Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional-PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976.
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
  • Akta Pendidikan 1996.

Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN.

Syarat-syarat Pembiayaan Pinjaman

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
  4. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
  8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
  9. Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pembiayaan pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN). Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT;
  10. Tidak mempunyai penaja lain; dan
  11. Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

Maklumat lanjut berkenaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional boleh didapati di laman web rasmi PTPTN.

Reblog this post [with Zemanta]

210 thoughts on “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional-PTPTN

  1. salam,,
    sy ingin tahu, adakah kolej poly-tech mara ini dbawah tajaan mara.
    ini kerana sy mndpt twran untuk belajar disana dlm jrusan dploma kjrurawatan. sy amat mminati bidang ini. adakah sy bleh mndptkan pinjaman drpd MARA?
    ini mmandangkan sy bukan dari golongan keluarga yg berada..bantulah sy untuk menyelesaikan masalah yg mmbelenggu sy.
    sy juga mndpt twran form 6.tpi sy x berapa mminati.bantu sy..

  2. Lola,
    Salam… Ya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah kelolaan MARA. Mereka yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di KPTM ini adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan.

  3. Salam nilam…..
    Betul ke pinjaman mara hanya utk ipts….ipta hanya ptptn sahaja…..saya lebih berminat mara memandangkan pnjaman boleh ubah….pnjaman dari badan apa lagi yg boleh ubah… .?tq

  4. Titiyat,
    Salam… saya rasa tidak begitu. Pihak MARA ada membuka tawaran pinjaman dan biasiswa dari masa ke masa, dapatkan maklumat di laman web mereka. Cuba rujuk Biasiswa dan Pinjaman untuk melihat pilihan yang ada.

  5. askum..nak tnye..apasal kite org nk habis sem dah tp ptptn baru dpt 2kali..
    nie masalah kolej kite or pihak ptptn??

  6. Winter,
    Salam… memang sukar saya untuk menjawabnya. Mungkin anda boleh mendapatkan penjelasan daripada PTPTN atau kolej. Lebih baik jika dapat semua yang menghadapi masalah yang sama dapat berkumpul dan melantik seorang ketua atau jurucakap.

  7. budak baik says:

    nilam.. tlg jwb ptnyaan sy……….huuhhuu..

  8. Budak Baik / Budak Laki2,
    Sepatutnya boleh. Anda boleh mendapat mendapat penjelasan lanjut dengan menghubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau datang sendiri One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.

  9. budak baik says:

    thankzz byk2 nilam…

  10. Askum, saya merupakan pelajar tahun 2 di ipta. sebelum nie saya dapat biasiswa tajaan JPA. tapi,sebab result tak ok biasiswa tue kene tarik balik. saya nak tanya macam mana nk mohon pinjaman ptptn bg membiayai pengajian saya yang tinggal dua tahun je lagi nie? huhu.

  11. Budak Baik,
    Sama-sama.

    Nak tahu,
    Salam… Anda memang boleh memohon jika baki pengajian anda lebih daripada setahun dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Sila rujuk http://www.ptptn.gov.my/ dan http://epinjaman.ptptn.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

  12. Askum, saya pelajar baru poli, permulaan sem dulu saya terlupa nak mohon ptptn, sekarang dah terdesak baru perasaan, pertanyaan saya adakah permohonan dibuka sepanjang tahun atau sebaliknya

  13. Fika,
    Salam… Anda memang masih boleh memohon, sila berhubung dengan bahagian yang menguruskan perihal PTPTN di politeknik anda atau terus menghubungi pihak PTPTN untuk mengetahui cara permohonan.

  14. salam,sy nk tny…kalo kte wt prtukaran universiti,adkah kte kne byr dlu duit ptptn y dgunakn?cnthnya sy pljr sem 1 di salah satu universiti tmptn,sy tlh mndpt pembiayaan ptptn tp sy xleh bwk dgn progrm yg diambil skrg…sy ade aply uitm disember intake ni…kalo sy prgi uitm,adkh duit pt sy dpotong?adkh sy prlu mmbyr dulu duit yg dgunakan utk mndptkn smula pnjman?….tme kaseh….

    i really need ur rspond~

    • saya pun same cam awak…x bley nk bawa blaja kos engineering kat ipta..saya minat bidang pendidikan..tp saya still sampai final bln 1 ni..da x lame da final.. tp saya still x bley bawak. Kalo result x ok akan diberhentikan, bley apply msuk ipta lg ker????

  15. Aifa,

    Salam… Perjanjian anda dengan PTPTN adalah untuk program pengajian dan universiti tempat anda belajar sekarang. Oleh itu setahu saya jika anda berhenti dan masuk IPTA lain, anda perlu tamatkan perjanjian yang sedia ada dan membayar balik pinjaman yang telah diambil. Selepas itu barulah anda boleh membuat permohonan yang baru untuk program pengajian di universiti yang baru tersebut.

    Sila hubungi PTPTN di webmaster@ptptn.gov.my atau talian 03-2092 7788 untuk penjelasan lanjut.

  16. salam…
    sy pelajar degree ipta, sebelum ni sy dah dpt pinjaman ptptn tp kene tarik balik sbb result x ok. sy nak tny sy stiil ade peluang untuk pohon semula atau tak?
    tq..

  17. Akzu,
    Salam… saya tidak mempunyai maklumat mengenai. Anda boleh mendapatkan mendapat penjelasan lanjut dengan menghubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau datang sendiri One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.

  18. salam..sy nk msk poli bln jan 2010 nie..so sy tlh mohon ptptn scre onlie..
    sy nk th bile trikh prmohonan dtutup..?
    ptptn nie diuruskn sndiri ato politeknik trsebut?
    sy xphm la..
    hm,lg satu sy xbkk akaun sspn 2..sya ltk akaun sspn 2 gntikan dgn akun bank islam..boleh ke??
    sbb sy dga dowg kte skrg akaun sspn boleh xbkk..itu y sy gne akaun bnk islm..
    poli tu syorkn bkk bnk islm..
    sy xphm..

  19. Ira,
    Salam… setahu saya kelompok pertama tarikh tutupnya pada 20 Disember 2009. Urusan PTPTN dijalankan sendiri oleh pihak PTPTN dengan kerjasama pihak IPTA. Sepatutnya memang boleh sebab akaun SSPN tidak wajib sekarang.

