Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011

TERKINI : Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN bagi tahun 2011 mulai 1 Ogos 2011 pukul 5:00 petang. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

Terima kasih kepada Anak Rantau yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut: Biasiswa JPA PIDN 2011

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2011;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
    • Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012.;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010)
    Gred A- dalam 7 matapelajaran & kepujian dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Malaysia, atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2010)
    CGPA 3.50 (Minimum 4 matapelajaran gred B) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
    CGPA 3.50 (Minimum 10 mata pelajaran dengan gred minimum Jayyid Jiddan) atau
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma
    CGPA 3.50
  • A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
    12 mata (gred minimum B dalam 3 mata pelajaran)
  • International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
    37 mata

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Kritikal – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
  • Keutamaan – Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.
  • Profesional – Sastera Ikhtisas – Sains Perubatan Veterinar, Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
  • Lain-lain – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Bidang Yang Tidak Ditaja

  • Pendidikan;
  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan. Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari
    1. http://esilav2.jpa.gov.my atau
    2. http://www.jpa.gov.my atau
    3. Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2011 (PIDN)
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 ini ialah pada 7 Ogos 2011 (Ahad) 11:59pm. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 ini dijangka akan diumumkan pada 23 September 2011 30 September 2011 di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

127 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011

  1. salam…saya dpt biasiswa jpa..tp mcm mne dan bile saya akan dapat biasiswa tu?

  2. salam..nak tanye..saye ade dengar kalau course macam farmasi,medic tu automatik akan ditaja..betul ke?saye dapat course farmasi..saya keliru..ade sape2 boleh beri penerangan tak?terima kasih..

  3. julia awg.din says:

    wah! sy org pertama:)

  4. saya nk scholarship~~~ says:

    ape scholarship yg ade ditawarkan utk bebdk degree kursus pendidikan??saya betul2 nk kn scholarship tp x jumpe2 scholarship 4 education~~~

  5. salam. mengapa saya tak dapat masuk ke link http://eputra.visibli.com/7246e3932c31aa84/?web=f… ? kata nya 'ralat'.
    adakah ini kerane ramai yg mencuba dalam sekali gus ?

    dan jika saya click ke laman web jpa atau esila, saya tak tahu hendak ke mane…

    sila hulur kan bantuan. saya menghargainya. 🙂

  6. salam. mengapa saya tak dapat masuk ke link http://eputra.visibli.com/7246e3932c31aa84/?web=f… ? kata nya 'ralat'.

  7. kenapa xde pn permohonan tu??JPA tutup dlu ke permohonan??msti rmai yg tgah isi skrg~huhuhuhu,,

  8. pukul 5 ptang permohonan dibuka

  9. boleh buat rayuan ke kalau cgpa 3.4

  10. sy dpt tawaran sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan mekanikal), boleh x sy buat permohonan jpa?

  11. Salam, bagaimana untuk mendaftar kata laluan? Kerana saya tidak dapat masuk ke http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran

  12. syarat2 yang tidak layak memohon =Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012…tapi sy sekarang sem 3(dahlaa masuk bulan 6 awal sem ini)..adakah sy layak utk memohonnya..sedangkan mana adil sy masuk oct 2011 n jpa buka setahun sekali sy mana sempt memohon….tetapi di samping itu dia jugak kata menaja bidang sains or sastera tahun kedua ke atas..or just for degree..?

    • Yang tahun kedua ke atas tu mmg utk ijazah jadi kalau ikut syarat qistina mmg tak boleh mohon tapi cuba call JPA perjelaskan kedudukan qistina mungkin ada harapan

  13. Salam,
    Dokumen sokongan perlu dihantar selewat-lewatnya bila eyk?

    • salam… penghantaran salinan sijil-sijil tidak perlu, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” tapi tidak pula disebut bila tarikh akhir hantar, cuba call JPA

    • Selewat-lewatnya 15 Ogos 2011

  14. cgpa 3.41..agak2 dapat ke x ehhh????nak JPA!!!..;(

  15. salam 1 malaysia…
    kalau sye mula dftr ipta pd jul 2010..
    dan akn dtg sye dftr untuk sem 3 pd buln sept nie…
    sye trgolong dlm kelayakan yg mne satu ye??
    pelajar tahun ke2??
    kalau sye trgolong dalam pelajar tahun ke2…
    boleh x sye gune kelayakan diploma yg ada…

  16. kalau sy dftr ipta jul 2010,skrg thn 1 sem 2,
    p'hantaran dokumen salinan keputusan peperiksaan mengikut kelayakan
    yang perlu saya hantar ialah sijil diploma ke? (sebab kelayakan saya masuk ialah diploma)
    perlu hantar keputusan yg dapat kat ipta juga ke?

