Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN bagi tahun 2012 mulai 6 Ogos 2012 pukul 5:00 petang. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2012/2013 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

Biasiswa JPA PIDN 2011

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Universiti Luar Negara Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

  • University of Nottingham
  • Monash University
  • Swinburne University of Technology
  • Curtin University of Technology

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua dan ke atas dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
    • Peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

B. Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di atas sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) – Gred A- dalam 7 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, atau
  • Pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA – CGPA 3.30 (CGPA terkini), atau
  • Pelajar tahun satu dan ke atas IPTS dan Kampus Cawangan – CGPA 3.50 / 70% / HD / B (CGPA terkini atau setara), atau
  • Matrikulasi / Asasi / STPM – CGPA 3.75
  • Diploma / Lepasan Diploma – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Walau bagaimanapun, pelajar perlu memohon penajaan secara dalam talian (online) bagi memastikan pelajar berminat dengan program ini.

Bidang Tajaan

  • Keutamaan – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
  • Sains Kesihatan Bersekutu – Dietetik, Bioteknologi Perubatan, Sains Veterinar, Sains Forensik, Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan, Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains Perubatan Kecemasan dan sebagainya.
  • Sains Sosial – Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi, Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi, Sosiologi, Komunikasi, Perniagaan, Pemasaran, Kewangan, Perbankan, Perdagangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pelancongan, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Sains Aktuari, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, Teknologi Diperbaharui, CCI dan lain-lain bidang NKEA.
  • Sastera – Bahasa, Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin.
  • Sains Tulen – Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.
  • Kejuruteraan – Mekanikal, Elektrik, Elektronik, Kimia, Aeronautik, Automatif, Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah.

Penajaan dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah tertakluk kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 1 Ogos 2012 iaitu penajaan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan tidak ditawarkan pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di IPTA tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bidang Yang Tidak Ditaja

  • Pendidikan;
  • Penerbangan / Penyelenggaraan Pesawat;
  • Diploma / Ijazah Kejururawatan dan Separa Perubatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar / Secara Luar Pesisir (OFF-SHORE) dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250 dan elaun kertas projek RM 150.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500 dan elaun kertas projek RM 150. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari
    1. http://esilav2.jpa.gov.my atau
    2. http://www.jpa.gov.my atau
    3. Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2012 (PIDN)
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Penghantaran Dokumen

Calon yang telah memohon secara dalam talian diwajibkan untuk mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Borang Pengesahan Pendapatan Keluarga.
  2. Slip Gaji Ibu/Bapa

Dokumen tersebut perlu dihantar secara pos ke :

  • Unit Penawaran
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya

Dokumen tersebut perlu diterima oleh JPA selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini ialah pada 12 Ogos 2012 16 Ogos 2012 (Khamis). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini dijangka akan diumumkan pada 18 Oktober 2012 21 September 2012 di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2012.
  • Rujuk juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat pidn2012@jpa.gov.my

133 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012

  1. jenuh send email kat alamat emel yg diberi, tak sampai pon.

  2. salam. mcm mne nak buat permohonan? sy da buka link yg ad tu tp xjmpa pn borg permohonan. sy click kt link http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/pidn/index… tp tetap kua page yg sme. harap dpt mmbntu. terima kasih.

  3. Siti Syazanie says:

    Saya ditawarkan kursus perubatan MD-UKM di AUCMS (IPTS). Kelulusan saya matrikulasi PNGK 4.0, MUET band 4 dan SPM 8A , 2B. Pilihan pertama saya adalah perubatan tpi ditawarkan kursus yg tidak saya minati di IPTA. Layakkah saya memohon biasiswa JPA ini?

  4. salam, mengenai borang pengesahan pendapatan keluarga, dia memang nyatakan guru besar atau pengetua untuk membuat pengesahan, persoalan saya di sini, boleh atau tidak, jika ketua kampung yang melakukan pengesahan tersebut?

  5. dah cuba buka link yg dberi..tetapi x boleh

  6. izzat safwan adnan says:

    salam…nape pendidikan tidak ditaja?

