Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009 sudah boleh disemak melalui saluran hebahan yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi bermula hari ini 14 Julai 2008 (selepas pukul 12:00 tengahari).
Keputusan permohonan rayuan ini hanya tertakluk kepada Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf dan STPM atau setaraf yang boleh disemak melalui melalui beberapa cara berikut:
- Melalui laman web rasmi MOHE atau terus ke Semakan rayuan lepasan STPM dan setaraf atau Semakan rayuan lepasan SPM dan setaraf
- Menghubungi talian 03 8883 5858
- Melalui sms UPU{jarak}No. Mykad ke 32300 atau 32020
- Melalui laman web universiti yang berkenaan
Tarikh pendaftaran untuk pemohon yang berjaya akan ditetapkan oleh pihak IPTA yang berkenaan. Mereka yang berjaya ini perlu mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA tersebut. Surat tawaran ini perlu dibawa sebagai dokumen rujukan ketika proses pendaftaran.
Semua urusan permohonan dan rayuan ke IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan menggunapakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Oleh itu para pemohon adalah diingatkan supaya tdak berurusan dengan pihak lain dalam kes rayuan kerana pihak kementerian tidak pernah melantik mana-mana agen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat di IPTA.
Keputusan rayuan ini adalah muktamad dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai, maka rayuan dianggap gagal.
Popularity: 25% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Related posts
Sponsors








Saudara, bolehkan saudara beritahu IPTA mana yang ada menawarkan pengambilan semester ke-2?