Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010

Keputusan permohonan rayuan untuk untuk memasuki Kolej Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) bagi sesi 2009/2010 sudah boleh mula disemak mulai hari ini, 22 Mei 2009.

Semakan Melalui Internet

Keputusan boleh disemak di laman web Kementerian Pelajaran di Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Program Satu Tahun Ambilan Kedua Dan Calon Rayuan. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor giliran Lembaga Peperiksaan.

Semakan Melalui SMS

Sementara itu semakan keputusan rayuan ke Matrikulasi ini boleh juga disemak melalui sms seperti berikut;

Program Satu Tahun:

  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAT 760704085973


Calon Rayuan:

  • Taipkan MOE<jarak>MAR<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAR 960704085973

Mereka yang berjaya dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009 ini.

61 thoughts on “Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010

  1. […] Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010 sudah boleh disemak mulai 22 Mei 2009. […]

  2. suE iELa says:

    salam…
    nilam…
    sy dpt mtrx 2nd intake…
    nk peg foundation or mtrx eh??
    mne lg elok…
    yg kmren sy gtau dpt foundation unikl 2…
    hurm…

  3. to suE iELa,

    sy rasa lebih baik awk pg matrix, instead of foundation kat uniKL tu
    sbb uniKL tu kan swasta, byk nak bayar
    d matrix pula, awk akn dpt elaun setiap semester..
    and awk bpeluang sambung study kat mana2 IPTA jika pointer melebihi 2.0
    kalau foundation kat uniKL, after dat awk tpaksa sambung IPTS jugak..
    sbb setahu sy, IPTS xde MUET..nak pg IPTA mesti ambil MUET
    but that’s just my opinion. up to you to decide.
    good luck 🙂

  4. prasssss says:

    glerrrr…………. aku xdapat matrix

    keputusan kredit blakeeeeeeeeeeeeee.

    pilih kasihhhhhhhhh

  5. saya dapat matrik labuan…
    kte kena tunggu surat datang kat alamat kte kew?
    kompius la…sbb hari isnin kan dh nk daftar…sabtu n ahad pos ofis x bukak…
    someone help me….please…

  6. salam…..saya dapat matrik arau
    bleh ke saya wat rayuan untuk masuk jurusan sains fizikal..
    bm-2A
    bi-4B
    pislam-2A
    sej-2A
    math-1A
    add math-5C
    fiz-8E
    kim-5C
    bio-5C
    est-6C

  7. surat twrn smpaike?
    or kite isi borang kat sana?
    ni ade contoh panduan pendftaran…..
    korang tgkla..
    mgkin leh bntu sikit2
    http://www.scribd.com/doc/14618345/panduan-pendaftaran-program-1-tahun-2009

  8. Sue Iela,
    Salam… Harap komen Nana dapat membantu.

    Nana,
    Terima kasih.

    Prasssss,
    Harap bersabar.

    Coco,
    Anda perlu mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila rujuk panduan atau telefon Kolej Matrikulasi anda untuk kepastian.

    Ryu,
    Jika anda ditawarkan ke jurusan Sains Hayat anda boleh cuba memohon untuk bertukar ke Sains Fizikal semasa mendaftar nanti.

    Liyana,
    Mungkin surat tak sempat sampai terutama yang perlu mendaftar pada hari Isnin ni. Jadi anda perlulah mengisinya di sana nanti.
    Terima kasih dengan pautan panduan tersebut.

  9. salam..
    sy nak tau bila twaran matrikulasi program dua tahun akan keluar..?
    setahu sy pada 3 jun dan trikh mndftar pada 15 jun..

    sy telah membuat rayuan dlm tempoh yg diberikan..
    sy gagal mndpat tmpat untuk program 1 tahun..
    adkah sy perlu membuat rayuan lg atau tggu sahaja trikh 3 jun..?
    adakah surat tawaran akan di pos kan..?

  10. Assalamualaikum…hmm,saudara/saudari nilam,saya ingin bertanya sedikit….saya dapt tawaran ke matrik gambang dan kena daftar hari isnin ni,masalahnya saya ad pohon diploma teknologi makmal perubatan kat pusat perubatan universiti malaya…andai kata saya dapat tawaran itu,bolehkah saya keluar dari matrik dan masuk ke program diploma tersebut..boleh saudara/saudari nilam terangkan…terima kasih.

  11. suE iELa says:

    thanx a lotz nana…
    luv U..
    heheh
    urm,g mtrx r..

