Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka. Pelajar-pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

Kelayakan

  1. Program ini adalah untuk pelajar yang bersekolah di negeri Selangor.
  2. Keutamaan kepada pelajar yang datang dari kawasan luar bandar.
  3. Pelajar memperolehi keputusan yang baik, 5A atau 4A,1B dalam peperiksaan UPSR .

Asrama Pusat

Pelajar-pelajar yang terpilih ditempatkan di beberapa buah sekolah-sekolah yang ternama di bandar-bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Sabak Bernam, di mana terletaknya asrama-asrama Yayasan Selangor.

Asrama-asrama pusat Yayasan Selangor adalah;

  • Asrama Tun Doktor Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  • Asrama Toh Puan Norashikin, Kampung. Pandan, Kuala Lumpur
  • Asrama Yayasan Selangor Klang
  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam.

Pelajar-pelajar Yayasan Selangort di asrama di atas akan belajar di sekolah yang terdekat seperti berikut;

Kuala Lumpur

  • SMK Victoria (L)
  • SMK St. John (L)
  • SMK (L) Methodist
  • SMK Aminuddin Baki (L&P)
  • SMK Jalan Cochrane (L&P)
  • SMK Convent Bukit Nanas (P)
  • SMK Seri Bintang Utara (P)

Petaling Jaya

  • SMK (L) La Salle
  • SMK (L) Bukit Bintang
  • SMK Men. Sri Aman (P)
  • SMK Men Assunta (P)

Klang

  • SMK Men Methodist (L)
  • SMK La Salle (L)
  • SMK Tinggi Klang (L)
  • SMK Methodist (P)
  • SMK Convent (P)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah

Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz (L)
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra (L)

Asrama Daerah

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah- sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Selangor, yang baik prestasinya. Pelajar-pelajar Yayasan Selangor akan tinggal di asrama sekolah-sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar ini akan diberi bantuan (Biasiswa) dan diperuntukkan lain lain program sepertimana yang diberikan kepada Asrama Pusat seperti kelas bimbingan dan seminar-seminar peperiksaan.

Sekolah yang terpilih terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Aliran Agama.

Sekolah-sekolah dibawah kategori SMK yang terlibat adalah:

  • SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
  • SMK Damansara Utama , Petaling
  • SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Hulu Langat
  • SMK Tinggi Kajang, Hulu Langat
  • SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
  • SMK Telok Datok , Kuala Langat
  • SMK Dato’ Harun, Kuala Selangor
  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam

Pemilihan masuk ke sekolah-sekolah menengah aliran agama adalah melalui Jabatan Agama Islam Selangor sebelum pemilihan untuk tajaan dibuat oleh Yayasan Selangor.

Sekolah-sekolah di bawah kategori sekolah aliran agama yang terlibat adalah;

  • SAMT Sultan Salahuddin A. Aziz Shah,Batu, Sabak Bernam.
  • SAMT Hishamuddin, Jalan Kota Raja, Klang
  • SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam
  • SAMT Bandar Baru Salak Tinggi
  • SAM Bestari Subang Jaya
  • SAM Jalan Tepi Sg. Bertik Klang

Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan (Borang PKA 1)
  2. Borang boleh di muat turun dari laman web Yayasan Selangor.
  3. Borang boleh juga diperolehi di
    • Ibupejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan Tingkat 17,
    Menara Yayasan Selangor,18A, Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor.
    • Asrama Tun Doktor Ismail, Jalan Temenggong, Off Jalan Cochrane, K.L
    • Asrama Toh Puan Norashikin Jalan Temenggong,Off Jln Cochrane,K.L.
    • Asrama Yayasan Selangor Klang Jalan Raya Barat, Klang, Selangor
    • Asrama yayasan Selangor Sabak Bernam Jalan Raja Chulan , Sabak Bernam.
    • Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah, Kuala Bubu Bharu, Selangor
    • Pejabat (Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 12, Bangunan Yayasan Selangor Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .
    • Pejabat(Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Kuala Lumpur .
  4. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya.

Maklumat

  1. Bagi pengambilan tahun 2010, seramai 525 pelajar Sekolah Kebangsaan dan 60 pelajar Sekolah Menengah Agama) akan dipilih ke Tingkatan 1 dan ditempatkan di sekolah dan asrama yang dinyatakan di atas.
  2. Sila rujuk laman web Yayasan Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada Pejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan di talian 03 7955 1212 / 03 7954 1121 atau faks 03 7954 1790.