  20. salam..sy dpt twrn politeknik untuk kemasukan bulan januari ni..then mohon pnjmn ptptn ni..sy check pd twrn wang pendahuluan pinjaman,, sy dpt wpp..setahu sy WPP ni utk IPTA sahaja..plizzz jelaskan..tol ke sy dpt???

  21. assalamulaikum, dan salam sejahtera nilam….
    saya d tawarkan ke politeknik sesi jan 2010….
    pd 01/12/09, saya telah membuat permohonan ptptn….
    saya tercari2 bilakah tarikh tutup ptptn poli bg kelompuk pertama….
    namun, saya terbaca nilam mengatakan tarikh tutupnya 20/12/2010….
    saya selalu membuat semakan dan status permohonan saya masih dalam semakan.
    adakah saya tergolong dalam kelompok ke-2?? bilakah tarikh tutup bagi kelompok ke-2???

    terima kasih….

  22. salam nilam..i’ve 1 question more..hm,tarikh hari nie adlah 29.12.2009 bersamaan tarikh kelulusan ptptn..kenapa saya pergi ke semakan untuk ptptn nie xde???cmne saya nk th permohonan ptptn nie lulus ato tdk???

  23. Ira,
    Salam… memang benar setahu saya WPP ini hanya untuk universiti awam tidak termasuk universiti swasta dan politeknik. Walau bagaimanapun mungkin ada perubahan dasar, cuba hubungi pihak PTPTN sebelum anda tunaikan waran tersebut.

    Ma_she,
    Salam… Tarikh tutup untuk kelompok pertama adalah 20 Dis 2009 dan tarikh pengumuman permohonannya adalah 29 Dis 2009. Buat masa ini tidak ada maklumat tentang kelompok kedua.

    Miss,
    Salam.. Benar, setakat masa ini semakan masih belum boleh dibuat. Cuba lagi di lain masa, mungkin pihak PTPTN akan meletakkan pautan semakan tersebut sebentar lagi.

  24. salam nilam..
    sy telah pun mengisi form ptptn pd 11/12/09 dan permohonan sy telah pun berjaya..semasa saya hendak menekan butang ‘terima’ tawaran ptptn tersebut baru saya sedar bahawa semasa saya mengisi form ptptn pada 11/12/2009 saya telah tersilap mengisi maklumat kursus dan kod program yang saya ambil..oleh itu apakah yang harus saya lakukan?adakah saya perlu membuat permohonan ptptn yang baru?atau saya perlu ‘terima’ dan mencetak permohonan yang lepas? tolong lah saya…

  25. saya nak tanya mcam mane nk check permohonan ptptn saya??
    puas dh saya cari tp xda pn…..

  26. saya nk tnye, bile tarikh ptptn kelompok kedua??

  27. Masz,
    Salam…. Pada pendapat saya anda tidak perlu membuat permohonan baru kerana kelulusan permohonan anda adalah berdasarkan nombor MyKad. Cuma anda perlu membuat pembetulan dengan memberitahu pihak PTPTN mengenai kesilapan yang berlaku.

    Niyah,
    Sepatutnya semakan boleh dibuat di laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my/.

    Meera,
    Sila rujuk Kelompok 2.

    • salam….. saya nak tanya macam maner kita nk tahu yg kite dpt wpp bagi kemasukan sesi julai 2010???????????

  28. salam..
    saya ada masalah sikit tentang pengurusan ptptn..
    sy ada telefon ptptn..untuk tanya apa yang perlu sy buat..
    sy sbnarnya tukar u..dr udm ke ukm..masalah skrg adlah…sy ingn menolak dan membatalkan ptptn dan x mahu sambung lg pinjaman ini krn ingin memohon jpa..
    maslah skrg..sy sudah isi borng penolakn tersebut…tp blom hntar krana bmbg apa sy wat btul atu slh…sy risau klo2 ada pkra lain yg sy prlu buat sblm isi borg trsebut..yang jd masalah…bla sy kol…operator jwb..pnggln bz…dh dkt smnggu kol…jwpn ttp sama…sy bmbg sgt sbb sy akn masuk ukm bln 7 nti..
    hrp dpt bantu sy,,,trima kasih…

  29. Encik, saya menanya bagi pihak anak saudara saya yang berada di Sibu, Sarawak. Dia baru melepasi SPM dan ingin masuk kolej komuniti. Saya nak tahu adakah dia akan dapat buat pinjaman dengan mudah ? Berapakah yuran bayaran setiap bulan ? adakah disediakan tempat penginapan ? Adakah dia diberi RM250 wang belanjaan setiap bulan ? adakah wang ini perlu untuk bayar yuran setiap bulan ? Apakah perbezaan Politeknik dengan Kolej Komuniti ? Mana satu yang perlu dia pilih ?TQVM

  30. Salam. Saya student IPTS buat loan PTPTN untuk diploma. Result memang 3.00 pointer and above. Boleh tak kalau untuk degree di IPTS yang sama, saya nak minta loan MARA pulak?

  31. ruziana says:

    salam..saya ada soalan..saya baru je tamatkan diploma dari upm.Saya menerima ptptn selama 2 tahun dan telah menamatkan pinjaman tersebut kerana memperolehi biasiswa dari jpa (1 tahun),masalh saya skrg saya dikehendaki membayar semula pinjaman tersebut dan telah menerima notis dari ptptn,adakah saya boleh membuat surat rayuan penangguhan pinjaman?saya risau klu saya x bayar berkemungkinan saya x dapt memohonon ptptn semasa ijazah nnti..tolong jawab pertanyaan saya..sgt risau skrg T_T

  32. salam.. saya ingin menyambung degree ke uitm.. sy ingin tahu bilakan tarikh tutup ptptn untuk sesi julai 2010

  33. salam… sayay btol2 nk tau mcm maner kite nk tau kite dpt ke x wpp ptptn???????? mcm maner nk check die?????? saya dpt tawaran ke ipta bagi sesi jun/julai 2010…… tlg jawab soalan sayer pleaseeeeeeeeeeeeeee

  34. boleh x say mohon pinjaman ptptn tuk program foundation di ipts????…

  35. salam, sy nak tanye..
    sy mula pengajian sem2 di politeknik pada 23.6.2010..
    tapi bayaran pendaftaran pada 16.6.2010..
    bila pihak ptptn membuat bayaran ke akaun bank?
    atau adakah saye yang perlu mendahulukan wang pendaftaran tersebut?

