Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 tidak akan diiklankan. Pemilihan calon guru bagi Ambilan Januari 2010 adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009 yang lalu.

Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, permohonan untuk KPLI tidak diiklankan kerana masih ramai calon atau pemohon Ambilan Khas Jun 2009 yang berkelayakan yang masih belum ditawarkan kursus. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM juga telah mendapat kebenaran daripada Menteri Pelajaran Malaysia untuk tidak mengiklankan pengambilan KPLI. Keputusan ini juga selaras usaha kerajaan melaksanakan langkah berhemah dalam penggunaan belanja mengurus.

Calon KPLI Ambilan Januari 2010 diproses dari calon simpanan sejumlah hampir 40 ribu orang yang telah Lulus Ujian Saringan tetapi tidak dapat ditawarkan pada Ambilan Jun 2009 kerana unjuran keperluan guru bagi Ambilan Januari 2010 hanya seramai 1,555 calon sahaja.

Relevannya BPG, KPM mengambil calon simpanan adalah kerana kesemua calon simpanan terdiri daripada calon yang telah Lulus Ujian MTeST dan calon yang telah menjalani temuduga. Disebabkan unjuran atau keperluan jawatan yang sedikit sebelum ini mereka tidak dapat ditempatkan atau ditawarkan KPLI.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru, Aras 2 – 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03-8884 6000 atau faks 03-8884 1081 / 03-8884 3507.

8 thoughts on “Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Sekolah Rendah

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Shaz Nilam, Amir Qasrun. Amir Qasrun said: RT @eputra Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Sekolah Rendah http://bit.ly/3t0Km2 […]

  2. bilakah tarikh permohonan ke kolej perguruan bagi sesi 2010 (lepasan SPM 2009)?

  3. Jen,
    Biasanya akan dibuka pada bulan Mac, sebagai panduan sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009.

  4. dah lma usha kpli, dr msa blajar lg..skli dah grad taun ni, 2010 plak xde ambilan..yg gstt asyk terlepas plak..mgkinkah rzki aku bkn dlm bdg ni..

  5. awangku18 says:

    Salam,
    saya mau tanya cara dan kaedah lain yang membolehkan kita menjadi seorang pendidik selain daripada KPLI???
    Adaka GSTT boleh diserap menjadi guru yang terlatih, mcmn nak apply???
    TQ

  6. ble ambilan terbaru KPLI selepas ambilan Jun 2010? Bilakah ia akan diiklankan?

  7. cmne cra nak memohon lpasan SPM 2010??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.