Keputusan Permohonan Rayuan Ke USM Sidang Akademik 2012

Semakan keputusan kemasukan permohonan rayuan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2012/2013 boleh dibuat mulai 10 Ogos 2012 pukul 12:00 tengahari. Keputusan Permohonan Rayuan USM

Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan rayuan setelah gagal mendapat tawaran pada 13 Julai lalu bolehlah menyemak keputusan rayuan mereka.

Setakat ini tidak ada maklumat samada keputusan permohonan rayuan ini hanya untuk calon yang mempunyai PNGK / CGPA 2.80 dan ke atas atau untuk semua calon yang ada membuat rayuan.

Semakan Keputusan Rayuan USM

  • Semakan permohonan rayuan boleh dibuat di laman web pohon @USM.
  • Calon perlu login dengan memasukkan no rujukan, kata laluan dan pilih semakan RAYUAN.
  • Hebahan melalui SMS juga telah dibuat kepada calon yang berjaya mendapat tempat di USM.

Pengesahan Penerimaan Tawaran

  • Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Talian Khas USM ini akan dibuka dari pukul 8:10 pagi hingga 5:00 petang sahaja dan hanya dari hari Isnin hingga Jumaat.

2 thoughts on “Keputusan Permohonan Rayuan Ke USM Sidang Akademik 2012

  1. bila nk tau kputusan rayuan keluar ya and kat web mne iye akn diumumkan…sebab sy try check dkt web uitm xde pon

    cume yg ada utk lepasan matrik dan stpm je..adkah ia same dgn lepsan dip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.