  36. salam. saya bakal melanjutkan pengajian di UITM. masalahnya, saya tidak berjaya dan tidak tergolong dalam orang2 yang mendapat wang pendahuluan ptptn, adakah bermaksud saya tidak berjaya mendapat pinjaman ptptn? dan apa yang harus saya lakukan untuk mendapat wang pinjaman ptptn

  37. salam,
    saya pelajar degree, UiTM ingin memohon PTPTN sekali lagi kerana pada semester lepas saya terlepas menghadiri penyerahan borang pinjaman dan sekali gus menyebabkan saya tidak mendapat PTPTN.
    Soalan saya:
    1) perlukah saya membeli no pin yang baru?
    2) adakah saya akan menerima wang pinjaman penuh, jika berjaya dalam permohonan?
    (sem lepas dan sem ini sekali gus)

  38. Saya merupakan pelajar lepasan kolej matrikulasi dan akan menyambung bagi program ijazah sarjana muda di UTM bagi kemasukan Julai ini.. Semasa saya mengisi borang UPU yang lepas,saya telah bersetuju untuk TIDAK menerima wang pendahuluan pembiayaan PTPTN tersebut.. Tetapi,sekarang saya telah berubah fikiran dan hendak memohon semula pembiayaan PTPTN tersebut.. Apakah yang harus saya lakukan?? Dan,bagaimanakah cara untuk memohon?? Akaun yang manakah harus saya buka,CIMB atau SSPN?? Mohon perhatian…

  39. slm..
    adakah SSPN wajib dipohon sebelum memohon PTPTN…

  40. salam,sy nk tau bler duit pt sesi julai 2010 akn msok..?

  41. hye
    sy nak tnye , dlu sy amik loan ptptn selame 1semester di ipts tp sy dah stopkan pinjaman,skrg sy di ipta blh ker sy nk smbung atau buat loan baru tanpa byr loan yg lepas?

    terima kasih

    • Anda perlu jelaskan pinjaman yang terdahulu sebelum boleh memohon pinjaman baru. Melainkan anda ada membuat permohonan penangguhan bayaran. Walau pun begitu sila hubungi PTPTN untuk mengetahui polisi terkini.

  42. sy nk tahu trkh pemohonan ptptn kelompok kedua sesi julai 2010 bg program ijazah..

  43. salam..sy nk tnye..ape perbezaan kelompok 1 dan kelompok 2 ipta??sy mndpt tawaran ke ipta di terengganu untuk program ijazah srjane mde sesi 2010/2011 dan sy masih belom mmbuat permohonan PTPTN..yg mane 1 tarikh tutup permohonan??dlm klompok 1 ke klompok 2??
    plezz reply….

  44. saya ingin meminta bantuan daripada pihak ptptn
    saya ingain meminta nombor ibu pejabat ptptn
    harap kerjasama rari pihak tuan
    terima kasih

  45. saye nk tye bler kemasukan wang ptptn bagi sesi julai 2010????

  46. hello, saya dapat tawaran ke ipta untuk program MBA sesi julai 2010 dan sebelum ini saya pernah menerima pinjaman ptptn, saya ingin memohon pinjaman ptptn untuk program MBA sebelum 15 julai 2010

    boleh saya boleh hantar surat permohonan penangguhan bayaran balik untuk sarjana muda dan buat permohonan pinjaman ptptn online untk MBA secara serentak?

  47. salam..saye nak taye pasl pinjaman ptptn untuk student pjj.saye da mohon online n die ckp suh semak semule selepas 5 hari bekerja.tapi takde pun..g satu num ptptn 0320927788 tu betol ke?ade 10 kali dah sy kol.tak penah ye dapt..ade num laen x untuk dihubungi?

  48. i applied for ptptn n the loan was for 6 semesters berjumlah 19500 tpi i only got nearly half dr ptptn tu sbb i abes blajar 4 semester je. lg 2 sem tu??? 7800 tu kita akn dpt or will the ptptn organization deduct it? xkan saya nk bayar 19500(tambah faedah) when i didnt use all of the money?

    should i sue the organization or should i be passive and be quiet.

  49. satu pertanyaan sahaja dari saya..kenapa la saya xbolh nk semak keputusan permohonan pembiayaan ptptn klompok kedua ni?..lau mcm ni terkejar2 la saya nnt..mna nk urus yg ptptn tu..keja len lg..ptptn ckp bolh semak 23/7/2010 (6 ptg)..tapi sebaliknya yg jd..nk print 24/7(10 pg)…lagu mana ni?..

  50. hanisah salma says:

    askom..
    sy hanisah pelajar UPSI..
    nk mintak tlg semakkan keputusan utk sy..
    ni no ic sy 921214065552

  51. MANUSIA BIASA says:

    SELALUNYE,BILA DUIT PTPTN NAK MASUK KE AKAUN BANK ERK??

  52. hamba allah says:

    assalamualaikum…boleh saya tahu bila agaknya..kemasukan duit ptptn bagi sesi disember 2010?
    saya merupakan pelajar politeknik.(peringkat diploma)terima kasih atas kerjesama tuan atau puan..dalam menyegerakan pemberitahuan ini..terima kasih

  53. bleh saya tahu bila duit ptptn untuk sem 2 yang akan bermula disember ini..
    saya merupakan pelajar diploma.>>

  54. nilam tolong lah saya,,,,bilakah tarikh kemasukan duit ptptn sesi disember bagi semester 2…..saya pelajar politeknik kota bharu..plzzzz

  55. salam…saya pelajar politeknik semes 5, boleh tahu bilakah pinjaman ptptn akan dikreditkan ke akaun pelajar?…tq

  56. bila kemasukan wang ptptn sesi disember ????dh trdesak sgt ni…

  57. Salam…bile duit ptptn bg pelajar poli akn msk ek???kmi dh terdesak nie…ng umah sewa, mkn, buku g…xkn kene tgu student UiTM msk dlu baru kmi smue akan dpt..x adil la cam 2…klu nk suh family tggung…bkn smue owg berduit…di harap duit tersebut bley dimsukkan secepat yg mungkin…kami sgt22 memerlukannnya…pe2 pn tq ek..

