Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab Dan IGCSE 2013

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2012 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) akan mula dihubungi jika berjaya.

Maktab Rendah Sains MARA

Keputusan Permohonan Ulul Albab & IGCSE

  • Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab / IGCSE akan dimaklumkan secara SMS.
  • Hanya mereka yang berjaya akan mendapat keputusan melalui mySMS Dapat 15888.

Keputusan Permohonan MRSM Biasa

Keputusan permohonan kemasukan 2013 ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM yang lain dijangka akan diumumkan pada minggu akhir bulan Januari pertama bulan Februari 2013.

TERKINI : Keputusan permohonan MRSM yang lain telah diumumkan. Semakan sudah boleh dibuat mulai 4 Februari 2013. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat ini.

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan program Ulul Albab dan IGCSE ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

166 thoughts on “Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab Dan IGCSE 2013

  1. kiranya keputusan untuk MRSM program IGSCE dah mula dikeluarkan la ni?

  2. tahniah kepada yang berjaya. gunakan peluang yang diberi sebaiknya. jangan disia-siakan.

  3. baik 4A satu B says:

    Fikirkan balik bodoh jugak kita mak bapak, pressure anak belajar siang malam, dia dapat 5A tapi tak dapat SBP, MRSM. Jadi buat apa 5A tu, sekolah target 100 murid, 5A, dapat 105, tapi hanya 20 orang je dapat ke SBP dan MRSM, lagi 80 kecewa gila. Lain kali kalau tak ada tempat untuk 43,000 5A tak payah bagi 43,000 5A. Mungkin tak payah peperiksaan lagi baik.
    Anak yang lain saya pasti saya tak akan pressure mereka untuk 5A, hidup bahagia lagi baik, perjalanan masih jauh untuk mereka, Dan mereka terlalu kecik untuk tanggung semua ini.

    • Bagus anak dapat 5A. Kalau tak dapat masuk asrama, sekurang2nya dapat masuk kelas top di sekolah menengah/masuk KRK dikelillingi oleh budak2 yg macam dia.
      Sekurang2nya anak menjadi lebih konfiden dalam pembelajaran.
      Kalau anak dapat 3A dan ke bawah.. dia akan masuk kelas tengah di sekolah menengah. Dikelilingi oleh budak2 yang kurang fokus, susah nak cari budak yang azam tinggi [untuk budak lelaki] bila dah dalam kelas tu. Kesian kat ibubapa mendapat cabaran besar untuk motivate anak, sebab separuh hari, anak di sekolah di kelilingi rakan2 yang tak ada azam/kuat main2.

      3A tu okay tu! Tapi tu la.. bila masuk sekolah menengah.. classmatenya mungkin kurang azam untuk score dari murid kelas atas darinya.

      Sentiasa galakkan anak kita to reach the for stars in the sky…

    • Belajar dan beriadah tu biar lah seimbang. Kalau paksa anak utk score 5A , siang malam pagi petang asyik dgn buku je….mana leh.???? Pepatah Inggeris,, TOO MUCH WORK AND NO PLAY MAKE JAKE A DULL BOY……

      • ha ah betul tu. Keseimbangan masa kena ada anak saya memang tak gi tusyen sekolah atau mana2 tusyen. Tiap2 hari Sabtu, anak saya pergi sekali je tusyen, lepas tu dia berhenti. Dia lebih suka sambung kelas renang yang ada pada tiap2 Sabtu untuk naik level kelas swimming tu.

        Balik sekolah.. rehat. Pkl 2pm start. Pkl 4pm dah stop, utk main. Malam dia ambil 1 jam je belajar .. tengok tv. Dulu dia 3A je.. tak suka study.. nak dekat exam pun tak nak gak.. bila saya cerita tentang abangnya .. dia rasa motivated.. alhamdulillah dengar cakap saya dalam hal belajar..

    • Anak2 kita perlu ajar mereka sejak dari kecil…melentur buluh biarlah dari rebungnya…bila dh bsar susah ibu bapak nak didik anak2..jngan kcewa skiranya anak tidak dpat msuk mrsm ulul albab…mungkin rezeki dia di sekolah lain….kita manusia hanya mampu merancang, Allah lah yg menentukan semuanya….saya jgak bkas plajar mrsm ulul alba tpi sya dtukar ke mrsm lain atas kes disiplin..btapa ruginya saya…bkan snang nk msuk mrsm ulul albab ni…

  4. hasnah sara says:

    keputusan rayuan sbp bila dapat tahu ya

  5. Alhamdulillah dapat SMS dari pihat MARA petang tadi…pendaftaran pada 15/1/2013

  6. ALHAMDULILLAH !!!!!!!!!!!!!! Tiada kata kata yg dapat menggambarkan perasaan yg ada sekarang.

    • jika kami sebagai mak n ayah tahu, dari awal g x diisi SBP…sbb listed di sbp…confrm mrsm di tolak…kesian kt anak yg mengharap sgt2 ngan Mrsm….

      • aida zahra says:

        ank saya bknlah pelajar terbaik. tp dia bercita2 tinggi…..keputusan ujian/exam semasa drj4-drj6., setakat 1A jer… dia anak yg bijak cuma kurang berusaha…maklumla ank lelaki, byk bermain…
        ank saya dr drj 1 dh bercita2 nk jd seorg tahfiz..mnta dimasukkan ke madrasah bila dia di drj4…bila dh masuk drj4 , dia bertnya jika madrasah tahfiz ada pelajaran akademik ke tidak…saya ckp sllnya xada…klau nk akademik, bleh apply mrsm ulul albab…tp mesti dpt 5A upsr…dia kata xpe, dia boleh…
        dari drj 4 smpai drj 6 itu la sek idaman dia..tiap kali cikgu/siapa2 sj bertanya ttg sek men. jawapan dia mrsm kepala batas…sll saya tegur dia mcm mana nk msuk ulul albab kalu asyik dpt 1A…dia kata, mama jgn risau la…hafiz mesti dpt 5A….senang jer nk dpt 5A tu, katanya….
        slsai upsr cikgu tlg isi borang online sbp/sek men. utk semua pelajar..bila result keluar mmg btul alhamdulillah…mmg dia dpt 5A…
        semasa mngambil borang mrsm, saya diberitahu,jika ank puan terpilah ke sbp..automatik mmg xterpilih ke mrsm….saya dh start ssh ati…tp masih menaruh harap agar impian ank saya akn termakbul…semasa sessi temuduga, hafazan, ukkm semuanya menurut anak saya senang jer…
        mmg benar nama ank saya tersenarai dlm sbp…tgk saja nama dia tersenarai ke sbp….hampanya dia…"hafiz xmau sek. tu mama, hafiz xmau"….ya allah….nk ditolak sbp, takut x dpt mrsm…bila terima sbp, sure2 la xdpt mrsm….kesian ank saya…sedihnya saya tgk harapan ank saya xtercapai….huhuhu…terasa bersalah pulak saya beria2 meyakinkan dia yg dia akn belajar diulula albab jika dpt 5A…..

        • Ada hikmahnya tu .. insya allah.. satu hari nanti dia akan menerima sekolah tu dihatinya dan akan enjoy dok situ.

          • Pn. Aida banyak lagi sek lain yg ada tahfiz dan akademik. Cubalah.. Bukan senang anak sendiri yg berminat nk belajar tahfiz. Saya pulak tengah frust sbb adik dh dpt UA tapi tk nk pegi pulak..:'(

            • aida zahra says:

              terima kasih pn aini… skrg ank saya di sbp smstsss(sek sains tun syed sheh shahabuddin)… sminggu kt sana saya tgk happynya dia..cpt sgguh dia adapt kehidupan diasrama… .katanya semua ok…dilayan dgn baik oleh abg2 senior.. skrg saya pulak dlm dilema.. rayuan dh dibuat, saya risau plak klau dpt mrsm nnt,t akut dia mbandingkan situasi mrsm/sbp dan penerimaaan pelajar senior terhadapnya…harap2 situasi di mrsm pn ok…

  7. Raja Halida Raja Shahdan says:

    Sedih betul…. Anak2 kwn yg dkt dan jauh dah terima sms …. Anak pompuan sy masih menunggu. Sbp tgh rayu, Mrsm pun xtau, muka anak sy pun nmpk sedih bl cek ‘tidak berjaya’. Mungkin kah kesilapan saya kerana duduk di kawasan bandar – bkn sekolah luarbandar. (ampang… Knp dikategorikan bandar?). Semuga anak sy tabah n tetap cemerlang walau dimana sekolah dia belajar.

    Tahniah pd anak2 n family yg akan menghantar anak berdaftar 15hb ini.

    Hanya luahan hati seorang ibu.

  8. Raja halida says:

    Tahniah pd anak2 n family yg akan menghantar anak untuk pendaftaran 15hb ini. Sebagai seorang ibu, sy gembira apabila terima berita anak kwn jauh dah dkt dah terima sms tetapi sedih kerana anak perempuan sy masih menunggu. Kasihan tgk muka dia sayu apabila di 'cek' …. Pemohonan anda gagal. Semuga dia tabah n kekal cemerlang walau dimana sekolah dia berada.

