Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
- Akta Institut Teknologi MARA 1976.
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
- Akta Pendidikan 1996.
Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN.
Syarat-syarat Pembiayaan Pinjaman
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
- Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
- Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
- Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pembiayaan pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN). Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT;
- Tidak mempunyai penaja lain; dan
- Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
Maklumat lanjut berkenaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional boleh didapati di laman web rasmi PTPTN.
Related posts:
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=cd790c94-e94a-4e65-a388-48252d275e67)






salam,,
sy ingin tahu, adakah kolej poly-tech mara ini dbawah tajaan mara.
ini kerana sy mndpt twran untuk belajar disana dlm jrusan dploma kjrurawatan. sy amat mminati bidang ini. adakah sy bleh mndptkan pinjaman drpd MARA?
ini mmandangkan sy bukan dari golongan keluarga yg berada..bantulah sy untuk menyelesaikan masalah yg mmbelenggu sy.
sy juga mndpt twran form 6.tpi sy x berapa mminati.bantu sy..
Lola,
Salam… Ya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah kelolaan MARA. Mereka yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di KPTM ini adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan.
Salam nilam…..
Betul ke pinjaman mara hanya utk ipts….ipta hanya ptptn sahaja…..saya lebih berminat mara memandangkan pnjaman boleh ubah….pnjaman dari badan apa lagi yg boleh ubah… .?tq
Titiyat,
Salam… saya rasa tidak begitu. Pihak MARA ada membuka tawaran pinjaman dan biasiswa dari masa ke masa, dapatkan maklumat di laman web mereka. Cuba rujuk Biasiswa dan Pinjaman untuk melihat pilihan yang ada.
askum..nak tnye..apasal kite org nk habis sem dah tp ptptn baru dpt 2kali..
nie masalah kolej kite or pihak ptptn??
Winter,
Salam… memang sukar saya untuk menjawabnya. Mungkin anda boleh mendapatkan penjelasan daripada PTPTN atau kolej. Lebih baik jika dapat semua yang menghadapi masalah yang sama dapat berkumpul dan melantik seorang ketua atau jurucakap.
nilam.. tlg jwb ptnyaan sy……….huuhhuu..
Budak Baik / Budak Laki2,
Sepatutnya boleh. Anda boleh mendapat mendapat penjelasan lanjut dengan menghubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau datang sendiri One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.
thankzz byk2 nilam…
Askum, saya merupakan pelajar tahun 2 di ipta. sebelum nie saya dapat biasiswa tajaan JPA. tapi,sebab result tak ok biasiswa tue kene tarik balik. saya nak tanya macam mana nk mohon pinjaman ptptn bg membiayai pengajian saya yang tinggal dua tahun je lagi nie? huhu.
Budak Baik,
Sama-sama.
Nak tahu,
Salam… Anda memang boleh memohon jika baki pengajian anda lebih daripada setahun dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Sila rujuk http://www.ptptn.gov.my/ dan http://epinjaman.ptptn.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Askum, saya pelajar baru poli, permulaan sem dulu saya terlupa nak mohon ptptn, sekarang dah terdesak baru perasaan, pertanyaan saya adakah permohonan dibuka sepanjang tahun atau sebaliknya
Fika,
Salam… Anda memang masih boleh memohon, sila berhubung dengan bahagian yang menguruskan perihal PTPTN di politeknik anda atau terus menghubungi pihak PTPTN untuk mengetahui cara permohonan.
salam,sy nk tny…kalo kte wt prtukaran universiti,adkah kte kne byr dlu duit ptptn y dgunakn?cnthnya sy pljr sem 1 di salah satu universiti tmptn,sy tlh mndpt pembiayaan ptptn tp sy xleh bwk dgn progrm yg diambil skrg…sy ade aply uitm disember intake ni…kalo sy prgi uitm,adkh duit pt sy dpotong?adkh sy prlu mmbyr dulu duit yg dgunakan utk mndptkn smula pnjman?….tme kaseh….
i really need ur rspond~
saya pun same cam awak…x bley nk bawa blaja kos engineering kat ipta..saya minat bidang pendidikan..tp saya still sampai final bln 1 ni..da x lame da final.. tp saya still x bley bawak. Kalo result x ok akan diberhentikan, bley apply msuk ipta lg ker????