  7. SLIP GAJI IBU/BAPA … nak kena hantar salah satu or dua2nya sekali kalau kedua-dua ibu dan bapa kita bekerja / pencen?

  8. assalamualaikum.. nak tanya kalau lepasan STAM boleh x memohon biasiswa nie
    terima kasih..

  9. saya ada diploma dgn cgpa 3.55. peluang cerah ker nak dapat? T_T sedih lar..nak masuk web JPA tu pun jenuh, macam takde harapan je nak dapat T__T

  10. knape xbole bukak p0n ?.. yg post tu kene hantar dlm tarikh tu jugak ke ?

  11. Salam.saya dijaga dan tinggal bersama kakak dan abg ipar selepas mak saya meningga dan ayah berkahwin lain.kakak belum dpt pekerjaan lagi &yg menanggung family abg ipar saya. Boleh ke saya letak abg ipar sebagai penjaga?

  12. dah pukul brapa ni..still xboleh..dah membazir satu hari..:(

  13. "Calon yang telah memohon secara dalam talian diwajibkan untuk mengemukakan dokumen seperti berikut:
    Borang Pengesahan Pendapatan Keluarga.
    Slip Gaji Ibu/Bapa"
    borang ngan slip ney kena htr kat jpa sblum tarikh tutup eh?

  14. Panggil saye paan says:

    link sesak ke???? >.<

  15. salam,saya ingin bertanya kenapa student ipta yang mengambil pegajian pendidikan tidak boleh memohon IPTA

  16. salam..untuk isi bhgian mklumat kluarga..adik saya akan smbung bljar di politeknik pda blan 12..perlu isi ke nama adik saya?confuse laa..

  17. Sbr la yee..traffic tenet jem le tu..

  18. Salam, saya student penerapan semester 3 UiTM mengikuti bidang ijazah sains perpustakaan ,adakah saya layak? skrg sy di semester 2 dan CGPA sy start semester 2 . Butiran kelayakan saya nak letak SPM atau credit transfer ?

  19. Salam satu malaysia. saya masih tak berjaya buat online application dari 6 Ogos semalam. 🙁 ada sesiapa yg blh tlg?

  20. so sad 🙁 jpa xbukak byk serve ke mcm upu buat ari tu..?

  21. nk tnya,kat bhgian akademik tu..tempoh dan semester pengajian tu nk tulis sem depan yg akan bukak september ni ke sem yg lepas? for information sy student yg daftar masuk pd tahun lepas 2011 bulan september sesi 2011/2012..so,apa yg patut sy isi kat ruangan tempoh dan semester pengajian sekarang tu?? hope ada yg sudi mmbantu..thx!

  22. untuk plajar diploma sem 3… boleh memohon ehh?

  23. heyy nak tanya..yg slip gaji kena hntr selewat lewatnya bila?

  24. salam nak tnye, y kena post dokumen tu kan satu nye
    1)borang pengesahan pndpatan keluarga
    2)slip gaji ibu bapa

    pastukan lepas kite isi n dpt slip permohonan
    kite kna atr plak, ic la, rsult, surat twran, slip gaji kan? y tu dokumen y berbeza eh? kira nye dua kali post ke?

  25. sye pelajar tahun 1 pada blan 9 ni..ape ptut sya isi pada 'CGPA terkini ' untuk maklumat ipt..o.oo ke?

  26. mykid x perlu isi kan?

  27. bapa sy keje sendiri,takde slip gaji,,
    hantar borang pengesahan pendapatan je ke?

  28. alhamdulillahh..done..sy org ke 634 ! hehe. btw slip2 sume tuh kene anta sebelum 15ogos 🙂

  29. salam..nak tanye..my dad dh pass away so my mum xkeje cz mum housewife je. so then cemna ngan slip gji tu? xperlu la kn anta?

  30. salam…klau kos kej. petroleum bleh x nk mohon biasiswa jpa?

  31. knape xboleh bukak ni…sedih2..dari tadi lagi..