  17. semoga berjaya kepada kita semua yg memohon ya…hehehe…napa dia tnya penah mendapat tajaan biasiswa bkp atau x?..kalau pnah, x layak kot dpr bsswa jpa ni kan..

  18. nor faizah binti ramli says:

    assalamualaikum..sahabat semua..sy nak tanye..sy isi biaiswa jpa pidn pd hari isnin dan cetak skali slip permohonan..mase hari sy cetak nie x de plak dinyatakan suruh pos ic plajar..tp hari nie sy cek and cetak balik, baru ada dinyatakan..mcm mne ea? better sy pos yg salinan ic je ke or mcm mne ye? please help me.

  19. slinan result asasi yg last ke nk smuenye tuk pos?????

  20. mohammad firdaus says:

    sy nak tanye.. sy tak faham tentang bahagian maklumat keluarga tu…
    butiran bapa dan ibu tu ade minta no k/p baru dan lama.. bila sy nak isi no k/p baru bapa atau ibu sy, ade tertera perhatian. setiap kali sy nak isi, akan keluar notis tu.. jadi sy nak isi pun tak boleh langsung..
    sy cume dapat tulis bahagian no k/p lama sahaja..
    jadi ape yg boleh sy buat skrg ni ye? mohon bagi pendapat.. T__T

  21. salam,saya nk tny,dekat borang jpa bahagian keluarga tu,dia kn ad suruh isi bilangan tanggungan keluarga termasuk ibu bapa. so,bilangan tnggungan tu termasuk pemohon ke? terima kasih.

  22. Halo..saya masuk UKM bln Julai sesi 2010/2011..Sept ni akan masuk second year..skrg ni sy kena isi tahun satu atau dua ni?keliru larrr???

  23. salam.saya xfaham.kena hantar sijil atau slip exam pape ke?slip pengesahan tu ape?tgk dekat mana?

    • salam.. bila dah habis isi form online akan sampai di Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011, di situ ada nyatakan apa dokumen kena hantar jika ada

  24. oouu and last tarikh hantar dokumen tu semua bila?ahad ni ke?

  25. Anniejuan says:

    slam sejahtera, saya pelajar IPTA yang akan sambung tahun 2, semester 1 september nanti, apakah tempoh pengajian saya?

  26. salam.,saya bulan sept ni 2nd year..saya kena hantar slip exam yang 1st year pnyer or matrik pnyer?

  27. salam,saya nak masuk 2nd year september ni.nanti kena hantar kat jpa slip exam yang 1st year pnye ke or matrik pnyer?…lagi satu saya pnya ayah dan bersara.slip gaji kena bagi juga ke?and jawatan die kena isi ke?kalau dia pesara

  28. salam…nak tanya, sept 2011 ni saya start ijazah. saya baru habis dploma mei lepas and sept ni terus masuk sem 3. saya dikira dalam kemasukan 1 ke 2..? tak paham laa.. & pengajian sekarang tu saya kena pilih ijazah lahh?
    lagi satu… bahagian adik beradik tu nak isi semua nama adik beradik ke..? kat panduan isi borang jpa kata cuma adik beradik 18 + yg pernah atau sedang study kat ipt.. cam mana ek? sori byk tanye….

    • salam….
      – pengajian skrg ijazah, kelayakan masuk diploma
      – hanya adik beradik yg berumur 18thn & ke atas yg pernah @ sedang belajar di mana2 IPT

  29. Aslkm… nak tanye lagi…

    untuk pengajian sekarang, yg ruang cgpa tu nak letak cgpa masa sem akhir dploma atau biarkan kosong…?
    terima kasih sebab membantu…

  30. Aslkm… nak tanye lagi…
    utk butiran pengajian sekarang, saya baru nak daftar dgree sept ni and terus ke sem 3.. saya dikira tahun pertama ke atau dua..? & saya dikira sesi kemasukan 2010/2011 atau 2011/2012..?

    untuk cgpa terkini nak letak cgpa masa sem 6 dploma atau biarkan kosong…?

    terima kasih membantu….

  31. salam,

    sy inginkan kepastian..
    adakah semua kursus yg terletak di fakulti perubatan termasuk dlm kursus perubatan yg secara automatik akan ditaja jpa?
    kerana ada sesetengah ipta yg mempunyai kursus yg sama tetapi bkn dalam fakulti perubatan..

