Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
atau - Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.
atau - Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
atau - Mereka yang telah mencapai umur
1917 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.
Mereka yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat menduduki peperiksaan tersebut di atas tetapi dapat memberi alasan yang munasabah boleh memohon kelulusan untuk mengambil peperiksaan daripada Pengarah Peperiksaan, selewat-lewatnya akhir Januari tahun peperiksaan. Ini termasuk pegawai kerajaan yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu untuk pengesahan jawatan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat mendapatkan ijazah.
Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:
- Calon hendaklah merujuk Kumpulan mata pelajaran dalam buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 dan memastikan mata pelajaran yang dipilih tidak bertembung waktu peperiksaannya. Jika bertembung, calon dikehendaki mendaftar hanya satu mata pelajaran dan menggugurkan mata pelajaran lain yang bertembung dengannya.
- Calon yang mengambil Peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:-
1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam atau 1225 Pendidikan Moral
1249 Sejarah
1449 Matematik
1511 Sains
Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain seperti yang ditawarkan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 serta tertakluk kepada syarat mata pelajaran berkenaan dan perkara 1.
Maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Related posts:






Bolehkha ambil SPM tanpa PMR?
xboleh.
boleh ke nk amik spm semula…sy amik spm 2003..kalu blh amik semula..sy nk wat deterbaik.
wahai kekwn, usia erin sekrg dah 33thn, last ambik pmr pd thn 1993, slps tu dah bhenti sekolah.. skrg erin nak ambil spm, alhamdulillah dah daftar pun kt JPN.. last daftar 31hb mac ni.. so kepd sesape yg nak ambil spm, bley.. usia x jd masalah tp dgn syarat penah ambil pmr…nak belajar seribu daya.. hope u all wish me luck… erin sekrg sedang ambil kelas tuisyen utk ambil exam nti..
assalamualaikum erin..nk mintk awak punya faceb0ok b0leh x?? sebab adik sya pun nak ambik spm juga..
erin boleh tak beritahu saya macam mana nak daftar dan dimana nak daftar? saya sangat bersemangat nak sambung belajar walaupun usia saya sudah 33tahun… tolong saya ye erin…
sy juga nak ambi spm,sy masih mahu, belajar lagi.masa tahun 2001 tangan sya patah kerana kemalagan diasrama,sy menggambil masa lama untuk sembuh.akhirnya sya berhenti sekolah,sekarang umur sy 23 tahun,banyak macam cara sy cari macam mana nak duduki perpreksaan tapi, semua jln buntu,rumah pun jauh di perdalaman,sy tanya kesana kemari tapi semuanya tak tahu,TOLONG LAH SAYA,SAYA MOHON……………BANTULAH SAYA,
Shafran,
Syarat kelayakan untuk mendaftar SPM adalah
1. Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan/Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
ATAU
2. Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.
ATAU
3. Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/ FMC.
ATAU
4. Mereka yang telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.
Jika anda memenuhi salah satu syarat di atas anda layak untuk mengambil peperiksaan SPM.
jika umur melebihi 17 thn adakah saya dapat menduduki spm
saya nak daftar calon spm persendirian secara online ,tapi saya tak taunak nak daftar macam mana
pendaftran secara online tak da,pergi ke cawangan jpn yang terdekat.
saya pernah mngambil peperiksaan pmr pda tahun 2001 tpi x lulus,sya adalah kakitangan kerajaan tetapi bahasa melayu tidak iuius pyah kenaikan pangkat…bleh ke encik nilam bantu saya?sya nak bahasa melayu lulus je…..
aeril nuar boleh ambil spm sebagai calon persendirian & pastikan mendapat kredit dlm bm
emm..saya tahun depan berumur 20…saya ingin menggambil cetificate s.p.msebagai pelajar persendirian, kerana tercicir pada tahun 2009.dimana boleh saya rujuk berkaitan dengan perkara ini?
02.dimana boleh saya dapatkan maklumat yang lebih jelas yang berkaitan degan perkara ini?
03.bagi pendapat tuan,masih adakah peluang untuk saya menggambilnya semula?TQ..
1. Pendaftaran boleh dibuat di PPD/JPN
2. Call PPD/JPN yg terdekat atau laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia
3. semua yg memenuhi syarat ada peluang
all is on your hand..right?
Najib,
Ya benar.
salam….
macam mana dekat atas tulis umo 19..tp dkt komen 17???
andaikata untuk calon swasta…berapa had minima umo dan berapa had max umo untuk menduduki spm andainya dia belum pernah menduduki peperiksaan spm lg…
dimana sy boleh dapatkan link atau contact untuk kelas persendirian????
terima kasih
Ahmad,
Salam… sepatutnya 17, terima kasih kerana memberitahu. Had minima umur adalah 17 dan tiada had umur maksima.
