Keputusan Permohonan Rayuan Biasiswa JPA PIDN 2009

Keputusan permohonan rayuan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 boleh disemak mulai 17 November 2009.

Semakan keputusan permohonan rayuan ini boleh dibuat di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Rayuan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2009/2010. Semakan juga boleh dibuat melalui sms, caranya taip JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 900701085984) dan hantar kepada 15888.

Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan di laman web JPA sebelum 24 November 2009.

Surat tawaran dan dokumen perjanjian bagi pelajar yang berjaya rayuan akan diedarkan ke rumah pelajar mulai 19 November 2009. Pelajar dikehendaki mengisi Lampiran B (Surat Penerimaan/ Penolakan Biasiswa Persekutuan) sebanyak 2 salinan dan mengembalikan kedua-dua salinan ke JPA selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 November 2009 melalui pos atau faks ke 03 8881 0745.

Pelajar yang berjaya rayuan juga dikehendaki menyempurnakan 3 set dokumen perjanjian dan mengembalikan ketiga-tiga set dokumen perjanjian tersebut ke JPA sebelum atau pada 2 Disember 2009. Sila rujuk Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan bagi Pelajar Sesi 2009/2010.

Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini.

34 thoughts on “Keputusan Permohonan Rayuan Biasiswa JPA PIDN 2009

  1. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by eputra: ePutra – Keputusan Permohonan Rayuan Biasiswa JPA PIDN 2009: Keputusan permohonan rayuan biasiswa Jabatan Perkhidma… http://bit.ly/4tBeXK

  2. alhamdullillah..setelah menghantar e-mail kepadaJPA,pihak JPA memaklumkan yang sy boleh menyemak akaun bank islam mulai 18/11/2009…kerana bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun….

  3. Nilam,

    Dulu aku cek kat internet untuk PIDN 2009/2010 ckp "permohonan anda tidak berjaya"..(26 Ogos 2009)

    But seminggu selepas tue, HEP kata ader borang PIDN aku sampai (hantar 2 november 2009)…

    then, (18 nov 2009) aku cek kat internet mengatakan saya mendapat rayuan PIDN…

    Masalah nya skrg ialah, patut ke aku TERIMA di "SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) 2009" ???

    Byk kawan2 dah masuk duit…aku blum check lagi…=( Bagai mana yek??

  4. dapat 3.59 pun xlehhhh…..xadil!!!!!!………

  5. aduh..bertape sedihnya aku sbb tak dapat, padehal result blh tahan..takde rezeki la tu..pade yang tak dapat gak..jangan la sedih, rezeki kte bukan kat sni..Allah itu lebih mengetahui..

  6. Mieza-90,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang anda ada di sini.

    Adryanz_90,
    Pada pendapat saya patut dan pastikan anda melaksanakan apa yang perlu supaya tidak terlepas peluang mendapat biasiswa ini. Jika tidak pasti hantar e-mel kepada mereka di esila@jpa.gov.my sertakan juga nombor mykad anda.

    Frust dan Shuk,
    Banyak bersabar… mungkin anda akan dapat peluang dari sumber yang lain.

  7. bilekah trikh pghntaran Lampiran B yg terbaru?
    tak tahu mklumat sbnar . .

  8. tadi pg jpa…dia cakap lampiran B tu dah dibatalkan dah..tak payah hantar lagi lampiran B tu…

  9. Nur,
    Sila rujuk komen Sweetheart (terima kasih).

  10. Terima Kasih Malaysia..

    Duit pun dah masuk.. RM5k lebih.. dah tak risau pasal rayuan lagi.

  11. salam,
    saya hanya ingin kepastian.saya telah menerima biasiswa JPA untuk pengajian di peringkat diploma dah telah pun tamat dan bakal mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi kemasukan Disember.Saya telah menghubungi pihak JPA bertanyakan adakah biasiswa boleh disambung terus nanti.Pihak JPA menyatakan sekiranya menerima biasiswa pada peringakat Diploma,maka biasiswa JPA adalah untuk tempoh tersebut sahaja.Jadi, saya harus melakukan permohonan baru untuk peringkat Ijazah Pertama.

    Walaubagaimanapun,permohanan biasiswa PIDN hanya dibuka sekali setahun iaitu Jun-Julai setiap tahun.Ini bermakna adakah saya harus menunggu tempoh yang sama untuk melakukan permohonan?.Adakah peluang untuk mendapatkan biasiswa masih terbuka bagi pelajar yang telah menerima biasiswa ini diperingkat diploma yang lalu.Adakah syarat untuk permohonan nanti berdasarkan keputusan diperingkat diploma atau keputusan peperiksaan Dis09-Apr10 yang harus diguna pakai untuk memohon kerana saya bakal terus ke semester3 degree (tahun ke2)
    Terima Kasih.