  32. aslkm… nak tanye skali lg…
    kalau saya tahun 2, jadi utk ruangan sem pengajian sekarang kena letak sem 3 & ruangan tempoh pengajian kena letak 4 sem ke? sebab start sem3 habis sem 6..
    tarikh mula pengajian utk uitm x de dkt surat tawaran.. so, boleh ke letak tarikh mula kuliah ikut yg tertulis kat website uitm..?
    terima kasih…

  33. salam….

    saya lepasan diploma, jadi sesi kemasukan saya sept nie 2011/2012 ke…?

    kenapa dkt butiran pengajian sekarang, saya pilih tahun 2 tapi pilihan sesi kemasukan cuma ada 2009/2010 & 2010/2011..?

    tolong betulkan kalau saya ada silap.tq

    • salam…. kalau lepasan diploma yg baru akan daftar masuk program ijazah september ni maknanya butiran pengajian shah sepatutnya tahun 1 sesi 2011/2012

  34. assalamualaikum….

    saya nk tanya pasal slip gaji/pendapatan. saya ada masalah sikit..bapa saya dulu bekerja sebagai anggota polis. dia telah meninggal dunia sebelum pencen..ibu saya tidak bekerja. jadi duit yg ibu saya dpt tiap2 bln 2 adalah duit pencen ayah saya selepas dia meninggal. duit 2 terus di msuk kan ke dalam akaun ibu saya..so, slip nya tiada..jadi, perlukah saya membuat surat atau membuat slip pendapatan?

  35. jpa x nyatakn slip gaji ibu bapa trbaru or else..so sya post la slip gaji bapa yg bulan mac nyer….x salah kan asalkn jwtn masih sme

  36. assalamualaikum…

    saya ada masalah mengenai slip gaji/pendapatan. bapa saya bekerja sebgai anggota polis. dia telh meninggal dunia sebelum pencen. ibu saya tidak bekerja dan mendapat duit bulanan daripada duit pencen ayah saya selepas dia meninggal. duit tersebut di masuk kan terus ke dalam akaun ibu saya. jadi tiada slip. adakah saya perlu membuat surat atau slip pendapatan?

    terima kasih..

    • waalaikumsalam…. rasanya dgn menulis nombor pencen & jumlah pencen blh diterima… apa2 pun esok cuba call JPA utk kepastian

  37. salam..
    kalau ijazah sarjana muda macam saya yg mula pengajian sept ni dgn sem 3 tahun 1.., so sem pengajian sekarang kena letak sem 1 atau sem 3…? agak confiusing la..

  38. salam..tumpang tanya..kalau ibu bapa tidak bekerja macam mana ye?nak kena hantar slip pengakuan tidak bekerja and minta cop pengesahan ke?tq in advance sudi jwb soalan saya..=)

  39. EMILLIA KAMARLIS says:

    slam

    ayah sya bekerja sendiri. jadi kena buat sendiri ke surat pengesahan pendapatan tu? sy ad search borang pengesahan pendapatan ibu bapa untuk program pidn 2011, p takde la.cmne ye. yang ad jz borang pengesahan pendapatan keluarga piln 2011. boleh ke sy guna borang tu ?? trmA KSH

  40. saya terlepas tarikh untuk apply..memang takde peluang dah ke?? bila pulak saya boleh mintak kalau saya sambung ijzah bulan 9 ni?

  41. saya nak tanya,kenpa USM (UNIVERITI APEX) KENA POINTER LEPASAN DIPLOMA 3.7? YG LAIN SEMUA 3.5.X ADIL.

  42. salinan yang kene sah kan tu… nak mintak kat sape je yg sah kan?

  43. syalsabila says:

    salam. tumpang tanya. saya ada masalah dengan penghantaran surat ni. hari sabtu dan ahad pejabat pos dah tutup. so, rase2 sempat lagi tak nak hantar hari isnin minggu depan?

  44. saya pon macam syalsabila..kalau lewat hantar mcm mana ye? kena reject ke nanti??

  45. mohdhakim94 says:

    slm, ad peluang x untk student aliran sstra mohon biasiswa ke universiti luar negara(lepasan SPM)?

  46. mohdhakim94 says:

    slm, sy dh tgok syarat biasiswa ke luar negara, syarat minimanya msti dpt A- dlm 9 sbjek in SPM(SYARAT LEPASAN SPM 2010 )sy adlh calon SPM 2011,,sy hnya ambil 8 sbjek ,ada peluang x untk dpt?

    • salam… bukan 9 tapi 7 subjek je….

      • mohdhakim94 says:

        slm,,mmg 7 sbjek, tp kt situ dia tulis 7 sbjek untk mata pljrn yg dh ditetapkan n 2 sbjek lg lain2 sekurang-kurangnya A-..mknanya 9 sbjek lh kn?