Maaf, saya tiada maklumat mengenai kelas persendirian. Mungkin anda boleh bertanya kepada pusat tiusyen yang ada sekitar tempat anda tinggal @ bekerja.
Aku umur 30.Keputusan cemerlang dalam UPSR .Tapi tak ada PMR.Hajat di hati nak ambil SPM.Wajib kah saya ambil PMR dahulu sebelum ambil SPM?Harap boleh jawab pertanyaan saya.
zanuar.. terima kasih banyak2… kerana saya pun nak tau pasal sama masalah..
Zanuar,
Anda memang boleh mengambil SPM walaupun tidak pernah menduduki PMR. Borang dan pendaftaran peperiksaan boleh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri.
sekiranya seseorang itu berumur kurang sebulan lg 17tahun
bolehkah mendaftar untuk SPM
dan juga tanpa PMR
Salam semua…
masalah kwan sye same spt zanuar…tahun depan kwn sye 2 berumur 31 tahun.. mse pertengah sek. men. tingt. 3 dulu dia kena buang sekolah.. xsempat pun nak amik PMR….tambahan plak dulu2 family susah…adik beradik ramai… tapi skrang menyesal sgt…n teringin hendak memiliki SPM..bagaimana caranya.. hendak berhubung ngan unit mana di Jabatan Pelajaran..sye betul2 serius hendajk membantu kwn sye ni…n harap dapat ambil SPM tahun 2010 ni…tq..
berapa subjek minimum utk spm?
boleh tuan nyatakan tempoh bagi pendaftaran calon persendirian spm 2010.
erm..boleh saye tanye..bgaimana cara untuk mndaftar bgi spm 2010..dan layak ke saye mngambil spm jika tidak masuk mane2 skolah swasta atau krajaan..saye mngambil guru untuk dtg ke rumh…so layak k saye ambil spm..?
Anak saya adalah murid sekolah swasta, dia telah menduduki PMR pada tahun 2008. Dia ingin menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian individu tahun 2010.
Saya ingin tahu
1. Bagaimanakah dia mendaftarkan diri sebagai calon persendirian? Bilakah tarikh tutup.
2. Sebagai murid aliran sains, adakah dia dibenarkan untuk menduduki ujian sains amali dan ujian lisan (BM dan Ingg)?
3. Sebagai calon persendirian, apakah bezanya cara memberi markah berbanding dengan calon sekolah kebangsaan?
4. Matapelajaran Pendidikan moral – bagaimanakah markah projek diberi?
5. Jika dia tidak dibenarkan menduduki ujian amali dan ujian lisan, adakah ini bermaksud dia akan kehilangan semua markah tersebut ataupun digantikan dengan ujian lain?
Terima kasih atas panduan tuan/puan.
saya berumur 23,saya berhenti sekolah tingkatan empat,sebab nak bekerja tanggung keluarga,saya keluar dari sekolah berasrama.sempat juga saya ambil pmr.walaupun saya tiada spm ,saya pandai menggunakan komputer dan sekarang bekerja sebagai kerani disyarikat motor swasta.diperak.saya terfikir sampai bila nak keja dengan cina je.nak juga merasa kerja kerajaan.tapi sya tiada spm.so macam mana saya nak ambil spm persendirian saya kena buat ape.ada ke kelas malam di ipoh,perak.saya kena mendaftar kat mana dulu.kena berbelanja besar ke kalau nak ambil spm persendirian ni.harap anda dapat membantu
macamana nak ambil peperiksaan persendirian ni.kena mendaftar kat mana dulu.banyak belanja tak.saya berumur 23,saya ada ambik pmr.tapi tiada spm.saya belajar smapia ting 4,
Perlukah bagi seorang calon persendirian untuk mengambil ujian lisan/kerja kursus bagi matapelajaran bahasa malaysia, pendidikan islam dan sains?
salam saya mempunyai kawan yang berumur 23 tahun.dia telah berhenti sekolah kerana kesusahan yang di hadapi ketika itu pada tingkatan dua dan tidak sempat untuk mengambil peperiksaan spm.bolehkah jika dia mengambil peperiksaan spm tanpa mengambil peperiksaan pmr.saya berharap pihak tuan/puan dapat membantu menangani masalah kawan saya ini.terima kasih…
Faris,
Mereka yang ingin mengambil peperiksaan SPM mestilah berumur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan ingin diambil. Anda boleh mengambil SPM tanpa pernah menduduki PMR.
Faez,
Salam… Sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010 untuk maklumat lanjut.
Iskandar,
Bagi mereka yang pertama kali mengambil peperiksaan SPM, wajib menduduki minimum 6 matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Sejarah, Mathematics dan Science. Bagi mereka yang pernah menduduki SPM sebelum ini boleh mengambil mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut.
