Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2012

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 telah dibuka mulai semalam 1 Mac 2012 seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran.

Borang Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

Peperiksaan SPM 2012

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan – SPM

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan – SPMU

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh Peperiksaan SPM dan SPMU

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat

95 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2012

  1. salam,apakah syarat2 dan keperluan untuk mendaftar calon persendirian spm?tq

  2. salam,blekah sya abik spm skrg ni sbb umuq sya 39thn .dlu pmr sya gagal nk ulag msa to kluaga ssah

  3. salam,, nak tanya,, adakah sudah boleh masuk ke laman untuk mendaftar bermakna pin UPU saya betull??

  4. Hi, Saya Jeg, tahun ni nak ambil SPMU(matematik) dan SPM Calon persendirian(BI & EST), dan masalahnya adakah pendaftaran tersebut memerlukan sijil original SPM ataupun adakah kita boleh menggunakan sijil yang berupa slip yang diberi semasa March?kerana saya belum lagi ambil sijil original SPM tersebut dari sekolah saya dahulu memandangkan sudah 4 tahun meninggalkan bangku sekolah dan sekolah tersebut agak jauh dari tempat kediaman saya sekarang…by the way saya SPM 2088….thank you….

  5. Mcm mana sya nak ambil spm?sya brenti sekolah tingkatan4 dlu skrang sya nak ambil spm bloh lgkah?

  6. Saya akan menjawap bagi pihak e-putra, pertama sekali PERGI ke Jabatan Pelajaran Negeri masing – masing. Jika di Selangor JPNS terletak di Jalan Jambu Bol 4/3e 40604 Shah Alam, di sana terdapat petugas kaunter yang menyediakan borang KHAS khusus buat calon – calon SPM yang mengulang SPM(calon persendirian) ataupun untuk " kertas Julai SPMU( Matematik dan Bm sahaja) " Dalam borang tersebut mengandungi pelbagai maklumat yang kamu semua perlukan,cepat mendaftar sebelum 31 march ini. Kalau tak faham juga, tak tahulah nak cakap apa lagi.

  7. […] menduduki peperiksaan SPM atau SPM (Ulangan) 2012 boleh membuat pendaftaran dengan merujuk kepada Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2012. […]

  8. Hi. Saya nak tanya, kawan saya ni dia sekolah setakat tingkatan 2 sahaja. Bolehkah dia ambil SPM walaupun dia tiada PMR?

  9. jika tdk pnh sekolah adakah bole lg daftar spm persendirian??

  10. salam,,bolehkah saya ambil paper julai=BI sahaja pada tahun ni…..sya lepasan spm 2011

  11. bolehkah saya ulang spm satu subjek saja…iaitu BI….saya lepasan spm 2011

  12. bagaimana pula untuk mengulang subjek lain selain bm, bi dan matematik? untuk perbaiki keputusan spm 2011 yg lalu

  13. salam,adkah sya layak utk mendaftar peperiksaan spm sedangkan sya telah brhenti sekolah tingkatan4..?

  14. salam, bole ke daftar spmu online>?

  15. Salam.. Bolehkah saya mengambil exam ulangan (SPMU) bagi sejarah & yang lain-lain pada bulan julai??? So, jika tidak then bilakah saya boleh?

  16. Bila Waktu tutupnya Pendaftaran Spm Persendirian Tahun 2012……?????????/

  17. Bila Waktu Tutupnya Pendaftaran Spm Persendirian Tahun 2012…….?????

  18. bila waktu tutupnya pendaftaran spm tahun 2012…..???????

    • tutup 31 mac 2012…

      Bukanke ada tulis kat atas tu…

      selalunya tiap2 tahun macam tu…

      tarikh daftar antara 1 Mac dan 31 Mac

      Kenapa lambat sangat tanya?

  19. Aizat Azman says:

    Assalamualaikum. Paper apa yang boleh diambil untuk bulan Jun dan paper apa pula untuk bulan November?

  20. Salam, saya ada seorang kawan yg tidak mengambil peperiksaan PMR, persoalannya, bolehkah beliau mengambil peperiksaan SPM tanpa Keputusan PMR beliau .. TQ ..

  21. ada ke sjil original spmu?sila jwab..tq

  22. Saya calon SPM 2010 nak amek SPMU lagi untuk MATEMATIK, PENDIDIKAN AGAMA ISLAM dan SEJARAH. sekiranya saya ingin mendaftar pelajaran yang saya tak amek pada 2010 sebaga SPMU saya, bolehkah saya amek subjek tersebut?

  23. boLehkha. . calon peresendirian SPM smbung belajar dan mendapat pinjaman unutk smbung blajar ?

  24. boleh tak daftar untuk spm sekarang ?