Aifa,
Salam… Perjanjian anda dengan PTPTN adalah untuk program pengajian dan universiti tempat anda belajar sekarang. Oleh itu setahu saya jika anda berhenti dan masuk IPTA lain, anda perlu tamatkan perjanjian yang sedia ada dan membayar balik pinjaman yang telah diambil. Selepas itu barulah anda boleh membuat permohonan yang baru untuk program pengajian di universiti yang baru tersebut.
Sila hubungi PTPTN di webmaster@ptptn.gov.my atau talian 03-2092 7788 untuk penjelasan lanjut.
salam…
sy pelajar degree ipta, sebelum ni sy dah dpt pinjaman ptptn tp kene tarik balik sbb result x ok. sy nak tny sy stiil ade peluang untuk pohon semula atau tak?
tq..
Akzu,
Salam… saya tidak mempunyai maklumat mengenai. Anda boleh mendapatkan mendapat penjelasan lanjut dengan menghubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau datang sendiri One Stop Center PTPTN di Unit 1S, 2S & 5-6S, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur.
salam..sy nk msk poli bln jan 2010 nie..so sy tlh mohon ptptn scre onlie..
sy nk th bile trikh prmohonan dtutup..?
ptptn nie diuruskn sndiri ato politeknik trsebut?
sy xphm la..
hm,lg satu sy xbkk akaun sspn 2..sya ltk akaun sspn 2 gntikan dgn akun bank islam..boleh ke??
sbb sy dga dowg kte skrg akaun sspn boleh xbkk..itu y sy gne akaun bnk islm..
poli tu syorkn bkk bnk islm..
sy xphm..
Ira,
Salam… setahu saya kelompok pertama tarikh tutupnya pada 20 Disember 2009. Urusan PTPTN dijalankan sendiri oleh pihak PTPTN dengan kerjasama pihak IPTA. Sepatutnya memang boleh sebab akaun SSPN tidak wajib sekarang.
salam..sy dpt twrn politeknik untuk kemasukan bulan januari ni..then mohon pnjmn ptptn ni..sy check pd twrn wang pendahuluan pinjaman,, sy dpt wpp..setahu sy WPP ni utk IPTA sahaja..plizzz jelaskan..tol ke sy dpt???
assalamulaikum, dan salam sejahtera nilam….
saya d tawarkan ke politeknik sesi jan 2010….
pd 01/12/09, saya telah membuat permohonan ptptn….
saya tercari2 bilakah tarikh tutup ptptn poli bg kelompuk pertama….
namun, saya terbaca nilam mengatakan tarikh tutupnya 20/12/2010….
saya selalu membuat semakan dan status permohonan saya masih dalam semakan.
adakah saya tergolong dalam kelompok ke-2?? bilakah tarikh tutup bagi kelompok ke-2???
terima kasih….
salam nilam..i’ve 1 question more..hm,tarikh hari nie adlah 29.12.2009 bersamaan tarikh kelulusan ptptn..kenapa saya pergi ke semakan untuk ptptn nie xde???cmne saya nk th permohonan ptptn nie lulus ato tdk???
Ira,
Salam… memang benar setahu saya WPP ini hanya untuk universiti awam tidak termasuk universiti swasta dan politeknik. Walau bagaimanapun mungkin ada perubahan dasar, cuba hubungi pihak PTPTN sebelum anda tunaikan waran tersebut.
Ma_she,
Salam… Tarikh tutup untuk kelompok pertama adalah 20 Dis 2009 dan tarikh pengumuman permohonannya adalah 29 Dis 2009. Buat masa ini tidak ada maklumat tentang kelompok kedua.
Miss,
Salam.. Benar, setakat masa ini semakan masih belum boleh dibuat. Cuba lagi di lain masa, mungkin pihak PTPTN akan meletakkan pautan semakan tersebut sebentar lagi.
salam nilam..
sy telah pun mengisi form ptptn pd 11/12/09 dan permohonan sy telah pun berjaya..semasa saya hendak menekan butang ‘terima’ tawaran ptptn tersebut baru saya sedar bahawa semasa saya mengisi form ptptn pada 11/12/2009 saya telah tersilap mengisi maklumat kursus dan kod program yang saya ambil..oleh itu apakah yang harus saya lakukan?adakah saya perlu membuat permohonan ptptn yang baru?atau saya perlu ‘terima’ dan mencetak permohonan yang lepas? tolong lah saya…
saya nak tanya mcam mane nk check permohonan ptptn saya??
puas dh saya cari tp xda pn…..
saya nk tnye, bile tarikh ptptn kelompok kedua??
