Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM & Setaraf PNGK 2.80 Ke Atas

Para pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, dan yang setaraf dengannya yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau CGPA 2.8 dan ke atas tetapi tidak mendapat tawaran UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 10 Ogos 2012 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui; Keputusan Rayuan UPU CGPA 2.8

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan diumumkan.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.

Keputusan Rayuan UPU

  • Ini adalah keputusan rayuan untuk calon yang mempunyai PNGK / CGPA 2.80 dan ke atas.
  • Calon yang mempunyai PNGK / CGPA di bawah 2.80 dan ada mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dijangka akan mengetahui keputusan rayuan mereka di minggu ketiga September.

Keputusan Rayuan Ke USM

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan permohonan rayuan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

5 thoughts on “Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM & Setaraf PNGK 2.80 Ke Atas

  1. […] Keputusan Permohonan UPU Lepasan STPM & Setaraf PNGK 2.80 Ke Atas Boleh Di Semak Mulai 10 Ogos 2012 … […]

  2. saya stpm tahun 2005 di sarawak ,dapat PNGK 2.87 tak dapat masuk universiti,merayu pun masih tak dapat masuk, kawan-kawan dapat PNGK 2.5 dapat masuk universiti walaupun keputusan muet di tahap paling rendah , sekarang ramai yang dah jadi cikgu. adil kah pengambilan masuk ke universiti dulu dan sekarang ? untuk apa sijil stpm sebenarnya ? saya lihat sekarang ni penting lagi sijil spm dari stpm. dulu 3 prinsipal stpm pun boleh masuk maktab..sekarang …….? maaf kalau tersinggung..

  3. sy stpm 2005,bolehkah sy memohon untuk msuk universiti bg ambilan 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.