Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.

Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat lebih 200 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Syarat Kemasukan

Permohonan GIATMARA 2012

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Jangkamasa program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 24 bulan. Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster. Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.

Senarai Kluster

  • Komputer Dan IT
  • Percetakan
  • Fabrik
  • Mekanikal
  • Elektronik / Mekatronik
  • Senibina
  • Pengangkutan
  • Elektrikal
  • Hairdressing And Cosmetology
  • Kulinari
  • Hospitaliti
  • Pembuatan

Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Cara Memohon

  1. Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
  3. Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
  4. Menjalani sesi temuduga.
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA.
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di laman web GIATMARA.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2010  dan 2011 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557
      Fax : 03 2691 0249
      e-mail : pel@giatmara.edu.my
    • Mana-mana Pusat GIATMARA.

Program Latihan 1 Malaysia

  • Pihak GIATMARA juga menawarkan Program Latihan 1 Malaysia iaitu latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan.
  • Sila rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat lanjut.

72 thoughts on “Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012

  1. ermm, kmasukan giatmara ni hnya tuk sesi July ja ka? Ada x kmasukan giatmara tuk sesi november/disember 2012?

  2. […] GIATMARA.Menjalani sesi temuduga.Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjayaSumber: EputraTeruskan Membaca:Permohonan GiatMara 2012 Bagi Pelajar Gagal SPMPermohonan Kemasukan UPU Sesi […]

  3. knpa x leh nk kol nmber giat ni ??

  4. Ada tk kursus makeup. Sy bminat nk ikuti kursus ni.

  5. Nape lg td sy call nom. giatmara xdpt?
    sy hntr borang permohonan lg bln 4 xkn sy xdpt msk giatmara kowt….

  6. mcm mane care untok kolej giatmara nie

  7. Norhayati bt arbain says:

    Boleh ke wanita yg sudah berkahwin menyertai kursus ni dan brumur 32 tahun Skrg?

  8. mcm mner nk mhon giat mara

  9. Sesi pengambilan lepas julai ada…hujung tahun 2012?

  10. macam nie….saya tk faham laaaaaaaaaaaaaa.ada sesiape nk tlg tk???huhuhu

  11. macam mne nie saya kurang faham laaaaaaaaaaaaa……………

  12. adakah latihan atau khursus ini diajar sepenuhnya seperti di institit2 kerajaan yang lain spt politeknik atau adtec

  13. sya pon mau join lah…ambik bahagian kursus makeup lah…?
    ada kah too ya….

  14. boleh ke kalau saya nak ambil kursus jahitan di giat mara melaka pada cuti sem akan datang,tempoh cuti dalam sebulan setengah?

  15. saya berumur 24 tahun boleh ke saya memohon masuk dan mengambil bidang elektrik

  16. permohonan untuk kemasukan pelatih januari 2013 bila ya?

  17. sy berumur 34thn,blh ke kalau sy nk apply.kena amik form kt bgunan medan mara ke?

  18. mcm mane nk daftar eh??

  19. bila tarikh pengambilan 2013..?

  20. hasniza hanim says:

    mcm new nk wat pemohonan niee?????

  21. kalu nak baiki2 moto tuw kan nk msok cos yg mane ye ? ?

  22. sya nk tya adik sya nk bljar kat giat mara bleh x…kursus fabrik,dya just ada pmr..
    n skrg bleh appy kemasukan jan 2013..

  23. salam pd yg berkenaan..sy nk tanye..klu umur 35 tahun boleh ke memohon kat giat mara nie

  24. Sy tiada sijil yg brkanaan cm pmr n spm blh kew sy memohon? ??

  25. bila tu borang permohonan 2013 Giatmara keluar??

  26. bunga nurul atiqah musfirah says:

    Mcm ner nak masuk ea…nak call no xdpt …

  27. Call xdpt..mcm ner nak mohon kemasukan ea…

  28. Assalammualaikum…
    Sy nak mohon kemasukan giat mara,mcm ner ea…call xdpt…

  29. Permohonan ke GIATMARA 2013 dah keluar belum?? ~.^?

  30. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Saya nak tumpang bertanya, kalau saya nak ke arah engineering, saya perlu ke arah kos apa atau saya perlu ada basic kos apa dalam giat mara ?

    Saya harap tuan atau puan dapat menjawab pertanyaan saya.