    Luahan seorang ibu

    • Miskin Bandar says:

      Sedih juga bila anak tak dapat SBP dan MRSM…kawan2 dia 7 orang MRSM 3 SBP… mungkin dulu kalau mintak MRSM biasa boleh dapat kut… tp dia mintak MRSM UA…

      • Anak saya, subjek lain semua tinggi2. Kelemahannya selalu Pemahaman .Kami tak ckp bahasa inggeris di rumah, cuma dia tak suka membaca buku cerita atau tengok berita. Subjek2 lain alhamdulillah tinggi. Seperti adiknya yg Form 1 ni, dia study sendiri di rumah. Pernah hantar tuition tapi dia tak suka. Kalau ikut ranking sekolah, dia memang dijangka 5A. Bila dpt 4A 1B. Saya memang takde nak cari/pasang cable. Sekolah menengah sini ada KRK, masuklah dia KRK. Sebab dia 4A 1B, dia masuk KRK kelas kedua. Saya tunjuk cara belajar yg betul sebab PMR level ada 8 subjek, byk nak kena ingat. Alhamdulillah, ujian bulan Februari dia no 1 dalam kelas.Lepas tu, kawan2 dia belajar dgn dia di rumah saya. Akhir tahun, dia ranking no 6 seluruh sekolah daripada 500 pelajar Tingkatan 1 masa tu. Ramai rakan2 yg belajar di rumah saya, naik ke kelas no 1. Skrg Form 3, makin ramai pelajar yg belajar di rumah saya. Anak saya yg dulunya rasa dirinya tak ramai kawan, kini mempunyai ramai kawan berbanding masa sekolah rendah. Socially, dia lebih gembira.
        Masa Form 1, saya suruh jadi minta jadi Pengawas. Lama2 timbul lebih keyakinan diri dari segi leadership.

        Saya hantar dia dan adik2nya kelas renang. Kelas renang yg bagusnya, budak berbagai umur di setiap peringkat belajar. Anak saya tak rasa tertekan untuk bertanding dengan orang lain, tak seperti di sekolah di mana pelajarnya ramai. Terlalu ramai utk setiap jenis sukan.

        Walaupun kami berpendapatan biasa, saya nak mereka tau berenang utk keselamatan dan kesihatan mereka juga. Setiap bulan ada exam utk naik level. Alhamdulillah dia dah habis Level 8, masuk swimming team group. Apa yg dia dapat dari situ keyakinan diri dari segi fizikal. Anak saya yg dulunya asma teruk, selalu migraine, selalu rasa dirinya tak kuat .. skrg sudah rasa lebih gagah. Asma dah tak kena. Begitu juga migraine.

        Masa dia dapat 4A1B dulu saya sgt sedih, dia betul2 mahu masuk asrama. Tapi, hikmahnya banyak untuk dirinya bila dia duduk di rumah dengan saya. Kalau masuk asrama, tak ada kelas swimming, tak merasa dia kawan ramai sebegini, mungkin susah nak jadi pengawas sebab dia ni bukan jenis 'extrovert'.

        Bila tak masuk asrama, pastikan anak cuba jadi aktif di sekolah, naikkan semangat dia utk berjuang dgn lebih kuat lagi supaya peluang kedua selepas Form 3 nanti, dia boleh cuba lagi sekali utk masuk asrama.

        • Satu perkongsian motivasi yang sangat memberansangkan. Semoga anak2 kita berjaya di dunia dan di akhirat walau apa jua cabaran yang datang, Ameen!

          Anak sulung saya gagal ke UA baru2 ini. Masih dalam usaha memujuk supaya tidak patah semangat. Dalam masa yang sama, saya masih mencari sekolah yg menawarkan akademik dan tahfiz krn anak amat berminat utk menghafal AlQuran.

          Miskin Bandar- Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

        • Mohd Yusoff says:

          masih ada peluang untuk masuk asrama ie. pada tingkatan 4, di SBP atau pun MRSM sebab pengambilan utk tingkatan 4 lebih telus , dia orang pakai “merit”……bukan macam utk tingkatan 1……ramai ibu bapa yg pakai “cable”…walau pun anak nya tak pernah pun dapat 5A dalm setiap peperiksaan, cuma bernasib baik dapat 5 A dalam UPSR sahaja……kan tak adil nama nye tu….kalau tanya orang kat Kementerian , banyak alasan…..sekolah bandar lah…gaji lebih lah….

          • Anak saya tak pernah dapat 5A dalam setiap peperiksaan. Kelemahannya? BM. Tapi utk Maths, Science & English 95% ke atas. Akhirnya dia betul2 fokus kepada pelajaran BM. Dia tak pergi tusyen, hanya belajar sendiri di rumah. Saya yang tak terer BM ni tolong check karangan. Takpe katanya, sebab dia dah study balik nota2 karangan cikgu. Masa tu dah nak upsr dah. Jadi sepanjang bulan ada 3 percubaan tu, markah karangan dan pemahaman mula naik.

            Tak 5A sepanjang sekolah tidak bermakna anak tak pandai. Mungkin yg selalu dapat 5A hanyalah low A, or average As. Saya lega yang MRSM tgk peperiksaan UKKM dan interview .. lega. Anak saya dapat masuk mrsm sebab saya rasa dia okay dalam interview dan exam.

      • MRSM ulul albab ramai apply tp kuota masuk sikit sbb cuma 2 mrsm je tawarkan programme tu. so chances nak dpt pun sgt rendah even dpt markah interview tinggi. harap bersabar.

        anak saya pun sama gak, apply gemencheh tp xdpt. skrg tgh buat rayuan. aritu check dgn gemencheh according to pengetua, chances anak nak dpt mrsm lain tinggi sbb markah interview (90% +++) pun bagus cuma terlalu ramai dpt 100% hafazan tu. pastu gemencheh cuma amik 150 students instead of 180 spt yg dijanjikan.

        hopefully dpt la rayuan tu. kalao x dpt full ulul albab dapat mrsm yg mini ulul albab pun ok gak

    • aida zahra says:

      sabar ye halida…baik2 motivate ank, ank klau dh cemerlang xkira dimana dia bersekolah dia ttp cemerlang…cuma tingkat usaha…insyaallah akn ada tmpt utknya nnt…

      • setuju sgt dgn pendapat aida zahra tu …. perjalanan hidup ni Allah dah tentukan …. kita percaya pada Qada dan Qadar …. sebagai hamba kita hanya mampu merancang. Allah yg menentukan segalanya dan kita kena redha dgn ketentuan Allah. Wallahualam!

    • Ya, saya juga ucapkan tahniah kpd anak2 yg berjaya. Anak sy juga kecewa ttp hidup kena diteruskn. Kejayaan boleh digapai di mana-mana jua. Tapi dihrp anak2 yg berjaya tu sememngnya terpilih ikut kelyk . Sy yakin anak sy layk, cuma belum ada rezeki. Dia dah sesuaikn diri dgn sek skrg, ttp jauh di sudut hati, sy tahu dia masih menghrp. Jadi sy pun dah buat rayuan, berdoa dn jg turut menaruh hrpn. Moga MARA betul2 memilih yg terbaik, terutama kebolehan menghafaz. Terus terg sy katakan kelebihan boleh menghfz dlm 1/2 jam bukan penentu, mungkin kebolehan seseorg itu mengingat dlm tempoh sesingkat itu berbeza berbandig dengan proses menghafaz keseluruhan AQ. Buktinya, anak sulung saya yg telah masuk bulan 4 dlm slh satu mrsm ua telah dpt mengatasi mereka yg masuk bulan Januari. Apa2pun bukan banyak atau cepat tu yg penting, ttp menghayati isi kandungan dan mengamalkannya lebih penting. Itu yg selalu sy ingatkn anak-anak sy.

      Sekadar berkongsi rasa dn hrpn.

  9. Belum dapat berita lagi .

  10. Bagi mereka yg dapat sms 'Tahniah! Anda telah berjaya.' tapi bila check online – tidak berjaya. Sila check dgn MARA. Kemungkinan besar, anak anda telah dapat tawaran tetapi MARA tahan sebab ibubapa murid ada 'sangkut' nama dgn MARA. Saya dpt sms semlm, lepas call MARA dpt tahu suami saya yg ada masalah dgn MARA. Suami saya jadi guarantor pinjaman MARA utk org lain. Peminjam ada tertunggak.

    • wow…situasi yg memeningkan. harap-2 si peminjam dapat menyelesaikan tunggakan…sebab masa depan anak terjejas….or maybe buat rayuan kat pihak MARA.
      harap masalah dapat diselesaikan dgn baik tanpa menjejaskan masa depan anak.

  11. ismawi ismail says:

    jika kami sebagai mak n ayah tahu dari awal2 lagi x kan diisi sbp…sebab listed d sbp cnfrm mrsm di tolak…

    • Tuan, saya baru mendaftarkan anak di SBP pada Isnin lepas, ada pelajar yang tidak memohon lansung SBP tetapi ditawarkan dan menerimanya kerana tahu tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.

