Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas–PERMATApintar 2012

Program Pendidikan PERMATApintar UKM, merupakan satu program pendidikan pelajar pintar cerdas yang permata di Malaysia yang dilahirkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program pendidikan ini melalui Pusat PERMATApintar Negara, UKM yang ditubuhkan pada bulan Januari 2010.

Program Pendidikan Permata Pintar

Program ini memberikan tumpuan pendidikan serta pembelajaran yang bersifat holistik dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga memberi penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang. Justeru, program ini akan memberikan tumpuan kepada pembangunan pelajarnya berlandaskan falsafah serta prinsip hidup sejahtera yang seimbang dalam kelima-lima aspek yang dinyatakan.

Program PERMATApintar

Program-program yang dijalankan di bawah Program Pendidikan PERMATApintar ini adalah;

  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM  Negara Universiti Kebangsaan Malaysia – Johns Hopkins University – Center for Talented Youth (JHU-CTY)
    November – Disember 2012 (2 minggu)
    (Pelajar 9 – 15 Tahun: di UKM)
  2. Perkhemahan PERMATA Insan
    (Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)
  3. Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
    (Pelajar 15 Tahun Sahaja)
  4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
    (Pelajar 7 Tahun sahaja)

Proses Saringan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti program-program yang dinyatakan perlu menjalani proses saringan awal iaitu Ujian PERMATApintar UKM1, Ujian PERMATApintar UKM2 dan Ujian USIM1.

Ujian PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian dan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal.

Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web PERMATApintar.

Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar.

Ujian untuk tahun 2012 telah dibuka mulai 1 Februari 2012.

Ujian PERMATApintar UKM2

Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua. Ia mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1.

Ujian ini akan dijalankan dalam bulan Julai – Ogos 2012. Ujian UKM2 ini dijalankan selama 2 jam 30 minit. Ujian dalam talian ini dilakukan secara terkawal di pusat-pusat ujian, sama seperti peperiksaan utama negara seperti UPSR, PMR dan SPM. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk membawa pelajar-pelajar ke pusat-pusat ujian yang akan diberitahu kelak.

Ujian USIM1

Ujian USIM1 hanya untuk pelajar beragama Islam yang berminat untuk menyertai Program Permata Insan sahaja. Ujian ini diambil selepas berjaya dalam Ujian UKM1.

Ujian PERMATApintar UKM1

  • Sila sediakan maklumat pelajar, maklumat sekolah dan maklumat ibu, bapa atau penjaga kerana diperlukan untuk proses pendaftaran sebelum memulakan ujian.
  • Pelajar baru perlu memasukkan semua maklumat ini dan pelajar lama hanya perlu mengemaskini maklumat yang sedia ada.
  • Ibubapa atau penjaga hanya boleh membantu mengisi maklumat yang diperlukan, sementara ujian hanya boleh diambil oleh pelajar yang berkenaan sahaja.
  • Seorang pelajar hanya dibenarkan mengambil sekali sahaja ujian ini setiap tahun.
  • Pendaftaran dan Ujian UKM1 boleh dibuat di Ujian UKM1 2012.

Tarikh Tutup

Tarikh akhir untuk mengambil Ujian UKM1 ini adalah 30 April 2012.

Pelajar yang berjaya akan dihubungi untuk menduduki Ujian UKM2 dan Ujian USIM1.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Program Pendidikan PERMATApintar ini sila hubungi:

  • Pusat PERMATApintar Negara
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi,
    Selangor,
    Malaysia
    Tel: +603-8921 7503
    Faks: +603-8921 7525
    Emel: permatapintar@ukm.my

    Laman web : http://www.permatapintar.edu.my/

16 thoughts on “Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas–PERMATApintar 2012

  1. eunice tan rou jie says:

    hi

  2. nur ain syuhada says:

    permata pintar is good for children……

  3. faiz nashran says:

    saya percaya yang saya boleh buat permata pintar ini

  4. Ida Fitri says:

    Bila keputusan ujian Ukm 1 ?

  5. nuranisa putry says:

    insyaallah…aq mesty bwat!!

  6. sintuja a/p eswaran says:

    saya hendak masuk program permata pintar

  7. di mana mau daftar ujian permata pintar

  8. hai to everyone

  9. hello everyone

  10. mohd hambali says:

    tak sabarnye……..

  11. macam mane nak tahu keputusan kelayakan ukm2 permata pintar

  12. NUR AZRINA says:

    BAGUSNYA PERMATA PINTAR NIE…………….NAK JOIN LA

  13. Jacob Black says:

    Alhamdulillah……………………. Dapat juga diterima ke ujian saringan kedua………. Syukur alhamdulillah kepada yang satu….

  14. mana tempat daftar dia?

  15. exm…try the bst…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.