Masz,
Salam…. Pada pendapat saya anda tidak perlu membuat permohonan baru kerana kelulusan permohonan anda adalah berdasarkan nombor MyKad. Cuma anda perlu membuat pembetulan dengan memberitahu pihak PTPTN mengenai kesilapan yang berlaku.
Niyah,
Sepatutnya semakan boleh dibuat di laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my/.
Meera,
Sila rujuk Kelompok 2.
salam….. saya nak tanya macam maner kita nk tahu yg kite dpt wpp bagi kemasukan sesi julai 2010???????????
salam..
saya ada masalah sikit tentang pengurusan ptptn..
sy ada telefon ptptn..untuk tanya apa yang perlu sy buat..
sy sbnarnya tukar u..dr udm ke ukm..masalah skrg adlah…sy ingn menolak dan membatalkan ptptn dan x mahu sambung lg pinjaman ini krn ingin memohon jpa..
maslah skrg..sy sudah isi borng penolakn tersebut…tp blom hntar krana bmbg apa sy wat btul atu slh…sy risau klo2 ada pkra lain yg sy prlu buat sblm isi borg trsebut..yang jd masalah…bla sy kol…operator jwb..pnggln bz…dh dkt smnggu kol…jwpn ttp sama…sy bmbg sgt sbb sy akn masuk ukm bln 7 nti..
hrp dpt bantu sy,,,trima kasih…
Encik, saya menanya bagi pihak anak saudara saya yang berada di Sibu, Sarawak. Dia baru melepasi SPM dan ingin masuk kolej komuniti. Saya nak tahu adakah dia akan dapat buat pinjaman dengan mudah ? Berapakah yuran bayaran setiap bulan ? adakah disediakan tempat penginapan ? Adakah dia diberi RM250 wang belanjaan setiap bulan ? adakah wang ini perlu untuk bayar yuran setiap bulan ? Apakah perbezaan Politeknik dengan Kolej Komuniti ? Mana satu yang perlu dia pilih ?TQVM
Salam. Saya student IPTS buat loan PTPTN untuk diploma. Result memang 3.00 pointer and above. Boleh tak kalau untuk degree di IPTS yang sama, saya nak minta loan MARA pulak?
salam..saya ada soalan..saya baru je tamatkan diploma dari upm.Saya menerima ptptn selama 2 tahun dan telah menamatkan pinjaman tersebut kerana memperolehi biasiswa dari jpa (1 tahun),masalh saya skrg saya dikehendaki membayar semula pinjaman tersebut dan telah menerima notis dari ptptn,adakah saya boleh membuat surat rayuan penangguhan pinjaman?saya risau klu saya x bayar berkemungkinan saya x dapt memohonon ptptn semasa ijazah nnti..tolong jawab pertanyaan saya..sgt risau skrg T_T
salam.. saya ingin menyambung degree ke uitm.. sy ingin tahu bilakan tarikh tutup ptptn untuk sesi julai 2010
salam… sayay btol2 nk tau mcm maner kite nk tau kite dpt ke x wpp ptptn???????? mcm maner nk check die?????? saya dpt tawaran ke ipta bagi sesi jun/julai 2010…… tlg jawab soalan sayer pleaseeeeeeeeeeeeeee
boleh x say mohon pinjaman ptptn tuk program foundation di ipts????…
salam, sy nak tanye..
sy mula pengajian sem2 di politeknik pada 23.6.2010..
tapi bayaran pendaftaran pada 16.6.2010..
bila pihak ptptn membuat bayaran ke akaun bank?
atau adakah saye yang perlu mendahulukan wang pendaftaran tersebut?
salam. saya bakal melanjutkan pengajian di UITM. masalahnya, saya tidak berjaya dan tidak tergolong dalam orang2 yang mendapat wang pendahuluan ptptn, adakah bermaksud saya tidak berjaya mendapat pinjaman ptptn? dan apa yang harus saya lakukan untuk mendapat wang pinjaman ptptn
salam,
saya pelajar degree, UiTM ingin memohon PTPTN sekali lagi kerana pada semester lepas saya terlepas menghadiri penyerahan borang pinjaman dan sekali gus menyebabkan saya tidak mendapat PTPTN.