  31. Bagaimana hendak memohon untuk tahun 2013, saya berminat untuk mengambil kursus di sini tetapi secara part time sahaja dalam bidang TEKNOLOGI AUTOMOTIF atau TEKNOLOGI MOTOSIKAL.. terima kasih

  32. macam mane nak masuk giatmara? saye ade pakcik kat sabak bernam, tapi saye nak mintak kat puchong

  33. sudah 3thn sy tamat bljar kt giatmara kelompang.sy ambil kos fashions n dressmaking.skg umr sy 36.adakh sy msh lg lh sambung ke tahap skm 2.klu lh kat mana sy lh sambung.

  34. salam..sye nk tnye ble permohonan untuk 2013 kuar ye???

  35. nuraini hamzah says:

    Ada yg bminat…mcmana nk daftar n yuran brapa?

  36. salam,sye nk thu klau x de spm boleh mohon jgak ke…yuran brape utk kursus bakery? tempoh blajar brape lama?

  37. salam.. org yg xambik spm bleh x mohon giatmara nie..?? n yuran bg kursus bakery brape?? berapa lama kah tempoh pengajian nye?? penginapan disediakan @ tidak?

  38. Bile ek … tarikh giatmara dbuka utk 2013 …..

  39. bila permohonan 2013 dibuka?

  40. Vianey Vercelly says:

    di mana sy boleh ambil borang kemasukan giatmara untuk sesi 2013 ? sy ingin ambil kursus â– Hairdressing And Cosmetology

  41. Izaty mahmood says:

    Ble pgambilan 2013..dan ble sya leh daftar masok sne ..

  42. Izaty mahmood says:

    kos kulinari ada x dkat shah alam dan cmne nk dftar dkat situ..

  43. Mohd Mazzuri says:

    Assalammualaikum..tolong bagi info untuk tahun 2013 lebih awal ..bg memudahkan urusan pndaftaran dan pertanyaan dan sebagainya..thank you..

  44. Erm… kalau yg di kuching sarawak dh buka ke …
    Bidang jahitan or designer tu nak ada ke …. sye hrap sye harap
    Tlg reply ….

  45. sye nak tnya bla tarikh pembukaan giatmara sesi 2013

  46. bila tarikh kemasukkan giatmara 2013 ?

  47. assalamualaikum..
    saya eisya,umur dh 24,sudah berkahwin,ada kah sy blh myertai latihan giatmara???berapakah permulaan untuk bayar kemasukan???

  48. muhamad helmy says:

    mohon secara online tak ade erkk ??

  49. bila ke kemasukan tahun 2013????? krusus masakkan ada tak?????

  50. hello guys….hmmm ala kau bt cm aq niem prgi print dy pnya brong kemasukan 2 pastu kau owg hntr grnti dpt pnya..bce lah dulu info dy jngan maen bedal aje…huhuhu….

    • hello guys… aq ad tngop xd dy pnya brong kemasukan giatmara!!!.. kau owg cuba print lah pastu hntr ke pusat dy.. aq ase grenti dpt…..

  51. nurul suhada JMK says:

    Saya kelulusan spm jew macam mana nak mohon untuk dapatkan borang eh ? Area johor bahru . Kalau boleh nak mohon untuk tahun 2013 niyy . Kalau boleh nak dapatkan khusus niy dengan cepat đŸ™‚

  52. intan baizura says:

    ..adiq saya berumur 19 tahun, tamat tingkatan 5 pada tahun2011, dia berminat dengan kulinari atau cosmetic, kalau boleh giat mara bertempat di segamat mukim gemas.. sila inform saya ye, mohon pencerahan…

  53. muhd ikhwan says:

    saye nak masok giat mar

  54. ben harvells gabanna says:

    hallow . kalau saya mau memohom giat mara dapat kh .

  55. fatin shaheerah says:

    assalamualaikum..saya nak tanya giatmara alor setar ada kos komputer &IT tak??Kemasukan ia bulan berapa??

  56. giatmara hanya boleh terima lepasan spm dan setaraf je ke?permohonan terakhir pada julai 2013 je ke

  57. adai sya berumur 18 thn habis spm 2012 dan berminat dlm bidang kulinari dan hospitaliti,ada di giatmara gemas

  58. ada course bakeri tak di giat mara Parit Buntar,perak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.