      Dan petang tadi 9/1/2013 ada rancangan di radio IKIM bersama pengarah SBP menyatakan bahawa mereka yang mempunyai kedudukan dari 1 hingga hampir ke 8000 kedudukan terbaik UPSR dari 45000 yang mendapat 5A akan ditawarkan ke SBP.

      Dan kedudukan pertama sehingga 1000 pula yang akan ditawarkan ke 10 SBP premeir, seperti TKC,MCKK dan sebagainya.

      Harap maklum.

      • ada kwn anak dia dpt masuk SBP (STAR) ….. bapa kena bayar yuran makan RM700 sebulan …. bukan ke SBP patutnya free mcm MRSM

        • Bukan rm700 sebulan, tewtapi sama seperti asrama-asrma sekolah lain yuran sbp adalah untuk mereka yang berpendapatan rm4999 dan kebawah (tambah suami dan isteri)yuran makan harian adalah sebanyak rm1 sehari tau rm250 setahun.

          Manakala untuk pendapatan rm5000 dan keatas yuran makannya adalah rm3 sehari atau rm750 setahun.

          Yuran lain seperti PIBG, keperluan asrama, buku, baju batik dan outing…jumlahnya lebih kurang rm1600 pada hari pendaftaran sahaja.

          Ini tidak termasuk keperluan pakaian sekolah dan kelengkapan diri yang disediakan sebelum itu.

          mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mendapat panggilan kedua SBP

        • Sebenarnya bukan 700 sebulan tetapi untuk mereka yang jumlah pendapan suami + isteri melebihi rm4999, yuran makannya adalah rm1 sehari ataupun rm250 setahun.
          Manakala untuk mereka yang berpendapatan rm5000 dan keatas yuran makannya adalah sebanyak rm3 sehari atau rm750 setahun. Ini adalah sama untuk semua sekolah asrama kerajaan.

          Dan jumlah bayaran untuk duit dobi, pibg, buku dan keperluan asrama, baju korporat, total bayaran untuk ini adalah lebih kurang rm800.

          Jadi bergantung kepada pendapatan jumlah yang perlu disediakan adalah diantara rm1100 sehingga rm1600.

          Ini tidak termasuk belanja kelengkapan sekolah dan keperluan diri.

          Mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mendapat pangilan kedua SBP.

        • perbelanjaan makan SBP dan MRSM lebih kurang sama. Nothing is free. Tapi they charge us with low rates la sbb secara logicnya, takkan la harga 6 kali makan sehari only costs RM2-RM3 kan?

          • perplexed mother says:

            Helena, what is your opinion about cleanliness in asrama? Saya baru tau kat MRSM anak saya, tak dak cleaner kat dorm, itu tak pa jugak but toilet bdk kena cuci sendiri, once a week and brush dah tak rupa brush, vim tak dak and mcm tak nampak pun masa rotation bdk mencuci, so you can imagine la conditiont toilets. Kita kat office pun cleaner mai 3 kali sehari. Saya tak kisah la bdk mencuci once a week tapi daily kena la ada cleaner mencuci. Ada once, there is no water for 4 days, can you imagine the condition of the toilets. Saya tak nak buat aduan kat pihak skolah tapi tgh dok pikiq mcm mana nak strategize.

            One more issue, MRSM IGCSE sumer boleh guna hp tak? Boleh tak charge hp kat bilik? My daughter’s school nih, hp dibenarkan but plug points kat bilik cannot be used. Imagine la less than 10 plug points available at dorms secara keseluruhan (ironing place, tangga)and hundreds of students fighting for access. My daughter resorted to charging her hp between 12am – 1am until recently,It was still packed so she waited until 1am and left it to charge overnight, bangun 5am, hp hilang. I asked the school why plug point kat bilik tak leh guna and they said it is a no no kerana faktor keselamatan. I am in KL and she is in Kelantan.

            Awat la depa hantaq dia jauh sgt, dah la not in my 5 choices.

      • saya pun dengar radio IKIM tu.

  12. rase bersalah sbb x tau kalu isi sbp…mrsm reject…kesian kt ank yg betul2 mghrap dgn mrsm…

    • kenapa begitu. ?
      Dapat masuk SBP…pun dah dikira sangat bertuah. ramai yg kempunan x dapat masuk SBP.

      • ye, sebenarnya SBP kebanyakannya lebih baik dari MRSM. Bagi pihak saya, hajat adalah Ulul Albab. Sesiapa yang dapat SBP sangat bertuah berbanding ramai lagi 5A dan 4A 1B yang lain yang sekolah biasa. Walau bagaimanapun di mana jua bersekolah faktor utama kecemerlangan anak adalah usaha anak dan sokongan ibubapa.. Semoga semua berjaya walau dimana bersekolah.

        • En Annaz, dah settle dan dpt tawaran dah?

          • alhamdulillah dah selesai..

            kene bayar hutang 10% hutang ayah anak saya, dan komitmen bulanan riban-riban juga.. tak apelah syukur anak (tiri) dapat ulul albab, terfikir diakhirat kalau masih berhutang dengan ALLAH SWT takle masuk syurga, ni baru dunia hutang MARA tak leh masuk asrama penuh..

            Penat juga semua last minute… tak boleh komplen banyak.. syukur sahaja

            • Alhamdulillah .. En Annaz email something ke email address saya tu. Tulis apa2, atau, nama En Annaz & . nama anak supaya saya ingat gak dan. supaya ada rekod nak contact saya. Sebab bila dah lama nanti, susah nak cari balik website ni.

              Saya duduk di Sg Buloh. Sekolah anak saya, alhamdulillah 3 org dpt MRSM Gemencheh ni. Permohonan ke sekolah tu banyak dan persaingan hebat sekali. Salah seorang dari pelajar di kawasan rumah saya yg dapat Gemencheh adalah rakan sekelas anak saya kedua [yg dpt MRSM Tun Abdul Razak], memang saya kenal ibunya. Ibunya pun rupa2nya senasib dgn saya, jadi penjamin , alhamdulillah dia pun sempat settle.

              Tapi, yang saya betul2 risau ialah Encik Annaz dan anak Encik Annaz. 8 Januari tu, bila saya dapat sms Tidak Berjaya. Saya betul2 pelik. Anak saya kata soalan exam senang dan bila mendapat sms 'Tahniah! Anda telah berjaya..' saya gembira. Bila dapat sms tu, saya terus buat research online. Kerana mungkin benda ni pernah berlaku last year, saya cari penyelesaian/sebab.

              Saya terjumpa forum MRSM Gemencheh dan ternampak post En Annaz. First post pada 6.07 pm..En Annaz kata, anak sedang menangis. Lepas tu saya terbaca post En Annaz yg kemudiannya.. pada pukul 7 lebih malam.. beritau yang anak masih menangis.. Pilu hati saya, saya sendiri tgh resah. Saya dah rancang dgn suami utk dia pergi ke MARA esoknya. Selepas sejam cuba, dapatlah bercakap dgn pegawai MARA bahagian Hal Ehwal Pelajar. "Anak puan sudah dapat tawaran, tapi ditahan. Sebab salah sorang ibubapanya..tersangkut dgn MARA" saya terus check dgn pegawai lain akhirnya dpt tahu.. suami saya yg masalah. Dia penjamin kepada peminjam yg ada tertunggak. Dia terus pergi sana utk settle.

              Saya terus teringat kat En Annaz dan anak. Nak cepat2 beritau Encik Annaz supaya dapat settle cepat. Apabila nak tinggalkan email saya di forum Gemencheh tu, thread tu dah deleted. Nasib baik nama Encik Annaz muncul di sini.
              Tapi website ni ambil masa lama sgt utk approve comment saya. En Annaz tak reply apa2.. hari Jumaat last day.. dah dekat sgt nak ke hari daftar. Hari Isnin boleh lagi tapi suntuk sgt.

              Lega saya mendgr semua dah settle.

              Harap2 En Annaz jgn lupa byr yuran MARA RM333.00, boleh bayar online melalui CIMB, Maybank tapi kena cetak page bayaran yg diterima dan bawa ke mrsm, atau bayar terus kat bank. Slip bayaran tu kena bawa masa daftar nanti.

              • Terima kasih banyak-banyak Norah01 atas keperihatinan. Hari jumaat saya tak online sebab uruskan pelbagai perkara. Dah buat bayaran di MARA lewat 4 petang (terimakasih MARA JB yang dedikasi).

                Memang anak menangis sebab sms masuk ke phone ibunya berjaya.. tapi dilink komputer tidak berjaya. “Rejection better than fake promise” katanya. Tu saya tak senang dan kelam kabut juga, terima kasih banyak atas pertolongan Norah01 dan beberapa ibu bapa lain disini dan dithread MRSM Gemencheh.

                InsyaAllah nanti saya tulis sesuatu ke emel, harap anak saya dapat kenal anak jiran puan tu.

                Anak dulu sekolah agama swasta bukan SK biasa. Pelajaran agama dan akademik seimbang, ada 4 periksa Darjah 5/6, SDEA, SPRA, UPKK dan UPSR. Mata pelajaran 7-8 subjek. (Fekah, Sirah, Tauhid dll.) Katanya subjek akademik UPSR lebih senang; termasuk ujian UKKM MRSM.

