Pengiraan Merit ke IPTA Guna Gred Baru Mulai 2010

Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Perubahan ini selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .

Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14. Gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (8), 6C kepada C (6), 7D kepada D(4), 8E kepada E (2) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Gred

Merit

A+

18

A

16

A-

14

B+

12

B

10

C+

8

C

6

D

4

E

2

G

0

Kaedah pengiraan markah merit yang dilaksanakan ini juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan bahawa pelajar yang dahulunya
mendapat gred 6C (Kepujian) tidak diturun taraf ke gred yang lebih rendah serta mengelakkan perubahan besar dalam syarat khas program pengajian yang perlu mendapat kelulusan Senat IPTA.

Oleh itu, pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf Sesi Akademik 2010/2011 dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses peralihan ini. Pertama, kaedah sedia ada bagi calon Lepasan SPM Tahun 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon Lepasan SPM Tahun 2009.

Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada. Ini bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini ini akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara.

Kementerian Pengajian Tinggi juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

Sumber : Bernama

16 thoughts on “Pengiraan Merit ke IPTA Guna Gred Baru Mulai 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Adi Wira and Putra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Pengiraan Merit ke IPTA Guna Gred Baru Mulai 2010: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk ke.. http://bit.ly/1kznEf […]

  2. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by warkah: RT @eputra Pengiraan Merit ke IPTA Guna Gred Baru Mulai 2010 http://bit.ly/1EOetN

  3. em….sush kot gune gred baru nih…..
    yg lame lg senang….

  4. salam.. nk tanya sikit ni

    sy calon spm 09 sepatutnya sy cari peluang sambung belajar pada 2010.. boleh tak sy tangguhkan pembelajaran sy dan sy smbung belajar pd tahun berikutnya tanpa terlepas ipta yang saya dapat?? kalau boleh saya tak mahukan ipts coz sy bukan orang senang.

    lagi satu sy nak tanya.. mana tempat utk sy mohon biasiswa? sy perlukan biasiswa sgt untuk smbung belajar.

  5. subjek ape yg terlibat dlm sistem ni??
    abg nilam…
    jawb plezzzzzzzzz…..~~~

  6. mohamad hakim says:

    slm..how about the solution of the merit?

  7. mohamad hakim says:

    slm..nilam,boleh ke pljr aliran sstra yg hnya take in 8 sbjek je in spm mohon asasi ?asasi ap yg sesuai?

  8. mohamadhakim94 says:

    slm..nilam,sy nk tny..ad peluang x untk student spm yg amik hnya 8 sbjek shj for masuk asasi..6 sbjk tras,,2 sbjek elektif=geografi n perdagangan..asai ap yg sesuai?

  9. mohdhakim94 says:

    slm , bleh tahu? bila tarikh untk m'mohon upu bg student frm5 thun ni?

  10. mohamadhakim94 says:

    slm , pengambilan pelajar ke ipta adlh b'dsrkn kiraan merit , berapakah kuota kiraan merit untk asasi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.