Keputusan UPSR 2011

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011 akan diumumkan di seluruh negara pada hari Khamis 17 November 2011 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2011 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut. Di samping keputusan UPSR 2011 boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS.

Seramai 497,691 pelajar berbanding tahun lepas 494,493 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2011 telah dijalankan pada 13 – 15 September 2011 yang lalu di 8,235 pusat peperiksaan dengan melibatkan seramai 48,560 petugas di seluruh negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sementara itu Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 17 November 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon-calon dengan keputusan UPSR 2011 yang cemerlang boleh cuba memohon memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Asrama Harian atau Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah Jabatan Agama Negeri. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Lepasan UPSR, PMR, SPM 2011 untuk maklumat lanjut.

Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pelajaran, sila rujuk Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.

Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012.

41 thoughts on “Keputusan UPSR 2011

  1. Athirah 1999 says:

    Berdebarnya nak tunggu keputusan..Harap-harap dapat 5A macam peperiksaan percubaan aritu..Amin!

  2. azwaar 1999 says:

    Saya Azwaar Khan dari Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah ,68000 AMPANG, SELANGOR.
    Saya tak sabar nak dapat keputusan UPSR.Harap harap dapat 5A macam percubaan UPSR.
    SAYA NAK BUAT SOLAT HAJAT MALAM NI!!!!!!!
    Azwaar 5A, amin!

  3. Huh! brdebar nyee . ta sabar sngd na tunggu kputusan ! hrp2 dpt 5A ! Amin..

  4. siti hajar humaira says:

    0k,,,,hrap kite smua mndapat '5A''''!!!amin,,,,bnyak excited dripada brdebar,,,mcm ader aper2 je ny…

  5. x sabar nak tnggu keputusan.exited giler

  6. farah hamizah says:

    amin2 ya rabbal alamin….hope dpt 5A for the UPSR …Amin…huhu…farah boleh!!!! anak teganu is the best in mAlaysia 🙂

  7. NuR f@T!N @Tm@ says:

    sama2 lh berdoa sambil menunggu keputusan…anak Malaysia BOLEH!!!!!!!!!!!Amin…..
    W3 c@NT G3T 5A………amin….hehehe,byk nyer A-M-I-N……

  8. NuR f@T!N @Tm@ says:

    sama2 lh berdoa sambil menunggu keputusan…anak Malaysia BOLEH!!!!!!!!!!!Amin…..

  9. YA Allah..aq mohon padamu Ya Allah….Berilah aq 5A dlm UPSR..berkatilah usaha aku selama 6 tahun ya Allah…AMinnn…..

  10. takut nya!

  11. mintak lah esok ari yang terbaik untuk aku mendapat keputusan yang cemerlang..
    amin…takutnya.. 🙂

  12. […] keputusan UPSR boleh dibuat mulai pukul 10.00 pagi melalui sekolah calon dan perkhidmatan […]

  13. dah htr sms sejam yg lps tp blm dpt tau lg..huhu

  14. anak saya mendapat 4A2B1C dalam upsr tetapi cemerlang dalam bidang olahraga peringkat negeri, adakah anak saya layak mendapat tempat di MRSM atau KRK

  15. susah adik saya dapat 5A pengawas sekolah aktif semua..family luar bandar pun tak dapat g sbp atau mrsm dpt smka tp masuk sekejap jer pastu masuk sekolah harian…mungkin ada kabel boleh kot

  16. bolehke buat rayuan semakan UPSR?

  17. Alhamdulillah dpt jugak 4 A 1 B …Selame nie aq x pernah dpt 4 A 1B … yg B Tu BI …..Math pon aq x penah dpt A….Alamdulillah kpd Allah SWT ^_^

  18. Alhamdulillah anak saya mendapat 5A, tapi ada peluang kah nak pergi ke SBP , MRSM , SRK…..sebab dah ramai sangat budak2 yang hebat kat luar sana jika dibandingkan dengan anak saya….

  19. Alhamdulillah..dapat jugak masuk ke SBP..Syukur padamu Ya Allah..

  20. nurulfayyadhah says:

    saye bersyukur sbb abg saye dpt keputusan yg cemerlang….
    alhamdulillah

  21. dri dulu sampai sekarang abg saya x penah dapat 1A tetapi dengan berkat seorang ibu abg saya berjaya dapat 1A syukur kepada ALLAH SUBHANAHUWATAALA

  22. allhamdulillah dpt jgk 5A

  23. tahniah

  24. […] 517,139 pelajar Tahun 6 berbanding tahun lepas 497,691 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. […]

  25. Nurul Ain SHani says:

    boleh tak Kamu smua ajar Syaa untuk Dpt A Dlm mata pljrn Maths Sayee dh berusaha Tpi tetap satu mata lagi untuk luluss ….. I Hope Bleh lh okee …. Alang alang smua mata pljrn lH ……(SK pekan papar Sabah )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.