Soalan saya:
1) perlukah saya membeli no pin yang baru?
2) adakah saya akan menerima wang pinjaman penuh, jika berjaya dalam permohonan?
(sem lepas dan sem ini sekali gus)
Saya merupakan pelajar lepasan kolej matrikulasi dan akan menyambung bagi program ijazah sarjana muda di UTM bagi kemasukan Julai ini.. Semasa saya mengisi borang UPU yang lepas,saya telah bersetuju untuk TIDAK menerima wang pendahuluan pembiayaan PTPTN tersebut.. Tetapi,sekarang saya telah berubah fikiran dan hendak memohon semula pembiayaan PTPTN tersebut.. Apakah yang harus saya lakukan?? Dan,bagaimanakah cara untuk memohon?? Akaun yang manakah harus saya buka,CIMB atau SSPN?? Mohon perhatian…
slm..
adakah SSPN wajib dipohon sebelum memohon PTPTN…
salam,sy nk tau bler duit pt sesi julai 2010 akn msok..?
hye
sy nak tnye , dlu sy amik loan ptptn selame 1semester di ipts tp sy dah stopkan pinjaman,skrg sy di ipta blh ker sy nk smbung atau buat loan baru tanpa byr loan yg lepas?
terima kasih
Anda perlu jelaskan pinjaman yang terdahulu sebelum boleh memohon pinjaman baru. Melainkan anda ada membuat permohonan penangguhan bayaran. Walau pun begitu sila hubungi PTPTN untuk mengetahui polisi terkini.
sy nk tahu trkh pemohonan ptptn kelompok kedua sesi julai 2010 bg program ijazah..
Tarikh tutup permohonan kelompok kedua adalah 15 Julai 2010 ini.
salam..sy nk tnye..ape perbezaan kelompok 1 dan kelompok 2 ipta??sy mndpt tawaran ke ipta di terengganu untuk program ijazah srjane mde sesi 2010/2011 dan sy masih belom mmbuat permohonan PTPTN..yg mane 1 tarikh tutup permohonan??dlm klompok 1 ke klompok 2??
plezz reply….
Salam… pastikan anda membuat permohonan secara online sebelum 15 Julai 2010 ini.
saya ingin meminta bantuan daripada pihak ptptn
saya ingain meminta nombor ibu pejabat ptptn
harap kerjasama rari pihak tuan
terima kasih
Anda boleh hubungi PTPTN di 03-2092 7788.
saye nk tye bler kemasukan wang ptptn bagi sesi julai 2010????
hello, saya dapat tawaran ke ipta untuk program MBA sesi julai 2010 dan sebelum ini saya pernah menerima pinjaman ptptn, saya ingin memohon pinjaman ptptn untuk program MBA sebelum 15 julai 2010
boleh saya boleh hantar surat permohonan penangguhan bayaran balik untuk sarjana muda dan buat permohonan pinjaman ptptn online untk MBA secara serentak?
salam..saye nak taye pasl pinjaman ptptn untuk student pjj.saye da mohon online n die ckp suh semak semule selepas 5 hari bekerja.tapi takde pun..g satu num ptptn 0320927788 tu betol ke?ade 10 kali dah sy kol.tak penah ye dapt..ade num laen x untuk dihubungi?
i applied for ptptn n the loan was for 6 semesters berjumlah 19500 tpi i only got nearly half dr ptptn tu sbb i abes blajar 4 semester je. lg 2 sem tu??? 7800 tu kita akn dpt or will the ptptn organization deduct it? xkan saya nk bayar 19500(tambah faedah) when i didnt use all of the money?
should i sue the organization or should i be passive and be quiet.
satu pertanyaan sahaja dari saya..kenapa la saya xbolh nk semak keputusan permohonan pembiayaan ptptn klompok kedua ni?..lau mcm ni terkejar2 la saya nnt..mna nk urus yg ptptn tu..keja len lg..ptptn ckp bolh semak 23/7/2010 (6 ptg)..tapi sebaliknya yg jd..nk print 24/7(10 pg)…lagu mana ni?..