  12. suE iELa says:

    kgkwn…
    add me ym n fs
    sue_ila91@yahoo.co.uk

  13. suE iELa says:

    jap…
    dftr 25 mei shgga 29 mei??
    pa mknany nilam??
    xpyh peg lg pn xpe eh 25 mei nie??
    lmbt pick up r..
    heheh

  14. bumi merit 23 senang dapat matrikulasi
    bukan bumi merit 4 tidak boleh dapat

  15. result sy 4a 1b 5c……tp knp sy x dpt mtrix……mber sy yg lain kebykan nyew result truk drp sy tp diorg dpt………..knp sy x dpt???????????????? sy juz dpt twaran poli n fom 6 jew…….kolej swasta byk lew………….

  16. Nilam,jika saya g matrik,pastu sy dpt tawaran diploma di pusat perubatan universiti malaya,bolehkah saya keluar dari matrik dan menerima tawaran diploma tersebut???boleh nilam tolong jelaskan….tolonglah…saya kebuntuan ….

  17. FRUSTiNFINITI says:

    salam nilam…(kronologi)17 april lalu mase buat semakan matrik berbalas
    “ANDA BERKEMUNGKINAN DITAWARKAN KE PDT”
    lepas2 cye wat rayuan terus melalui online dan hantar surat rasmi rayuan..

    22mei lepas mase buat semakan berbalas
    “DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK BERJAYA”

    result spm cye:
    bmA1
    mkA1
    agA1
    twsA1
    sjA2
    fzB4
    kmC5
    mtC6
    biD7

    merit cye ialah 16 (mk1+mt6+fz4+km5)

    persoalan yg cye alami ialah:

    1.22mei lepas cye tidak ditawarkan sbab ari tu mungkin untk ‘keputusan rayuan
    matrik dan ambilan kedua PST’sebaliknya keputusan PDT boleh disemak pda 3jun?

    2.jika benar 3jun bleh disemak mengapa 22mei mesej berbalas”DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK BERJAYA” terus dan tidak pula berbalas ‘ANDA
    BERKEMUNKINAN PDT’?

    3.walaupun bi cye tak kredit, tapi pihak matrik berkata anda berpeluang masuk
    matrikulasi jika terdapat kekosongan tempat…

    DIHARAP PEMBACA ADA JAWAPAN BAGI SOALAN 1 DAN 2 DAPAT MENJAWABNYA TERUTAMA NILAM DAN MAXI…cye ex-mrsm…

  18. salam nilam..
    jikalau perlu mendaftar pada 25 hariblan nie..
    mcm mane jikalau tiada surat tawaran kerana hanya mengetahuinya pada hari sabtu..

  19. Nabilah,
    Salam… Ya betul pada 3 Jun dan 15 Jun. Anda tidak perlu buat apa2 cuma tunggu sahaja pengumuman keputusan. Setahu saya surat tawaran akan diposkan.

    Mohamad Zikrul,
    Salam… Memang boleh tapi anda mungkin perlu membuat bayaran tertentu. Sila semak dengan Kolej Matrikulasi anda bila sudah menerima tawaran daripada UM.

    Sue Iela,
    Tarikh pendaftaran adalah berbeza mengikut kolej sebab itulah tempohnya antara 25 – 29 Mei.

    Nurul,
    Mungkin kombinasi keputusan matapelajaran anda tidak memenuhi kehendak pihak Matrikulasi.

    Frustinfiniti,
    Salam… Anda masih berpeluang untuk masuk ke PDT.
    1.Ya betul.
    2.Mungkin pengkalan data untuk semakan 22 Mei hanya meletak rekod mereka yang berjaya sahaja.

    Zahir,
    Tidak mengapa, anda boleh terus datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang ditetapkan. Anda boleh menghubungi kolej yang berkenaan untuk kepastian.

  20. Terima kasih nilam atas pemberitahuan itu…sy sngt2 menghargainya..:):):):)

  21. Mohamad Zikrul,
    Sama-sama.

  22. iNFiNiTi says:

    saya sangat berterima kaseh kpada kamu nilam…

    satu soalan lagi drpd cye ialah apa beza matrik PST dgan PDT,setahu cye
    PST+4 tahun ijazah=5thn bru abis blajar, tpi PDT+4 tahun ijazah=6thn?

    bagaimana pula dgn pmblajaran di matrik PST dgn PDT?

    sori byk tanya ckit…

  23. Infiniti,
    Memamg benar, matrikulasi PST cuma 2 semestar (1 tahun) manakala PDT 4 semestar (2 tahun) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

    Pelajar PDT dikehendaki mengikuti salah satu daripada dua modul yang disediakan pada tahun pertama pengajian matrikulasi. Pelajar yang mengambil Biologi dalam SPM dikehendaki mengambil modul 1 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Bahasa Inggeris.

