Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2013 Lepasan STPM Dan Setaraf

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2013/2014 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 11 Julai 2013.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA yang berkenaan.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.

Program Yang Ditawarkan

Terdapat calon berjaya ditawarkan program yang dipilih dalam 12 pilihan mereka. Namun, terdapat juga yang mendapat tawaran di luar pilihan. Jaya atau gagal tertakluk kepada 3 perkara utama:

  1. Pilihan program pengajian yang anda minta (Kompetitif @ Tidak Kompetitif).
  2. Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA bagi program berkenaan.
  3. Persaingan dari segi markah merit. Mereka yang mempunyai markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.

Semua urusan pertukaran program pengajian di IPTA adalah secara dalaman sahaja berdasarkan pertimbangan dan budi bicara IPTA.

Permohonan Rayuan

  • Mereka yang ingin membuat rayuan disaran untuk memastikan kelulusan benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Bagi membuat semakan sila rujuk di Semakan Syarat Khas Kemasukan Program IPTA.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Permohonan rayuan ke IPTA ini dibuka mulai 11 Julai sehingga 21 Julai 2013 di Aplikasi Rayuan UPU.
  • Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2013, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Keputusan Permohonan Ke USM

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan permohonan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

4 thoughts on “Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2013 Lepasan STPM Dan Setaraf

  1. Salam,sy lepasan matrikulasi dgn pointer 3.87 dn bnd 3. Tp sy x dpt twran usm dn tlah mmbuat rayuan. Sy ingin mmnta pndangan ada kemungkinan ke tidak kalau sy buat rayuan untuk sains kesihatan& persekitaran dan juga sains biologi di usm? Sy tkut rayuan sy x dterima..tlg reply.terima kasih.

  2. salam..
    nak tanya lepas kita dh buat rayuan.. adakah perlu kita menghantar maklumt permhonan dan sijil2 ke ipta yg dipilih?? confius

  3. Amirul Asyraf Bin Jamizi says:

    Salam..saya nak Tanya permohonan masuk upu lepasan SPM bila ye..??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.