Haziq,
Pendaftaran untuk SPM 2010 dibuka dari 1 Mac sehingga 31 Mac, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.
Sai,
Pendaftaran boleh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan bagi calon persendirian. Anda boleh mengambil peperiksaan dengan belajar sendiri di rumah.
Coey,
1. Boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan, tarikh tutup bagi tahun ini adalah 31 Mac, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010
2. Memang perlu menduduki ujian amali dan ujian lisan tersebut dan akan ditentukan oleh JPN.
3. Ujian lisan memang ada perbezaan tetapi saya tidak pasti dengan ujian amali.
4. Ini saya tidak pasti.
5. Seperti No.2
Ziera,
Anda boleh mendaftar sekarang untuk mengambil SPM 2010, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.
Anda boleh belajar sendiri atau menghadiri kelas bergantung kepada kemampuan diri anda. Perbelanjaan juga bergantung kepada perancangan anda juga, jika anda belajar sendiri, di samping belanja mendaftar lebih kurang RM100, anda cuma perlu keluar duit untuk membeli buku-buku rujukan dan latihan. Jika anda ingin menghadiri kelas, anda perlu juga menambahkan pembelanjaan untuk kelas tersebut.
Ash,
Ujian lisan memang wajib tetapi kerja kursus saya kurang pasti.
Munirah,
Salam… Kawan anda boleh menduduki SPM tanpa pernah mengambil PMR.
Salam sejatera…
Saya sudah menduduki SPM dan keputusannya amat memalukan..Sekarang saya sudah berkerja di Jabatan Kerajaan sebagai kerani sambilan dan mahu diserapkan ke jawatan tetap tidak lama lagi, tetapi terganggu kerana SPM saya Bahasa Melayu tidak kredit.Saya menduduki spm pada tahun 2001..Bolehkah saya mengambil mata pelajaran b.Melayu sahaja @ matapelajaran yang saya mahu sahaja.Masih ada lagi kah peperiksaan paper julai dan boleh kah saya mdudukinya.Jikalau saya mengambil peperiksaan SPM tahun ini,bolehkah keputusan tahun ini digabungkan dengan keputusan tahun 2001..Terima kasih…..
*Tolong jawab dengan cepat kerana tarikh pendaftaran sudah mahu tamat..
boleh,ambil paper julai..
terima kasih..sama la dngan saya.tpi saya ade pmr je semua bahasa tidak krerit kalau boleh saya nak mengambil peperiksaan spm colan persendirian pada tahun hadapan…boleh ke abg man
Peperiksaan spm persenderian seperti paper julai ataupun yang sama waktu dengannya adakah masih ada lagi?
calon persendirian ankan amek exam skali ngan budak2 fom5 dalm bulan nov/dec
tahun ini sya mgambil ppriksaan spm psendirian…boleh tak sya masuk sekolah krajaan..dan ingin mgkuti pemblajaran sperti biasa..dan di mna sya harus mmohon….
salam..adik sy ingin mengambil peperiksaan sbgai calon persendirian utk spm 2010.adk sy brumur 146thn.berbekalkn pmr,blj tak jika dia ingin mengambil peperiksaan spm?apekah syarat2 atuy tindakan yang harus sy lakukan?
panjang umur dia ek..akak umur brapa?
Zul,
Salam… Anda memang boleh mengambil mana-mana mata pelajaran tertakluk kepada syarat yang ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut. Keputusan peperiksaan terbaru yang anda ambil memang boleh digabungkan. Peperiksaan ‘Paper Julai’ masih ada dan dikenali sebagai SPMU tetapi cuma menawarkan 2 mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
Kaseh,
Masih ada dan dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan menawarkan 2 mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
Syakila,
Ada kelayakan tertentu untuk memohon masuk ke sekolah bantuan penuh kerajaan. Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.
Kasih Akak,
Salam, jika adik anda memenuhi semua syarat di atas, beliau boleh memohon. Sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.
to arni..
plez tell him
just stdy for your future..dont ever look back..i always pray for you..
and our friend at smk inanam will support you..sincearely from me..0143756249..just sms me if you feel alone..and if you already have couple..just dont forget your study ok…..9A for SPM..gud luck cyg….
sya nk tnya…sy umr 17 ,nk ambl spm,tp pendaftaran da ttp,adakah sy blh ambl spm lg utk thu nie…sy b,hnti sbb ad mslh…sy hrp blh bg jwpn untk sya
asalamuaikum bang nilam.
saya nk bertanya sedikit nih.
saye merupakan seorang pelajar spm 2009..
keputusan saya ok sume nye kredit kecuali bahasa inggeris..
memandangkan kebanyakan ipta meminta bahasa inggeris kredit
saya bercadang ingin mengambil spm ulangan untuk subjek bahasa iggeris sahaja.
jikalau saya kredit untuk spm ulangan ini..
sijil spm saya subjek bi saye kredit atau tidak??
kalau nk masuk ipta die lihat untuk spm 2009 atau spm ulangan 2010??
tolong saye k…
dan mcm mne saya nk memohon calon persendirian..??