  58. bila keputusan ptptn akan keluar???kata 23/12/2010…tapi,msih dlm proses….tarikh yang sbenarnya bila????

  59. saya juga menghadapi masalah yg sama…dah 27hb daa harini..kenapa masih tiada result untk permohonan kelompok pertama??? kata 23/12/2010…bila tarikh sbenarnye???

  60. kalo nak tau jadual duit pt masuk leh ke link ni.. http://www.ptptn.gov.my/docs/tentative%20(2).pdf

  61. salam..
    berapa kali kelompok bagi permohonan ptptn desember 2010/2011?
    dan salahkah saya apply ptptn dekat epinjaman..??

  62. ku mohd zayyani b ku zambri says:

    salam…masalah lorh…da bli no pin 4, 5 kali da….

    kali nie baru bleh isi…

    da masalh lorh….

    silap isi sikit….

    dah try call…tp en shahrul x angkat…

    siliap isi tarikh kemasukan poli perlis….

    tarikh masuk julai 2009, tp tulis 2008…

    takut ar x dapat….huhuhuhuuuuu

    plisss…bantuan..

    da lorh sem5 dah…memeang nk pakai banyak duit sangat sem 5 and sem 6

  63. Salam, saya menghadapi masalah tentang ptptn nie, sekiranya saye telah menerime wang pendahuluan RM1500, bagaimana cara nak bayar balik ye? sye belum memohon pinjaman PTPTN. Sebelum nie sye belajar kat uitm, tapi berhenti kerana ingin meneruskan pelajaran d institusi yg lain. Tapi, pengajian sye d institusi yg baru ini belum bermula, ianya akan bermula sekitar bulan July.

    Sye masih confuse bagaimana nak buat penangguhan pembayaran balik wang pendahuluan tersebut, kerana sudah melebihi 7bulan pinjaman ini belum dibayar.

    Saye bercadang ingin mengambil pinjaman ptptn pada masa akan datang.

    Bantu saye! 🙁

    • Salam… setahu saya wang perdahuluan ini jika telah digunakan perlu dibayar balik dlm tempoh 30 hari jika tidak memohon PTPTN @ berhenti dari pengajian.
      Lebih baik Ms K call PTPTN utk mendptkan penjelasan supaya tidak menjejaskan peluang membuat pinjaman PTPTN di masa akan datang

  64. saya nak buat pjj,kalau pjj tu dkt ipts,bole buat ptptn k?

  65. saya nak tanya..anak saudara saya dapat belajar d KPM..daftar rm 250…adakah masa masuk kolej 5/7/11 nanti kena bayar lagi….dan loan yg diberi bulan2 perlu di bayar balik

  66. Luqman Hakem says:

    salam,

    Nilam, I gt 1 question . .sy pemohon PTPTN kelompok yg ke-2, sesi disember 2011, & my question is,bila sy akan dpt pinjaman tersebut? & adakah nilai yg sy akan dpt sekali ganda ? because semesta 1 sy xdpt .

    thank you,hopefully u answer it.

  67. saya nk tnye…saye x mhn ptptn tp saya dpt cek dr ptptn 16 nov 2011..skang saye nk msk blaja blk bln jun ni..adakah saye blh tunaikan lg cek ptptn yg saye dpt pd thn lpas??

  68. Tan Lai Keat says:

    Hi saya nak tanya bagaimana hendak membatalkan status saya(diluluskan) kerana saya tidak membuat fasa kedua iaitu menghantar dokumen tersebut kerana saya tarik diri dlm course tersebut…. dan sekarang saya hendak membuat pendaftaran baru… tetapi tidak boleh membatalkan butiran lalu……. Apa yg hendak saya lakukan?

  69. salam…saya trima twaran ijazah di usm..adik saya pula poli kota bharu.. intake sy bulan 9 n adik sy bulan 11…my prob is….kt website ptptn uw..dy ckp trikh ttup 30 june n 30july…sy da beli no pin n dftr on9 di website ptptn…but ble sy nk sah kan..du tulis failed sbb dy ckp kene mohon 30hari b4 msuk uni…but the dateline? plez clear this thing out for me…tq

  70. salam En.

    saya pelajar UiTM peringkat diploma dan baru tamat pengajian pada may lalu dan kini mendapat tawaran dari pihak uitm utk smbg ke peringkat degree pada bln sept 2011 ini, saya nk tanya, perlu ke saya membuat seluruh proses utk pinjmn ptptn dan bila saya harus membeli no pin ptptn sbb intake saya lama lagi..dan perlu isi di talian ke setelah membeli no pin tersebut…terima kasih en nilam

    • Salam… memang perlu buat sendiri semua urusan ptptn tu. selepas beli nombor pin perlu log in. biasanya ada dua kelompok permohonan, kalau x silap thn ni tarikh tutupnya pertengahan ogos & september.
      cuba call ptptn utk mendptkan tarikh yg sebenar

    • kes sambung belajar ni kalau xsilap ada prosedurnya sendiri… cuba call ptptn utk kepastian

  71. helo…ni pelajar mmu melaka doing degree in banking and finance..when we will get our loan for semster 4?

  72. Hi,nak tanya sikit pasal PTPTN…I dah beli nombor PTPTN & juga dah jadi ahli…..Setelah smua butiran dihabis isikan,smasa i bt pengesahan …..tak blk sbb .kat situ paparkn bhw mohon sebelum 30hari seblm tarikh pengajian Ipta…

    Tarikh start pengajian i ialah 7/9/2011…..
    nak bt ape ni??????????????

  73. salam sye nk tanye kalo sye dh isi form ptptn online. permohanan sye dalam proses tapi sye terlupe nak isi result mtrk sye…sye dh beli id ptptn yang bru tpi x dpt nk batalkan permohonan sye.ape yang harus sye buat?

  74. […] Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). […]

  75. ape beza antara kelompok prtama ngan kelompok kedua ni ? xpaham la , permohonan ptptn die bukak dua kali ke cmne ?

  76. sy da dpt tawaran ptptn.tp dlm borang tu sy tersilap isi course sy.bila sy call ptptn,mereka ckp kalau t’salah isi course,permohonan tu t’batal dgn sndiri dan kene apply ptptn utk fasa 2.perlu ke sy batalkan twaran pertama ni sblum mohon fasa 2 ? mcm mne ?