    Manakala modul 2 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris bagi pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM.

    Pada tahun kedua, pelajar wajib mengambil tiga mata pelajaran teras dengan menggugurkan satu mata pelajaran mengikut modul yang diambil. Modul 1 matapelajaran Biologi atau Fizik, modul 2 matapelajaran Sains Komputer. Selain daripada tiga mata pelajaran teras, pelajar wajib mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral, Dinamika Kemahiran, Ko-kurikulum dan Sains Informatik (pelajar yang mengambil Sains Komputer pada tahun pertama dikecualikan).

  24. anak saya sedang belajar kursus perubatan kat Mesir. adatak peluang dapat biasiswa/tajaan mara/jpa?

  25. to seluang
    berdasarkan pengalaman saya, kalau anda mendapat tawaran di bawah program medicmesir, sukar untuk anak anda mendapat biasiswa.
    ini kerana medicmesir adalah sebuah syarikat perunding untuk mengikuti kursus perubatan ke mesir dan program ini bukanlah di bawah tajaan JPA@MARA. namun, anda masih boleh mengemukakan pinjaman.
    maaf kalau saya tersalah memberi maklumat, saya hanya berkongsi pengalaman kerana saya juga mendapat tawaran perubatan ke mesir seperti anak anda, namun saya tidak memilih untuk mengikuti program tersebut kerana saya bukanlah di kalangan orang berada. tetapi nasib lebih menyebelahi saya kerana saya mendapat biasiswa PILN MARA dalam bidang perubatan.
    sekian, terima kasih.

  26. Seluang,
    Harap komen daripada Medicmesir dapat membantu.

    Medicmesir,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pengalaman anda di sini.

  27. nilam..
    terima kasih..

    doakan sy dpt pggilan mtrix PDT nnt..=)

  28. nilam…

    cye dah dpat twaran uitm penang, mungkinkah cye akan ditawarkan lagi
    ke matrik PDT?…kerna cye ingin sangat ke matrik yang mengambil masa singkat(1@2thn) untuk sambung ke IPTA berbanding diploma ambil masa 3thn…

    apa pandangan nilam mengenai perkara ini?…doakan cye juga smoga dapat matrik
    PDT…terima kaseh.

  29. kepada berkenaan…

    kepada mereka bekas pelajar mrsm yang berjaya dtawarkan ke medic mesir
    akan membuat persediaan di universiti international centre(UNITEC) iaitu di UITM selama sebulan setengah sama seperti mereka yang berjaya ditawarkan ke russia, india, indonesia,dan jepun tetapi berbeza dgn mereka yg membuat persediaan ke eropah dan us yang ambil masa selama 2 tahun membuat persediaan.kebanyakan mereka ke mesir mendapat biasiswa daripadaKEMENTAH
    iaitu kementerian pertahanan malaysia, namun selepas mereka tamat pengajian di sana nanti mereka perlu berkhidmat dengan kementerian pertahanan malaysia selama 10 thn dan barulah mereka boleh berkhimat dengan kerajaan atau membuka klinik sendiri …(spm sekurang-kurangnya 8A)

    ada pula mereka ke mesir untuk membuat medic di bawah BADAN MUAFAKAT MARA dan akan membuat persediaan selama 2 bulan tetapi di UPM, segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka…tetapi biasiswa dari JPA@MARA bleh juga dipohon…(spm semua subjek 3B)

    kebayakan kawan cye pergi di bawah KEMENTAH, mereka mula membuat persediaan pertengahan bulan 7 ini dan fly ke mesir pada 26/9/09 nanti…
    program ini khas untuk ex-mrsm08 saja…cye pun ex-mrsm juga mungkin tiada rezki lagi kot…

  30. salam….sy arap sy dpt mtrix pdt…..bla erk result pdt kuar?????? hurm……….

  31. Salam,
    Saya nak tanya sikit, lepasan matrikulasi berpeluang ke nak ke oversea? Mintak sape yang tahu tolong jawabkan.

  32. Nabilah,
    Sama-sama.

    Infiniti,
    Setahu saya peluang untuk anda mendapat Matrikulasi PDT masih ada. Jika masih keliru tentang ke mana hendak pergi, anda boleh rujuk Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma.

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang Medic Mesir.