                Tapi itu perkara lepas, masa hadapan peluang anak2 semua sama; saya masih merisaukan adaptasi beliau diMRSM. Anak itu dan ibunya bercita2 hafizah saintis atau “ulul-albab”. Saya juga tertarik dengan Ustaz Penyelaras MRSM UAG yang sabar dan melayani/menyantuni ibu bapa.. maklum kita ni belum keluar keputusan risau sangat.. bahasa kat thread pun berbaur risau-suspen-kurangsabar-sakithati dll..tu kena beringat selalu..

                • Mudah-mudahan dapatlah cita2 anaknya jadi hafizah saintis. Pasal komen2 beberapa ibubapa yang risau dan kecewa.. hemah. Hemah tu kena ada.

  13. masih mengharap…

  14. nervous mama says:

    Boleh siapa -2 yg ada pengalaman anak masuk MRSM, apa tindakan selanjut yg perlu dibuat?. Buat medical checkup kat mana ?
    Berapa lama keputusan medical check up leh keluar??? Mahal tak kos buat medical check up.

    Utk ayah yg kerja bermajikan….kena cop company….kalau ibu surirumah….perlu cop pengesahan tak ?

    Ni kesuntukan masa ni…ada apa-2 persediaan yg biasa di over look oleh ibubapa.
    Harap-2 ada yg sudi kongsi pengalaman….Ni 1st time hantar anak masuk ASRAMA…so pretty nervous. harap-2 segala berjalan lancar.

    • biasanya buat medical kat hospital kerajaan sahaja….kalau setakat masuk tingkatan 1…tak mahal pun,…bayar pesakit luar sahaja …. medical checkup biasa tak lama…..tu barang2 masuk asrama spt alat mandi, sabun baldi… keperluan murid…kasut hitam kulit or pvc,… ada juga senarai barang di sertakan bersama surat tawaran…so make sure follow jer….

    • nervous mama, relax…
      Tenang sebab jika tidak, anak lagi gabra.
      Baca beberapa kali surat tawaran-print online.
      Ikut steps dan buat check list.
      Medical check up hospital kerajaan kena rm1 atau free kot.
      Anak saya tahun lepas buat kat poliklinik, kejap je tak sampai sejam – kena dalam rm90.
      Kalau parents kerja, cop lah majikan. Jika ibu surirumah tak payahlah cop.
      Saya sedia dalam anggaran rm2000 tahun lepas.
      Baju MRSM saya beli 2 set biru dan 2 set coklat di kedai koperasi Medan Mara atau yang dekat dengan puan. Beli siap2 iron semua senang, iron gantung pendek sebab almari pendek.
      Oh, ya, boleh bawa hphone yang tidak ada camera, beli siap2 prepaidnya.
      Walau dalam surat tawaran kata tidak boleh, sebenarnya boleh asalkan tidak berkamera hp tu.
      Semoga sukses ya dalam penyediaan segalanya.

      • Mama nervous says:

        Trimakasih mama adik keatas tips-2 tambahan terutama mengenai persediaan budget yg diperlukan…dan juga mengenai hphone. Maklumat yg penting buat kami. Amat dihargai. Bagaimana pula dgn pembayaran yuran. Harus dibuat terdahulu atau boleh dibayar di maktab nanti?
        Kpd siapa-2 yg ada info tambahan (yg bukan dlm list) harap -2 dapat share. Skali lagi…trimakasih mama adik atas maklumat yg penting tu.

        • mamabatrisyia says:

          assalam. yuran bayar sebelum register. boleh bayar online atau kat pejabat mara (rujuk buku panduan). masa register kena tunjuk resit pembayaran. boleh tengok posting saya kat bawah utk tips2 lain ye. all the best!

      • Mama adik. Boleh tak bagi breakdown (secara kasar) bagaimana rm2000 dibelanjakan.? Tak sangka kos permulaan begitu tinggi. Tapi takpe…bak kata orang dulu dulu….jual tanah pun sanggup…asalkan anak dapat belajar dgn baik.
        Hari pendaftaran kena pakai baju apa utk Anak perempuan?Yg warna biru atau beige?
        Terimakasih kpd orang berpengalaman spt Mamaadik kerana bagi maklumat yg penting utk first timer spt kami. Harap harap ada yg sudi share pengalaman mereka.

        • mamabatrisyia says:

          assalam. masa register baju sekolah biasa pun boleh pakai. baju mrsm boleh beli di koperasi mrsm tersebut. beli sepasang beige sepasang biru pun dh cukup sbb nnt ada baju batik pula. cadar & sarung bantal pun beli di maktab. kalau anak yang f1 yang kaki masih membesar baik beli kasut pvc je sbb murah (tp pakai x sampai setahun dh rosak..) kalau nak tahan lama untuk anak yang kaki dh x membesar beli kasut kulit tahan bertahun2 insyaAllah. stokin hitam kena beli bnyk sikit sbb stokin ni selalu ilang sebelah heheh. Baju kurung untuk prep bawa dlm 5 psg ke. tudung putih sekolah boleh pakai masa prep atau tudung hitam plain jahit depan (kalau nak selesa tudung bawal tp kena jahit sbb yg siap jahit sy x jumpa la plak jual kat kedai). perkhidmatan dobi disediakn (byr setiap penggal x silap), tapi ada juga mesin yang guna syiling tapi malangnya selalu out of service.. memang betul handphone boleh bawa tapi yang x de camera, lain mrsm lain rules untuk handphone ni, ada yang limitkan usage ie masa weekend sahaja etc. separuh mrsm ada mesin atm. jadi kalau boleh tanya mrsm berkenaan, kalau sempat buatkan kad atm. tp biasanya homeroom (guru yang jd 'mentor' anak) akan tolong bab2 kiriman duit ni tp bukan termasuk dlm bidang tugas dia..ada yang baik hati akan tolong..insyaAllah boleh tanya. kalau ada lagi yang saya teringat, insyaAllah akan saya share. All the best pada parents & anak2 bakal warga mrsm. saya doakan semuanya selamat & berjaya dunia akhirat

          • ProudDadofmygirl says:

            10Q 10Q kpd yg bertanya dan menjawap. Banyak kemusykilan yg terungkai disini. Senang skit nak buat planning bila hantar anak nanti. Satu soalan basic….asrama MRSM boleh simpan makanan tak ? Cam biskut….air kotak…jajian…etc…etc…
            Tambah 1 lagi soalan…nak kasi anak duit blanja berapa ye ? Bukan nak kasi mewah2….just average…setakat cukup perbelanjaan kat sana.
            Soalan last…bagi pihak wife saya….jauh dia tenung………Brapa lama leh jumpa anak…once a week….once a month….or cuti semester aje leh jumpa.?

            • mamabatrisyia says:

              assalam proud dad, insyaAllah biskut, air kotak, air mineral, jajan2 boleh bawa..kedai koperasi pun ada cuma limited choicelah. duit belanja mungkin ikut maktab nak bagi limit berapa. anak yg sulung cuma allowed rm50 pocket money je max at any one time tapi selalu mintak tolong guru homeroom ie tt duit pada akaun homeroom kalau perlu bayar apa2. peraturan jumpa: kalau ikut maktab anak saya selang seminggu dibenarkan outing (keluar ke bandar atau parents datang ambil keluar sekejap) tetapi cuti bermalam dalam sebulan hanya sekali (atau kurang!) tak macam sbp yang lebih kerap boleh pulang bermalam..ada jadual akan diberi nnt. walau bagaimanapun ini semua akan diberitahu semasa taklimat utk ibubapa hari pendaftaran kelak insyaAllah. Saya mohon maaf sekiranya maklumat yang diberi tidak sama utk maktab anak tuan.. all the best & tahniah!

        • mama student mrsm says:

          salam.. klu anak perempuan .jangan lupa. .baju dalam yg warna skin colur or putih tu dan kain dalam panjang. peraturan mrsm. last year terpaksa post. he..he..he

          • Kedai dobi says:

            Kat MRSM ada seterika tak? Kalau takde…bole bawak x?

            • Some mrsm ada bilik ironing. Tak perlu bawa iron. Kena check mrsm yg anak masuk atau bawa je seterika, kalau tgk dah ada kat sana, bawalah balik seterika sendiri tu 🙂

    • buat medical checkup kat hospital kerajaan, free je. satu hari boleh siap.. bagi bapa cop co. bagi ibu pengesahan je. jangan takut biase je. kakak pun besok nak antar anak masuk asrama juga,

  15. salam. keputusan untuk mrsm igcse dah keluar? ada sesiapa yg dah dapat sms? bagaimana nak check?

  16. macam mane nk check online ?? sms takde jugak ni .. aduhh .. no. untuk mara ade tak ??

    • pening x 3 says:

      Link online utk semak memang dah ada. Tapi Mara belum siarkan lagi.
      Siapa-2 yg dihubungi MRSM melalui SMS, harap-2 dapat post kan link utk semak.
      Manalah tau…ada yg berjaya dapat tawaran…tapi isi numbor telefon salah / atau kerani taip salah.

