Keputusan PMR 2013

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013 akan diumumkan pada hari Khamis 19 Disember 2013. Mereka yang menduduki PMR 2013 boleh memperolehi keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.

Selain daripada memperolehi keputusan PMR 2013 dari sekolah, calon dan ibubapa calon boleh juga menyemak keputusan PMR 2013 secara SMS.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Secara SMS

  • Semakan keputusan PMR 2013 secara SMS boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 19 Disember 2013 sehingga 11.59 malam 25 Disember 2013.
  • Cara semakan demgan menaip PMR [no, MyKad] [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh PMR 951021145879 BC001A040 sms ke 15888.
  • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.

Berdasarkan pengalaman semasa keputusan PMR yang lalu, terdapat kelewatan atau kegagalan dalam mendapatkan jawapan melalui sms yang dihantar pada hari pertama keputusan diumumkan.

Selepas keputusan PMR 2012 diumumkan mereka yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (SMV/SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan mengetahui keputusan permohonan mereka.

4 thoughts on “Keputusan PMR 2013

  1. danieljafari says:

    hi saya ingin memasuki sekolah vokasional

  2. Nak tanya, boleh tak wakilkan ahli keluarga untuk ambil keputusan tu kalau pelajar tu tak dapat datang ambil?

  3. siti nur zakirah says:

    lepas buat pemohonan ke kv diterima pas dpt keputusan pmr sbrn nk buat permohonan balik cm mn

  4. nurul najwa says:

    hye,sya ingin mmsuki vk,krna kos yg sya mnat amat sya cta2kn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.