    Nurul,
    Salam… Keputusan Matrikulasi bagi program dua tahun akan diumumkan pada 3 Jun 2009 ini.

    4.00,
    Salam… Memang ada sebab setahu saya pihak MARA/JPA ada datang ke kolej untuk menerima permohonan mereka yang cemerlang.

  33. Salam,
    Saya dah dapat result exam matrik saya baru-baru. Cuma saya nak tanya sikit kepada sesiapa yang tahu, biasiswa MARA dengan JPA untuk lepasan matrik bila nak keluar dan macam mana nak apply?
    Sekian, trimas.

  34. 4.00,
    Salam… Setahu saya pihak JPA/MARA ada menghubungi sebahagian mereka yang cemerlang untuk ditawarkan biasiswa. Sementera itu bila anda telah mendapat tempat di IPTA, JPA & MARA ada membuka tawaran untuk memohon biasiswa.

    Harap ada pembaca lain yang boleh berkongsi maklumat yang berkaitan dengan biasiswa ini.

  35. fadzilah says:

    boleh ke kte dapat matrik kalau dah dapa f6????????????

  36. Salam sejahtera,
    Saya dah dapat result matrik baru-baru ni. Alhamdullillah, cgpa saya 4.00. Cuma saya masih kurang pasti cara-cara untuk memohon biasiswa. Biasiswa MARA and JPA saya tak pasti nak apply macam mana sebab iklan apa pun tak keluar lagi. Harap ada yang boleh membantu.

  37. Fadzilah,
    Boleh, setahu saya mereka yang ada membuat permohonan akan dipertimbangkan sehinggalah ke PDT.

    Fikri,
    Salam… Setahu saya pihak JPA/MARA ada menghubungi terus sebahagian mereka yang cemerlang untuk ditawarkan biasiswa. Sementara itu bila anda telah mendapat tempat di IPTA, JPA & MARA akan membuka tawaran untuk memohon biasiswa PIDN pada penghujung bulan ini.
    Harap ada pembaca lain yang boleh berkongsi maklumat yang berkaitan dengan biasiswa ini.

  38. salam………………sye nk tnyer………sayer xdpt pdt punyer…………..camna nk buat rayuan……..dan ambilan kedua 2 camne????.tolonglar saper2 yg baik jwb……huukkkkkkk

  39. Salam….
    saper2 blh tlg sy cre utk cek upu????

  40. Reen,
    Salam… Setahu saya tidak ada rayuan untuk PDT dan ambilan kedua itu hanya untuk PST sahaja.

    Kamal Johor,
    Salam… Bagi lepasan SPM dan setaraf sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf atau Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009.
    Bagi lepasan STPM dan setaraf pula sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf.

  41. Hanan - Mesir says:

    Assalamualaikum, MedicMesir / Seluang,

    Ingin saya mengulas mengenai isu biasiswa.

    Pertama, menurut pengalaman saya yang sudah fly di Mesir, under MedicMesir (sekarang berada di mansoura).

    Biasiswa masih tersedia walaupun bukan dibawah program PILN. Bagaimanapun bergantung result SPM. Yang mana keputusannya bagus, maka lebih mudah.

    Ramai yang dpt dari tahun tahun pertama, kebanyakan dari Baitulmal / Majlis Agama. Boleh lah telefon pejabat MedicMesir, sebab menurut pengalaman saya, MedicMesir agalk arif hal2 ni…jika dibezakan dgn agensi lain.

    Yang paling penting mendptkan tempat utk Tahun 1. Selepas tahun kedua, pelajar disini kebanyakan mendpat JPA.

    Harap membantu

  42. Hanan – Mesir,
    Salam… terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pengalaman anda di sini.

  43. salam..
    sy plajar pdt sesi 2009/2010..
    sy tlah keluar matriks..

    adakah jlan untuk sy kmbali ke matrik..?
    sy tahu agk sukar krna prjanjian tlah trbatal..
    tp adakah cara lain untuk sy kmbali ke matrik..?

  44. Blizz,
    Saya tidak pasti jika anda masih ada peluang tetapi cuba hubungi Bahagian Matrikulasi untuk kepastian. Mungkin ada pembaca lain yang mempunyai maklumat yang boleh membantu.

  45. salam…macam mane nak check keputusan semakan ke matrikulasi sesi 2010…sebab masalah saya sekarang ialah…saya punya no pin 2 dah basah tekena air…then saya tlupa untuk catit dimanan2 kertas atau nota…apa jalan penyelesaiannya???

