Keputusan UPSR 2013

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 akan diumumkan esok 14 November 2013. Mereka yang menduduki UPSR 2013 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi esok.

Seramai 478,848 orang pelajar Tahun 6 di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2013 telah dijalankan pada 10 – 12 September 2013 yang lalu di 8,268 pusat peperiksaan.

Semakan UPSR Secara SMS

Keputusan UPSR 2013 boleh juga disemak secara SMS yang boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 14 November sehingga 12 tengah malam 20 November 2013.

Cara semakan keputusan UPSR 2013 secara SMS;

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh UPSR BC001A040 sms ke 15888.
  • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.

Semakan Keputusan UPSR 2013

Permohonan Ke Tingkatan 1

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013 ini jika berminat bolehlah membuat permohonan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Agama Menengah (SAM). Sila rujuk;

Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pendidikan, sila rujuk Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.

Calon-calon dari negeri lain boleh memohon program khas Yayasan Negeri bersama Kementerian Pendidikan, sila hubungi Yayasan Negeri atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) telah pun ditutup, sila rujuk;

Walaupun begitu para calon dan ibubapa boleh berhubung terus dengan sekolah yang berkenaan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan maklumat terkini.

26 thoughts on “Keputusan UPSR 2013

  1. 也,我拿了2A5B

  2. hi !! saya shalini .saya berumur 12 tahun .saya belajar di sekolah kebangsaan seri melati johor .saya dapat keputusan yang baik iaitu 2B 3C dalam UPSR

  3. WAN NUR IZZATI BINTI WAN MUSA says:

    TAK PASTI

  4. i got 7A

  5. PAVANRAJ SINGH says:

    5 A

  6. SYAHMINA IBRAHIM says:

    4A 1B…ALHAMDULILLAH

  7. Assalamualaikum…Alhamdullilah…Syukur kpd ALLAH S.W.T sye tlh berjaye mndpt 5A di dlm UJIAN PENCAPAIANSEKOLAH RENDAH(UPSR)….Mudah-mudahan sye berkelayakan untk memasuki ke MRSM JB…..IN SYA ALLAH…AMIINNN….

  8. sya zirah dari melaka nak tanya lah kalau kita semak keputusan permohonan kite dapat 3a2c tapi kat situ tulis skolah menengah tinggi pompuan diluluskan cam ner kalau betul kita dpat lah bukanker skolah tur kena memiliki 5A

  9. saya dapat 4A1B dalam UPSR.

  10. Alia Nabella says:

    Salam..Saya Alia Nabella Fateha Zolkifli dari SK Semeling.Saya mendapat keputusan cemerlang 5A UPSR..SAya hendak bertanya…bilakah keputusan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2014 bagi program IGSCE dikeluarkan?

  11. i got 4a 2b 1c

  12. bila keputusan kemasukan tingkatan 1 ke mrsm 2014 akan dikeluarkan..???? sesiapa tolong beritahu>>>>>>

  13. Yahoo….. I got 5A's for UPSR……..

  14. i got 6A n 1B. boleh tak saya dapat masuk tingkatan 1 di smk victoria?

  15. NURUL SHAZLIANA says:

    My name is Nurul Shazliana Binti Abdul Ghani.I form SMK PEKAN TELIPOK,in Tuaran Sabah.I got my 3A 2B in my UPSR examination…

  16. Gadiezz Rahsia says:

    Ooowh….I'am solo nervous for UPSR examination this year…

  17. I AM SITTING FOR URSR THIS YEAR

  18. Hey guys, I am 13 years old now.I get 6A1B in UPSR last year .I never thought I could get that result..

    Unfortunately, my target for UPSR is 7A..But I only could get 6A1B…

  19. saya pelajar smk agama baling dan saya mahu tukar ke sekolah mrsm merbok

  20. HANIS SURAYA says:

    sya dpt 5A ….alhamdulilah ,trima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar sya dan umi ayah yang menyokong sya ….I VERY HAPPY ;;;;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.