  77. bla duit ptptn akan masuk sesi september 2011-jan 2012

  78. mahasiswa um says:

    salam.. saya nk tya. saya baru dftar masuk U.Malaya pd 4hb 9 2011.. sya pelajar smester pertama. saya mndapat wang pndahuluan ptptn. prmohonan ptptn saya dh diluluskan. sya cuma nak tahu. adakah ptptn akn mmbayar yuran semester 1 dan hostel ni?

  79. mawarku sangsi says:

    salam..saya dah menghantar borang permohonan kpd staf ptptn yg dtg kampus saya bru3 nie..boleh saya tahu bila duit pt akan dimasukkan dalam akaun saya?kerana saya belum membayar yuran..skrg saya menunggu duit pt bru boleh bayar..saya kesempitan masalah kewangan skrg..tarikh tutup byar yuran bulan 1o nant,,dan yang saya tahu sblum duit ptptn msuk, saya msih boleh tidak bayar duit yuran sehingga tngu duit ptptn msuk..betul ke??n sem. lepas senior saya ckp duit pt msuk slepas 1 bulan lebih..betul ke?harap dapat membantu saya sgt…terima kasih..

    • salam… betul tu biasanya ambil masa 1 bulan utk wang ptptn diberi kepada pelajar
      tentang yuran itu jangan bimbang… bila wang ptptn masuk barulah bayar

  80. Saya telah menerima satu message dari ptptn dan berkata permohonan saya telah diluluskan. Tetapi saya tidak lagi guna wang itu dan juga tidak tahu wang itu sudah masuk ke dalam akaun saya tau tidak. Masalah adalah saya tidak mahu menyambungkan dan ingin membatalkan pinjaman ptptn. Mcam mana untuk membatalkan ptptn loan…Tolonglah saya…kecemasan ni dan memerlukan pertolonggan anda…Ribuan terima kasih.

  81. betol ke ape yang saya dengar duit ptptn itu akan masuk dlm akaun stdent pada 29/9/11? o nxt week ?

  82. salaaam, bagi kelompk 2 di ipta , duit tu bile dapat? kami semua risau.

  83. bila kelompok 2 dapat duit ptptn?

  84. aminah aisyah says:

    saya dpt ptptn mase smbg belajar di kolej.tapi kemudian saya berhenti.sekarang saya smbung blajar di UM tapi x dapat ptptn.Pihak ptptn suruh bayar dahulu sedangkan saya masih blajar.mcm mane nak selesaikan masalah saya nie.macm mane nak wat penanguhan bayaran.boleh ke melaui hep u saya?

  85. bila duit ptptn bg ijazah sarjana muda UiTM sesi sept 2011 di terima????ade sebarang tarikh bagi kampus cawangan?sebab ade sesetengah UiTM sudah terima. harap maklum balas terima kasih…

  86. askum..saya nk tnya nie..sya bdak dgree kmasukan sept 2011..sblum nie sya ambil dip..msalah saya ialah..adakah ptptn akn mnta salinan sijil spm sbg dokumen sokongan,..krana ptptn kata sijil yg berusia lbeh dr 3 tahun tidak sah..

  87. salam..sy tak paham tentang kemasukan duit selepas penghantaran dokumen..ada yang dua minggu dan ada yang sebulan..memang tak sama ke untuk tiap ipta?

    • salam… betul tu.. berbeza2 mengikut ipta

      • ok..saya pelajar dari usm..dan dokumen dihantar pada 28 september baru baru ini..boleh tak saya tahu bila duit akan didepositkan..sebab sy amat memerlukan duit sekarang..agaknya bile masuk ye..tq

  88. salam..sy ade soalan nie…sy plajar bru diploma tahun1 kt universiti malaysia pahang..kalau boleh thu..bila duit ptptn utk semester 2 akan dikeluarkn…

  89. sy ingin thu bile duit ptptn utk pelajar baru diploma semester 2 akn dikeluarkn..sy blaja kt ump…thanks

  90. salam,,sy nk tanye,,bile kami perlu membayar balik wpp,,surat bil wpp telah di hantar ke rumah sy,,sy bru saje tamat sem 3,,dulu pihak ptptn mgatakan wpp ak di potong setiap bulan tetapi tidak di buat,,sy keliru,,tq

    • salam… saya pun sama… mungkin perlu bayar selepas tamat belajar atau dipotong sekali gus pada tahun akhir… apa2 pun harap tidak membebankan pelajar

  91. Salam, sy student master upm full time utk kemasukan sept 2011, sy ada bt permohonan online 28/10/2011, sy x faham sy sebenarnya berada pd kelompok ke brapa? sbb lepas permohonan dibuat sy tgok tarikh due hanya utk diploma, degree and master pjj sj yg boleh diketahui kptsn permohonan dia iaitu 8/11/2011..? bila sy blh tahu keputusan permohonan saya?

  92. salam,sya peljr diploma uitm semester 6,sya ingin bertanya bila tarikh sebenar duit ptptn akan dimasukkan ke dalam akaun kami?

  93. farah_uitm shah alam says:

    saya kehilangan kad sspn..bagaimana saya nk cntact pihak sspn bg mendapatkan semula nombor akaun sspn saya..ini bagi memenuhkan borg pinjaman ptptn sy..hopefully,jwpn dibalas secepat mgkn…;)…kerjasama pihak tuan/puan amat sy hargai..

  94. salam,nk tye…sye bljar kt tati uc,bile duit ptptn bg sem 1 2011/2012 akn dpt ?

  95. salam,tnye skit,,,bile ptptn utk uitm sesi november-march(2011-2012) akan diluluskan,,,,???

  96. SHARON IVY MAHIDAL BINTI DAILIN says:

    Salam Sejahtera, saya telah memohon pinjaman PTPTN untuk kemasukan ke OUM,Sabah. Saya sekarang telah masuk semester kedua dan bayarannya agak tinggi. Saya ingin tahu status permohonan saya sama ada berjaya atau tidak? Terima Kasih.

  97. Salam..saya pelajar Politeknik Sem 4 pada sesi disember 2011 yg akan start pada 19/12/2011 nnt…sy akn ke latihan industri..bilakah tarikh duit akn dmasukkn ke dalam akaun kami,,,hrap2 cept skit..ok TQ,

  98. salam saya nk tnye kalau tukar poli kne tulis surat rasmi kpd pihak ptptn tp surat tu atas sebab ape ek? penukaran saluran pembayaran ke penukaran saluran penerima?