  32. matriq student says:

    dokumen sokongan yg erlu disertakan brsame brg pengeshan pndpatan tu ape ye ? , cthnyer ape ek ?.. xphamla 🙁 lau xder xpe ke ? means, kalau parents keje sendiri,, like berniaga.. ape yg perlu disertakan .., yg akhir bwh skali tuu kt tnda ** salinan kad pngenalan pengetua ke ibu bape yg die nak ? adehh T.T .. help me please !

  33. salam..adakah student semester 5 diploma sains sukan boleh memohon? cgpa 3.5 ke atas

  34. why always error…for many time i hve tried…..??????

  35. why always error..i hve tried for many times..??

  36. why always error…for many times i hve tried…..??????

  37. salam..why always error…for many times i hve tried…???

  38. why always error…for many time i hve tried…..??????

  39. tumpang tanya, selain yang kena isi tiga tue, kena ada hantar benda lain ke? mcm borang pengesahan pendapatan, slip gaji ibu bapa tu? kenapa dekat website tue tak ada tulis apa-apa pun?

  40. tumpang tanya, betul ke ada kena hantar dokumen sokongan sekali? dalam website tak tulis pon, dia suruh isi online tiga tu je? :/

  41. nk tanye…kat borang pngesahan pendapatan keluarga tu klu tersilap tulis dan kita perbetulkan dgn mggunakan liquid paper,adakah ia masih boleh diterima??

  42. Frustated applicant says:

    boleh tak someone in the JPA department do something bout your server… dah try over n over again… tak dapat pun.. kalau macam tu macam mana nak apply scholarship on time..

  43. salam.sy nak tanya, cmne nak isi ruang kelayakan akademik tu, sy student penerapan uitm dr diploma ke ijazah semester 3. sy dh click ijazah, and dh jgk click kelayakan dr diploma/ credit transfer tuh, tp xde kluar pape pon. cam confius sikit kat situ. boleh trgkan cmne nak isi dgn betul kt ruang kelayakan akademik tu? tq 🙂

  44. sye bkal amek dgree Fiz Gunaan bln 9/2012 ni..ade x tajaan ntok course ni..dan kalau ade course ape yg perlu saya isi?

  45. betul ke mulai tahun ni student yg dpt kritikal course mcm doktor, pergigian n farmasi x sume dpt biasiswa jpa? harap jwpn secepat mungkin. tq

  46. mesti isi no.cukai pendapatan ke?

  47. saya pelajar kemasukan 2010/2011..september ni bakal memasuki TAHUN 3 SEM 1…tempoh pengajian saya keseluruhannya ambil masa 4TAHUN (8 sem)….jadi di ruang TAHUN PENGAJIAN SEKARANG: tahun 3 ke?; SEMESTER PENGAJIAN SEKARANG: sem 1 ke?; TEMPOH PENGAJIAN: 4 sem lg ke? atau letak jumlah semua sem iaitu 8 sem? harap ada yg sudi membantu…yg betul2 serius nk bantu bukan tipu2 punya…thanks 🙂

    • saya juga pelajar kemasukan 2010/2011 dan bakal memasuki tahun 3..kenapa fiza sem 1 ye?bukan sepatutnya sem 5 ke?tapi di ruangan semester pengajian sekarang hanya ada sampai sem 3.saya pun keliru nak isi macam mana.harap ada yang dapat membantu kami.:)

      • kalau dikira dari awal pengajian, mmg sem 5. tp start sem 1 utk tahun pengajian semasa. kiranya dlm setahun ada 3 semester. harap maklumat ini membantu. 🙂

    • bantu saya juga..:)

    • salam. kita berada dlm situasi yg sama. tahun ketiga utk sem akan dtg. saya isi TAHUN 3 SEM 1. tempoh pengajian 8 SEMESTER. harap yg sy isi ni betul.

      • saya ada tepon jpa…dia ckp tempoh pgajian tu isi baki semester yg tgal…utk kes sy, TAHUN PENGAJIAN SEKARANG: tahun 3; SEMESTER PENGAJIAN SEKARANG: sem 1; TEMPOH PENGAJIAN: 4 sem….hrp dpt bantu semua yg keliru mcm sy 🙂

  48. salam. nak tanye sikit.