Ema,
Pendaftaran untuk tahun ini sudah ditutup, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.
Feroz SPM2009,
Salam…
Akan dikira kredit.
Mana yang lebih baik.
Sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.
nak rujuk mcm mna
salam,saya nak tanya, saya ada seorang rakan yang tamat belajar hanya darjah6 atas sbb masalh kluarga.saya ingin dapatkn kepastian samaada rakan saya masih boleh menduduki spm?sekiranya boleh bilakah tarikh terdekat daftarkan diri untuk menduduki spm?dan seperti yg dinyatakan kita wajib ambil 6 mata pelajaran.bagaimana yang selebihnya?bolehkah kita pilih mengikut apa yg kita inginkn?terima kasih.
selamat sejatera………
saya berumur 31tahun.keputusan spm saya sewaktu saya dibawah keraajaan amat memalukan.so, saya ingin mengambil spm ulangan kali pertama pada tahun akan datang.boleh tak saya regiter untuk subject saya nk saja walaupun 1 subject sj.kalau saya ambil minimum 3 subject sahaja ada tak keputusan saya akan digabungkan dengan keputusan saya yang lama.katakan daripada 3 subject yang saya ambil result 2 subject lebih baik dan 1 subject lebih teruk markahnya daripada spm lama saya.adakah result ketiga subject tersebut digabungkan dengan keputusan spm lama saya.sila jelaskan secara terperinci………..
salam.sy gagal spm tahun2000.skrg umur sy 27tahun.bolehkah sy ambil paper julai tahun dpn 2011 untuk subject bahasa melayu saja.hanya itu sy nk upgrade. bnyk majikan tolak permohonan kerja disebabkan hal ini.
what…ever
assalamualailum…
saya nk tnya pasal peperiksaan spm ulangan untuk kertas bi sahaja…ada ker xda???yg sya baca semuanya untuk ulangan semua mata pelajaran..sedangkan saya hnya ingin mengulangi peperiksaan untuk mata pelajaran bahasa inggeris shaja..harap sgt2 dapat mmberi pnjelasan mengenai permohonan dan bagaimana cara untuk menduduki peperiksaan tersebut…
Salam… setahu saya SPM (Ulangan) yang biasanya dijalankan dalam bulan Julai cuma ada untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Jika anda ingin mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris, anda perlu duduki peperiksaan yang dijalankan dalam bulan November. Anda perlu berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuat pendaftaran peperiksaan dan mengetahui samada anda dibenarkan mengambil cuma satu mata pelajaran sahaja.
salam..
bila tarikh tutup spm..?
Tahun 2012 nanti saya nak ambik spm (calon persendirian) Nanti ambil spm dekat mana? Dekat sekolah biasa ke ada sekolah has untuk calon persendirian? Dari segi pakaian kena pakai pakaian apa kalau perempuan? Seluar dengan t-shirt boleh ke?
SY BERUMUR 29 THN…SY NAK TAHU ADKAH UMUR SAYA NI MASIH BOLEH MENGAMBIL STPM
cba la…harap2 blh la…..sy pown nk dftr SPM gak nih
jika seseorang itu gagal menghadiri ujian lisan spm calon persendirian adakah memberi kesan kepada keputusan spm?jika mendapat kredit dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris dan ingin menyambung pelajaran adakah kegagalan untuk menghadiri ujian lisan spm itu menyebabkan markah untuk bahasa malaysia dan bahasa inggeris tidak dikira?
sy nak daftar jugak spm……sy mgambil PMR….
pmr tapi dah x bsekolah…blh kah sy mgambil SPM
huhu…..blh menduduki atau tidak…sy mgambil spm…ttpi x dpt smbung blajar menengah atas tingkatan empat…..atas msalah kuarga
sy xpenah mengambil ape ujian pmr xda..spm pon xda..tapi nak ambik ujian ini boleh ke….bersendirian..
Boleh
btol ke ni
lpas 2 nak wt mcm mna???
adakah…sy akan dpat menduduki???
kawan saya berumur 44 tahun.tidak pernah menduduki peperiksaan PMR atau SPM. Bolehkah kawan saya mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahu 2011.
KAWAN SAYA BERUMUR 44 TAHUN.DIA TIDAK PERNAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM. ADAKAH DIA DIBENARKAN UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM ?
Memang boleh sebagai calon persendirian.
hai
bilakah keputusan spm(u)matematik 2010 akan keluar??
sy sek kat sek agama di kg…tax pernah ambik mana mana peperiksaan..
boleh ke saya ambik spm persndirian??
