Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau Ambilan September 2013 bagi program pengajian Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2012/2013 telah dibuka mulai 7 Januari 2013. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA. Permohonan Melalui UPU

KATEGORI PERMOHONAN

Permohonan ke IPTA bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2012/2013 ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu;

  • Kategori N

    Pemohon Aliran Sains Lepasan Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM.

  • Kategori P

    Pemohon Aliran Perakaunan Lepasan Matrikulasi KPM.

  • Kategori U

    Pemohon Aliran Undang-undang Lepasan Asasi UiTM.

  • Kategori K

    Pemohon Aliran Kejuruteraan Lepasan Asasi UiTM.

  • Kategori L

    Pemohon Aliran TESL Lepasan Asasi UiTM.

  • Kategori J

    Pemohon Aliran Teknikal Lepasan Matrikulasi KPM.

PROGRAM PENGAJIAN

Permohonan ini adalah untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Setiap pemohon dibenarkan memilih 12 pilihan program pengajian dimana 4 pilihan daripada universiti bertaraf Research University (RU) dan 8 dari IPTA selain RU.

Pelajar wajib memilih sekurang-kurangnya 2 pilihan program pengajian yang berlainan daripada universiti bertaraf RU dan 4 pilihan program pengajian yang berlainan dari IPTA selain RU.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM15.60.
  • Contoh Slip BSN.

PERMOHONAN FASA I

PERMOHONAN FASA II

  • Permohonan Fasa II dijangka akan dibuka dari 3 Jun sehingga 9 Jun 2013 dan tertakluk kepada pindaan.
  • Fasa II ini memberi peluang pemohon mengemaskini permohonan selepas mendapat keputusan peperiksaan akhir semestar.

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi;

PERMOHONAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2012/2013 melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi. Kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan Matrikulasi KPM, PASUM atau Asasi UiTM;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada Kolej Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;

  1. Syarat Permohonan
  2. Syarat Pemilihan Program
  3. Dasar Markah Kokurikulum
  4. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  5. Penajaan
  6. MUET
  7. Dasar Program Pengajian Pendidikan
  8. Dasar Pertukaran Program Pengajian
  9. Dasar Pertukaran IPTA
  10. Dasar Rayuan

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 ini akan ditutup seperti berikut:
    • FASA 1 -  15 April 2013
    • FASA 2 -  9 Jun 2013 (tertakluk kepada pindaan)

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM 2012/2013 Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: upu@mohe.gov.my

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

14 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2013 / 2014

  1. […] Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM […]

  2. untuk lepasan stpm 2011 bole buat permohonan ka?

  3. […] Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM […]

  4. kalau buat program asasi kt ipts boleh ke mohon upu??? ade harapan ke nk buat degree kt ipta???

  5. […] Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM […]

  6. aku lepasan matrik 2011/2012..aku tolak u sebelum ni n nak masuk program ijazah balik tahun 2013/2014 ni..knapa dia tulis ralat data..bgtau aku cuma layak untuk program diploma jer..ke server busy?? ::bimbang::

  7. mazni.awak sama dengan saya!macam mana eh?saya pun lepasan matrik tahun lepas.tangguhkan kemasukan ke u sbb dpt kos yg x minat.tp kat web tu tulis boleh mohon diploma/setaraf ja.tolong, sapa2 jawab pasal benda ni

  8. […] ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2013/2014 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 11 Julai […]

  9. amir akmal says:

    saya nk tny boleh ke result matrik digunakan semula untuk mendaftar ipt?

  10. Juliana Linda says:

    saya lepasan matrikulasi 2012/2013,mcm mna dngan data kokurikulum tu msih ada kh klau nak mohon IPT utk sesi2013/2014..

  11. salam..

    saya habis matrik bulan mei 2014.. tak lama lagi..
    sedikit konfius dengan pembelian no unik BSN ni..
    maknanya saya ni kategori B : lepasan stpm/setaraf la ye?
    sbb pegawai BSN tu suruh tulis saya lepasan ape.sedangkan bila saya cakap sayalepasan matrik, dia cakap untuk matrik tak dibuka lagi.. tak faham la saya.. ke pegawai tu yang tak tahu?
    apa yang patut saya tulis di slip tu?

    nak tulis [ lepasan matrikulasi / lepasan stpm setaraf ] ?

    *bingung*

    • saya rasa pegawai tu salah faham, mungkin dia ingatkan awak nak beli no pin upu untuk matrikulasi, sebab kalau nak beli matrikulasi, rasanya dah tutup.
      Kalau awak nak beli no pin upu, awak pilih lepasan STPM setaraf. sebab itu untuk lepasan STPM, ASASI PASUM, UITM, MATRIKULASI etc.

  12. kalau apply upu tapi x dapat satu habuk sebab cgpa below 2.00 cemane lak…ngan cgpa 1.49 ni mmg x sure la nk buat rayuan ni dpt ke x..rase2 boleh x nk ulang asasi or amik matrik kt mane2 ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.