Keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf dan lepasan SPM atau setaraf (Fasa 2) sesi akademik 2009/2010 boleh disemak mulai hari ini 10 Julai 2009 selepas pukul 12.00 tengahari.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkata semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my atau talian Hotline di 03 8883 5858 dan talian Helpline di 03 8883 5848.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat seperti berikut;
- Sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT(jarak)No. KP dan hantar ke 15888
- Laman web http://jpt.uum.edu.my atau http://www.jpt.utm.my
- Laman web Semakan Keputusan e-Rayuan Lepasan STPM dan setaraf
- Laman web Semakan Keputusan e-Rayuan Lepasan SPM dan setaraf
Calon-calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran melalui laman web kesemua 18 buah IPTA terbabit manakala surat tawaran rasmi akan diserahkan kepada mereka semasa pendaftaran. Calon-calon juga perlu membawa bersama surat tawaran yang dicetak sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendataran di IPTA nanti.
Semua keputusan rayuan adalah muktamad dan jika tiada sebarang tawaran yang diterima sehingga 31 Julai ini, maka rayuan calon boleh dianggap gagal.
Perlu diingatkan bahawa pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Sponsors










assalamualaikum pada kawan2 semua macam mane dah check lom.sy dah check td.huhuhuhu