Boleh jika anda telah memenuhi syarat-syarat di atas.
askum..nk tnya..kwan sy sk0lah smpai drjah 4 sbb mslh fmly..blehkh skrnya die nk amik pmr 0r spm??ble trkh buka prmhnan untk thun dpan??adkh taraf sijil sme dngan sk0lah bntuan krjaan??tl0ng la sy untk bntu kwan sy…
Memang benar, terima kasih.
askom. saya sekolah sampai fom2.. boleh tk kalau saya nk amek spm? macam mane cara nk amik spm? nk daftar kat mane?
saye berumur 20tahun,saye berhenti sekolah tingkatan 4.sebab masalah kewangan,tapi saya sempat ambi pmr,saya tak bekerja lagi sebab tak tahu nak kerja apa oleh sebab tak ada spm.so boleh ke saya ambi spm semula?macam mana saya nak ambi spm persendirian saya kena buat apa?apa yg perlu d bawa kalau nak mendaftar spm persendirian?
BILA TARIKH TAMAT BAGI MENANMBAH SUBJEK DALAM SPM2010…BOLEH SAYA TAMBAH SEKARANG?
askum…..tahun nie cadang nak ambik spm, kalau ambik ikut sekolah boleh ke???? nak ambik semua mata pelajaran…. sklh sampai form5 tahun 2006 tak lama lagi nak spm berhenti x sempat ambik spm ….
Salam… sebagai calon sekolah kerajaan tidak boleh tetapi sebagai calon persendirian memang boleh. Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat untuk maklumat lanjut
saya harap sangat dapat ambi peperiksaan spm…
saya berumur 20tahun,saya berhenti sekolah tingkatan 4,sebab ada masalah kewangan masa tu..tapi saya sempat ambi pmr..saya tak tahu nak kerja apa oleh sebab tak ada spm..so boleh ke saya ambi spm semula?macam mana saaya nak ambi spm persendirian saya kena buat apa?apa yang perlu d bayar kalau nak ambi spm persendirian?apa yang perlu d bawa masa pendaftaran?saya harap sangat bantuan anda…
Sindy boleh mendaftar sebagai calon persendirian di Jabatan Pelajaran Negeri dalam bulan Mac nanti. Boleh rujuk Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut
adik saya sekarang berada di tgkt 4 belajar di sekolah swasta dan tidak mengambil peperiksaan PMR sebelum ini. adakah dia layak untuk mengambil SPM pada tahun hadapan?adik saya genap 17 tahun pada bulan 6 2011..sila beri kan komen…
Sepatutnya memang layak
Sy brumur 21 thn.pd 2011 sy brumr 22 thn.sy brhnti sk0lh pd tgktn2,dan ingn mengmbil SPM utk memprbtul kn n jaminan khdupn yg lbh baik dgn mpunyai pkrjaan yg bgus.bgaimana cra nya dan kos pngmbilan pprksaan itu?
saya berumur 34 tahun skrg skolah stakat darjah 6 sahaja
bagaimana cara saya nak mgambil periksa pmr untuk persendirian
bagi kegunaan kenaik kan gred sya,saya harap ada yg dapat membantu saya serta menghubungi saya di email yg tertera
saya pelajar yang tdk menduduki pmr pd 2008 masa sy tingkatan 3….tapi sy kembalike sklh belajar ting 4 pd 2009 tapi oleh sebab sakit sy terpaksa berhenti sklh pd september 09 selepas setahun sy berasa ingin ambil spm 2010 tapi sudah tamat pendaftaran…bolehkah sy mohon mendaftarkan utk duduki spm 2011??harap mendapat balas drp pihak tuan
Memang boleh, pendaftaran biasanya akan dibuka dalam bulan Mac, sila rujuk juga Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM
dimanakah institut yg boleh sya belajar bg menduduki spm semula..sya berumur 26 thun..keputusan spm sya sgt tidak memuaskan dan saya sentiasa sgt berharap dpt menduduki spm semula bg membetulkan kesilapan sya yg lalu.
sy menduduki peperiksaan pmr tahun lps(2009) tetapi 2010 sy tidak sekolah sy ingin menduduki exam spm?10 julai sy genap 17thn..apa cra perlu sy lakukan?