askom..
sy hanisah pelajar UPSI..
nk mintak tlg semakkan keputusan utk sy..
ni no ic sy 921214065552
SELALUNYE,BILA DUIT PTPTN NAK MASUK KE AKAUN BANK ERK??
assalamualaikum…boleh saya tahu bila agaknya..kemasukan duit ptptn bagi sesi disember 2010?
saya merupakan pelajar politeknik.(peringkat diploma)terima kasih atas kerjesama tuan atau puan..dalam menyegerakan pemberitahuan ini..terima kasih
bleh saya tahu bila duit ptptn untuk sem 2 yang akan bermula disember ini..
saya merupakan pelajar diploma.>>
nilam tolong lah saya,,,,bilakah tarikh kemasukan duit ptptn sesi disember bagi semester 2…..saya pelajar politeknik kota bharu..plzzzz
salam…saya pelajar politeknik semes 5, boleh tahu bilakah pinjaman ptptn akan dikreditkan ke akaun pelajar?…tq
bila kemasukan wang ptptn sesi disember ????dh trdesak sgt ni…
Salam…bile duit ptptn bg pelajar poli akn msk ek???kmi dh terdesak nie…ng umah sewa, mkn, buku g…xkn kene tgu student UiTM msk dlu baru kmi smue akan dpt..x adil la cam 2…klu nk suh family tggung…bkn smue owg berduit…di harap duit tersebut bley dimsukkan secepat yg mungkin…kami sgt22 memerlukannnya…pe2 pn tq ek..
bila keputusan ptptn akan keluar???kata 23/12/2010…tapi,msih dlm proses….tarikh yang sbenarnya bila????
saya juga menghadapi masalah yg sama…dah 27hb daa harini..kenapa masih tiada result untk permohonan kelompok pertama??? kata 23/12/2010…bila tarikh sbenarnye???
http://www.ptptn.gov.my/docs/tentative%20(2).pdf
leh tgk sni..
kalo nak tau jadual duit pt masuk leh ke link ni.. http://www.ptptn.gov.my/docs/tentative%20(2).pdf
salam..
berapa kali kelompok bagi permohonan ptptn desember 2010/2011?
dan salahkah saya apply ptptn dekat epinjaman..??
salam…masalah lorh…da bli no pin 4, 5 kali da….
kali nie baru bleh isi…
da masalh lorh….
silap isi sikit….
dah try call…tp en shahrul x angkat…
siliap isi tarikh kemasukan poli perlis….
tarikh masuk julai 2009, tp tulis 2008…
takut ar x dapat….huhuhuhuuuuu
plisss…bantuan..
da lorh sem5 dah…memeang nk pakai banyak duit sangat sem 5 and sem 6
Blh cuba call lagi @ datang sendiri ke One Stop Centre PTPTN
Salam, saya menghadapi masalah tentang ptptn nie, sekiranya saye telah menerime wang pendahuluan RM1500, bagaimana cara nak bayar balik ye? sye belum memohon pinjaman PTPTN. Sebelum nie sye belajar kat uitm, tapi berhenti kerana ingin meneruskan pelajaran d institusi yg lain. Tapi, pengajian sye d institusi yg baru ini belum bermula, ianya akan bermula sekitar bulan July.
Sye masih confuse bagaimana nak buat penangguhan pembayaran balik wang pendahuluan tersebut, kerana sudah melebihi 7bulan pinjaman ini belum dibayar.
Saye bercadang ingin mengambil pinjaman ptptn pada masa akan datang.
Bantu saye!
Salam… setahu saya wang perdahuluan ini jika telah digunakan perlu dibayar balik dlm tempoh 30 hari jika tidak memohon PTPTN @ berhenti dari pengajian.
Lebih baik Ms K call PTPTN utk mendptkan penjelasan supaya tidak menjejaskan peluang membuat pinjaman PTPTN di masa akan datang
saya nak buat pjj,kalau pjj tu dkt ipts,bole buat ptptn k?
