Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2013

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2013.

Pengajian IKB

Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.

Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.

Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal

Kursus Yang Ditawarkan

  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)

Kelayakan Umum

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.

Kemudahan Yang Diberi

  • Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
  • Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
  • Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
  • Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
  • Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
  • Perpustakaan dan makmal komputer.
  • Kemudahan riadah dan rekreasi.
  • Dua pasang pakaian seragam disediakan.

Cara Memohon

  • Borang permohonan boleh didapati secara percuma seperti berikut :-
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke IKB beserta dengan dokumen sokongan yang telah disahkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2013 ditutup pada 30 Ogos 2012.

Temuduga

  • Semua permohonan akan ditapis, senarai pendek akan dibuat menerusi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara.
  • Temuduga dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober 2012.  

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal sesi Januari 2013 dijangka akan diumumkan pada awal bulan Disember 2012. 

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Institut Kemahiran Baitulmal untuk maklumat lanjut.
  • Alamat surat menyurat IKB adalah seperti berikut : Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
  • Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi IKB di talian 03 92830385 / 0386 / 0198 atau faks 03 9281 1387 atau emel ikb.emel@yahoo.com jika terdapat sebarang pertanyaan

51 thoughts on “Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2013

  1. […] Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2013 […]

  2. boleh hantar lagi ke borang permohonan dalam minggu ini walaupun tarikh permohonan telah pun ditutup kerana saya baru mengetahuinya pada minggu lepas.

  3. nor hafiza kassim says:

    bila
    lagi permohanan bru akan dibuka

  4. nor hafiza kassim says:

    bla lagi permohonan akan dibuka

  5. boleh mohon lagi ke?saya betul berminat nak masuk ikb

  6. assalamualaikum…bila permohonan dibuka lagi bagi sesi seterusnya..saya terlambat mohon…

  7. fifi faizura says:

    salam..bile permohonan bru dibuka..

  8. Arif Ismail says:

    boleh mohon x lagi… saya baru je tahu..betol2 minat

  9. siti nur hidayah says:

    mcm mana cara nk mohon n nk dpt kn borang permohonan untuk menyertai ikb sesi 2013?

  10. SAYA NAK MASUK..MCM MNA NAK AMBIL BORANG SESI 2013?

  11. salam ?? ingin bertanya .. .mcm mne untuk sy mengisi borng pemohonan baitulmal sesi 2013 ?? melalui online?

  12. salam,

    maaf nak tanya bila dapat tahu keputusan kemasukan januari 2013?
    harap dapat maklum balas dari pihak tuan/puan, terima kasih.

  13. keputusan pengambilan ikb januari 2013 bila? saya harap boleh balas.

  14. Izaty mahmood says:

    pndftaran mseh dibka tak utk bln1 nie..arap blas

  15. mohd azly aziz says:

    macam mana pemohon yang berada diluar kawasan boleh dapat borang……

  16. tarikh buka . permohonan bila . ya dan tarikh pengambilan pelajar baru 2013

  17. boley x saye na mohon tanpe pakai no pin ?? saye tatau na buat mcm mane .

  18. nik norhadadiah says:

    tarikh buka… permohonan bila… yea dan tarikh pengambila pelajar baru 2013…

  19. siti farhana says:

    salam..untuk sesi2014 pnya bl buka ye??

  20. fariza jamil says:

    sesi 2014 bila dibuka?

  21. assalamualaikum… tumpang tanya. permohonan kemasukan sesi 2014 bila ye?

  22. assalamualaikum .bila di buka 2014

  23. bila permohonan jan2014 dibuka?

  24. nur atika binti ramli says:

    salam..sy nk mengikuti ikb nie boleh

  25. nur atika binti ramli says:

    bile pemohonan 2014 buke?

  26. Mahmud helmee says:

    salam..permohonan kemasukan ke ikb sesi 2014 bile ye..??

  27. nak bage 2014 boleh mohon skrg

  28. Bila permohonan akan dibuka lagi?

  29. mama Ahza says:

    Assalammualaikum… bila permohonan IKB untuk tahun 2014 di buka??
    status berkahwin boleh di terima tak??
    IKB tu pembangunan pengajian nya di semenanjung jer err??

  30. Assalamualaikum…

    Tumpang tanya?

    Umur berapa die ambil ye?

  31. che nor aishah binti che daud says:

    bila kemasukan 2015 akan di buka dan mcm mne cara permohonan

  32. Salam..dh buka ke permohonan utk pengambilan januari 2015?

  33. nurul juliati says:

    permohonan kemasukan 2014 bila lagi dibuka

  34. Bila pengambilan IKB di Sabah 2015 di buat.

  35. assalamualaikum.
    saya ingin bertanye.
    permohonan saya ke ikb dlm tahun2015 dah lulus.
    saya ad dapat email sebelum tu tertulis bahawa saya kene menghantar data2 peribadi ke alamat ikb tersebut..
    nama siapa yang saya kene letak eh untuk menghantar ke ikb?
    takkan nak letak alamat ikb sahaja.

  36. ummu hanani says:

    bila permohonan 2016 bkk..saya btol2 berminat..ari tu saya pergi tp die kata kne ade sijil spm..tp y saya bace ade y blh lulus stkt upsr sahaja..macam mne ye

  37. Jannah Gazali says:

    Assalamualaikum. Saya nk tnya kmasukan utk tahun 2015 masih dibuka x?adik saya ambil spm 2014. Ada bantuan kan utk golongan asnaf?

  38. bila permohonan intake 2016 akan dibuka?

  39. SYARIFAH NAWWAR BINTI SYED ABDULLAH THANI says:

    Bila permohonan utk sesi 2016 ya? Saya baru tahu ada institut kemahiran baitulmal ni. Saya ingat ada ipb je. So sy berminat nak masuk utk sesi 2016. Bila permohonannya ya. Boleh update? Terima kasih 🙂

  40. Nur Athirah Baharom says:

    Leh mohon lg ke?..walau pun tarikhnye dah lme sgt..

  41. Muhammad Nazim bin Sulaiman says:

    KENAPA TAK BALAS SEMUA PERTANYAAN DIORANG TU???

  42. nak tanya sesi permohonan untuk tahun 2017 bla yaa

  43. SALAM BOLEH KE SAYA NAK HANTAR RESUME UNTUK CIKGU DI SINI?? SEBAGAI PEGAWAI PENILAI??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.