bagai mna cra untk sy mndftr spm bg tahun2011.?10 julai sy genap msk 17thn
Permohonan pendaftaran menduduki SPM biasanya dibuka dalam bulan Mac. Sila rujuk Jabatan Pelajaran Negeri utk kepastian
anak saya berhenti sekolah julai tahun ini semasa di tingkatan 4. dia telah mengambil pmr pada tahun 2009. persoalannya, bolehkah dia mengambil peperiksaan spm tahun hadapan sebagai calon persendirian kerana umurnya pada 1 januari 2011 belum genap 17 tahun. (dia lahir bulan februari)
Sepatutnya boleh
akum….Saya muhamad bakri bin abdullah@baker anak bino berumur 34 tahun dan saya dahulu pernah menduduki ujian spm.sekarang saya ingin sekali lagi mengambil ujian tersebut .saya buntu untuk mencari kerja dengan kehilangan sijil pelajaran malaysia saya .saya adalah bekas anggota tentera yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan sekarang dah pun berhenti dari perkhidmatan saya.soalan saya bagaimana caranya untuk membantu saya menduduki ujian spm sekali lagi adakah saya layak mendudukinya ataupun tak layak.
Salam… memang layak.
saya nak tanya macam mana nak ambil spm semula kerana selepas pmr saya berhenti sekolah..sekarang umo pun da 26thn
salam. umur saya skrng 15 thn tapi belajar di form 4 sm agama negeri.thn depan saya masuk form 5. blhkah saya ambil spm thn depan?
Salam.. ikut syarat mesti berumur 17 tahun tetapi cuba berbincang dgn guru mengenai situasi ini, mungkin juga boleh
Salam. Sy nak tanye, sy dah pernah ambil PMR,then sy buat pertukaran skola untuk form 4, tp sy x skola pun form 4 tu, so, boleh ke ambil SPM ? dan kalau boleh, nanti nak ambil exam tu kat mane ? berapa kos yer ? * mase nak ambil tu, kene pkai baju skola ke ? bile tarih tutup daftar untuk SPM 2011 ? Terima kasih.
Salam… rasanya Farah boleh ambil SPM sebagai calon persendirian. Pendaftaran biasanya dibuka dalam bulan Mac dan boleh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri.
askum,
sy nk tnye…blh ke amik spm utk thn 2011 bg calon yg berumr 19 thn tp tlh pun menduduki peperiksaan PMR?
Salam… boleh, sila mendaftar sebagai calon dalam bulan Mac nanti di Jabatan Pelajaran Negeri
apa cara yang boleh dilakukan jika anak saya x pernah ambil UPSR, PMR dan sekarang dah 2 tahun ambil kelas untuk SPM,planingnya cukup umur 17 ni nak ambil SPM, bolehkah ..? sebab tak amik UPSR dan PMR tu kerana saya masukan dia ke madrasah Tahfiz, kalau x boleh ambil SPM, ada ke cara lain yang boleh saya usahakan..??
Memang boleh ambil SPM apabila berumur 17 tahun. Cuma perlu mendaftar sebagai calon dalam bulan Mac nanti di Jabatan Pelajaran Negeri
Anda boleh terus ambil SPM dan pendaftaran biasanya dibuka dalam bulan Mac di Jabatan Pelajaran Negeri
Salam… Dayang boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri dalam bulan Mac nanti.
Salam… boleh mendaftar sebagai calon persendirian di Jabatan Pelajaran Negeri dalam bulan Mac. Memang ada bayaran yang dikenakan tetapi tidak banyak
Salam…
1. Boleh rujuk Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Persiaran Duta, Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Nombor telefon03-62037777
2. Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya
salam…
saya bcadang mahu ambil spm..tetapi adakah saya ini layak untuk mengambil spm…di sbbkan saya berhenti sklh pd tingkatan2 . . adakah saya layak untuk mengambil spm???
tolong bg jawapan…
Salam… memang boleh, asalkan penuhi salah satu syarat di atas
anak saya lahir pada 15 desember 1995.tahun 2012 dia berumur 17 thn tapi pada bulan desember.dia tidak mempunyai pmr kerana bersekolah maahad tahfiz tanpa akedemik.adakah anak saya boleh mennagmbil spm secara persendirian pada 2012?
terima kasih.
Kalau ikut syarat yang dinyatakan di atas tidak boleh tapi ada maklum balas yang diterima yang mengatakan boleh. Oleh itu untuk kepastian sila merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran
salam…
saya ingin bertanya adakah calon yg pernah mengambil spm perlu mengulangi semua mata pelajaran yg telah dia ambil…adakah calon itu lyk memohon sebagai calon persendirian dan bilakah calon itu boleh menduduki semula peperiksaan spm pada thn ini ?
Salam… tidak perlu mengulangi semula dan boleh mendaftar sebagai calon persendirian.
Pendaftaran biasanya akan dibuka dan ditutup dalam bulan Mac dan boleh berurusan dengan Jabatan Pelajaran Negeri
salam nk tnya brapa harga papper spm tuk calon psndirian..?
