Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013

Permohonan Melalui UPU Sesi Akademik 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut : IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA

  1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
  2. Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  3. Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  4. Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  5. Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
  • Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH

  • Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012 
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
  • Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.

Maklumat

  • Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
  • Pihak ePutra juga akan menghebahkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan ambilan Julai/September 2012 ini dari masa ke semasa.

34 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013

  1. […] akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik […]

  2. Salam, nak tnya.. Result Semester 5 baru keluar.. Sy nak sambung degree pada sesi 2012 ~ Tapi, Result semester 6 keluar pada bulan 5 / 6 nanti. boleh atau tidak sy register upu guna result semester 5 ? sy dah amik muet.

  3. Salam ePutra saya nk tya,

    1)adkh no id BSN ini d prlkn sms kmkn permhnn Fasa 1 or just utk Fasa 2 je?

    2)mengapa ketika sy mengisi maklumat upu bagi sesi kmskn 2012/2013 enjin tersebut menyatakan:

    “Anda salah kategori.Anda tidak boleh memohon di bawah kategori A/B/D. Anda hanya boleh memohon di bawah KATEGORI C sahaja. Sila baca Panduan Permohonan untuk keterangan lanjut”

    Padahal saya bukan KATEGORI C dan saya adalah KATEGORI A.Sebelum ini saya pernah mengisi borang permohonan itu tetapi disebabkan beberapa masalah pd lptop saya ,brg permhonn upu itu tidak dapat diisi selengkapnya maka saya cuba untuk mengisi semula tetapi ayat seperti yang saya nyatakan di atas keluar.Saya harap pihak tuan boleh membantu saya…:

    • tolong menolong says:

      1- no id akan digunakan pada fasa kedua
      2-sebelum mengisi borang tersebut , pastikan anda membaca semua panduan permohonan terlebih dahulu . sila fokus kepada panduan sebelum mengkemukan permohonan di point yang kelima ada menyatakan SILA KENAL PASTI PROGRAM PENGAJIAN YANG ANDA PILIH [ KLIK DISINI] jadi anda perlu KLIK pada pautan tersebut dan pilih kategori di situ kemudian baru BOLEH MENGISI BORANG TERSEBUT

  4. muhamad fizree says:

    assalamualaikum.. sye pelajar lepasan spm 2011.. saye telahpun membuka borang permohonan ke ipta bagi lepasan spm setaraf … so, di dalam borang tersebut di suruh mengisi no.bor telefon bukan dalam bentuk angka!!.. Bagaimana caranyer ?? tolong terangkan..

  5. politeknik ada yg lepasan PMR x??

  6. Assalamualikum,,program lepasan diploma 2011..dan akn myambung pelajaran dalam program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.. bila blh stat beli nO.pin???

  7. Kalau ambik South Australian Matriculation camna?

  8. assalamualaikum..

    saya nak tanya..pemohonan untuk sijil sambung ke diploma memang dah di mahsuhkan ke???

  9. yatie hamid says:

    salam..sy nk tya bg pihak ank sy…ank prmpn sy br habis pmr tpi result dia teruk (5D 3E)….dia brminat nk msuk vokasional tpi syg permohonan dh di tolak….jdi sy nk tya n nk tau ke mana lg ye blh ank sy belajar kemahiran ni…dia minat bhgian otomotif2 ni….t.kasih

    • setahu saya,tiada sekolah lain yang menawarkan bidang automotif selain dari sekolah teknik dan vokasional.walau bgaimanapun,anak puan boleh search di carian google untuk mendapatkan kepastian.sekiranya tiada,anak puan harus belajar bersungguh2 untuk mendapatkn kputusan cemrlang dalam spm nanti dan melanjutkn plajarn di politeknik mahupun institusi lain yang menawarkn bidang yang dia minati. : )

    • salam puan,

      berdasarkan pengetahuan saya,tiada sekolah lain yang menawarkan bidang automotif selain dari sekolah teknik dan vokasional.walau apa pun,anak puan kena rajinkan diri search di carian google sekiranya ada sekolah lain yang menawarkan bidang automotif untuk lepasan pmr.sekiranya tiada,anak puan kena belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang untuk spm nanti.lepas tu boleh sambung politeknik mahupun institusi lain yang menawarkan bidang yang dia minati tu.