  46. hai nilam saya nak tanya jika saya mendapat tawaran ipta dan tidak mendapat tawaran matrikulasi adakah saya layak membuat rayuan untuk program matrikulasi kerana sekarand ada sistem double offer kan?

  47. nilam, boleh ke klau kta dpt cgpa 4 dkt mtriks, mara/jpa bg biasiswa untk kta blaja kt oversea?
    Setahu sy jpa/mara taja bdk spm je,

  48. bdk teknik, says:

    assalamualaikum wbt,, nilam,saya ingin bertanya tentang peluang lepasan matrikulasi teknikal yang cemerlang untuk sambung belajar ke luar dalam bidang kejuruteraan aeronautik terutama sekali di rusia,.bagaimana pula dengan biasiswa dan program di sane nanti,,harap nilam boleh menolong.terima kasih.

  49. tooooloooongggggg………laaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!saya teringin nak masuk niiiiiii..pleaseee

  50. JogaJoga says:

    Salam…erm…nak tanya nie…Saya menetap kat Sabah kptsn spm saya xlah memberangsangkan tapi…Kalau dapat Add Math 8E ada pluang masuk PST @ PDT lg x??
    Kptsn saya…
    BM,A
    BI,A
    M3,A
    SJ,A-
    Moral,B
    Bio,B+
    EST,B+
    Fzk,C+
    Kimia,C+
    Add M3,E(lulus)
    Ada pluang lagi x nie????Kalau xbole, apa saya nak buat lps nie?????bole bagi panduan x?????

  51. Matrikulasi ialah satu program khas yang diwujudkan untuk membantu pelajar bumi untuk kemasukan ke IPTA.Ini ialah satu fast-track program.Didapati ramai pelajar yang dapat 10As pun tidak dapat twaran.

  52. hunny bunny says:

    sy lepasan spm…
    keputusan spm sy
    5A1B4C
    tp kenapa sy xdpt tawaran matrikulasi??
    bdk yg dpt 2A dpt pulak
    pdhal kate kaunselor sy
    kalau result spm pun 2A jep
    mcm mane na truskan kt matrix PST??
    sy dan kwn sy yg dpt 6A pulak yg xdpt…
    sedangkan result kami lebih ok drpd yg 2A dan ade D…

  53. hunny bunny,mmg naseb kite mcm ni kot,mmbe2 aq yg dpt 6A4B,n 7A n lg bagos dri 2 pn x dpt matrik n upu..da trpkse pegi ke form6 or ipts..

  54. ShIEDa_92 says:

    Assalaamualaikum wbt…
    sya nk tny kat spa2 yg tau ble tarikh sbenar kputusan ryuan matrikulasi dgn upu 2nd intake utk tahun 2010 nie.. plez crita kat sya… tgh confuse niiii…
    and ada x spe2 yg penh study f6 alirn sn. nk tau la sush or x peljrannye sbb sya tkut x bleh bwak aliran tu n menganggu masa sya klo tiba2 kna tukr aliran saat2 akhir nnt. sekian.. trima kasih..”,

  55. nape saye xdpt matrikulasi??????????
    saya nk msok sngt2????
    ambilan ke 2 pown sye xdpt…pdhal result sye xde la teruk sngt…nape???
    bm-A2
    bi-B4
    sj-A2
    tsr-A1
    ag-A2
    sc. per-A1
    mt-A2
    phy-C5
    bio-C6
    chem-C6
    add math-D7
    kwn sye lg teruk,tp dpt plak
    tlong la sye?????????/

  56. bleh ke tkar thun pengajian?? 1thun ke 2 tahun??

  57. bleh ke tkr tahun pengajian …….??
    1thun ke 2thun??

  58. Halo sumer… sy cuma nk bg pndapat jer..

    @nas – rasanya bleh check guna dngan sms kan keputusan semakan 2… cuma prlukan no. ic je..

    @jogajoga – ada sorang rakan sy pun dpat 8 untuk add math… n dier x dpat PST n PDT… tapi x salah mencuba… (dier ada 2 subjek x kredit.. jd awk mgkin masih bpeluang..

  59. kalau subjek spm sains dapat E tp yg lain semua ok.. bole ke dapat matrix?

  60. hmmm….bila semakan matrikulasi 2011 ambilan ke 2……..?????
    hrap dpt membantu!!!

  61. salam.
    saya dpat matrix rayuan. nak tny. boleh tak bg link utk saya download borang dan lain2 detail. Sebab sy dah google byk kali tapi sume xleh nak bukak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.