Keputusan Permohonan Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA 2014

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke Politeknik Konvesional, Politeknik METrO dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang merangkumi Kolej Komuniti, IKBN, JMTI, ILP, ADTEC, IKM, KKTM, CIAST bagi sesi akademik 2014/2015 telah boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 16 Mei 2014.

Semakan Keputusan Melalui UPU

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui;

  • Menghubungi talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777.
  • Di empat saluran berikut:
  • Secara SMS dengan menaip UPU POLIILKA [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan UPU Secara SMS Lepasan SPM

Pemilihan UPU

Secara ringkasnya pemilihan oleh UPU dan menentukan seseorang calon untuk berjaya atau tidak mendapat tawaran adalah;

  • Pilihan program pengajian yang dipohon (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
  • Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA  bagi program berkenaan;
  • Persaingan dari segi markah merit. Pemohon yang mendapat markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.

IPTA dan Politeknik Premier

Keputusan Permohonan ke Program Pengajian DIPLOMA IPTA dan Politeknik Premier telah diumumkan pada 10 Mei 2014 yang lalu.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA dalam tempoh tujuh hari iaitu sebelum atau pada 23 Mei 2014 ini.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA.

Surat Tawaran

  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA . Sila rujuk Senarai IPTA.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 11 Mei 2014. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.

Pendaftaran

  • Mereka yang menerima tawaran perlu hadir ke pendaftaran pelajar baru di Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA pada tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan hadir pada tarikh tersebut akan dianggap telah menolak tawaran.
  • Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA atau antara Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
  • Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Bantuan Kewangan

Rayuan UPU

  • Permohonan e-Rayuan hanya akan dibuka mulai 16 Mei 2014.
  • e-Rayuan boleh dibuat di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA adalah terhad.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 26 Mei 2014.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA empat minggu selepas tarikh pendaftaran Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA , maka rayuan mereka dianggap gagal.

Peringatan

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA.

Khidmat Runding Cara

  • Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA di bangunan KPM di Putrajaya.
  • Kaunter khidmat runding cara ini dibuka mulai 12 Mei hingga 26 Mei 2014 pukul 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat).

Maklumat

  • Maklumat di atas sebagai panduan umum sahaja. Sila rujuk laman web rasmi BPKP (UPU) dan  Facebook UPU.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

11 thoughts on “Keputusan Permohonan Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA 2014

  1. SITI AZEA HALEEDA BINTI MUKHTAR says:

    Apkah kbaikan kemasukan ke politeknik ilka?apkah senang untuk dpt pekerjaan?

  2. ble tarikh pendaftaran poli ilka?

  3. Hamba Allah says:

    baru nk daftar tp tarikh pengambilan dah tutup…lama btol nk tngu smpai tahun dpn…xde cara2 ke nk masuk politeknik sebelum tahun depan?

  4. Pemohanan berape kerdit . Layak nak ke politenik

  5. bile Politeknik Premier di buke ?

  6. saya dpt ilka tp terlepas pluang nk daftar masuk..mcm mane nak daftar masuk..

  7. bagaimana hendak membuat erayuan ye?

  8. ZULHILMI says:

    SAYA BERMINAT BELAJAR LAGI..MACAMANA BUAT ERAYUAN ILKA

  9. nak tnye,mcm mna nak tahu kita dpat politeknik dkat mna?

  10. nk tnye,mcm mna nak tahu kita dpat dkat mna?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.