  25. kamaliah hazman says:

    salam, boleh kah saya memohon sekarang..kerana saya dapat tahu permohonan akan di tutup pada 5april dan ini membuatkan saya tidak dapat menghantar borang tersebut..apa patut saya buat?saya memohon kepada pihak yang berkenaan..

  26. subjek elektif spm boleh ulang tak?cnth add math fizik
    kimia

  27. salam sy nak tanya..kalau saya x penah amik spm dan sekarang nak amik bole ke?umur sy 25 sekarang

  28. 16/7 nie ade ujian lisan bi… Takotnya! Tp sy xphm ujian lisan tu mcm mne? Ade sape2 bleh bgtaw x?

  29. salam,saya nak tanya…saya sek dlu smpai form 3..tahun dpan ingat nak ambil spm..kalau nak blajar sndri,blanja mhal la skit,tapi boleh kew kalau syya nak masuk sek kerajaan,taun dpan sya umo 20 tahun..

  30. slam..boleh x sy nk ambk spm sabjek bahasa arab saje?

  31. assalamualaikum, saya cuma ada UPSR boleh kah saya ambil PMR dan SPM dengan separuh masa , untuk meneruskan minat saya terhadap pembinaan bangunan saya kena ada jurusan kejuruteraan , baru2 ni tempat kerja saya perlukan senior site supervisor namun saya tersingkir kerna pecah tembelang tak da ijazah, walau pun aku berpengalaman dalam bidang ni,aku tetap kena keluar sebab takda ijazah , my age now is 25 years old,

  32. Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Sekiranya saya hendak mendaftar untuk paper bulan November 2012 ni, adakah saya perlu mendaftar pada 1-30 Mac 2012 yang lepas juga? Adakah ini bermakna saya hanya boleh menduduki SPMU tahun 2013 sebab tidak mendaftar pada awal tahun 2012?
    Terima kasih.

  33. Bulan november ada paper ulangan BM kah???mcm mana cara nak mendaftar.

  34. TAHUN DEPAN SAYA NAK AMBIK SPM UNTK 6 SUBJEK TERAS…UMUR 39 TAHUN. BOLEH KER. NAK AMBIK 2GETHER NGAN ANAK SAYA.

  35. salam saya nak ambil spmu sebagai calon pesendirian tapi boleh ke?sebab saya berhenti sekolah semasa umur saya 14thn..jadi saya nak tahu sama ada boleh ambik ke tak spmu?

  36. salam saya nak tanya boleh ke saya nak ambil spmu sebagai calon pesendirian?sebab saya berhenti sekolah semasa umur saya 14thn jadi saya nak tahu jagak la sama ada boleh ambil ke tidak …

  37. salam..sya nak tnya..saya nak ambil spm laen…brapa subjek bole saya ambil..ada had limit tak..klaw bole sya nk perelok spm saya yang lpas…

  38. Salam..sya nak bertya dgn lebh lanjut tentang cara2 utk mendaftar SPMU..dimn perlu sy rujuk

  39. keputusan spm ulangan 2012 bile keluar ?

  40. Assalamualaikum nak tnye…SPMU ada sijil x…

  41. salam…nk tanye kalau amek paper julai amek sama dengan budak spm kew…

  42. razzie khushairi bin razali says:

    sy ingin menduduki pemeriksaan untuk tahun 2013

    bagaimana saya ingin mulakan..

  43. Kalau lambat register utk ambil spm tahun 2012 nak register utk tahun 2013 mcm mana??

  44. macam mane nak daftar bahasa arab peringkat spm?

  45. Hai pagi,saya telah habis SPM pd tahun 2000.Boleh ke saya ambil SPMU sekrg. Tlog jawab…..

  46. sya berumur 29 tahun dan sya hnya ada upsr sja boleh kah sya ambik spm persendirian tanpa pmr?

  47. jika saya ingin membatalkan peperiksaan ulangan (calon persendirian) yang akan diadakan pada 6 november 2012 ,bagaimanakah caranya untuk membatalkan ?

  48. jika saya ingin membatalkan peperiksaan ulangan (calon persendirian) yang akan diadakan pada 6 november 2012 ,bagaimanakah caranya untuk membatalkan ?

  49. Assalamualiakum,saya lepasan spm 2012 saya punya keputusan agak bagus tapi math saya D saya memerlukan sekurang-kurangnya credit untuk course Safety Officer. Bagaimana saya ingin memohon untuk paper July pada tahun 2013 subject Math sahaja.

