Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka tawaran Biasiswa Sukan 2013 kepada pelajar sekolah yang aktif dalam sukan. Biasiswa Sukan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Syarat Am

Para atlet pelajar perlu memenuhi syarat am ini sebelum boleh diberi pertimbangan untuk mendapat Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran;

Biasiswa Sukan KPM

  • Warganegara Malaysia
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM
  • Keutamaan akan diberi kepada atlet pelajar yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.

Permohonan

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013.
  • Sila rujuk Panduan Kod Borang bagi membantu mengisi borang permohonan.
  • Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Pengetua Sekolah.
  • Borang yang telah lengkap diisi bersama salinan sijil-sijil sukan yang berkenaan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013 perlu diserahkan ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 31 Mac 2013.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Sukan ini boleh dirujuk dengan Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan.
  • Boleh juga menghubungi Bahagian Sukan, KPM di talian telefon 03 8884 1002 / 1333 / 1347 atau faks 03 8888 6790.

2 thoughts on “Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013

  1. mcm mana ya mahu dapat biasiswa ni 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.