Para lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Fasa 1 pada awal tahun dahulu sudah boleh membuat permohonan bagi Fasa 2.
Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka.
USM
Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) hanya boleh dibuat melalui USM di laman web https://pohon.usm.my mulai 20 Mei 2009 sehingga 23 Mei 2009 jam 5.00 petang.
Mereka yang tidak pernah membuat permohonan semasa Fasa 1 dahulu dan masih berminat untuk memasuki USM, boleh membuat membuat permohonan dalam Fasa 2 tetapi dengan syarat telah menduduki MunsyI.
UPU
Sementera itu permohonan Fasa 2 untuk universiti yang lain boleh dibuat melalui UPU di laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2 mulai 21 Mei 2009 sehingga 27 Mei 2009.
Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.
Sementara itu terdapat beberapa program pengajian baru yang boleh dipohon di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sila rujuk laman web universiti berkenaan untuk maklumat lanjut.
Related posts:






74 Comments