  10. salam..saya nak tanya…saya pelajar lepasan SPM 2011…jd saya nak memohon utk ke UITM…mcm manekh cranya?saya bru saja mmbli pin UPU

    • isi permohonan UPU mnggunakan no pin yg awak beli.tpi prmohonan upu kena isi fasa 1.dan fasa 1 sudahpun tutup.google je kalau ada apa-apa persoalan yg berbangkit. : )

  11. Hamba Allah says:

    Salam…sy merupakan plajar lepasan diploma dri ipts…..adkah sy mempunyai pluang utk dapat smbung ke IPTA dngan CGPA 2.58…..sy diploma dlm bidang IT (Networking)…..sbb pda thun 2011 sy dah apply upu….. tpi x dapat…x de rezeki……sy berhrap sngat thun 2012 ni sy dpat…..Thanks!

  12. salam…nak tanyer ckit la…ble keputusan tok uim semester 2 2011/2012 yer???

    • Hamba Allah says:

      sy ada call dkat unit pengmbiln uitm…diorang cakap awal bulan februari/minggu pertama blan feb…….mcm tu la……

  13. mcm mane nak isi permohonan upu lepasan stam2011 bg fasa 1 ek? kate hari ni. tp, saye tak jumpe laa lmn web die ==''

  14. Sya dah sah dan hantar permohonan ipta fasa 2…tp bila nak kemaskini permohonan tue gagal….

    DATA ERROR-
    ANDA SALAH KATEGORI

    padahal sya dh pilih kategori yg btul dah…mcm mn ek?…ada ssiapa yg ada mslah mcm sya x?

  15. Sya dah isi full dan sah serta hantar permohonan ipta fasa 2…tp bila nak kemaskini permohonan tue gagal….

    Data Ralat:

    Sila isi ruangan berikut :-

    ANDA SALAH KATEGORI

    Sy dh isi kategori yg btul pun tp msih ada msej tu..sy gak dah try smua kategori tue tp msej ni ttp ada gak…Mcm mn nak kmaskin ek? Ada sesape yg bleh bantu x? Ada yg sma nasib dgn aku jg ke?

  16. saye ade msalah niii…atooyaaaiii,,, pemohonan upu saye xbleh nak kemaskini ag….coz tlh wat kemaskini lbh dri 3 kali..ummmm disebabkan sistem ralat saye cube mengulangi kemaskini..so die lbh 3 kali terbuat kemaskini…..tlong saye plizzz….saye nak tukar saye punye pemohonan upu

  17. bila kita nk thu keputusan ikbn sesi julai 2012???

  18. agaknye bile tarikh sebenar keluar keputusan bagi institut kemahiran ye??

  19. Salam.. saya baru sahaja tamat pengajian (SKM) ..Adakah saya cukup syarat untuk memasuki Politeknik?

  20. Assalam,,,

    saya lepasan Diploma IPTA tahun 2010,,saya nk mohon kursus pendidikan lepasan diploma,,tapi saya kurang tahu tarikh iklan dikeluarkan,,,tahu2 je tarikh apply da tamat,,,biasanya bila blh start apply??bulan berapa??kalau blh saya nk tahu tarikh blh apply utk kemasukan Disember 2012 ni,,,kalau2 admin ad info,,^__^

  21. Tumpang tanya.. saya ada big problem.. saya terlepas fasa 2 upu.. saya lepasan matrikulasi sesi 2011/2012.. so saya kena buat ape yup??

  22. Salam, nak tnya.. Saya nak sambung degree. Tapi, Result semester 6 maybe keluar pada bulan 5 / 6 nanti. boleh atau tidak saya register upu guna result semester 5 ? dan saya pelajar dari politekinik bukan dari uitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.