TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009 yang lalu.
Fasa
Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;
- Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
- Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
Iklan
Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.
Nombor Unik ID
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.
Permohonan
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Kategori
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
- Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2009 sahaja. - Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau 2008. - Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2006 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. - Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan
SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau,
SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009.
Maklumat
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Bagi mengetahui cara pengiraan merit sila lihat di Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
- Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2010/2011 ini dibuat melalui Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
- Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
- Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.
Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru
Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 3 dan 4 Julai 2010.
Related posts:
- Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM
- Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi
- Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011
- Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009
- Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2009






132 Comments