Xpasti la tp blhke ambil PJJ mohon ptptn
saya nak tanya..anak saudara saya dapat belajar d KPM..daftar rm 250…adakah masa masuk kolej 5/7/11 nanti kena bayar lagi….dan loan yg diberi bulan2 perlu di bayar balik
KPM tu kat mana ye Kolej ?
salam,
Nilam, I gt 1 question . .sy pemohon PTPTN kelompok yg ke-2, sesi disember 2011, & my question is,bila sy akan dpt pinjaman tersebut? & adakah nilai yg sy akan dpt sekali ganda ? because semesta 1 sy xdpt .
thank you,hopefully u answer it.
salam…. akan dpt utk semestar 2 ke atas je,,,,
saya nk tnye…saye x mhn ptptn tp saya dpt cek dr ptptn 16 nov 2011..skang saye nk msk blaja blk bln jun ni..adakah saye blh tunaikan lg cek ptptn yg saye dpt pd thn lpas??
cek tu klau xsilap hanya sah utk 1 bulan je….
Hi saya nak tanya bagaimana hendak membatalkan status saya(diluluskan) kerana saya tidak membuat fasa kedua iaitu menghantar dokumen tersebut kerana saya tarik diri dlm course tersebut…. dan sekarang saya hendak membuat pendaftaran baru… tetapi tidak boleh membatalkan butiran lalu……. Apa yg hendak saya lakukan?
yo, saya pun ada masalah yg sama..tolong saya jugak haha
rasanya ni kena datang sendiri @ call ptptn ….
salam…saya trima twaran ijazah di usm..adik saya pula poli kota bharu.. intake sy bulan 9 n adik sy bulan 11…my prob is….kt website ptptn uw..dy ckp trikh ttup 30 june n 30july…sy da beli no pin n dftr on9 di website ptptn…but ble sy nk sah kan..du tulis failed sbb dy ckp kene mohon 30hari b4 msuk uni…but the dateline? plez clear this thing out for me…tq
rasanya nanti ptptn akan buka lagi permohonan…. ciba call mereka utk kepastian
salam En.
saya pelajar UiTM peringkat diploma dan baru tamat pengajian pada may lalu dan kini mendapat tawaran dari pihak uitm utk smbg ke peringkat degree pada bln sept 2011 ini, saya nk tanya, perlu ke saya membuat seluruh proses utk pinjmn ptptn dan bila saya harus membeli no pin ptptn sbb intake saya lama lagi..dan perlu isi di talian ke setelah membeli no pin tersebut…terima kasih en nilam
Salam… memang perlu buat sendiri semua urusan ptptn tu. selepas beli nombor pin perlu log in. biasanya ada dua kelompok permohonan, kalau x silap thn ni tarikh tutupnya pertengahan ogos & september.
cuba call ptptn utk mendptkan tarikh yg sebenar
kes sambung belajar ni kalau xsilap ada prosedurnya sendiri… cuba call ptptn utk kepastian
helo…ni pelajar mmu melaka doing degree in banking and finance..when we will get our loan for semster 4?
ni kena tanya terus dgn mmu & ptptn
Hi,nak tanya sikit pasal PTPTN…I dah beli nombor PTPTN & juga dah jadi ahli…..Setelah smua butiran dihabis isikan,smasa i bt pengesahan …..tak blk sbb .kat situ paparkn bhw mohon sebelum 30hari seblm tarikh pengajian Ipta…
Tarikh start pengajian i ialah 7/9/2011…..
nak bt ape ni??????????????
takpe… masuk semula esok atau dlm minggu depan utk melengkapkan permohonan
salam sye nk tanye kalo sye dh isi form ptptn online. permohanan sye dalam proses tapi sye terlupe nak isi result mtrk sye…sye dh beli id ptptn yang bru tpi x dpt nk batalkan permohonan sye.ape yang harus sye buat?
salam…. rasanya boleh kemaskini xperlu batal & mohon baru
cuba call ptptn
mcm mne call ptptn x dpt.. nk kmaskini mcmmne????
mmg line ptptn susah nak dapat… cuba call lagi
tapi kalau ada peluang lebih baik datang sendiri jumpa mrk
ape beza antara kelompok prtama ngan kelompok kedua ni ? xpaham la , permohonan ptptn die bukak dua kali ke cmne ?