      SMS tak terima…tawaran sebenarnya dapat…tapi terlepas pergi lapur diri 15 jan nanti….lepas tu… kena reject sebab tak lapur diri. lagi pun ….masa tak cukup ni…kena uruskan medical checkup…..uruskan sekolah lama….beli baju mrsm…beli barang keperluan……..pening–2

  17. Mama Perihatin says:

    Sesiapa nak check online boleh pergi di http://semakmrsmf1.mara.gov.my/

    • Tapi harap maklum. Ini utk Ulul Albab and IGCSE sahaja. MRSM biasa belum lagi diumumkan.
      So ..jgn terlalu kecewa kalau nama disenarai tidak berjaya.
      MRSM ada kata…kalau tak layak utk IGCSE….akan dipertimbangkan utk MRSM kursus biasa.

  18. BAGI SESIAPA YG MENDAPAT SMS 'TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA. SILA …' TAPI BILA PERGI WEBPAGE TU DAN LETAK ANGKA GILIRAN ANAK – TIDAK BERJAYA…
    itu bermakna, anak anda dapat tawaran.. tapi sebab ibu/bapanya atau kedua2nya sangkut dgn MARA sebagai peminjam/penjamin kepada peminjam yg sangkut – TAWARAN ANAK ANDA DITAHAN.

    Penjamin hanya perlu bayar tunggakan bahagia penjamin saja. Contoh:
    tunggakan peminjam RM6000. Peminjam tersebut ada 2 penjamin. Utk penjamin 'putih'kan namanya, maka dia perlu bayar bahagian dia saja.
    iaitu RM6000 bahagi 3 org = RM2000.

    Kalau betul2 nak anak masuk MRSM tu, kena berkorban. Kena keluarkan duit sendiri utk bayar kalau peminjam tu tak nak bayar bahagian penjamin.

    Bayar duit tu kat kaunter bayaran MARA ATAS NAMA PENJAMIN. Lepas tu cepat2 confirm kat MARA, bahagian kawalan kredit yg nama dah clear dalam database MARA.
    24 jam kemudian baru boleh log in, 'berjaya' ..dan print surat tawaran, borang2 mrsm, borang panduan asrama dan sekolah.

    Kena ada medical check up dgn x-ray. Klinik swasta pun boleh.
    Kena ada salinan ic anak, upsr result dan slip gaji yg disahkan.
    Lampiran H mukasurat 18 kena ada tandatangan boss dan chop company salah satu ibubapa yg bekerja.

    Pegawai MARA ada beritau saya ptg tadi, " Ramai ibubapa dtg. Yg kesiannya.. ada sampai berpuluh ribu [kena settle sebelum nama clear, dan anak dpt surat tawaran] …kesian anak2 mereka," katanya.

    • salam;

      saya ingin bertanya selepas dibuang senaraihitam, apa tindakan kena buat? kene inform MARA bahagian mana? atau automatik..

      ke hanya boleh tunggu kalau lepas 24 jam? saya cuba call MARA HQ dan sambung bahagian pengambilan tak pernah angkat.. tak pernah dapat

      • Selepas dibuang dari senarai hitam, baik pergi pejabat MARA dan confirm nama dah clear ke belum. Kalau pinjaman tu dibuat di MARA KL [pinjaman pelajaran biasanya KL], maka lepas sejam clear, gi website semakan tu. Check beberapa kali.

        ni email saya kalau nak tanya apa2 yg lain me2aku@yahoo.co.uk.. Bagi no hp.
        Saya tidur lambat malam ni, boleh reply email terus. Kena settle kes encik besok.

        Kalau confident dah settle, besok gak boleh start sediakan anak. Tak payah tunggu surat tawaran, saya boleh email borang2 MRSM dan Borang panduan [baju2, kelengkapan].

        • Berbanyak terima kasih norah01, kes saya dah settle, jumaat pagi baru uruskan. Ke hospital, ke mara, hari ni baru beli uniform, ramai pulak dari JB ke Larkin mencari keperluan ; cuma kebanyakannya ke MRSM JB.

          Saya hilang website ni kalau tahu minta norah01 emel awal2 semua keperluan hari khamis lagi! Tidak mengapa sebab keceriaan anak saya dan kelegaan akhirnya diterima melebihi segala..

          Terima kasih banyak2, anak ke MRSM Pekan ya, kalau ke Gemencheh bolehlah berjumpa isteri dan saya sekeluarga.

          Selamat mendaftar; dan semoga anak-anak lain juga berjaya mencapai cita2 dan menjadi ummat contoh diakhir zaman, walau jalan mana ditempuhi..

          • Amin ….
            Nak masuk mana2 mrsm skrg susah juga sebab dia biasanya ambil 10% dari jumlah pemohon, pemohon tahun ni pula semuanya 5A [syarat baru mesti 5A] tapi masih jumlah ramai mcm tahun sebelumnya .. MRSM Gemencheh lagi la ramai mohon.. dan ramai yg hebat2 belaka..[saya baca apa Ustaz beritau tentang result pelajar2 utk Hafazan dlm forum Gemencheh tu] So, to get that place in that school.. is quite an achievement! Sebab tu saya tak nak anak Encik Annaz terlepas peluang tersebut dan cuba tolong. Anak Annaz hebat. She should be in that school utk challenge diri dia dgn lebih lagid i sekolah tu utk mencapai kejayaan dunia & akhirat.

            • Anak-anak sebenarnya semua hebat, semua dibekalkan Allah swt kelebihan; yang paling hebat nanti boleh ke syurga dan boleh bantu kita ke syurga..

              Doa sentiasa, solat malam dan solat hajat untuk anak2 (saya pun liat juga nak buat ni..)

              Kawan saya anak hebat, tetapi masa ujian sakit kepala, senggugut, hafazan hadits tak cemerlang- itu susunan Allah swt; mungkin masih kecil dan tidak elok terpisah dengan keluarga di asrama etc..

              Saya juga baca masalah pelajar tinggal diasrama baik MRSM/SBP – buli, pukul, pergaulan bebas, dll; Allah Kareem.. Risau dibuatnya.

              • Kalau anak perempuan kebarangkalian kena buli tu kurang dari lelaki. Kita kena sentiasa dekatkan diri kita dgn anak kita i.e. telefon, sms, email dan lawat dia.

      • Memang susah nak dapat call MARA. Pergi terus je. Pergi pagi2! Sediakan wang utk clearkan nama. Lepas bayar, gi Tingkat 3 utk confirm clear.

        • DAn buku rekod kesihatan anak kena minta balik dari sekolah menengah anak tgh berada skrg, MARA nak masa nak daftar.

  19. Tahniah buat para ibubapa dan anak yang berjaya mendapat tawaran. Anak saya x mendapat tempat di UlulAlbab walaupun hafazan memperolehi 96%. x tahu lah di mana silapnya. Si anak dah meraung. Si ibu dah termenung. Si ayah redho sahaja..huhu. Ada sesiapa yg boleh berkongsi pengalaman membuat rayuan. Surat sokongan yang bagaimana yg akan dipertimbangkan ye. Terima kasih.

    • Mamma, selalunya orang minta surat sokongan wakil rakyat kawasan.
      Kadang2 just a phone call terus dapat.
      Ikhtiarlah demi anak, buang ketepi dahulu bab politik jika ada, sebab rayuan beribu2.
      Semoga berjaya, ya.

      • terima kasih mama adik for the info. semoga ada rezeki dari Allah atas ikhtiar yang dicadangkan dan doa yang berterusan, InsyaAllah:))

    • Saya baca kat Forum MRSM Gemencheh [thread tu dah dipadam dah] .. ustaz mrsm tu kata ramai yg dapat 98%. Lepas tu ada markah temuduga dan lain2 utk diambil kira.

      • Anak2 sekrg bijak2 belaka. persaingan semakin sengit. semoga MARA dapat menawarkan lebih byk MRSM UlulAlbab untuk menampung permintaan yg semakin meningkat.

    • Surat rayuan dan sokongan terus kepada Dato' Ibrahim bin Muhammad (Ketua Pengarah MARA) atau pun terus kepada Dato' Idris Jusoh (Pengerusi MARA). Untuk surat sokongan tu kalau boleh dapatkan tandantangan dari Wakil Rakyat (DUN/Parlimen) … waktu ni lah wakil rakyat akan kerja keras sikit untuk pancing undi sebab pilihan raya dah dekat. Saya buat kedua2 ni sebelum keputusan di keluarkan (dicadangkan oleh pegawai MARA) … Alhamdulillah di makbulkan Allah berkat doa dan usaha untuk anak. Wallahualam!

      • Tahniah dan terima kasih atas info yg diberikan. moga memberi manfaat kpd pembaca lain juga. persoalan saya ialah:-
        saya dah htr surat rayuan tapi ditujukan kepada Pengarah Bhgn Pendidikan Menengah. Perlukah saya hantar juga kpd KP MARA dan Pengerusi MARA?

        saya tlh dapatkan surat sokongan dari Ketua Bahagian/ Penyelaras Parlimen memandangkan wakil rakyat kawasan saya bukan pro gov. boleh jugak ke..? tq

        • my 2 cents says:

          surat rayuan kepada Pengarah tu dah mencukupi …. rajin2 lah buat follow up …tebalkan muka jangan malu demi untuk anak kita

          • follow-up tu macam mana? kita tanya anak kita berjaya atau tidak? saya selalu telefon juga, pegawai kata tunggu keputusan keluar. sekarang tengah tunggu rayuan untuk second intake IGCSE.