    1) klu ade slip gaji, still kena hntr juga ke? perlu hntr borang pengesahan gaji ibubapa juga ke?
    2) klu hntr guna pos laju bole x?
    3) klu dr dip, so trnsfer kdt kn, then tempoh pngajian nk ltk yg asal punye or lps dh transfer kdt, i mean klu 6sem, then lps tolak kdt jd 4sem.

    harap boleh balas scpt mungkin. tahnks 🙂

    • mieya, kalau parents awk guna slip gaji instead of akuan pendapatan, hantar slip gaji je.

      boleh je hantar gune pos laju.

      kalau awak student penerapan(mcm sy) letak kt situ still 6 sem jgk,

      (dah call jpa dah tnye psl hal nie)

      • owh, mksud nye lau kite wat fastrack mse diploma part3.. ttp kena wt tempoh pngajian 6 semester jugak eh?xyah wat tempoh semester 3..alaa, kena edit..

      • saya student fastrack, y tempoh pgajian diploma tu saya kena wt 3 semester je ke?..ke kena wat tempoh pgajian asal, 6 semester?..

  49. salam,nak tnye.

    sye berkelayakan credit transfer. so klu nak isi Maklumat Pengajian Sekarang bahagian SEMESTER tu nak kne ltak the semester lepas ke atau semester baru bulan 9 ni? tq

  50. like superstresss………

    3 hari try 3 hari juga la xdapat

    disamping itu mohon penjelasan kenapa peringkat ijazah cresit transfer tidak ada apa2 yg keluar untuk di isi?

  51. NabilahAzmi says:

    Salam,
    nak tanya kepada yang tahu…. saya lepasan asasi….

    kan ada 2 cgpa kan… dekat page kelayakan akedemik..
    satu cgpa terkini, satu lagi cgpa kelayakan….
    yang cgpa kelayakan tu mmg letak cgpa result akhir asasi..
    yang terkini tu? letak ape erk? ke biar kan kosong?

  52. assalam.
    my parents dah bercerai dan saya tggl dgn ibu.
    bolehkah saya hanya menghantar slip gaji ibu sahaja memandangkan ayah saya tidak dapat dihubungi?

  53. salam , saya confuse . dokumen apa yg diperlukan utk pos . boranh pengesahan pndapatan dan slip gaji sahaja ?

  54. student tahun 2 boleh mohon ke tak..??

  55. student tahun 2 boleh mohon ke tak..??

  56. mengapa pelajar universiti pendidikan sultan idris(upsi) tidak boleh memohon jpa?

  57. http://www.jpa.gov.my/ and http://esilav2.jpa.gov.my/ Salam..tumpan sy tekan link tu dpat tp sy tak tahu nk tekan kt mana utk memohon..bg diploma semester 2..harap dapat membantu sy..Terima kasih.:-)

  58. Assalamualaikum,

    kenapa mlm ni 13 ogos,JPA dah tutup website permohonan biasiswa PIDN 2012/2013 sedangkan tarikh permohonan sudah dilanjutkan ke 16 ogos? adakah penghantaran dokumen juga perlu mengikut tarikh lama iaitu sebelum 15 ogos atau pindaan tarikh baru sebelum 30 ogos?
    Harap dapat membantu.

    • permohonan biasiswa JPA dah di buka semula..dokumen yg perlu di hantar adlh borang pengesahan pendapatan & slip gaji je kn? berbeza dgn senarai dokumen yg prlu d'hantar jika m'buat permohonan sebelum 8 ogos hari tu..mungkin kena ikut latest info..

  59. kenapa permohonan PIDN dh tutup malam ni,huhu..13 ogos.

  60. Salam, kalau kelulusan diploma cgpa 3.42 boleh ke dapat ea?erm tak tahula ada harapan leh dapat ke tak..:((

  61. kenapa jpa taknak taja pelajar upsi??? apakah dosa mereka…. 🙁

  62. link biasiswa untuk bdak dip bleh tlg bg tak

  63. salam ramadhan nk tmpang tye sikit.. em klau borang pengesahan tu phulu @ ketua kg yg cop boleh tak selain dpd gru bsar @ pgtua sekolah??? please tolong

  64. fasyafiqah says:

    boleh ke hantar guna pos laju?