Tak ada beza antara dua kelompok cuma memberi lebih peluang kepada pemohon
sy da dpt tawaran ptptn.tp dlm borang tu sy tersilap isi course sy.bila sy call ptptn,mereka ckp kalau t’salah isi course,permohonan tu t’batal dgn sndiri dan kene apply ptptn utk fasa 2.perlu ke sy batalkan twaran pertama ni sblum mohon fasa 2 ? mcm mne ?
tak pasti pulak…. cuba call semula ptptn
kalo nk wt permohonan skali lg,isi dkt bhgian mne ? yg ade tulis tarikh n mase tu ke or yg tulis pndaftaran baru tu ?
pendaftaran baru
bla duit ptptn akan masuk sesi september 2011-jan 2012
salam.. saya nk tya. saya baru dftar masuk U.Malaya pd 4hb 9 2011.. sya pelajar smester pertama. saya mndapat wang pndahuluan ptptn. prmohonan ptptn saya dh diluluskan. sya cuma nak tahu. adakah ptptn akn mmbayar yuran semester 1 dan hostel ni?
Salam… ya pihak um akan potong terus bayaran yuran & hostel
salam..saya dah menghantar borang permohonan kpd staf ptptn yg dtg kampus saya bru3 nie..boleh saya tahu bila duit pt akan dimasukkan dalam akaun saya?kerana saya belum membayar yuran..skrg saya menunggu duit pt bru boleh bayar..saya kesempitan masalah kewangan skrg..tarikh tutup byar yuran bulan 1o nant,,dan yang saya tahu sblum duit ptptn msuk, saya msih boleh tidak bayar duit yuran sehingga tngu duit ptptn msuk..betul ke??n sem. lepas senior saya ckp duit pt msuk slepas 1 bulan lebih..betul ke?harap dapat membantu saya sgt…terima kasih..
salam… betul tu biasanya ambil masa 1 bulan utk wang ptptn diberi kepada pelajar
tentang yuran itu jangan bimbang… bila wang ptptn masuk barulah bayar
Saya telah menerima satu message dari ptptn dan berkata permohonan saya telah diluluskan. Tetapi saya tidak lagi guna wang itu dan juga tidak tahu wang itu sudah masuk ke dalam akaun saya tau tidak. Masalah adalah saya tidak mahu menyambungkan dan ingin membatalkan pinjaman ptptn. Mcam mana untuk membatalkan ptptn loan…Tolonglah saya…kecemasan ni dan memerlukan pertolonggan anda…Ribuan terima kasih.
Perlu isi borang utk membatalkan pinjaman ptptpn tu
betol ke ape yang saya dengar duit ptptn itu akan masuk dlm akaun stdent pada 29/9/11? o nxt week ?
betul….
salaaam, bagi kelompk 2 di ipta , duit tu bile dapat? kami semua risau.
bila kelompok 2 dapat duit ptptn?
biasanya sebulan selepas serah dokumen
saya dpt ptptn mase smbg belajar di kolej.tapi kemudian saya berhenti.sekarang saya smbung blajar di UM tapi x dapat ptptn.Pihak ptptn suruh bayar dahulu sedangkan saya masih blajar.mcm mane nak selesaikan masalah saya nie.macm mane nak wat penanguhan bayaran.boleh ke melaui hep u saya?
memang peraturan ptptn mcm tu… cuba tanya dgn bhgn hep mungkin mrk blh membantu
bila duit ptptn bg ijazah sarjana muda UiTM sesi sept 2011 di terima????ade sebarang tarikh bagi kampus cawangan?sebab ade sesetengah UiTM sudah terima. harap maklum balas terima kasih…
biasanya dalam masa 2 – 4 minggu selepas penyerahan borang & dokumen
askum..saya nk tnya nie..sya bdak dgree kmasukan sept 2011..sblum nie sya ambil dip..msalah saya ialah..adakah ptptn akn mnta salinan sijil spm sbg dokumen sokongan,..krana ptptn kata sijil yg berusia lbeh dr 3 tahun tidak sah..
salam… tidak pasti pulak
salam..sy tak paham tentang kemasukan duit selepas penghantaran dokumen..ada yang dua minggu dan ada yang sebulan..memang tak sama ke untuk tiap ipta?