        • surat sokongan dari wakil rakyat BN carry more weight 🙂

  20. Macamana dapat tahu markah hafazan tu. cek kat mana

    • saya tgk website forum MRSM Gemencheh, ada ustaz di situ yg baik hati tlg check. Tapi thread perbualan tu mrsm tu dah delete.

  21. bapa takut hitam says:

    bagaimana nak tahu yang ibu bapa itu disenarai hitam atau tidak….

    • telefon mara 03 26134513. atau pergi webpage mara, page 'hubungi kami', tgk nombor2 Bahagian Pendidikan Menengah.

    • sorry! Call mara, minta disambung ke Bahagian Kawalan Kredit. Nombor2nya ada kat website MARA, page 'Hubungi Kami' [link di bahagian bawah home page MARA].

  22. ibu kempunan says:

    kecewa anak tidak diberi peluang…hafazan dpt 8/10..tajwid dapat 8/10…masih tidak diberi peluang mungkin ibu bapa tidak mempunyai basic agama yg kuat…..terdapat kekuranganlah sedikit…semua ayat-ayat lazim telahpun anak saya hafal…tapi tidak diberi peluang untuk menuntut ilmu seiring menjadi hafizah…saya telah berusaha memohon sekolah-sekolah aliran agama seperti sbpi Gopeng , SMKA tetapi tidak berjaya…Nak kata anak sy tidak aktif…setiap persatuan dan kelab yang dia masuk dialah pengerusinya, pertandingan pantun peringkat daerah ,kuiz agama peringkat negeri, pertandingan membaca Al-quran antara sekolah dll….masih tak berpeluang…jgn disebabkan status sekolah "bandar" anak sy tidak dipilih….tetapi sebenarnya sekolah anak saya adalah pinggir bandar…tetapi sekolah menengah disebelah berstatus luar bandar ramai pelajarnya berpeluang masuk ke sbp dan mrsm. Semua pelajar perempuan 5A di sekolah ank sy tidak dapat pi mana2…kesian…..

    ini tidak adil……ibu kempunan anak hafizah

    • Awalnya saya meletakkan anggapan anak tidak berjaya dan tidak mengharap sangat, memandangka persaingan sengit.. tetapi kami tetap berdoa dan solat hajat dll. Saya dah masukkan anak ke sekolah tahfiz swasta, habis banyak, niat agar anak menjadi hafizah dan dia juga suka dan berhajat begitu.

      Alhamdulillah dapat juga Ulul Albab, sedih nak tinggalkan sekolah tahfiz swasta yang kecil dan begitu baik bi’ahnya..

      Pointnya disini jika kita benar2 hajat anak menjadi hafizah, jalannya masih banyak, walau berliku sekalipun.. semuga ibu kempunan berjaya dan tidak kempunan lagi beberapa tahun dari sekarang.. dan kembang hati saya melihat perkembangan sebegini

  23. Miskin Bandar says:

    Tahniah untuk ibubapa dan anak-anak yang berjaya…kepada yang tak berjaya janganlah kecewa sangat…masih boleh merayu untuk pengambilan kedua, ketiga dan seterusnya…. cumanya bersedialah untuk ditempatkan dimana-mana MRSM, walaupun nun jauh dihujung negeri……tapi pepatah ada mengatakan " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina"….

  24. Macammana nak buat rayuan.Isi semula borang2 macam mula2 apply dulu ke.Dan hantar ke sekolah yang dipohon @ pejabat MARA.Satu lagi untuk rayuan SBP tu dah print borang rayuan nak kena hantar atau hanya on line je.Minta penjelasan.

  25. Salam kepada semua yang memberi komen dan bagi berkongsi pengalaman .Anak saya tidak berjaya masuk ke MRSM.Rasa sedih jugak..Sesiapa yang tahu bagaimana nak buat rayuan tolong kongsi-kongsi ilmu ya..terima kasih.

    • Anak puan mohon program igcse atau ulul albab ya?
      Buatlah surat rayuan puan utk dptkan 2nd intake.
      Hantar surat rayuan ke pengarah MARA, cuba cari sokongan dari mana2 org ada 'power' [ni semua saya dapat dari baca page ni dan page satu lagi]

      Kalau MRSM biasa, result belum keluar lagi, minggu pertama Februari baru keluar.

  26. ibu keciwa says:

    tahniah yg berjaya, sedih anak saya xditawarkan keMRSM, saya mohon MRSM Baling, kena buat rayuan moga2 dpt peluang ke2..

    • cepat2 hantar surat rayuan semoga dapat peluang masuk 2nd intake….rajin2 lah call pihak MARA bertanyakan status permohonan kita … Insya'Allah pihak MARA akan beri penjelasan.

  27. salam…nak tumpang bertanya sedikit …baju Kebangsaan/melayu (putih) dlm list senarai pakaian tu baju apa sebenarnya? kepada yg sudah membeli diharap boleh berkongsi maklumat. TIA

  28. Kalau tgk bahagian Pakaian Sembahyang Jumaat. item no 10, pakaiannya ialah Baju Melayu warna putih. Jadi, kita perlu beli baju uniform baju melayu putih standard utk sekolah agama. Oleh kerana anak kita dah ada 1 pasang baju & seluar putih utk Jumaat, bajunya sahaja boleh digunakan utk Pakaian Waktu Malam, item no 7

    • saya merujuk Lampiran 2, item no.2 m/s 7 …. pakaian kebangsaan/melayu …. aadakah ini aju melayu utk pelajar lelaki? bagaimana pula dgn pelajar perempuan?

  29. Mama Nervous says:

    Persiapan pun dah lebih kurang 90% siap. Selebihnya beli kat koop MRSM. Besok mula hantar anak ke MRSM AG.
    Blog spt Eputra dan Melvister amat dihargai. Banyak panduan dan tip-2 serta cadangan dlm ruangan komen yg boleh dijadikan rujukan.
    Trimakasih kpd commentator aktif spt mamabatrisya, norah01, mamaadik dan banyak lagi yg sudi memberi nasihat…berkongsi pengalaman, …..dan cadangan yg amat berguna.

    I sincerely believed that if yr children have the same traits as yours, they will definitely turn up to be one fine man/woman…and if everybody have the same positive attitude, compasionate, helpful and unselfish character, our country definitely will be a place to live in.

    Besok anak masuk asrama…my doa utk kejayaan to all children yg masuk MRSM ..semoga tabah dan kuat menghadapi cabaran yg bakal dihadapi.

    Logging off without the nervous…….but with hope.

  30. Mungkin tu utk Sembahyang Jumaat. Hanya utk lelaki. Item 2 ms 7 tu mungkin utk item 10 ms 6.

  31. Tumpang seronok dengar citer para ibubapa yang sibuk buat persiapan utk anak2 ke MRSM. Saya doakan semuanya berjalan lancar dan anak2 gembira di tempat baru. Semoga pengorbanan ibubapa yang mahukan anak2 berjaya dunia akhirat diberkati Allah dan anak2 sentiasa menyayangi serta menghormati ibubapa tanpa batasan, Ameen!

    Selepas ini sunyi le pulok forum ni utk sementara agaknya ek..;)

  32. Tahniah, untuk anak-anak yang berjaya ke MRSM….

    Bersabar dan berdoalah…jangan menangis pulak diasrama nanti….

    Kepada ibu-bapa berilah galakan dan terpaksa berkorban tenaga, emosi, masa dan mungkin sedikit kewangan untuk melayan kerenah anak-anak yang baru menjejakkan kaki di asrama…

    Selain menangis gembira, ada juga akn menangis kerinduan…

    • Betul tu, saya setuju sebab pernah mengalami masa anak masuk mrsm. Jenoh la, ulang alik dari kl ke kuantan pujuk anak duduk di asrama mrsm sementara anak nak membiasakan diri di asrama. tiap2 minggu ulang alik dan pujuk supaya jangan keluar, sebab nak dapat masuk pun sangat payah, telah diberikan peluang jangan sia2kan. Lama kelamaan bila anak dah biasa di asrama, aleh2 anak pulak advise emak bapak tak payah datang selalu sebab nanti habis wang ringgit, masa dan tenaga…

  33. Salam. boleh ke buat rayuan untuk masuk ke MRSM Ulul Albab bagi yg mendapat 4A 1B dan mendapat MUMTAZ di Peperiksaan Sekolah Agama Rendah (PSRA) ??. tq

    • Cuba je.
      Mereka tengok result temuduga, UKKM dan ujian2 extra [hafazan, jawi]. Kata ustaz mrsm gemencheh, pemohon perempuan lebih 200 yang mendapat markah perfect/almost perfect dalam Hafazan. Sekolah tu hanya ambil sebanyak 150 org [lelaki & perempuan]. Saya dengar pemohon mrsm gemencheh dua kali ganda /lebih dari mereka yg memohon mrsm igcse.
      Mungkin anak tuan, salah sorang yg dapat markah total yang tinggi.. cuba je.

