Pendaftaran Peperiksaan STPM 2011

Pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2011 sebenarnya telah lama dibuka iaitu semenjak 10 Januari 2011 yang lalu. Logo Majlis Peperiksaan MalaysiaPendaftaran ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini.

Pendaftaran peperiksaan STPM ini diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Walau bagaimanapun pendaftaran untuk calon sekolah kerajaan telah pun ditutup pada 10 Februari 2011.

Pendaftaran STPM 2011

  • Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.
  • Perdaftaran online ini perlu didahului dengan pembayaran yuran asas dan mata pelajaran secara:
    • Perbankan internet menggunakan akaun bank atau kad kredit, ATAU
    • Pembelian nombor Pin MEC di BSN

Pembetulan Maklumat

Sebarang pindaan atau pembetulan maklumat selepas pendaftaran dibuat hanya dibenarkan sebanyak 2 kali sahaja.

Kadar Bayaran STPM

Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk peperiksaan STPM:

  • Bayaran asas RM 55.00
  • Bayaran untuk 1 mata pelajaran RM 35.00
  • Pembelian nombor Pin MEC RM 1.00

Tarikh Tutup Pendaftaran STPM

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2011 bagi calon persendirian individu, sekolah swasta dan kerajaan negeri adalah pada 29 Mac 2011 ini.
  • Bagi yang gagal mendapat tawaran ke IPTA pengambilan 2011, tarikh tutup adalah satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan,

Semakan Status Pendaftaran

Majlis Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC). Calon perlu menyemak sendiri status pendaftaran dan mencetak LPKC melalui laman web MPM atau secara SMS pada bulan Jun nanti.

Tarikh Peperiksaan STPM 2011

Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2011 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STPM 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web MPM dan iklan pendaftaran STPM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Rujuk juga kategori STPM dan Tingkatan 6 di ePutra sebagai panduan tambahan.
  • Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pendaftaran peperiksaan STPM, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6137 2413 atau e-mel online@mpm.edu.my

42 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan STPM 2011

  1. amira azhari says:

    thank u for the information

  2. as salam.
    nk masuk form 6, kita kena buat permohonan sendiri ke ?
    bkn kita akn dpt tawaran ?

  3. syakir68 says:

    klu form6,antare aliran sains dgn kmanusiaan yg mane lg snang msuk u??

  4. MCM MNE CARA NAK SEMAK PERPIDAHAN PUSAT STPM 2011

  5. bg pelajar stpm 2010 yg gagal mendapt twrn dalam mana2 IPTA masih bleh mendaftar lagi ke untk Exam StPM thn ni?bila tarikh tutup?

  6. assalamualaikum … sbnrnya sy ingin mengambil stpm smula… tetapi sy tidak dpt mohon krana tarikh tutupnya sudah lama di tutup.. jadi, boleh ke sy mendaftar lg atau perlu menunggu tahun depan untuk menduduki stpm 2012?

    • mrk yg ambil stpm 2010 & xdpt tawaran ke u blh mendaftar utk stpm 2011 dlm tempoh seminggu dari tarikh keputusan upu diumumkan

  7. adakah sy masih boelh amik ulangan stpm 2011

  8. mariya ;assalamualaikum sya bru nk ambik STPM thun dpn.umur sya 25….so mcm mna nk mohon…

  9. sy umo 20 taun.. sy kua dr uitm sbb sy xbole bwk course tu… then sy amik stpm kat scol private.. tp scol tu x provide cikgu yg bgs… bile sy xdtg scol, die ugut potong name sy.. mcm mane nk bg sy xpyh dtg scol tu? i mean blaja sndr.. sbb ade subjek yg sy da familiar.. da pnh amik kat scol n u dlu.. plsss help..

    • kalau tidak silap pihak sekolah tidak boleh menghalangkan pelajarnya mengambil peperiksaan jika semua proses pendaftaran telah selesai.
      untuk kepastian cuba call MPM di nombor yg diberi di atas

      • kan? pelik btl.. anyway, thanx zurin…
        if x scol, bole daftar sendiri kan tau dpn? then bole amik xm taun dpn kan?
        smlm kol jpn, die kate bole buat rayuan msk scol gomen..
        rase2 bole x?

        • memang boleh je daftar sendiri sebagai calon persendirian….
          kalau nak dapat masuk sekolah kerajaan pun bagus… cubalah buat rayuan, kalau ada rezeki insyaAllah dapat…

  10. cmna nak cek pengesahan pendaftaran persendirian stpm ni??help,, x dpt pun lg

  11. saya lepasn sptm 2010.cgpa dpt 2.08.aliran sains.xdpt masuk u so saya cdg ulang thun ni.ulang paper math dan fizik.lepas result keluar nanti,saya kena tunggu kemasukan budak degree bln 9 juga ke?

    • boleh ulang beberape paper yg kite nak mcm wat ulangan spm tu ke??
      n kalu wat ulangan kite x yah amek paper 4 mcm private candidate ke?just amek paper 1 n 2 je ke or mcm mane??

      • ulang paper stpm tu sama mcm private candidates yg kena amek paper 4 tu ke?tlg maklum balas..

        • Sijil STPM merupakan sijil terbuka. Dalam satu peperiksaan calon boleh mengambil sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran dan selebih-lebihnya 5 mata pelajaran. Jika mengambil 5 mata pelajaran, 1 daripadanya mestilah Pengajian Am

      • camne nak daftar wat ulangan stpm secara online?

  12. Salam.. Saya nak ambil STPM 2012 aliran Sains. Tetapi semasa SPM,saya bukan aliran sains. Ada kelayakan ke?

  13. blek ke ambil ulgn stpm satu subjek jak selain p.am?n nnt bleh gbungkan ke ngan result lama? huhu..

  14. boleh ulang beberape paper yg kite nak mcm wat ulangan spm tu ke??
    n kalu wat ulangan kite x yah amek paper 4 mcm private candidate ke?just amek paper 1 n 2 je ke or mcm mane??

  15. Amir Hamizan says:

    salam, saya mengambil stpm pada tahun 2011, malangnya keputusan saya tidak begitu bagus, jadi saya ingi mengulang semula stpm saya..persoalanya, dimana saya perlu mendaftar dan dimana saya perlu mengambil semula ujian stpm saya..dan adakah keputusan stpm ulangan saya akan keluar dengan kadar segera?..

  16. saya pernah menduduki peperiksaan stpm 2011.. keputusannya tidak memberangsangkan. so. saya mahu mengulang semula. tapi tidak tahu cara nak mendaftar.. plss..

  17. sy repeat 3 subjek stpm.da dpt result.tp u at least kne 4 subjek ke??sy buntu neh ;(

  18. salam. .stpm saya 2P dan 2 lulus sederhana. . .boleh kah saya mengulang dua subjek yg lulus serdahana ini sja. .dan adakah resualt yg keluar nnti ini nanti bakal digabung dengan resualt lama. . .untuk mendapat 4P. . . . . tolong beri maklum balas. . .

    • hurmm begitu jugak saya, plss bantu saya :(… ad cikgu cakap kena repeat semua subjek. tapi sy nak repeat 2subjek jer..

  19. saya umur 28, tahun 2005 pernah menduduki stpm,bolehkah saya menduduki semula stpm?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.