Tarikh Tutup

  1. Borang permohonan perlulah sampai di alamat di atas pada atau sebelum 7 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.
  2. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang tawaran dari pihak Yayasan Selangor sehingga 25 Disember 2011, bermakna secara automatik permohonan tidak berjaya. Yayasan Selangor akan mempertimbangkan kes-kes rayuan selepas tarikh tersebut.

Related posts:

  1. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi 1 2009/2010
  2. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi II 2009
  3. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Sekolah Kluster 2007
  5. Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

26 Comments

  1. khalik says:

    Salam semua!keputusan permohonan dah keluar!adakah terdapat link dengan kementerian pelajaran?maknanya sesiapa yang dpt. tawaran ini ,bererti tidak ditawarkan ke sekolah berasrama penuh kelolaan kementerian pelajaran?tolng minta penjelasan…..t/kasih.

  2. Liyana says:

    Permohonan tingkatan 1 2011 blum kluar ke?trime kasih.

  3. mama lina says:

    anak saya mendapat 5A pada UPSR 2009. Permohonan ke mrsm dan sbp tak berjaya walaupun intake ke 2 dan rayuan. yayasan selangor buka ke permohonan untuk tingkatan 2 sebab kalau ada saya nak memohong untuk 2011.

  4. joan lee shia nie says:

    saya ,kamu patut di beri peluang !!!

  5. zawawi says:

    anak saya ingin memohon borang asrama penuh untuk ke tingkatan 1.keputusan 5A.Adakah masih ada peluang untuk mendaftar?

  6. imran says:

    tumpang tanye boleh

    macam mane nak check keputusan yayasan selangor

    tolong

  7. RAVI says:

    Unable to print the intake forms for Yayasan Selangor. Please Assist to where possible
    Terima Kasih.

  8. Ling Chin Ngor says:

    Saya saudara kepada Wong Chi Hao, ingin membuat semakan pengambilan pelajar tingkatan 1 pengambilan kedua di bawah rancangan khas Yayasan Selangor dan kementerian Pelajaran. Di bawah rancangan ini, 3 buah sekolah iaitu SMK Victoria, SMK St John dan SMK Methodist.. Intake ini akan bermula pada 20 Mac 2011. Hari ini saya terlepas untuk telefon ke pejabat Yayasan Selangor dan hari sabtu pula cuti. Harap dapat maklum balas dari pihak tuan. ribuan terima kasih diucapkan.

    • Kamal says:

      Rasanya tiada pilihan cuma saudara/ri Ling perlu telefon pihak Yayasan pada hari Isnin ini untuk mendapatkan maklumat tersebut.

  9. hakim says:

    hello saya hakim….. di sini tak ada penyemakan untuk calon yang dapat sekolah keeee….. saya hendak tahu bahawa saya telah memilih di smk.victoria atau tidak,…….terima kasih

  10. fatin najwa says:

    tak de sekolah aliran agama ke?

  11. iera salim says:

    sye nk msuk asrama penuh…..tlong lh ksian mak sye ini adalah hrpn mak sye…..please…..

  12. zarinawati ramli says:

    Anak saya mendapat keputusan UPSR 4A1B.Saya berminat untuk memasukkan anak saya ke sekolah
    STAR Klang.Sebelum ini anak saya bersekolah di MGS Kuala Lumpur.Adakah peluang untuk anak saya
    mendapat tempat di Sekolah STAR…Harap dapat fit back dari tuan.Terima kasih

  13. Fauziah says:

    why the form for year 2011.

  14. budak 4A1B says:

    kalu sains dpt b dapat tak

  15. hikmah says:

    sama la saye

  16. Noriza says:

    Saya dah terlepas tarikh,boleh ke mohon lagi?

  17. Rozaimah hussain says:

    Salam.saya nk tnye ank saya dh dpt tawaran ke sek di bawah yayasan selangor dan dlm jangkamasa yg sama ank saya ada buat permohonan ke mrsm. Ade x kemungkinan nama ank sy di gugurkan dr senarai calon mrsm sbb sudah dpt tawaran di bwh yayasan selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives