Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2011 2012 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang ditutup dalam bulan Januari 2011 yang lalu boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2.

permohonan fasa 2

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar.

Permohonan Fasa 2

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Program Baru

  • Mereka yang akan membuat pengemaskinian permohonan Fasa 2 mungkin boleh memberi pertimbangan kepada beberapa program pengajian baru di IPTA, sila rujuk Senarai Program Baru IPTA.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – 26 Mei 2011
  • USM – 21 Mei 2011

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

37 thoughts on “Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2011 2012 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

  1. princess says:

    assalamualaikum admin, kalau student dari
    asasi UIAM ingin memohon ke u lain,
    ada ruang dan peluang tk?

  2. Terima kasih dengan info ini..

  3. haiii…bile upu tuk fasa 2 akan dibuka…???

  4. lina sham says:

    dgr cite fasa 2 mgkin dibuka esok..20/5…

  5. mujahidah says:

    assalam.. blh x bagi link utk cek temuduga bg lepasan matrikulasi pendidikan di UPSI.. terima kasih daun keladi

  6. lupa kata laluan says:

    SALAM. sayay lupa kata laluan la. nk wat mcm mana ye?

  7. saya lepasan matrik dan mendapat pngk 3.71…saya ingin pilih course sains bioprubatan di um…adakah um hanya mengambil pelajar 4 flat sahaja?..adakah saya berpeluang cerah dapat course ini di um?

  8. nuraina shazriani binti zamri says:

    assalamualaikum…

    first skli,terima kasih di atas info ini…

    result matrikulasi memang xpyh letak ke dlm permohonan upu fasa 2 ni???

  9. lupa kata laluan. bole bantu?

  10. nak tnye kalau kitak nak isi bidang pendidikan untuk fasa 2 masih boleh ke??

  11. bila nak tahu keputusan masuk u???

  12. kalau tak update upu fasa2 xpe ke?

    still akn dpt tawaran u ke x?

  13. Nooraishah Jusoh says:

    ble tau resurt u utk lpsan diploma???

  14. kalau x ltak result muet xpew??
    0r xdpat offer terus??

  15. izza qistina says:

    is my application will be rejected if i didnt update fasa 2..?

  16. bagaimana caranya saya nak buat rayuan untuk ke ipg?

  17. Sape tau bile agk2 dier kuar result fasa 2 tu??? N dgr citer masuk bulan 9 kan? Btul ke???

  18. spe yg tau bpe hri blan julai kuar result..sy konpius ni

  19. salam….saya pelajar spm 2011.. pelajar sekolah asrama penuh.. saya nak mohon asasi.. mcm mana nak mohon??? mohon lepas dapat result spm ke??? isi dalam borang UPU ke??? tolong jawab ek.. saya amat memerlukan maklumat ini

  20. Salam…ePutra…..
    saya baru menghabiskan pengajian saya iaitu FOUNDATION MEDICAL SCIENCE di Management & Science University (MSU) dengan mendapat CGPA: 3.85….saya telahpun mendapat tawaran untuk menyambung ijazah perubatan di Melaka Manipal Medical College…masalahnya sekarang saya menghadapi masalah pinjaman/biasiswa,…..ada x mna2 agensi yang boleh menyelesaikan masalah saya ni…

    • Salam… mula2 hubungi MMMC tanya mengenai pembiayaan pengajian, mungkin mereka ada senarai agensi yg boleh membantu.
      Agensi kerajaan lain spt MARA, JPA dan agensi swasta lain kena tunggu tawaran permohonan dibuka.
      Mungkin ePutra @ pembaca lain ada maklumat tambahan….

  21. dirahsyakira says:

    saye dah 'sah dan hantar' pemohonan tu, tapi bila saya nak kemaskini balik, dia ckp 'anda belum memohon' kenape eh.?

  22. Aqidah Sharh says:

    Salam , admin . Macam mana ingin kemaskini borang sekiranya saya lupa kata laluan ?

  23. sy nk ec tp x blh la plz help

  24. masalah bla dh msk no ic,id tp sangkut kat ketagori….spa2011 spatutnya ketagori A tp dia suh ec ketagori C..mcm mn ni

  25. tak boleh buka la yang kemaskini fasa 2 matrik tu . Error 404 . ramai sangat kott yg dok isi

  26. Nurul Aqila says:

    . .kmskini fsa 2 tp knpa kata laluan slh , sy yakin kata laluan tu btuL , plse help

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.