  65. salam..nk tnye sket..salinan ic prlu antar jgk ke? ari 2, sy bce kena antar..tp bile cek blek, eh xda pla..sy bce kt mne ek?

  66. salam dan selamat hari raya 🙂 maaf tajuk soalan saye tersimpang sikit .saya adi lepasan dip architecture politeknik.saya berhasrat untuk menyambung pengajian saya ke luar negara, negara pilihan saya adalah new zeland ,program yg ingin saya sambung degree architecture part 1 dan 2 allhamdulilah keputusan cgpa saya amat baik ..tetapi saya tidak tahu tentang tajaan yg sesuai untuk saya .adakah saya lepasan politeknik layak untuk memohon biasiswa keluar negara dan apakah prosuder untuk saya sambung belajar ke luar negara ?

    • stdntpolisem5 says:

      saya pernah mendengar tentang Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal…itupun jika saudara berminat utk sambung first degree di oversea & bersedia berkhidmat di politeknik sebagai pensyarah setelah tamat pengajian…harap dapat membantu

  67. kalau bapa saya bekerja sendiri tak ada slip gaji kena hantar apa?

  68. kenapa keputusan xde pn pada 21 sept ? sampai hari ni masih belum keluar kan ? sape2 tahu tak bila boleh semak keputusan jpa ?

  69. salam…nk tnya, bla keputusan biasiswa jpa keluar ye? terima kasih….

  70. keputusan hari ini rasenye sebab 10hb haritu ditangguhkan

  71. assalam.. nk tnye, mmg just blh semak keputusan 12 oktober je ke? sbb sy nk bkk td tp kluar service unavailable..

  72. […] permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 dijadual akan boleh […]

  73. salam.siapa2 tahu info ttg mcmana nk buat rayuan utk jpa x?share please.

  74. selamat sejahtera.. bile pengambilan KPTM akan dibuka lagi? Kerana saya telah terlepas sesi pengambilan 2012/2013 kemasukan Januari 2013. Harap dapat penjelasan. SEKIAN.

  75. salam…tumpang tnye…pemohonan saya telah diluluskan..borang yang disuruh cetak dan dihantar pada HEMA juga telah dihantar…result SEM 1 juga telah di hantar ke JPA..bile duit boleh masuk..???pihak jpa xde mintak account bank pon…dia kasi by hand ke???

  76. jpa tak mintak maklumat num akaun bank islam pun.mcm mana dengan student yang baru nak dpt?kena wat akaun baru or jpa yg kasi akaun baru?

    • dorang akan sediakan sendri….
      soalan dalam FAQ

      Adakah saya perlu membuka akaun bank?
      Urusan pembukaan akaun bank saudara/ saudari akan dilakukan oleh Jabatan ini.

      • syafiq petak says:

        masalahnya, saya mendapat mesej yang biasiswa saya telah masuk tetapi saya musykil tetang akaun mane yg mengandungi duit tersebut. mmg jpa cakap diorang akan handle akaun bank tp smpai skang saya x dpt pun akaun saya.

  77. as salam

  78. saya pelajar tahun satu di uthm. Saya mahu memohon tajaan jpa selepas mendapat keputusan bagi semester 1. tp macam mana??

  79. khairah hamizah says:

    assalamualaikum,,saya pelajar unisza lpasan semester 2,,nak msuk semester ke 3 iaitu tahun ke-2..adakah saya boleh memohon biasiswa jpa ini selepas mendapat keputusan bagi semester 2 nanti..???

  80. salam… saya pelajar politeknik peringkat diploma dan saya telah dpt tajaan drpd JPA.. jika saya nak sambung pengajian diperingkat ijazah dimana2 IPTA / IPTS, adakah saya layak menerima biasiswa drpd JPA lg?? atau ada syarat2 tertentu yg perlu saya patuhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.