  99. Buntu cari jalan says:

    Saya akn smbung blaja pjj kat uitm, sy nk mohon ptptn untuk cover yuran saya mcmane? sbb sy bukak laman web ptptn xde mklumat yg mmbantu pon…. thanks kalu beri pehatian

  100. salam..saya ade satu persoalan..sekiranya diberhentikan dari pengajian disebabkan pencapaian akademik, adakah masih boleh memohon upu untuk kemasukan ke ipta lagi???untuk pengetahuan saya sedang menuntut di ipta dalam engineering tetapi saya tidak boleh bawa pelajaran yang diajar. saya still berusaha dan merasakan terlalu sukar dan mengambil masa yang lama. tinggal 2 minggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan bermula, tapi saya rasakan banyak lagi subjek dan topik yang tidak difahami. Saya risau pencapaian saya tidak memuaskan..saya masih ingin belajar lagi tapi bukan kos engineering, adakah saya masih boleh memohon upu dalam kos yang lain setelah diberhentikan dari universiti…

  101. salam..saya telah memohon pinjaman ptptn bagi kelompok kedua 2011/2012 tetapi wang pinjaman belum masuk kerana saya ada masalah kesilapan mengisi nombor akaun. saya telah membetulkannya dengan memfakskan borang pertukaran maklumat kepada pihak ptptn, saya dimaklumkan akan diberitahu apa2 maklumat dalam masa seminggu..tetapi saya masih belum menerima maklum balas…harap dapat membantu kerana saya amat memerlukan wang untuk pengajian…

  102. honeytangarine says:

    Salam..sy dah dpt tawaran pinjaman, dpt mll email awal bln jan2012 ni tp belum hantar dokumen perjanjian lg..sy x faham, ada 3 soalan, sy perlukan kepastian;

    1) tiada tarikh tamat ke utk penyerahan dokumen?
    2) tiada pengumuman bahawa pegawai ptptn akan datang di upm utk uruskan ptptn ni,
    adakah mereka akan datang atau tidak? adakah saya boleh menghantar sendiri
    dokumen tersebut di alamat damansara?
    3) Saya memohon masa sem 1, tapi dpt kelulusan masa masuk sem 2, perlu ke saya
    sertakan dokumen result sem 1 n surat pengesahan belajar? atau boleh pakai surat
    tawaran saja?
    terima kasih..

  103. fa'in farahin says:

    saya nk tau tentang hjrah,..boleh bgtau x serba sedikit tentang pembayaran semula pinjaman yang mengenai 1% tu….

  104. honeytangarine says:

    salam, bila ptptn nk masuk kt upm sesi thn 2012? utk program mba? mula2 kata rabu 22hb feb 2012, then for undergrad plak 27feb then tunda 28feb-1 mac..bp hari sy bleh dpt bayaran lps hantar dokumen?

  105. sy nk tnye duit pt rakan2 sy yg suda dpt tgl sy jer yg xdpt ag…da hampir 2 mgu..masih tiada… kdang2 ney mslh sy o masalah poli o ptptn ?

  106. ada tak no contact ptptn yg lain?hotline susah la

  107. salam..pd thn 2010,sy msk ke politeknik n dpt wang pendhuluan dr ptptn rm1500.sy dh gunekn duit tu..n then lps 1 bulan bljr,sy berhenti,,sy nk tny mcm mane nak byr blk yew..dh 2 tahun niw..help…

  108. salam,bagaimana dptkn borang penukaran no.akaun

  109. SAYA NAK TANYA, DAPAT TAK SAMBUNG PINJAMAN PTPTN DI INSTITUSI LAIN? KERANA SAYA SEKARANG BELAJAR DI POLITEKNIK.. SAYA INGIN PINDAH MASUK UITM.. DAPAT TAK SAMBUNG PINJAMAN PTPTN DI SANA? PLEASE JAWAB..

  110. salam . bagaimana cara untuk membatalkan permohonan ptptn yang sedang diproses ? dan cara untuk membayar balik wpp ?

  111. salam… saya sudah 4 tahun tamat SPM.. syarat2 untuk memohon PTPTN,salinan sijil "slip" SPM hanya bagi mereka yang baru tamat SPM dalam tempoh 2 tahu.. lebih daripada 2 tahun,kena bagi salinan original SPM.. tapi salinan original saya hilang,dan pejabat pendidikan negeri Terengganu tak dapat nak keluar kan sijil asal SPM.. adakah saya boleh bagi salinan slip SPM?

    -Saya harap pihak tuan dapat membalas nya secepat yang mungkin.. segala maklum balas amat lah saya hargai

  112. assalamualaikum… nak tnya… bila pinjaman ptptn sem ne mau keluar?? pusat pengajian sidma sabah (unirazak)

  113. salam..saya nk tnya..kalau result diploma dpt 3.5 above, pinjaman ptptn boleh tukar biasiswa x?

  114. saya hendak bertanya adakah pelajar asasi ipta menerima wang WPP ?

  115. assalammualaikum…sy nk tnye la…bknaan dgn ptptn ni..biase nye dbyr bile?.ade stgh kolej smpai da msuk sem bru pn msh xbyr2 lg…contoh nilam kolej..adakah ptptn lmbt byr or kolej pgg duit ptptn student?tlg pantau mslh ni untuk student..

  116. Salam..bolehkah saya menunaikan waran wpp yang diterima untuk pendaftaran di ipts?
    Terima kasih.

  117. apa patut sy buat kalau kad SSPN sy hilang ?

  118. Saya kehilangan kad sspn..bagaimana saya nk cntact pihak sspn bg mendapatkan semula nombor akaun sspn saya..ini bagi memenuhkan borg pinjaman ptptn sy..hopefully,jwpn dibalas secepat mgkn…;)…kerjasama pihak tuan/puan amat sy hargai..

  119. Nadiah Ruhani says:

    saya kehilangan kad sspn..bagaimana saya nk cntact pihak sspn bg mendapatkan semula nombor akaun sspn saya..ini bagi memenuhkan borg pinjaman ptptn sy..hopefully,jwpn dibalas secepat mgkn…;)…kerjasama pihak tuan/puan amat sy hargai..