        • Salam Hakim…. syaratnya minimum 7 subjek A- & kepujian dalam lain-lain subjek… apa yang saya faham kalau Hakim ambil 8 subjek maknanya Hakim kena dapat sekurang2nya A- untuk 7 subjek & 1 subjek lagi tu mesti kepujian untuk layak memohon.
          syarat tu tak sebut lain2 subjek tu berapa subjek

  47. salam, bila keputusann ya kelua? boleh bila link nya tak? cakap hari ni 23/9/2011 keluaa. terima kasih:)

  48. blh sy tau bila kptsn jpa kuar?ada kta 23/0, ada kta 30/9..mohon update

  49. rayuan jpa ad kn?…ble?

  50. ryuan jpa ad kn?…ble?

  51. salam..saya student um sesi 11/12…saya berjaya dapat tawaran jpa…sy nak tanya..siapa saja boleh jadi penjamin & apa kriteria2 .buat pengetahuan saudara..ibu bapa saya sudah tidak bekerja & hanya harapkan pemberian wang dari adik beradik..jadik untuk ruangan penjamin saya kena 2 penjamin ker??
    terima kasih..

  52. salam..boleh tak kalo saya nak guna ibu bapa saya sebagai pnjamin..tp mereka sudah tidak bekerja?

    • Nitrosoamine says:

      semasa isi maklumat penjamin… dia ada nyatakan dkat situ syarat2nya…….
      nanti cuba baca…….

      • erm..problem dier kan..website jpa mmg x leyh nk bukak..asik server pblm jeh..so mmg x dpt nk tau boleh ke x..:(

        • Nitrosoamine says:

          sya sempat buka smpai langkah yang ke lima… langkah yang keempat dia suruh tulis nama penjamin, dia nyatakan skali syarat2nya dkat situ….. sabar, x lama lagi ok lah website tu….. 🙂

          • hurmm..kena hantar sume dcmnt on this friday kan…
            td sya dh call jpa tnyer..dier ckp dorg tgah btulkan laar sal website tuh..
            aduyai..

            • Nitrosoamine says:

              sbnarnya…. ada dcmnt kena download dkat situ…… sya ada cba buka tp x bule….. susa kta mau antar klu x da docmnt 2…..
              skunk, pun masi x bule……

              • bukan ader jeh..mmg sume dcmnt kne download kt ctu kan..adui..mcm ni sush laar..sbb kalo x slah sya..kena anta sume on this friday jugak!!kusut jeh pk sal jpa..huhu

  53. kalau x berjaya boleh buat rayuan kan? n macam mane nk buat rayuan? plezz i need help here..

  54. Siapa tau apa maksud ni~

    Mereka Yang Tidak Layak Memohon
    Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.

    Pelajar yang macam mana tu?

  55. assalamualaikum dan selamat sejahtera..saya pelajar usm dan layak mendapat tajaan biasiswa..saya nak tanya apa laman web yang perlu saya pergi untuk melihat maklumat -maklumat dan dokumen-dokumen lain mengenai penerimaan saya dalam biasiswa ini kerana saya telah cuba beberapa kali tapi tak dapat..harap pihak tuan puan dapat membantu saya..terima kasih..

  56. assalamualaikum

    saya pelajar uitm dan dah berjaya mendpat pmohonan PIDN
    dan dalam proses menghantar dokumen yang dimuat turun dari epenawaran.
    Ayah saya menjadi penjamin, pendapatannya 1000+ tetapi mempunyai hutang2 dari pinjaman yang belum dilangsaikan.
    Soalan saya, walaupun saya sudah berjaya mendapat surat tawaran tajaan PIDN, adakah permohonan saya akan ditolak sekiranya penjamin sedikit bermasalah?

  57. SHAFIE HASSAN says:

    salam nak tanya. napa saya dengan pointer stpm 3.5 tak dapat biasiswa jpa???????

  58. Salam..
    nak tanya.. katakan saya dapat degree ke law uitm which takes 4 years=8 semester.
    and saya nak apply for jpa pidn scholarship..
    salah satu syarat dia adalah sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2)..

    soalan saya: apa maksud tahun kedua (2) tu? adakah semester 2 atau sudah 2 tahun belajar law uitm?
    thanx.

  59. as'salam….. sy nk tnye, klu sy buat fast track uitm tp sy blm daftar lg & just ad result terkini diploma sem1-3 sahaja. layakkah sy memohon biasiswa?tq..

  60. […] juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 dan 2011 sebagai […]

  61. […] juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010, 2011 dan 2012 sebagai […]

  62. salam.
    saya dh tahun kedua. pointer bg setiap sem jabatan elektrik bagi kpt berapa ye. dan slip keputusan tu. kene saya yg hantar ke jpa atau hep uruskan.

  63. salam……
    nak tanya saya tersilap masuk pendapatan penjamin tpi tarikh megemas kini dah tamat camne ye nak betulkan semula…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.