Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM 2009 Fasa 2

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM 2009 terbahagi kepada dua Fasa. Fasa 1 telah ditutup pada 31 Disember 2009 yang lalu. Manakala Fasa 2 bagi permohonan lepasan SPM telah pun dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu.

Mereka yang terlepas untuk membuat permohonan semasa Fasa 1 dulu juga boleh membuat permohonan semasa Fasa 2 ini. Tujuan utama diadakan dua fasa ini kerana ingin menampung jumlah pemohon lepasan SPM yang agak ramai.

Pemohon perlu membeli nombor unik ID BSN sebelum membuat permohonan Fasa 2 ini. Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.

Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM untuk maklumat lanjut.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , , Read 322 articles by Azhad Nilam
One Comments Post a Comment
  1. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by eputra: RT @eputra Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM 2009 Fasa 2 http://bit.ly/c5RTGp...

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.