salam… betul tu.. berbeza2 mengikut ipta
ok..saya pelajar dari usm..dan dokumen dihantar pada 28 september baru baru ini..boleh tak saya tahu bila duit akan didepositkan..sebab sy amat memerlukan duit sekarang..agaknya bile masuk ye..tq
salam..sy ade soalan nie…sy plajar bru diploma tahun1 kt universiti malaysia pahang..kalau boleh thu..bila duit ptptn utk semester 2 akan dikeluarkn…
sy ingin thu bile duit ptptn utk pelajar baru diploma semester 2 akn dikeluarkn..sy blaja kt ump…thanks
kena semak dgn HEP & PTPTN ni
oh…okey..thanx…
salam,,sy nk tanye,,bile kami perlu membayar balik wpp,,surat bil wpp telah di hantar ke rumah sy,,sy bru saje tamat sem 3,,dulu pihak ptptn mgatakan wpp ak di potong setiap bulan tetapi tidak di buat,,sy keliru,,tq
salam… saya pun sama… mungkin perlu bayar selepas tamat belajar atau dipotong sekali gus pada tahun akhir… apa2 pun harap tidak membebankan pelajar
Salam, sy student master upm full time utk kemasukan sept 2011, sy ada bt permohonan online 28/10/2011, sy x faham sy sebenarnya berada pd kelompok ke brapa? sbb lepas permohonan dibuat sy tgok tarikh due hanya utk diploma, degree and master pjj sj yg boleh diketahui kptsn permohonan dia iaitu 8/11/2011..? bila sy blh tahu keputusan permohonan saya?
Salam…. lebih baik Alwani call terus PTPTN utk mendapatkan penjelasan
salam,sya peljr diploma uitm semester 6,sya ingin bertanya bila tarikh sebenar duit ptptn akan dimasukkan ke dalam akaun kami?
salam… biasanya pihak ptpn & bahagian hal ehwal pelajar tahu mengenai perkara ini
saya kehilangan kad sspn..bagaimana saya nk cntact pihak sspn bg mendapatkan semula nombor akaun sspn saya..ini bagi memenuhkan borg pinjaman ptptn sy..hopefully,jwpn dibalas secepat mgkn…;)…kerjasama pihak tuan/puan amat sy hargai..
boleh pergi ke mana2 agen SSPN atau berurusan terus dgn PTPTN utk mendapatkan semula nombor akaun itu
salam,nk tye…sye bljar kt tati uc,bile duit ptptn bg sem 1 2011/2012 akn dpt ?
salam… hubungi bahagian hal ehwal pelajar kolej anda
salam,tnye skit,,,bile ptptn utk uitm sesi november-march(2011-2012) akan diluluskan,,,,???
Salam Sejahtera, saya telah memohon pinjaman PTPTN untuk kemasukan ke OUM,Sabah. Saya sekarang telah masuk semester kedua dan bayarannya agak tinggi. Saya ingin tahu status permohonan saya sama ada berjaya atau tidak? Terima Kasih.
sila hubungi terus ptptn utk mengetahui status permohonan
Salam..saya pelajar Politeknik Sem 4 pada sesi disember 2011 yg akan start pada 19/12/2011 nnt…sy akn ke latihan industri..bilakah tarikh duit akn dmasukkn ke dalam akaun kami,,,hrap2 cept skit..ok TQ,
sila hubungi bahagian hal ehwal pelajar politeknik utk mendapatkan maklumat ini
salam saya nk tnye kalau tukar poli kne tulis surat rasmi kpd pihak ptptn tp surat tu atas sebab ape ek? penukaran saluran pembayaran ke penukaran saluran penerima?
Saya akn smbung blaja pjj kat uitm, sy nk mohon ptptn untuk cover yuran saya mcmane? sbb sy bukak laman web ptptn xde mklumat yg mmbantu pon…. thanks kalu beri pehatian
salam..saya ade satu persoalan..sekiranya diberhentikan dari pengajian disebabkan pencapaian akademik, adakah masih boleh memohon upu untuk kemasukan ke ipta lagi???untuk pengetahuan saya sedang menuntut di ipta dalam engineering tetapi saya tidak boleh bawa pelajaran yang diajar. saya still berusaha dan merasakan terlalu sukar dan mengambil masa yang lama. tinggal 2 minggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan bermula, tapi saya rasakan banyak lagi subjek dan topik yang tidak difahami. Saya risau pencapaian saya tidak memuaskan..saya masih ingin belajar lagi tapi bukan kos engineering, adakah saya masih boleh memohon upu dalam kos yang lain setelah diberhentikan dari universiti…