  34. Alhamdulillah selesai sudah proses pendaftaran kemasukkan MRSM IGCSE namunsi ibu masih lagi bersedih kerana merindui anak. Jarak perjalanan yg amat jauh hampir 1000 km agak sukar sedikit nk menjenguk anak selalu di tambah pula cuti umum di Kedah jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.

    • sasuke. are u sure 1000km ?? dari johor to kedah baru 688km. Ni sampai 1000km. Sasuke…cari jalan utk SKYPE dgn anak. Kalau tak….mesti rindu abis-2….anak plak ingat kita x sayang.

      • plus minus campur jln2 ke Penang cecah juga 1000 km from Shah Alam to Baling (2-way)….di fahamkan agak susah nak dpt internet access di sana …so fb or skype mmg x boleh

        • Saya pasti sekolah tu memberi perkhidmatan wi-fi seperti MRSM TAR, Pahang. Tetapi wi-fi utk kawasan sekolah je [perpustakaan/kelas?].

          • rasanya tak semua MRSM benarkan student bawa laptop … anak buah dlu masuk MRSM KKB form 4 bawa laptop kena rampas…

            • TAR boleh, tapi kena declare. Dan laptop tu diletakkan di perpustakaan. Wifi pun di kawasan sekolah. Mungkin budak tu tak beritau maktab.

    • mamabatrisyia says:

      assalam. faham sgt perasan yr wife. anak sulung dpt pengkalan hulu last yr, tak jauh dri baling.. kami tinggal di selangor. 5-6 hrs drive, dgn anak2 lain yg masih kecil mcm2 ragam. mana taknya journey balik kampung pun x selama tu! Mula2 tiap hari call menangis sbb dia rasa 'terbuang' jauh ke border Siam hehe..tp lama2 dia boleh adapt alhamdulillah. Dia masuk masa form 4, still had a hard time nak adapt. jadi kalo yang f1 asyik nangis it is understandable.. Yang second ni pulak dpt Batu Pahat. En hubby ckp pening kepala kalau nak jemput masa cuti..tp yang sulung dh pandai naik bas. Lagipun maktab sediakan bas yang jemput mereka di maktab bila ada cuti bermalam. Bersabar banyak2 ye. mohon kekuatan dariNya…insyaAllah.

      • Di MRSM Baling nak pakai handphone kena tulis surat minta kebenaran (lain MRSM lain peraturannya). Saya ada bekalkan hp tapi rasanya dia x switch on pun …. so dh 2 hari langsung tak de khabar berita … agak kekok juga x dgr berita anak lebih 48jam …. alhamdulillah tadi dia ada SMS ibunya bagi tau dia OK dan seronok di sana….skrg baru lah dpt rasa mcm mana perasaan mak ayah dlu lepaskan kita masuk asrama. Waktu tu nak berkomunikasi mana ada hp…tulis surat saja…jumpa mak pun waktu cuti saja .

        • Tulis lah surat. Kepada 'Ketua Warden' kalau tak silap. Sedap sikit hati maknya, boleh tinggalkan sms utk anaknya bila dia mahu.

      • hehehe…skrg dh lega ckit rasanya sbb smlm dh dpt sms :). Next week 24/1 cuti Maulidur Rasul boleh la ke Baling lagi menjenguk anak. Cuti bermalam masa CNY ada perkhidmatan bas ke?

        • kalau pergi bemalam kat sana bleh pergi kat ulu legong ada chalet, boleh mandi air panas , pastu bleh plk berendam air sejuk kat sungai sebelah..jiran saya kalau pergi baling mesti bermalm kat sana..

          • Dah dua kali ke Baling ni jadi seronok pula …. anak pun dh selesa di sana dan dah mula belajar loghat Kedah 🙂 Last trip ke Baling sempena Maulidur Rasul sempat juga jalan2 ke Pengakalan Hulu, Betong, Sg Petani & Penang. Next trip boleh la pula singgah di Ulu Legong 🙂

  35. sasuke, anak kat Baling kan? Anak saya di Pekan, Pahang. 3.5jam drive.

    Kami pun rasa susah sikit nak jenguk anak selalu.
    Semasa saya masuk asrama dulu, ibubapa saya hanya lawat saya 2 kali saja. Saya masuk Form 4, mungkin tak terasa.

    Tetapi advantage anak2 skrg ialah boleh pakai handphone. Boleh tinggalkan pesanan, anak boleh call.
    Handphone yg takde camera. Pastikan anak tau tempat nak charge phone dgn selamat dan cara menjaga hp di sana je.

    Anak saya talipon saya sekali sehari. Bukan utk mengadu tetapi utk menceritakan aktiviti di sana.
    Anak saya [lelaki] alhamdulillah setakat ni gembira di sana. Dia bangun setiap pagi pkl 4.45am heheh sebab nak rebut giliran mandi. Saya pasti tentu dia masuk balik katil selepas tu utk memanaskan badan sementara tunggu subuh.
    Walaupun dia kena bangun awal, aktiviti penuh sampai ke malam, dia masih gembira. Harap ianya berterusan dan sentiasalah dia sihat di sana.

    Satu lagi, bila check jadual cuti anak untuk tahun ni. Hampir tiap2 bulan ada cuti panjang. Adalah peluang utk jenguk dan ambil anak pulang bercuti di rumah/mana2..

    • sebenarnya sebelum mendaftar hari tu saya ada menghubungi MARA minta tukar ke AG / Serting / Kuantan sebab Baling agak jauh sgt dan hari cuti di sana x sama dgn di KL/Selangor. Kalau ikut saya mmg saya dh minta tukar tapi biarlah dia yg buat keputusan .. mak ayah susah ckit x pe asal dia seronok dan enjoy belajar di tmpt dia suka

  36. Bagi mereka yang memohon MRSM biasa, mungkin sebab praktikkan nasihat saya ni.
    Selepas daftar, cepat2 pergi ke dorm dan 'claim' katil dan locker. Lepas tu baru pergi balik ke dewan pada masa ditetapkan untuk mendengar taklimat.
    Ini kalau maktab tu tak 'assign' kati & almari untuk anak2 kita. Kalau mereka bagi nombor katil & almari pun, baik cepat2 cari katil & almari. Kerana ada ibubapa/anak mereka yang ambil saja katil/almari yang mereka suka.

    Janganlah tukar2 tilam orang atau laci kalau diberi laci ya.
    Kalau datang awal, kita boleh cuba pastikan anak kita dapat kelengkapan di dorm [katil, almari, lokasi katli dgn bilik air /surau] yang baik untuk anak kita.

    Kenapa? Kalau kita ambilk rilek,, mungkin anak kita akan dapat katil atau almari yang rosak seperti yang telah berlaku kepada anak rakan saya tahun lepas [Form 1], dan ia telah berlaku kepada dorm-mate anak saya pada Selasa lepas. Ibubapanya mula bawa barang ke dorm selepas taklimat selesai. Insya'allah pihak maktab akan aturkan masa untuk baiki, tetapi mungkin ambil masa.

    Bawa kain buruk untuk kesat shelf almari anak, katil. Tentulah mereka boleh buat sendiri, tetapi dengan byk aktiviti yang mereka kena hadir dan mereka sendiri budak lagi, mungkin tak terfikir/takde masa.

    • Di MRSM Baling tidak ada masalah utuk memilih katil/tilam/almari/meja study kerana semuanya masih baru…maklumlah asrama baru dan semasa pendaftaran asrama katil/tilam/almari /meja study ditentukan oleh pihak MRSM…jadi tidak berlaku siapa dulu dpt yg elok .

  37. Fiadmirash says:

    salam…ingin sangat2 nak tahu bila 2nd intake untuk igcse sebab saya dah buat rayuan di HQ..call HQ angaged jer…minta bantu siapa yang tahu..wassalam..

  38. Salam, sejuk hati membaca luahan ibu-ibu di laman forum ini. Anak sy pun tak dpt masuk ua. Dia mohon gemencheh shj, tak mohon yg lain. Sy yakin dia lyk, cuma takde rezeki lagi. Dia dah sesuaikn diri ngan sek skrg, tapi sbnrnya dia masih menghrp utk masuk mrsm ua. Kebolehnnya menghafaz mmg sy kagumi, tapi nak buat camna, tiada rezeki lg. Sy dah buat rayuan, masih menaruh hrpn. Hanya mampu berdoa. Sy jg ingatknnya bhw kebolehn menhfz dlm 1/2 jam bukn penentu dlm proses menghafal keseluruhn al-quran. Buktinya anak sulung sy masuk mrsm ua bulan 4, tapi alhamdulillah dpt menyaingi mrk yg masuk bln 1. Apa2pun sy selalu ingatkn dia bhw bukn cepat atau tidak menghabiskn hafazan tu penting, lebih penting lg menghayati dn mengamalkn isi kandungannya. Moga anak sy yg perempuan ini dpt peluang spt abgnya. Amin.

