Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2009

Keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf dan lepasan SPM atau setaraf (Fasa 2) sesi akademik 2009/2010 boleh disemak mulai hari ini 10 Julai 2009 selepas pukul 12.00 tengahari.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkata semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my atau talian Hotline di 03 8883 5858 dan talian Helpline di 03 8883 5848.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat seperti berikut;

Calon-calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran melalui laman web kesemua 18 buah IPTA terbabit manakala surat tawaran rasmi akan diserahkan kepada mereka semasa pendaftaran. Calon-calon juga perlu membawa bersama surat tawaran yang dicetak sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendataran di IPTA nanti.

Semua keputusan rayuan adalah muktamad dan jika tiada sebarang tawaran yang diterima sehingga 31 Julai ini, maka rayuan calon boleh dianggap gagal.

Perlu diingatkan bahawa pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.

Related posts:

  1. Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009
  2. Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf
  3. Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  4. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009
  5. Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , ,
Read 485 articles by

148 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives