama , tapi dapat SBP yang cuma ada Sains Tulen . Macam mana ea nak mohon SBP lain ? Boleh ke tidak ? Memang nak sambung Bahasa Arab 🙂

  5. senang la dik..tak payah susah mohon sbp..smka kan ada kalo betul2 berminat sains tulen agama…

  6. asl aq xdpt…???

  7. sy x dpt la… utk yg rayuan tu, kena cetak ke borang rayuan tu?

  8. mcm mne kte nk thu yg ryuan ktew dtrme ?????

  9. syukur dpt SBP SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA kOTA BHARU

  10. lepas kita dah buat rayuan tu, dia suruh cetak permohonan tu, then, kita kena hantar dekat sekolah yang kita mohon tu ke ?

  11. assalammualaikum, nak tanya klau dah buat e-rayuan tu, pas tu ada maklumat yg salah, dan saya buat balik e-rayuan tu x apa apa kh?,

  12. chill sapa yang x dapat masuk sbp sebab x semua masuk sbp boleh score,kadang2 yang sklh biasa lagi hebat berbanding yg masuk sbp.. okay?

    • walaubagaimanapun pengalaman masuk sbp atau mrsm lagi best dari pengalaman masuk ipt..semua orang boleh masuk ipt tp bukan semua boleh masuk sbp/mrsm…

  13. AdamSmkani says:

    Assalamualaikum empunya blog, boleh tak saya tanya. Boleh ke kalau saya buat rayuan kalau saya tidak membuat sebarang permohonan ke sbp sebelum 16 januari ?

  14. Macam mana nak tau keputusan permohonan e-rayuan kite ?

  15. Mazlan Hamzah says:

    amat mngecewakan kerana setelah berjaya score 8A tetapi tidak layak utk ke SBP, so student rasa macam sia2 saja belajar all out selama ni ! jgn ckp student je rasa frust.. mak bapak selama ni yang mengharapkan kejayaan anak turut menerima tempias..yg best tu bila tanya dgn pihak KPM kenapa tak tak layak sbb mereka lebih utamakan pelajar luar bandar ke bandar so kalau mcm tu kita cross saja..dimana pelajar bandar ke luar bandar & sebaliknya.

    • belajar kat mana pun sama je.. yg penting rajin, usaha dan istiqomah serta doa dan berkat ibu bapa dan guru2.. ad je yg masuk BSP/MRSM makin teruk result nye..

      • mana ada macam..belajar mrsm terjamin dapat schorlarship jpa mara utk ke oversea uni..sekolah biasa harapan la..

        • tamingsari says:

          through my own experience, when kerja, graduan oversea masih dpt ditandingi graduan tempatan.. in Malaysia or at oversea.. gaji graduan tempatan still dpt menandingi n melebihi graduan oversea.. sebenarnya bkn belajar kat mana yg menentukan jaminan tu semua.. usaha kita, doa dan rezeki yg Allah dah tetapkan.. This is through my own experience..

  16. Bila keputusan rayuan sbp akan keluar ?

  17. Natasya_Minho says:

    bila keputusan rayuan sbp nak keluar?

  18. Bila dan bagaimana kita nak tahu keputusan rayuan sbpi di bagi tahu.. d harap dpat maklumbalas dr pihat tuan..

  19. Mazlan Hamzah says:

    kalau ikut statement dari KPM result rayuan akan keluar hujung bulan Feb sbb kemasukan ke SBP awal bulan Mar, tapi..bila tanya bila tarikh keputusan rayuan akan keluar mereka cuma ckp hujung bulan Feb saja.. memang betul la org ckp “penantian tu satu penyiksaan”

  20. Salam, nak buat e-rayuan ….. tapi asyik terganggu sebab line tak elok…. so rezeki zaman sekarang terletak pada kekuatan on9… hampa__ 🙁

  21. lamanya nak tunggu keputusan rayuan sbp. 🙁 Harap harap dapat. Tapi bila baca komen komen ni yang dapat 8a tak dapat sbp dan lebih utamakan pelajar sekolah di luar bandar je, rasanya saya macam tak dapat je sbp sebab saya cuma dapat 7A 1B dan tinggal di bandar.

    • tak dapat kot sbb mmg ramai yang 8A pun sbp dan mrsm pun tak dapat..dan ambilan kedua pun belum tentu dapat..ramai juga yng sekolah luar bandar dan miskin dapat 8A pun masih tak dapat..adik boleh cuba apply sekolah kawalan jpn atau teknik ke

  22. Apa website untuk menyemak keputusan sbp Rayuan untuk tingkatan 4 2013

  23. rahimah nasir says:

    keputusan e-rayuan,dijangka pd 26hb 2,tp bg yg x dp[t jugak usah le sdih2 sgt,ingat klu dah cmerlnang tu di mana pun bleh dgn syarat jgn kecewa…..teruskan kece
    merlangan untuk spm pulak…pesanan tuk anak2 untie yang pilu sbb x dpt ke sbp,sbp bukan penamat ada juga pljar dr sbp yg x cemerlang,so jgn putus asa ,anak untie pun x berjaya……

  24. Keluar keputusan rayuan untuk tingkatan 4 bila ye?

  25. blew keputusan ambilan kedua keluar….???

  26. as salam bila baca 8A pun susah nak dapat macam2 perasaan ada tp ikut rezeki kita masing2 la anak saya 7A 1B 1C msh blm dpt MRSM @sbp,anak sedara saya 6A 1B tp dah prg MRSM Felda Trolak ms hntr anak sedara hari tu yg 5A pun dpt , sgt mengecewakn hati kita.Kawan2 anak ramai yg 6A 1B dah lepas ke MRSM.Sama2lah kita berdoa mmg mn2 sek pun sama tp bl dah capai keputusn cemerlang harapan utk bersama pelajar2 dan sekolah2 cemerlang sangat besar.

  27. tahu mhon mrsm..ishhhh

  28. bro..keputusan. panggilan kedua..ambilan tingtakan 4 bila eaa???sbp punya..

  29. vanesss97 says:

    panggilan kedua kuar bila?

  30. jamaludin says:

    rayuan ke tiga ada?

  31. iyazi zuhaily says:

    maca mana nak daftar untuk murid selepas pmr ke asrama penuh??saya sangat memerlukan jawapan anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.