  120. salam, sy nak tanye skit. sy dpt twrn diploma d satu ipta. sy menghadapi masalah ketika ingin mengisi prmohonan online ptptn .malangnya, prmohonan online ini telah ditutup 30 mei yg lalu. apa yg bleh sy lakukan utk mndapat pmbiayaan ptptn ini? Harap dpt dijawab..

  121. selamat sejahtera,sy ingin menanya,,,,,mcm mana sy patut membatalkan permohonan ptptn sebb sy ingin quit di kolej yg sy menuntut sekrg dan ingin kerja dahulu mengumpul duit,dan pasall study sy nak lanjutkan tahun depan………….help me plssssssssssss………..

  122. salam..sye nk tnya.. sye dpt ptptn.. untok sem 2 pon.. duit dh msok.. boleh x kalo sye nk tolak pnjaman ptptn.. sbb mak ayah sya dh mampu untuk mnmpung smua cos pmbljaran sye msa akn dtg.. alhmdllah.. perniagaan fmly sya mkin bgus dan teguh.. so, boleh sya tolak pjman ptptn?? mcm mna sya nk uruskn hal yg bkaitan?

  123. loveuall says:

    saya bakal pelajar kolej saito selangor dalam jurusan security managment jika saya mendapat tawaran daripada kolej lain dan berpindah ke kolej lain adakah ptptn saya akan turut dipindahkan ataupun saya akan membuat pinjaman semula ??

  124. assalam..saya pelajar politeknik kota bharu sem 4..skarang saya sedang jalani latihan praktikal hampir 2 bulan tapi masih belum mendapat ptptn bgi semester ini..pihak HEP ckp mungkin kelompok kedua..so,bilakah tarikh duit akan di masukkan ke dlm akaun kami..tq

  125. Slm…saya merupakan pelajar politeknik.dan saya mahu tye berkenaan kelompok???
    apa perbezaan kelompok 1 dan kelompok 2???
    Sila jwb..

  126. saya pelajar kolej yayasan pelajaran negeri johor sem1.saya telah memohon pinjaman ptptn.saya di letak kan dalam kelompok 2.bilakah pinjaman ptptn akan masuk kedalam akuan saya sedangkan saya sudah menamatkan sem 1?

  127. Salam. Saya merupakan pelajar asasi UIAM. Saya akan melanjutkan pelajaran di universiti yang sama bagi peringkat ijazah. Saya sudah memohon PTPTN tetapi pihak ptptn tidak mengemukan sebarang pertanyaan bagi WPP. Bagaimanakah cara nya untuk mendapatkan WPP bagi ambilan pelajar IPTA februari 2013 ?

  128. mana boleh dapat borang pembetulan maklumat ptptn (bagi keputusan peperiksaan )

  129. boleh reply saya kat fb Hua Hong Chia

  130. saya nak tanya . saya ada terima wang pendahuluan ptptn dan sya cuma msuk ipta 3 minggu, blum lg mohon pnjmn penuh ptptn. skrg ni sya blja dkt ipts pinjaman mara. saya ada terima surat utk byr bliik wpp ptptn tu . so, boleh tak saya nk tangguh atau byar secara ansuran?

  131. as salam..saye pelajar dari UMT ingin bertanya bagaimanakah saya boleh mengetahui status WPP saya samada sudah habis dijelaskan @ tidak..dlaman web mane blh saya melihat resit dan ptongannya..

  132. salam . nak tanya . saya pelajar diploma di ipts dan sekarang berada di sem 4. kalau cgpa 3.8 ke atas setiap sem , boleh ke mohon pinjaman ditukar kepada biasiswa ? kerana apa yang saya tahu , pertukaran pinjaman untuk menjadi biasiswa hanya untuk pelajar ijazah sahaja . boleh tolong jelaskan ? terima kasih ..

  133. special girl says:

    salam. saya dah terima surat ke IPTS. masalah saya sekarang ialah berkenaan borang PTPTN penjaga tu… Ayah kita dah meninggal, mak saya bukan warganegara (indonesia).. Saya mempunyai kakak yang buat masa ini telah bekerja…

    pertanyaan saya penjaga 1 dan penjaga 2 tu bolehke letak nama kakak saya?? sekiranya ibu bukan warganegara, layak tak saya memohon ptptn ini? harap dapat feed back… terima kasih sangat sangat 🙂

  134. misheyadamia says:

    kalau ada lagi masa seminggu sebelum masuk IPT , saya belum lagi membuat akaun SSPN , adakah saya layak untuk mendapatkan PTPTN ?

  135. yoi uitm seri iskandar says:

    assalamualaikum,mintak penjelasan pada yg tahu,sy blaja di uitm smpai sem3 j,n than sy brhnti tnpa surat brhnti,adkah pnjaman ptptn sy akn smbung smpai habis sem6(wlupun xblajar) @ berhenti d stakat sem3 j..?? tlong jelas ?_?

  136. Slm…sy slps 3 minggu brdaftar di poli baru nk mohon ptptn, jadi sy boleh ke dpt WPP ni ?

  137. suzaihan says:

    assalamualaikum , saya student poli sem 1 , masalah saya ialah saya tersilap isi nama institusi pengajian saya , apakah yang perlu dilakukan ? terima kasih .

  138. salam..macam mana nak buat kalau kad sspn saya hilang? saya takut saya tak dapat ptptn…

  139. salam..

    sye dh slah isi ptptn,,sbb isi terlebih awal.ingt boleh isi bile2.mslah besarnye skang dlm tu plak dh slah isi tarikh mula pngajian..patutnye ltak 1/9/2013 tp t'careless ltak 1/7/2013,,n dh hntr pon,,td bru trprasan slah bile tngok info ni… tp status prmhnn die tulis situ 'sedang diproses'.. mcm mane ni? tolong..

  140. izzatyroslan says:

    salam..
    sye dh slah isi ptptn,,sbb isi terlebih awal.ingt boleh isi bile2.mslah besarnye skang dlm tu plak dh slah isi tarikh mula pngajian..patutnye ltak 1/9/2013 tp t'careless ltak 1/7/2013,,n dh hntr pon,,td bru trprasan slah bile tngok info ni… tp status prmhnn die tulis situ 'sedang diproses'.. mcm mane ni? tolong..