    • Bagi mereka yg tidak dpt ke MRSM UA, MRSM IGCSE juga sudah mula menawarkan mini UA bermula tahun 2013. Mara hanya mengenakan bayaran RM10 sebulan utk program mini UA.

      • Helena,

        Do you know anything bout this for MRSM AG.?
        Will this be part of the exam later on ?

          • mmm saya rasa tiada program mini UA, cuma Pengetua in some MRSMs mereka buat perancangan tambahan utk MRSM yg mereka terajui. So ada pengetua MRSM biasa (tak kisahla IGCSE ke tak) yg adapt some UA programs…. benda ni dah ada dah lama dah….

            Setahu saya beginilah. Tak taulah tahun ni mmg ada program yg diberi nama mini UA.

          • opss sorry sasuke, baru perasan bab RM10 sebulan tu. Would you mind sharing more on this mini UA. Maybe benda baru yg Helena first time dengar…. 😀 Thanks.

            • Helena…I think this so called "mini UA" is an initiative by MRSM Baling. On the registration day, head of MRSM Baling did mentioned that they are teaching student on hafazan by their ustaz. During my visit to Baling last week, my had asked me tto pay RM10 for mini UA and RM230 for NCC Computer Pioneer.

              • ok thanks for the info…. yelah initiative Pengetua masing2…. eg ada one mrsm (not UA) yg cuba buat 1 juz hafazan Al Quran…. Syukur alhamdullillah, good for the kids to be able to explore and experience more programs…

                • mamabatrisyia says:

                  that must be batu pahat tempat my daughter. difahamkan memang anak2 kena hafal 1 juz al-Quran i.e mini Ulul Albab. syukur pada Allah.

                  btw baru-baru ni dia kena bayar RM 60 for the cambridge books. anak sasuke dapat free kan, i read somewhere (kat sini ke forum sebelah ye..) or was it pinjaman..tak sama pulak ye. yang ncc tu dia kena bayar masa daftar 15/1 hari tu.

                  • Ya, MRSM Baling bg pinjaman utk buku2 IGCSE (Math, Science & English) …akan di gunakan smpi form3….not sure if later MRSM Baling will impose minimal fees for the cambridge books. This year intake is the 2nd batch for IGCSE in MRSM Baling.

              • It's the same with MRSM Tun Abdul Razak. From the RM10 for the mini UA and the RM230 for NCC…

        • Curious, pls see my reply to sasuke below. As far as I know, there is no RM10 charge for mini UA in AG. So i guess tak ada lah. But AG does have softskills program, a program that AG created themselves to train students on public speaking.

  39. Clairevade says:

    Saya bukanlah pelajar MRSM. Sy sekolah biasa dkt sabah saja. Luar bandar pula tu. Sekolah tak menentukan siapa kita. Dulu masa UPSR, dpt 5A tp x dapat MRSM n SBP. Sedih.. Then, continue the fight for PMR. Dpt straight, apply lagi. Tak dapat juga.. Lepas SPM, baru saya sedar, sekolah mana pun sama saja. Ibu bapa n adik2, jgn lah sedih sgt kalau x dapt. Kalau x dpt, cuba bjuang utk jadi best student kat sekolah harian. X semestinya straight A tu pandai. Ada yg cuma menghafal tp x faham pun.. And org kata budak sekolah harian lagi tough bila masuk Asasi/matrik. Saya sdri pun nampak hal yg sama dkt asasi um ni. Jgn kecewa ya.. Keep fighting 🙂

  40. ya setuju dgn clairrvade,saya sekolah harian result biasa2 saja ,masuk u second intake tp alhamdulilah dah sampai peringkat sarjana kejuruteraan,semoga anak anda tidak putus asa:)

  41. pupupupu ….. segulung ijazah masih belum menjanjikan peluang pekerjaan. Masih ramai graduan kita yg masih mencari pekerjaan. Ramai yg datang interview tapi gagal di terima bekerja….kenapa?

  42. salam ..
    anak saya gagal dapat igcse….
    adakah berpeluang dapat mrsm biasa?
    rayuan secara online saya dah buat masa semak online result igcse aritu adakan cukup setakat rayuan disitu ataupun perlukah saya buat surat rasmi…

    sekian tq

    • salam….
      utk menguatkan lagi buat surat rasmi, salinan sijil pencapaian akademik/ koko anak dan dapatkan sokongan mana-mana pihak berkenaan. dan hantar kpd pejabat mrsm. insyallah kita cuma berusaha.

    • saya percaya ramai yg telah buat rayuan secara online mengikut prosedur yg sedia ada. Jika ada upaya, saya cadangkan ditambah lagi usaha tersebut dgn hadir sendiri ke Pejabat MARA dan MRSM yg dipilih berjumpa dengan pengawai/pengetua.

  43. auni faqihah says:

    salam,bila keputusan rayuan ke mrsm ulul albab keluar?saya ni amat berminat sgt dengan program ulul albab.saya berharap saya adalah salah seorang calon rayuan yang diterima belajar di situ.amin..

  44. Muqri Rahim says:

    Assalamualaikum…. saya sekadar bertanya. Kenapa tidak diwujudkan MRSM Ulul Albab lebih dari yang sedia ada, memandangkan permohonon yang berkali-kali ganda dari tempat yang disediakan….
    Terima Kasih….

    • Memang permintaan terlalu banyak. Tapi keperluan pasaran terhad. Negara lebih mermerlukan kepakaran dlm bidang sains dan math.
      Melahirkan cendikiawan agama mesti seimbang dgn cendikiawan technologi dan bidang lain.

      • mamabatrisyia says:

        salam tuan

        mrsm ulul albab tidak hanya menitikberatkan keagamaan semata-mata. keseimbangan dunia akhirat yang ditekankan. melalui ulul albab mara mengharapkan anak2 kita berjaya dibentuk menjadi professional dalam bidang masing2, yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. yang insyaAllah berjaya dunia akhirat.

        saya berpendapat dalam statistik pihak mara lebih ramai yang mohon ulu albab daripada igsce. permintaan > tempat. maksudnya ramai ibubapa sudah mulai sedar pentingnya ilmu agama, lebih daripada ilmu akademik..alhamdulillah

        Saya juga mengharap MARA akan menambah lebih banyak lagi mrsm ulul albab & ulul albal+igcse. Memang kami berminat nak apply ulul albab+igsce tapi sebab THE ONLY mrsm yang offer program tersebut nun jauh di Kota Putra Terengganu..hasrat terpaksa di'defer' untuk anak2 yang lain insyaAllah, dengan harapan akan lebih banyak lagi mrsm yang seumpamanya akan dibina dalam masa terdekat..

        kami memilih igsce sebab merasakan peluang anak lebih cerah untuk mendapat tempat di situ berbanding dengan Ulul albab yang rata2 calon2 yang memohon hebat2 belaka & tempat yang sangat limited. only the cream of the crop yang terpilih..

        wallhu'alam

      • Benar seperti ulasan mamabatrisyia, sains dan teknologi tidak diketepikan oleh MRSM UA, cuma memasukkan tahfiz, BArab dan selepas F3 baru ada beberapa subjek agama yang lain menjadikan jadual harian yang lebih ketat.

        Pengalaman ibubapa, anak2 UA diterapkan cara hidup berbeda; malah mencabar syahsiah ibu bapa sekali. Ibubapa perlu berubah seiring dengan perubahan anak.

        Memang sukar untuk mendapat tempat, terutama ke MRSM UA Gemencheh (GMC) yang menjadi tumpuan ibubapa Lembah Kelang dan Selatan. Walau bagaimanapun anak-anak masih mentah, ada masalahnya, dan memerlukan sangat sokongan padu ibubapa/guru.

        MRSm Kota Putra pula sangat jauh bagi kebanyakan ibubapa. Sebab itu MRSM UA Gemencheh dan Kepala Batas menjadi rebutan. Bagaimanapun kelebihannya, pemilihan utk MRSM ini kelihatan lebih telus. Wallahualam.

        Ringkasnya bidang sains dan teknologi tidak ditinggalkan, malah kelihatan lebih hebat. Bagi kita semua, MRSM/SBP sebenarnya wadah bagi kita untuk setaraf pendidikan dengan kaum lain dan berlandaskan tahfiz/ugama seperti sekolah2 Imtiaz dan YIK – Kelantan. Kalau di JB Sekolah Menengah Foon Yew setaraf dengan MRSM kalau tak lebih dari aspek pendidikan terutama keduniaan.

        Wallahualam. Maaf sekiranya terkasar bahasa.

  45. En/pn annaz, kat mana nk beli uniform mrsm di jb ni? Kat bus stand larkin ade x ? Anak dftr mrsm pontian mnggu depan

  46. Tumpang tanya…kat jb mana nak beli uniform mrsm ? Anak llaki I badn besor takut kat mktb saiz dah habis

  47. Assalamualaikum kpd semua saudara/i seislam….
    Sy tinggal kt Kuching Sarawak… maaf nak tanya sebelum ni ada x
    pelajar dr swak belajar kt mrsm ua kepala batas?
    Syukran jazillan……

  48. slm..sy nk tya, kalau ank sy mohon program igcse,, adakah kemungkinan dia akan di tawarkan ke program lain spt ulul albab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.