Salam… sila rujuk PANDUAN PENDAFTARAN SPM tetapi semak juga dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk maklumat terkini
slm..sy ingin brtanya, jika seorg pelajar oku ingin mengambil spm secara calon persendirian di sekolah kerajaan, bagaimana caranya?, dan apakah syarat-syaratnya? serta berapakah perbelanjaan dan bilangan subjek yg blh diambil?..trima ksh
salam..nak tanya… adik sy pada tahun ni berumo 19 tahun… sebelum ni dia telah pun menamatkan persekolahan SMA di Indonesia ataupun kalau di malaysia setaraf dgn SPM. Dia boleh meneruskan pengajian di mana2 ipt tetapi x dpt memohon sebarang pinjaman spt ptptn sebab syarat permohonan memerlukan sijil spm. Justeru, naK Tanya pada sesiapa yg lebih arif. boleh x adik sy ni mngmbil peperiksaan spm sebagai calon persendirian tahun ini. Klu boleh, bila dan di mana boleh buat permohonan..ataupun ada jalan lain utk adik sy ni meneruskan pengajian demi masa depannya..tq
saya nursuhana abdullah berumur 21tahun,saya ingin bertanya apakah saya masih boleh mengambil pmr & spm sebagai calon persendirian secara serentak?bagai mana caranya?
saya sebenarnya dah mendaftar sebagai calon pmr pada tahun 2005 masa sekolah namun saya tak mendudukki peperiksaan tersebut kerana telah berhenti sekolah sebelum ,peperiksaan disebabkan masalah kewangan.sekarang saya ingin menduduki sebagai calon persendirian secara serentak pda tahun ini memandang kan umur dah lebih,apakah saya masih boleh mengambil kedua-dua nya sekali.bagaimana caranya?tolong lah saya….
salam,
tak boleh kah daftar secara online untuk pendaftaran calon persendirian spm 2011?
salam…umur saya 39 tahun,saya x pernah ambil periksa pmr&spm, tapi ada diploma…itupus sbb belajar di luar negara, boleh x saya nak ambil SPM 2011??? t.k
salam…
salam!!! umur saya 39 thn,x pernah ambil pmr&spm…boleh x saya ambil spm 2011…
maybe
Sepatutnya boleh sbb rasanya tiada had umur maksimum
boleh ke nak daftar SPM bagi pelajar yang sudah tidak bersekolah ?dan tidak mempunyai sijil PMR ?
Boleh
sala…sy ni sudah brum0 20 tahun..
sy dulu sekolah pondok tahfiz..
sy berpeluang sekolah kerajaan masa ambil UPSR saja..
sekarang ni sy hendak ambil SPM,sebabnye sy hendak bekerha dgN kerajaan..
mcm mane cara2 n presuder yg harus sy ikut untuk mendaftar dan mengambil SPM???
Salam… sila rujuk di http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
salam,
sy dah 20 thn tp klu sy nk amk SPM smula blh x,coz kputusan lps kurg memuaskan..
salam,
sy dh umur 20 tahun,Tp sy nk amk SPM balik..agk2 blh x..coz kptusan yg lps kurg memusakan…
Salam… boleh… rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
salam..
umur saya 20 tahun. saya sekolah sehingga ting 5 pada tahun 2008. saya sdh mendaftar untuk spm pada tahun 2008 itu,tetapi saya tidak menghadiri peperiksaan spm tersebut krn sebab2 tertentu. sekarang saya ingin mengambil semula spm agar senang apply kerja kerajaan. APAKAH PROCEDURE PENGAMBILAN SEMULA SPM DAN DI MANA?……TQ
Salam… blh rujuk di http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
slm.sy sudah mengambil spm pd thn 2007.tp kputusan sy kurang memuaskan.paling mengecewakan,sy tidak kredit 1subjek iaitu Physic yang mana telah menghalang sy dari meneruskan minat sy dalam bidang sains. Jika sy ingin meneruskan minat sy dalam jurusan sains, patutkah sy mengulangi spm?kena ulang semua subjek atau boleh pilih subjek2 tertentu sahaja? nanti, boleh ke sy guna keputusan spm terbaru itu untuk mohon balik universiti dan kos yang sy minat?
Salam… Nur ada pilihan samada nak ulang SPM atau ambil STPM tapi walaupun ambil terus STPM ada program pengajian di U yg menetapkan syarat berkaitan kelulusan semasa SPM juga.
Saya cadangkan semak di laman UPU kelayakan memohon utk program pengajian yg anda minat itu.
Tentang pendaftaran SPM 2011 sila rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
hey bolehkah pihak sekolah menghalang pelajar mengambil subjek yang diingini dalam spm________
Tak pasti pula…
Assalammualaikum.. adik saya dh ambik spm thun 2009.. bila pendaftaran untuk calon ulangan 2011? n.. cmna prosedurnya.. ?