    • saya pun da tersilap isi result asasi kt bhgian matriks..ikutkn staf ptptn die kata kalo x same dgn dokumen sokongan die terbatal serta merta dan perlu mmbatalkan permohonan bile da dpt kelulusan..mknanya kne apply utk kelompok 2

  141. salam..saya lepasan matrikulasi..masalah saya,waktu saya mengisi borang ptptn..saya terlupa mengisi maklumat akademik matrik dan hnye ec mklumat spm shj..adakah permohonan ptptn saya di terima?? TQ

  142. saye nak tanya macam mana nak daftar ptptn lagi sekali kalau yang dulu punye terlupa password dan email tak boleh nak bukak .

  143. Wpp untuk sesi disember politeknik bila boleh cek ?

  144. salam

    disini saya nk bertanya sekiranya kad sspn saya hilang ….bagaimana untuk saya dapat kan kembali samada buat yang baru..??? trima kasih..

  145. Salam, saya tidak menerima ptptn pada sem 5 kerana pointer sem 3 saya bawah 2, jadi pointer sem 4 dan sem 5 saya melebihi 2.0 keatas adakah saya akan menerima ptptn semula pada sem 6?

  146. student awam says:

    salam, saya ingin brtanya, betul wang pinjaman akan dikreditkan seminggu selepas penyerahan borang atauponn sebulan selepas pnyerahan borang?,, tolong jawab tau, kerana saya kesempitan wang dan HEPA di ipt saya tidak membantu lngsng,, hmm,, 🙁

  147. Kurosaki Ren says:

    salam..sya ingin tahu cmne bg plajar yg telah mndapat PTPTN tetapi dia berpindah tempat institusi…saya dulu pelajar kolej dan berhenti untuk masuk ke politeknik..adakah saya perlu mmbuat surat pemberitahuan???

  148. Salam, nk tny . Xpe k kalu x buka bank sspn untuk mohon ptptn? Sbb sy buka akaun bank islam. Akaun sspn ni mmg wajib untuj org yg mohon ptptn k? Harap dapat jawab pertanyaan sy ni.

  149. Saya dah cashkan duit WPP. Perlukah saya berdaftar lagi?

  150. salam

    saya tak lulus kelompok pertama sebab tak cukup dokumen semasa membuat semakan di kaunter ptptn di politeknik. Adakah saya perlu membeli no. pin ptptn dan memohon semula untuk kelompok ke-2.

  151. salam, sy baru sahaja dapat tawaran degree. soalan sy adakah sy perlu memohon semula ptptn atau bagaimana?

  152. salam, saya diberhentikan belajar. dan dalam sebulan lagi saya akan melanjutkan pelajaran di universiti yg lain. adakah saya layak membuat permohonan penangguhan bayaran ptptn. saya tidak bekerja. di universiti yang baru itu saya hendak memohan pinjaman mara. tolong jawab pertanyaan saya. terima kasih

  153. Saya nak tanya kalau pengesahan permohonan dah lulus tapi saya xde akaun bank lagi untuk ptptn. Saya boleh tak nak mohon di semester 2? Sebab tarikh tutup permohonan tutup 15 oktober nie.

  154. nurshafirah says:

    Saya nak tanya sy tinggl setahun je lagy untuk habis belajar di ipta..sblm nie saya tidak pernah memohon biasiswa ap2 Pn..blh kah saya memohon ptptn?? Tlng jelaskn????.

  155. isi online,status permohonan berjaya semasa semakan ,click “YA” but then “Kod kursus lo34regenddate telah luput.”…
    Ape maksud “Kod kursus lo34regenddate telah luput.” ?
    Saya kena buat apa kalau jadi macam ni?
    Kena beli no pin baru ke?

    help me please..

  156. muhammad aiman bin ahmad says:

    Assalamualaikum saya baru diluluskan pinjaman ptptn bagi semester 1 sesi jun2015 di politeknik dan masalah saya ialah saya baru menukar kos dari reka bentuk grafik ke elektrikal dan elektronik dan surat tawaran saya menyatakan kos lama saya iaitu grafik dan saya perlu menghantar borang saya selepas cuti raya jadi ape yang perlu saya buat adakah saya perlu hantar borang kos lama saya ataupun macamane?

  157. saya nak tanya, sewaktu isi borang oermohonan tu..system asyik hang..untuk bhagian SPM saya tak perasan rupnya tahun dia bertukar kepada tahun 2015,tapi say ambil SPM 2011..dan saya dah buat pengesahan.. apa yg perlu saya buat? saya tidak ada duit perbelnjaan sekiranya permohonan saya di batalkan..

  158. Saya membuat pendaftaran lewat pada semester September 2015 iaitu pada 22 September 2015 (selepas penghantaran pengesahan pada 17 September 2015)
    Oleh itu, nama saya akan dimasukkan ke dalam status rayuan ke PTPTN untuk pengesahan kelompok kedua.
    Pertanyaan saya,bilakah tarikh pengesahan kelompok kedua dan tarikh pengeluaran bayaran ptptn?

  159. kalau saye sedang belajar di IPTS, tapi kini saye dah dpt tawaran IPTA , bolehkah saye tukar PTPTN yg dipinjam dalam IPTS ke IPTA untuk teruskan? Atau saye

  160. AMINATUL HUSNA says:

    assalamu'alaikum..

    saya baru sahaja mohon ptptn untuk menaja pembiayaan pengajian diploma saya..
    dan saya tersalah isi tarikh peperiksaan SPM saya..saya cuba untuk batalkan permohonan dan nak mohon semula..tapi pembatalan saya di tolak sebap status saya sedang di proses…
    bagaimana saya daftar semula…dan bagaimana dengan pemohonan saya tu..tarikh sebenar spm saya pada tahun 2014..tapi saya ter isi tahun 2016.. apakah yang harus saya lakukan…

    HARAP DAPAT BANTU SAYA…

  161. Assalam, kalau dh isi smua maklumat kt sistem online ptptn tp ttiba kt kursus yg diambik skrg error. Bila dah tukaq ke kursus yang lama baru permohonan brjaya diproses. Sedangkan sy baru tukar kos tp kos yang baru ambik tu asyik error ja. Sy msih lyak dpt ptptn atau x ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.