    • SPM ULANGAN 2013 DIBUKA 1MAC HG 31 MAC DI JABATAN PEALAJARAN NEGERI MASING2

      Pelajar2 yang hendak ambil kertas SPM Ulangan 2013 (BM/MAT) adalah dinasihati daftar juga untuk( Calon Persendirian) kertas November 2013 sebagai “standby strategy” sekiranya keputusan Spm Ulangan tadi kurang memuaskan. Keputusan SPM Ulangan atau SPM-U biasanya akan keluar pada bulan September/Oktober setiap tahun.

      Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat2 tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar2 yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

      Kepada calon2 di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma(terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas shj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662(Cikgu Naza) atau http://www.ptkesuma.blogspot.com.

      Kami sedia membantu anda dgn pengalaman yg kami ada. Kami telah beroperasi selama 16 tahun di pasaran. Kami juga adalah Pusat Tuisyen Bertauliah (JPWP 388) daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL (JPWP-KL)

  50. sekiranya saya tidak penah mangambil UPSR tetapi mempunyai surat bhenti sklh,blh kah saya mgambil PMR dan SPM..masalah kewangn klga adalah masalah utama sya pada ketika itu.skg umur sya 27thn…

  51. Saya gagal dalam peperiksaaan SPM 1995.Hampir semua subjek gagal.bagaimana cara saya untuk ambil sekali lagi….please…..secara details

  52. salam , sy lepasan SPM 2011 .. sy nk tnya bleh tak kalau sy nk ambil SPM subjek SAINS sahaja .. sebb result SAINS sy tk brapa elok .. jadi sy xbleh minta mana2 utk kos y sy minat .. harap jawabkn utk sy trima kasih 🙂

  53. cara bekerja bagaimana?? adakah jadual kerja disediakan?? kerja part-time ada dan bagaimana dilaksanakan??

  54. Long Hian Chuan says:

    Hello , i wanna ask is that i just need get the forms from ( Jpn ) for my Spm ?? But i only studied untils F2 … And im 22years old now ~~

  55. ulang untuk subjek maths shja blh ka..?

  56. saya xpernah menduduki spm..tp sy ada sijil pmr..blehkah sy mengambil semula peperiksaan spm? Bagaimanakah cara utk memohon?

    • Boleh,

      Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

  57. berape bayaran untuk 6 maye pelajaran…?

  58. salam,sya brumur 20thun..sya tlh mndduki spm pd thun 2010..subjek spt bio,chemis sya kurg baik..+mat sya jga failed.blh x klau sya nk ulg ktiga2 subjek ini??please, bantu sya.

  59. Salam, bagaimana kita nak apply result SPMU dengan result SPM sebenar kita yang dah lepas ketika mengisi borang tertentu yang memerlukan result SPM kita? Boleh tak kita ambil result yang terbaik sahaja dalam pengisian borang tersebut? Sekian, terima kasih.

  60. Salam. Harap dpt dibantu, sy calon spm 2002. jika sy ingin mengambil semula peperiksaan paper july utk 2013, permohonan telah dibuka atau belum. dan boleh sy dpt kan cara2 utk sy mendaftar. Terima Kasih

  61. Assalam, saya nak tumpang bertanya, kalau saya tidak sempat menduduki PMR, ada kah saya layak megambil calon persendirian SPM? kerana kesusahan hidup, saya tidak dapat sambung belajar.

  62. salam…sy nk amik BM paper julai…ade x pendaftaran online??bleh bg almt email utk dftr x sbb dh puas cri dlm internet tp x jmpe la…

  63. ka;au pelajar dh henti t 4.mcamana nk mohon t 5untuk amek spm

  64. salam bolehkah saya ambik paper bi saja untk blan julai nie thun 2013..
    bilakah trikh tutup pndaftaran spmu 2013

  65. kalau kertas julai mcmna pla?=)

  66. syam melaka says:

    assalamualaikum.. saya sekarang berumur 32 tahun dan ingin membaiki keputusan spm tahun 1999. jadi bolehkah saya mengambil hanya BM sahaja, boleh emailkan kepada saya cara hendak daftar. dan saya ingin tahun sama ke sijilnya sb tahun 1999 spm mengunakan agreget dan sekarang a,b,c. boleh tak saya tahu berapa lama keputusan tersebut saya boleh dapat setelah selesai menjawab spmu tersebut.. saya perlukan jawapan cepat, terima kasih.

  67. Salam sya pelajar lepasan spm2013..baru saja ambil result da beberapa subjek yg kurang memuaskan BM,FIZIK,KIMIA N ADD MATH…so sya cuba perbaiki subjek2 tersebut apa yg perlu sya buat???adakah memasuki sekolah semula seperti pelajar spm2014??? Subjek BM hanya bole diambil pada julai sahaja ke????hope jawab soalan sya secepat mungkin….thanks

  68. Hi saya Priscilla nak tahu kalau lewat daftat boleh tak kerana saya nak buat ulangan BM saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.