Salam… pendaftaran dibuka dari 1 Mac – 31 Mac 2011 ini di Jabatan Pelajaran Negeri terdekat, rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
salam…
mcm mna klau dy nk ulang balik ambk ppriksaan spm???sedangkn sy dh ambik pd thn 2004..result sblm nie kurang mmuaskn…skrg umur sy sdh 23thn…lgpun sijil spm yg lepas hilang sbb sy pindah rumah…
salam…
mcm mne klau sy nk ulang ambil pperiksaan spm sekali lg..sedangkn sy sdh mgambil nye pd thn 2004…kputusaan sblm nie kurang mmuaskn hati sy…
Salam… memang blh… rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
salam,saya nak daftar sebagai calon spm persendirian tapi saya tak tau nak daftar macam mana ? saya sudah ber umur 20 tahun ,
Salam… blh daftar di Jabatan Pelajaran Negeri yg terdekat, rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
assalamualaikum,
Saya nursuhana Abdullah berumur 21 tahun,saya ingin sangat nak ambil peperiksaan spm sebagai calon luar tapi saya tidak mengambil peperiksaan pmr yang sepatutnya saya duduki pada 2005 namun saya dah berdaftar sebagi calon apakah saya masih b oleh duduki peperiksaan tersebut dan menduduki peperiksaan spm tahun ni sebagai calon luar…ataupun boleh duduki spm tanpa pmr…memandang kan saya seorang suri rumah saya tiada masa nak pergi daftar ke jabatan pendidikan so,boleh kah daftar secara online…saya juga berasal dari sabah dan kini menetap di seremban kerana suami bertugas di sini apakah say boleh mengambil peperiksaan di sini(seremban)..tolong lah saya..saya amat memerlu kan penjelasan dari tuan…terima kasih
Salam… Nursuhana memang blh ambil terus SPM thn ini sebagai calon persendirian di Seremban. Pendaftaran memang perlu dibuat di JPN, jika tidak sempat pergi mungkin boleh minta tolong suami daftarkan.
Pendaftaran thn ini akan dibuka mulai 1 Mac – 31 Mac, sila rujuk http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan…
terima kasih atas kesudian tuan menjawab soalan saya…saya amat menghargai nya..terima kasih sekali lagi…
Sama2 semoga Nursuhana akan cemerlang dlm peperiksaan nanti
sy skrng berumur 16 thn 8 bln (lahir pada thn 1994 )
smsa ditingkatan 3 , sy tlah dibuang sekolah .
sy teringin sangat ingin mengambil spm sprti kwn2 yg lain…
bolehkah untuk sy mendudukiny pd thn ini
sebagai calon persendirian ?
bgaimanakah pula caranya utk sy mendaftar ?
Kalau ikut syarat di atas Intan cuma blh ambil SPM thn. Pendaftaran blh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2011
terima kasih kerana membantu saya ..
budi baik anda tidak akn sy lupakan .
salam.
nak tanya spm dalam 1 subjek berapa harga ye?
bayaran asas RM 20. bahasa inggeris RM20.50. Kertas yg lain ada yg berharga RM 12 dan juga bernilai RM 10.50. kena tgk dulu harganya dekat borang pendaftaran spm.
saya belum ambil spm sebab saya berhenti belajar…..masa berada d ting4………umur saya sekarang 33 tahun…lahir pada 1978……boleh ke saya mengabil sm semula…..sila email saya emmilianajane@yahoo.com …………………………..thanks………
Boleh… pendaftaran thn ini ditutup pada 31 Mac 2011
Salam. saya nak tanya sedikit boleh. saya ingin mendaftar spm2011 sbg calon persendirian untuk subjek tertentu sahaja tanpa melibatkan bahasa melayu kerana keputusannya memuaskan. ada beberapa subjek tertentu yang saya ambil dulu mendapat keputusan hanya cukup makan. saya mengambil spm pada tahun 2003 dahulu. adakah saya layak mendapat sijil spm apabila saya mengambilnya semula pada tahun ini tanpa mengambil bahasa melayu. atau adakah saya hanya dapat pernyata keputusan sahaja.
Slm… klau xslp ada beberapa syarat mengenai jumlah mata pelajaran yg nk diambil. cuba call Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yg terdekat utk kepastian
thanks ye. dah tanya dah jpn dgn lembaga peperiksaan. mereka bebas ambil brp banyak subjek dan boleh ambil satu subjek sekalipun dlm spm asalkan bahasa melayu lulus. dan sijil boleh dpt kalau ambil spm walaupun satu subjek asalkan bahasa melayu yg diambil masa spm yg lalu lulus.
Okay senangla macam tu… yang penting Bahasa Melayu mesti lulus
bley saya thu subjek untuk paper julai??
sains ade?
Ada 2 subjek je Matematik & Bahasa Melayu….