  12. dah masuk ye bayaran?? semua ke dah masuk?? saye blom cek gi la.. 🙂 dalam brapa ringgit yg masuk tu??

  13. Rais,
    Salam… Memang benar anda mempunyai peluang untuk menerima biasiswa dan perlu memohon apabila permohonan untuknya dibuka dalam bulan Jun nanti.
    Pada kefahaman saya anda perlulah menggunakan keputusan yang terbaru yang ada semasa permohonan tersebut dibuka. Ini bermakna jika pada tarikh tutup permohonan nanti, anda belum mendapat keputusan pertama (semestar 3), keputusan akhir semasa Diploma bolehlah digunakan. Jika sudah diterima, keputusan peringkat ijazah itulah perlu digunakan.

    Bella,
    Ya, wang biasiswa telah pun dimasukkan ke dalam akaun penerima. Jumlahnya bergantung kepada peringkat pengajian dan jumlah semestar dalam setahun.

  14. salam…sy nk tya mcm mna nk check utk rayuan PIDN sebab sy bru dpt maklumat yg semakan dh lma keluar…..bleh pihak tuan beritahu mcm mna nk tgk rayuan biasiswa itu dapat ke x?????

  15. Sweet,
    Salam… Laman web untuk menyemak keputusan permohonan rayuan PIDN telah pun ditutup. Oleh itu cuba anda semak secara SMS iaitu menaip JPA PIDN No.Mykad dan hantar ke 15888 atau hubungi terus JPA untuk maklumat lanjut.

  16. salam..
    saya penerima biasiswa jpa bru-bru nie.. tapi sy dah chek duit tak msuk pun lagi..
    sesi pmblajaran dah pun bermula esok.. tapi sy tak de duit. cm ne ni..

  17. sya nk thu ble duit untuk sem baru nk msuk.cmne ek?

  18. Salam 1 Malaysia..
    terima kasih kepada pihak JPA kerana memberi saya tajaan Rayuan JPA..saya hanya mahu bertanya..bila duit rayuan JPA 2009 akan masuk?
    saya ingin membuat keputusan samada untuk membayar yuran dahulu atau menunggu duit rayuan JPA masuk..

  19. ridhwan,btol gak.tp yuran sy ptptn dh potong dulu.cuma x tahu jpa tu cmne,x de mklumbalas lg.

  20. ren,saya dh email pihak JPA.JPA kata duit akan dimasukkan 6/1/2010.akaun sudah dibuat.bank islam kot.tapi xtaw cmna nk confirmkan.

  21. owh ye? hari ni la 6hb.td bru g atm,x dpt lak. tp dh emel jpa,x dpt reply je lg.

  22. eh..yeke..dh cek kat bank islam lum?esok myb nk g bank islam..tuntut kad atm..akaun bank islam x wat lg..JPA dh wat kan..

  23. dh check dh. x wat lg? hbs tu cmne nk tau no akaun?

  24. JPA yg bg no akaun..nk kene g tuntut kad atm jap lg..

  25. ooow..saya dh g bank td..JPA dh msukkan duit..sem 1 dulu..
    awk dpt rayuan JPA kan..cube antar email kat org yg sent lampiran B dulu tu..

  26. oh. ok nnt sy try emel lg..thnaks ye,n congratz

  27. email sy jpa x reply lg. dh 2 hari. owh, sy dh ade akaun sbb mohon pn mse dh nk habis sem 1. ni tgh sem 2 la

  28. salam,, erk,,, ridhuan,. sy bkn rayuan.. tapi dapat tyme blan ogos ritu.. duit still tak msuk lg.. nak anta email kat spa ea?

  29. aimi..tu sya x taw laa..sebab saya dpt rayuan..awk test call JPA terus..klu x de respon..nnt reply A.S.A.P kt sini..nnt saya bg email org kt JPA..

  30. adryanz_90 says:

    duit sem 2 dah masuk!!

  31. macam mane sy nak apply biasiswa jpa utk sesi kemasukan ke ipta 2010/2011? sy dah cari tp so far sy xnampak pn headline die.

    utk sesiape yg tau, tlg update sy sebelum terlambat. terima kasih sgt2 (:

  32. Athirah,
    Memang permohonan biasiswa JPA tersebut belum dibuka lagi, sebagai panduan sila rujuk Program Penajaan JPA 2010 Bagi Lulusan SPM 2009.

  33. salam…ble jpa bkak utk biasiswa bg progrm ijazah pertama sesi 2010/2011???

  34. salam,saya merupakan pelajar yg bru mendapat biasiswa jpa pidn untuk tahun 2010.saya nk tanye bile duit akan dimasukkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.