Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM

TERKINI :

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.

Memandangkan kuantum pemohon adalah tinggi dari kalangan Lepasan SPM, iaitu dianggarkan 200,000 permohonan, KPT mengambil langkah-langkah proaktif bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan melaksanakan permohonan Aplikasi Dalam Talian secara dua fasa iaitu :

  1. Fasa 1 : Pendaftaran Permohonan
  2. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan
    (Mereka yang tidak mendaftar semasa Fasa 1 masih boleh berbuat demikian semasa Fasa 2 dibuka nanti)

Kaedah ini merupakan usaha dan keprihatinan KPT untuk meningkatkan serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA adalah lancar, berkesan dan mesra pengguna.

Calon Lepasan SPM ( Pemohon Lepasan SPM 2008, 2007 & 2006 serta Setaraf) dikehendaki mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA Fasa 1 ( Pendaftaran Permohonan) melalui url http://www.mohe.gov.my atau terus ke laman web rasmi Kemasukan Ke IPTA yang dibuka mulai 3 November 2008. Tarikh tutup permohonan Fasa 1 ialah pada 31 Disember 2008.

Bagi permohonan Fasa 1, calon Lepasan SPM hanya perlu menggunakan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta Kata Laluan.

Calon perlu mengisi maklumat atau butiran seperti berikut :

  1. Maklumat Peribadi ;
  2. Maklumat Pekerjaan & Keluarga ;
  3. Maklumat Akademik (Bagi Berkaitan Sahaja) ;
  4. Kategori Permohonan ; dan
  5. Maklumat Kokurikulum (Untuk Sukan & Permainan serta Tahap Penglibatan).

Sementara itu permohonan Fasa 2 pula akan dibuka mulai 3 Februari 2009 jam 12.00 tengah hari. Pemohon boleh membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas (SMS Banking) / Mesin ATM (Bagi yang memiliki akaun GIRO BSN Sahaja) seluruh negara sehari selepas iklan pelawaan disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan.

Calon perlu mengemukakan permohonan Fasa 2 dengan mengguna pakai Nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan Kata Laluan. Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :

  • Kategori B, C, D – 3 Mac 2009
  • Kategori A – 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan.

Justeru KPT menyarankan agar semua pemohon Lepasan SPM mengemukakan permohonan bagi Fasa 1 dalam usaha meningkatkan kelancaran proses permohonan. Impaknya, dapat mengurangkan tempoh masa pemohon ketika mengemukakan permohonan mereka pada Fasa 2 nanti.

Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

Sumber: Kenyataan Akhbar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Permohonan Fasa 1 Aplikasi Dalam Talian Untuk Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Atau Setaraf Sesi Akademik 2009/2010

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  2. Keputusan Rayuan Ke IPTA Fasa 1 SPM Sesi 2008
  3. Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  4. Keputusan Kemasukan IPTA 2008
  5. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives